Jumaat, 29 November 2024

PANDANGAN TEPAT DARI SULTAN PERAK



PBB, institusi kewangan antarabangsa perlu direformasi secara meluas - Sultan Nazrin

PUTRAJAYA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan institusi kewangan antarabangsa perlu direformasi secara meluas supaya badan berkenaan dapat menangani cabaran yang saling berkait di seluruh dunia kini dengan lebih berkesan, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Baginda bertitah, selepas hampir 80 tahun Perang Dunia Kedua berakhir, PBB, Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) masih berfungsi berdasarkan peraturan pemerintahan global yang lapuk, yang dibangunkan ketika itu.

"Ketika persekitaran geopolitik serta ekonomi sudah berubah sejak 1945 dan kita kini hidup dalam dunia multipolar, struktur pemerintahan yang bersejarah dan tidak mewakili ini masih kekal.

"Sudah pasti sudah tiba masanya untuk usaha reformasi institusi global yang ditubuhkan semasa dan sejurus selepas perang itu dilakukan.

"Kita semua berkongsi sebuah planet, hidup di atas tanah dengan sumber daya yang dikongsi bersama, mungkin juga dalam sebuah perkampungan global.

"Jika krisis global utama yang memberi kesan kepada kita semua seperti perubahan iklim perlu ditangani dengan adil dan berkesan, Selatan Global kini mesti lebih sepenuhnya diintegrasi dalam proses penyelesaian masalah," titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika menyampaikan Titah Diraja pada Festival Idea Putrajaya (FOI) 2024 yang turut dihadiri Menteri Pendidikan Tinggi,  Zambry Abd Kadir, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Sultan Nazrin bertitah, baginda percaya, walau apa saja pendekatan yang diambil dalam konsep pembangunan di mana-mana negara, ia mesti berteraskan kepada beberapa prinsip utama, iaitu kesalinghubungan, pembangunan berpaksikan rakyat, tanggungjawab terhadap alam sekitar dan kesaksamaan serta keadilan.

Dalam prinsip kesalinghubungan, titah baginda, setiap tindakan memberikan kesan yang melangkaui sempadan negara dan masalah dihadapi sebuah negara tidak boleh lagi dilihat secara berasingan.

"Perang yang meletus di sebuah benua memberi kesan kepada benua lain, dan pembakaran bahan api fosil di satu hemisfera akan menyumbang kepada impak iklim di sebelah dunia yang bertentangan.

"Ini bermakna kita mesti mengamalkan pendekatan menyeluruh terhadap pembangunan yang mengambil kira kesalinghubungan manusia, budaya serta ekosistem, dan dengan itu, pergantungan antara kita," titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah, dalam prinsip pembangunan berpaksikan rakyat, yang mana pembangunan harus berkait dengan pengembangan keupayaan setiap individu, ia bukan semata-mata mengenai pendapatan tetapi kebebasan yang dimiliki setiap orang untuk mencapai tujuan yang bernilai.

Prinsip tanggungjawab terhadap alam sekitar, titah baginda, mengiktiraf bahawa kesihatan serta kesejahteraan tidak dapat dipisahkan daripada kesihatan planet dan dunia tidak boleh terus dibangunkan dengan mengorbankan generasi akan datang.

"Dalam prinsip kesaksamaan serta keadilan, pembangunan mesti berkisar kepada pencapaian keadilan sosial dan ekonomi, yang mana semua orang, tanpa mengira latar belakang, boleh mengakses peluang dan sumber. Pencapaian martabat manusia harus menjadi objektif kita," titah baginda.

Mengenai FOI 2024 anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pula, Sultan Nazrin bertitah, ia adalah pengiktirafan penting bahawa pembangunan itu sendiri, sebagai konsep serta amalan, tidak boleh hanya tetap dan terhenti.

"Ia mesti sentiasa disemak semula, dikemas kini dan diperluas untuk memenuhi keperluan semasa yang sentiasa berubah," titah baginda.

PANDANGAN INI

TEPAT & BETUL

AMIN

TAPI BERLAWANAN

DENGAN 

PANDANGAN

BUDAK AMERIKA

AJEN ZIONIS

AJEN BLACKROCK

AJEN BANK DUNIA

AJEN IMF

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: