Israel dakwa Hizbullah langgar genjatan senjata
BEIRUT: Tembakan kereta kebal Israel mengenai enam kawasan di selatan Lubnan, hari ini dan tentera Israel berkata perjanjian gencatan senjata dengan pejuang Hizbullah dilanggar.
Dakwaan dibuat selepas mereka melihat beberapa individu berada dalam kenderaan yang tiba di zon selatan negara itu.
Gencatan senjata antara Israel dan pejuang Hizbullah berkuat kuasa pada hari ini di bawah perjanjian yang diuruskan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Perancis.
Tentera Israel berkata ketibaan suspek, dikesan di beberapa kawasan di selatan Lubnan, dan menyebutnya sebagai pelanggaran gencatan senjata dengan pejuang Hizbullah.
2 ulasan:
Cerita kampung sendiri sudah digadai dijual tidak lagi muncul, cerita beribu batu jauh setiap masa supaya orang-orang kita tidak mudah lupa kah kah kah
salah blackrock juga ke? Kah kah kah!
Catat Ulasan