KES PELIR KERAS
WAHAB & AGUS
Ingat lagi kes A & W ?
Alhamdulillah pagi ini Hakim Mahkamah Rayman, YA Lee Swee Seng, YA Hazimah Omar dan YA Choo Kah Sing telah memutuskan Abdul Wahab, 33 tahun untuk membayar kos mahkamah RM15,000 kepada che'GuBard.
Sekitar Januari 2024, Wahab telah failkan saman apabila menuduh cheGuBard menfitnahnya apabila mendedahkan (mempersoalkan) "kegiatan songsang" dalam JKOM. Berikutan samannya dia telah failkan injunksi terhadap cheGuBard bagi menghalang bercakap mengenainya.
Mei 2024, Mahkamah telah menolak permohonan Injunksi Wahab dengan kos RM10, 000. Dimana kemudian Wahab telah membawa kes itu ke mahkamah rayuan. Mungkin sedar merit kesnya lemah atau takut banyak lagi terbongkar maka ketika kes ini dimahkamah rayuan, Wahab telah menarik kes samannya terhadap cheGuBard.
Pada hari ini Mahkamah membenarkan Plaintiff/Perayu untuk menarik Notis Rayuan dengan kos RM5,000.00.
Mahkamah Rayuan juga telah merekodkan bahawa Plaintif/Perayu mengaku janji/undertake untuk membayar kos bagi kesemuanya berjumlah RM15,000.00 kepada Chegubard.
Saman menang menjadi alat puak regim bagi senyapkan pendedahan, persoalan dan kritikan. Ketika mereka pembangkang mereka seru semua bangkit mempersoalkan malah pegawai kerajaan diseru membocorkan maklumat kepincangan termasuk dokumen sulit. Malangnya bila dah berkuasa mereka tunjuk angkuh menyalahguna proses mahkamah.
Selanjutnya klik https://www.facebook.com/share/p/19fUiftaCU/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan