Jumaat, 29 November 2024

RAMAI RAMAI SOKONG MAT SABU



Tukar nama UPM semula ke Universiti Pertanian Malaysia

PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan mencadangkan agar Universiti Putra Malaysia (UPM) ditukar semula namanya ke Universiti Pertanian Malaysia dalam usaha memartabatkan industri agro.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ini kerana bidang pertanian kini telah menjadi satu isu global di peringkat antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Justeru menurut beliau, cadangan mengembalikan semula nama UPM itu dilihat relevan dengan perkembangan pertanian semasa sama ada dalam negara mahu pun dunia.

“Saya berhasrat begitu sebab kita dulu barangkali kita tidak fikir masa itu tidak berlaku perubahan cuaca dan kepanasan dunia. Jadi pertanian ini sudah jadi isu dunia. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pun bincang (pertanian) dan menteri yang jaga pertanian sudah jadi kanan.

“Dulu tidak sangat kerana soal makanan tidak penting. (Jadi) Universiti Pertanian kembali nama itu, saya ingat sesuai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Sidang Idea Malaysia (MyIDEAS) menerusi Sidang Selari 7 bertemakan Keterjaminan Makanan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad Sabu memberitahu, beliau akan mengutarakan cadangan menukar semula nama UPM kepada kepada kementerian terbabit dan melakukan perbincangan selanjutnya.

Jelas beliau, cadangan itu akan diusulkan dalam mesyuarakat Kabinet akan datang mengikut kesesuaian waktu.

“Sekarang semua penting apabila tidak cukup makan akan timbul masalah dan setuju dengan cadangan beberapa profesor yang aktif di peringkat antarangsa dan kita akan manfaatkan kepakaran mereka,” katanya.

Sejarah Universiti Pertanian Malaysia bermula apabila ditubuhkan pada tahun 1971 berasaskan penggabungan Kolej Pertanian Malaya dan Fakulti Pertanian Malaya yang ketika itu di bawah kelolaan Universiti Malaya.

Namun berikutan dengan perkembangannya pada 3 April 1997, Universiti Pertanian Malaysia telah diberi nama baru iaitu Universiti Putra Malaysia oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu,  Dr. Mahathir bin Mohammad.

Nama baru ini dipilih kerana lokasinya bersebelahan dengan Putrajaya dan mengambil sempena nama Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj. – 


KITA SOKONG

MAT SABU

AMIN

KEMBALIKAN

SEJARAH

ASAL USUL UPM

AMIN

AWAL KOLEJ

SERDANG JADI

UNI PERTANIAN

AMIN

ENTAH PUKI MAK

SAPA TUKAR

JADI PUTRA

LANCHOOOW

AMIN

TUKAR BALIK

JADIKAN PUSAT

KEILMUAN BERTANI

AMIN

KHALAS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tukar Nama itu form. Perlu di isi bersama substance

Tanpa Nama berkata...

woi lanciao tu dr. m pujaan kau tulah. siapa lagi kalau bukan mamak bangsat mengaku melayu pujaan hati kau tu.

Tanpa Nama berkata...

gua sokong. lagi afdal kalau tukar jadi maktab pertanian serdang. Kah kah kah! gua sokong 10000000%