Rabu, 9 Oktober 2024

SETANYAHU BERI AMARAN



Netanyahu beri amaran Lubnan berdepan kemusnahan seperti Gaza

BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, memberi amaran kepada rakyat Lubnan mereka boleh menghadapi kemusnahan dan penderitaan seperti rakyat Palestin di Gaza jika mereka tidak membebaskan negara mereka daripada Hizbullah.

"Kamu mempunyai peluang untuk menyelamatkan Lubnan sebelum ia terjerumus ke dalam jurang peperangan yang panjang, sehingga membawa kepada kemusnahan dan penderitaan seperti yang kita lihat di Gaza.

"Saya berkata kepada kamu, penduduk Lubnan. Bebaskan negara kamu daripada Hizbullah supaya perang ini dapat berakhir. Kamu berdiri di persimpangan jalan penting, berdiri dan rebut kembali negara kamu.

"Jika kamu tidak melakukannya, Hizbullah akan terus cuba memerangi Israel dari kawasan berpenduduk padat dengan memperalatkan kamu. Tidak kisah jika Lubnan diheret ke dalam peperangan yang lebih luas," katanya dalam ucapan video.

Netanyahu mendakwa, tentera Israel sedang mengusir beribu-ribu 'pengganas', termasuk pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah serta pemimpin penggantinya.

Pada Sabtu, sumber Hizbullah peringkat tinggi berkata komunikasi sudah terputus dengan Hashem Safieddine, yang disebut-sebut secara meluas sebagai pemimpin Hizbullah seterusnya, berikutan serangan Israel minggu lalu.

Dalam maklum balas menyusuli serangan itu, jurucakap tentera Israel, Daniel Hagari, tidak mengesahkan sama ada Safieddine sudah dibunuh.

"Kami menyerang ibu pejabat di kawasan Dahiyeh Beirut dan kami tahu bahawa Safieddine berada di sana. Hasil serangan ini masih disiasat. Hizbullah cuba menyembunyikan butirannya," kata Hagari pada taklimat televisyen, merujuk kepada pinggir bandar selatan Beirut, sebuah kubu Hizbullah.

Tentera Israel sudah menyerang pinggir bandar selatan Beirut dengan serangan udara berterusan, menyasarkan pemimpin Hizbullah, penempatan tentera dan simpanan senjata.

Terdahulu pada Selasa, Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant berkata, Hizbullah sudah dipatahkan dengan serangan tanpa henti ke atas kubu kuatnya serta pembunuhan pemimpinnya. - AFP

BERPERANG

BIAR SAMPAI

ISRAEL MUSNAH

AMIN

KALAU TIDAK

YANG MATI

SIA SIA BELAKA

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cubalah hapuskan israel. jangan banyak cerita. angkat kapak, parang, pisau, cangkul mara ke depan lawan israel. Kah kah kah!

Tanpa Nama berkata...

TT sila berambus ke mana u suka..we are peace loving...tak reti pi main jauh jauh