Rabu, 24 Disember 2025

MALAM KUDUS : SELAMAT MENYAMBUT MAULUD NABI ISA


MALAM KUDUS

SELAMAT 

MENYAMBUT

MAULUD NABI ISA

AMIN

PENCERAHAN KENAPA PEMBANGKANG LEMAH


WAJIB TONTON

PENCERAHAN 

KENAPA

PEMBANGKANG

LEMBIK

KHALAS 

MENTERI PENIPU - HAMPEH !!!


INI MUKA

MENTERI PENIPU

HAMPEH !!!

AMIN

KES 1MDB NAJIB SATU DUNIA SEDANG MENUNGGU



JUMAAT INI

KEPUTUSAN KES

1MDB NAJIB

AMIN

SATU DUNIA 

SEDANG MENUNGGU

KHALAS

TENTERA TERLIBAT RASUAH ?



Pegawai kanan tentera disiasat SPRM perlu digantung tugas sementara - Chegubard

PUTRAJAYA: Kementerian Pertahanan (MINDEF) digesa menggantung tugas sementara seorang pegawai kanan tentera yang kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan wujud transaksi luar biasa dalam akaun bank miliknya.

Ketua BERSATU Bahagian Port Dickson, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard, yang hadir di Ibu Pejabat SPRM, di sini, pagi tadi, berkata tindakan itu perlu dibuat segera bagi mempertahankan integriti MINDEF.

Beliau berkata, langkah menggantung tugas sementara itu bagi menunggu keputusan siasatan dan tindakan SPRM seterusnya terhadap pegawai kanan terbabit.

"Sebab kalau dia (pegawai kanan tentera) masih berada (bekerja) di situ, (siasatan) tak nampak (telus). Jadi apa guna kita tunggu siasatan ini.

"Ini soal kedaulatan negara, nyawa, anggota tentera dan maruah negara," katanya ketika tampil menyerahkan dokumen berhubung dakwaan berkenaan kepada pihak SPRM hari ini.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, meminta Chegubard tampil mengemukakan bukti berhubung dakwaannya wujud aliran masuk tunai berskala besar ke dalam akaun individu terbabit.

Difahamkan, sekumpulan pegawai SPRM hadir ke MINDEF pada jam 11.30 pagi semalam untuk menyiasat kes berkenaan dengan siasatan awal tertumpu kepada projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ) Tentera Darat.

Azam dilaporkan berkata, beliau mengesahkan satu kertas siasatan dibuka bagi kes itu mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Chegubard berkata, beliau juga akan menyerahkan laporan polis dibuatnya kelmarin dan dokumen transaksi berulang membabitkan akaun pegawai kanan tentera itu dengan nilai kemasukan wang antara RM25,000 hingga RM500,000.

"Saya akui ada banyak maklumat berkenaan tender dan kontrak berkaitan tentera darat yang saya kesan berlaku kecurangan.

"Namun untuk fasa ini, laporan pendedahan saya fokus kepada akaun bank pegawai kanan terbabit," katanya.

Chegubard berkata, beliau berterima kasih atas maklum balas MINDEF terhadap laporan polis dibuatnya semalam dan menyatakan ruang perlu diberi kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan

KES TENTERA

RASUAH ?

AMIN

INI AMAT BERAT

AMAT BAHAYA

AMIN

MALAYSIA WAJIB 

DISELAMATKAN

SEBELUM 

TERLAMBAT

KHALAS

SAPA TAHU SIAPA MENTERI INI?

 

SPRM siasat bekas menteri berkaitan projek 'jutaan ringgit' - sumber

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan terhadap seorang bekas menteri atas dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa melibatkan projek di ibu kota, dakwa sumber.

Siasatan terbaru itu dilancarkan selepas agensi antirasuah berkenaan memperoleh "maklumat risikan baru" baru-baru ini, meskipun dakwaan tersebut dipercayai berlaku hampir sedekad lalu.

Sumber dalaman SPRM mengesahkan siasatan itu kepada Malaysiakini.

"Tumpuan siasatan adalah berkaitan kelulusan beberapa projek bawah seliaan Wilayah Persekutuan ketika individu itu memegang jawatan.

Antara perkara yang diteliti termasuklah kelulusan kontrak pembinaan papan iklan gergasi serta isu pemindahan hak milik sebidang tanah kerajaan. Tanah tersebut didakwa telah dipindah milik kepada sebuah syarikat pemaju hartanah terkemuka bawah keadaan yang mencurigakan.

"Pihak kami hanya menerima maklumat risikan yang kukuh dan segar pada akhir bulan lalu, yang kemudiannya membawa kepada pembukaan fail siasatan ini," kata sumber itu.

Menurut sumber itu lagi, pegawai penyiasat sedang memperincikan rantaian hubungan antara bekas menteri berkenaan dengan syarikat-syarikat yang mendapat manfaat daripada projek tersebut.

Walaupun jumlah sebenar belum dapat dipastikan sepenuhnya, sumber itu membayangkan nilai penyelewengan tersebut dianggarkan mencecah "jutaan ringgit".

"SPRM kini dalam fasa mengumpul dokumen-dokumen berkaitan bagi melengkapkan profil kes sebelum tindakan lanjut diambil," jelas sumber itu lagi.

"Beberapa saksi penting termasuk individu yang mempunyai maklumat terus akan dipanggil dalam masa terdekat untuk membantu siasatan," katanya lagi.

Sementara, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan siasatan tersebut kepada portal New Straits Times.

Menurutnya, pasukan penyiasat segera digerakkan sejurus mendapat petunjuk baru bagi memastikan tiada bukti yang hilang atau dimanipulasi.

"Kami akan memanggil beberapa 'orang berkepentingan' untuk memberikan keterangan bagi memudah cara proses siasatan ini," katanya.

WOIT 

INI KES LAMA

DAH 10 TAHUN

AMIN

SAPA TAHU

MENTERI MANA?

AMIN

APAKAH INI

KES DENDAM

ANWAR

BIN IBRAHIM?

KHALAS

SPRM KAKI REMBAT ?



Disoal siasat kali keempat, Tei desak SPRM pulangkan perakam CCTV
Ahli perniagaan Albert Tei sekali lagi menggesa SUruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memulangkan "perakam CCTV" yang didakwa diambil semasa serbuan pada 28 November di rumahnya, ketika dia ditangkap dan kemudiannya didakwa atas kesalahan rasuah.

Gesaan Tei hari ini susulan sesi keempat soal siasat polis mengenai dakwaannya bahawa pegawai SPRM semasa serbuan itu telah mengacukan pistol ke arahnya dan ahli keluarganya.

“Saya dimaklumkan oleh pegawai penyiasat kanan yang bertanggungjawab bahawa Bukit Aman telah mengemukakan beberapa soalan baru berkaitan siasatan kejadian yang didakwa itu.

“Saya ingin menekankan bahawa polis telah merakam kenyataan saya sebanyak empat kali, termasuk hari ini. Isteri, ibu mertua, dan seorang pembantu rumah asing saya—yang juga diancam dengan senjata api oleh pegawai SPRM—telah merakam kenyataan mereka minggu lepas,” kata Tei yang sebelum ini dipanggil ke balai polis daerah Sepang.

“Oleh itu, saya ingin bertanya kepada pihak polis di mana peranti rakaman CCTV itu berada pada masa ini, dan bila rakaman video serbuan pegawai SPRM di rumah kami akan didedahkan kepada umum?

“Saya menuntut agar pihak polis segera memulangkan perakam CCTV dan mendedahkan rakaman video serbuan itu supaya saya dan keluarga saya dapat menerima keadilan yang sewajarnya,” kata Tei.

Sebelum ini, Tei mengulangi gesaannya kepada pihak berkuasa untuk mendedahkan rakaman CCTV tersebut, selepas Ketua Polis Selangor Shazeli Kahar berkata polis tidak menemui bukti bahawa pegawai SPRM mengacukan pistol ke arah Tei dan isterinya, Lee Pei Rie, semasa serbuan itu.

Pada masa itu, Shazeli memetik penemuan awal polis selepas penyiasat merakam kenyataan daripada semua pegawai SPRM yang terlibat dalam operasi tersebut.

Tambahnya, polis juga telah memperoleh rakaman CCTV dari kediaman tersebut, serta rakaman perbualan telefon, yang telah diserahkan kepada unit forensik untuk pemeriksaan dan analisis lanjut.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki sejak itu menafikan bahawa pegawainya telah mengacukan pistol ke arah Tei dan isterinya.

WOIT

DULU DUIT

YANG DIRAMPAS

SPRM PERNAH

LESAP

KAH KAH KAH

KALI INI CCTV

PULA NAK 

DIKELEPET

KAH KAH KAH

KHALAS

PILIHAN RAYA UMUM DI MYANMAR


Keganasan memuncak di Myanmar menjelang PRU dikawal tentera - PBB


GENEVA: Keganasan, penindasan dan ugutan semakin memuncak di Myanmar menjelang pilihan raya umum (PRU) yang dikawal tentera dan dijadualkan pada 28 Disember ini.

Menurut Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) orang awam kini diancam oleh pihak berkuasa dan kumpulan bersenjata yang menentang tentera, lapor Anadolu Ajansi.

Ketua Hak Asasi PBB, Volker Turk, dalam satu kenyataan menggesa amalan paksaan yang dikaitkan dengan pengundian itu dihentikan serta-merta.

"Pihak berkuasa tentera di Myanmar mesti menghentikan penggunaan keganasan kejam untuk memaksa orang ramai mengundi dan menghentikan penahanan individu kerana menyuarakan pandangan yang berbeza," katanya.

Menurut pejabat itu, berpuluh-puluh individu ditahan di bawah 'undang-undang perlindungan pilihan raya' kerana menggunakan kebebasan bersuara.

Sebahagian daripada mereka menerima hukuman berat, termasuk tiga belia di Perbandaran Hlaingthaya di Wilayah Yangon yang dipenjarakan antara 42 hingga 49 tahun kerana menggantung poster anti-pilihan raya.

Tokoh terkenal turut ditangkap, menurut pejabat itu, termasuk pengarah filem Mike Tee, pelakon Kyaw Win Htut dan pelawak Ohn Daing, yang masing-masing dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun atas pertuduhan menjejaskan kepercayaan awam selepas mengkritik sebuah filem propaganda pro-pilihan raya.

Menurut pejabat itu, pihaknya menerima laporan daripada orang awam yang dipindahkan secara dalaman di beberapa bahagian negara, termasuk Wilayah Mandalay, yang diberi amaran yang mereka akan diserang atau rumah mereka dirampas jika tidak pulang untuk mengundi.

"Memaksa orang yang dipindahkan pulang dalam keadaan tidak selamat dan tanpa kerelaan adalah satu pelanggaran hak asasi manusia," kata Turk.

Kumpulan bersenjata yang menentang tentera juga dilaporkan mengeluarkan ugutan.

Pada November, guru-guru diculik dan pejabat pilihan raya di Yangon dibom, menyebabkan beberapa petugas pilihan raya cedera, menurut kenyataan itu.

"Pilihan raya ini jelas berlangsung dalam persekitaran keganasan dan penindasan.

Tiada keadaan yang membolehkan pelaksanaan hak kebebasan bersuara, berpersatuan atau berhimpun secara aman untuk memastikan penyertaan rakyat yang bebas dan bermakna," kata Turk.

Kerajaan yang dipilih di bawah pimpinan Aung San Suu Kyi digulingkan pada Februari 2021.

MUSTAHIL

TENTERA AKAN

LEPASKAN KUASA

AMIN

KUASA DATANG

DARI MUNCUNG

SENAPANG

AMIN

ADA KUASA

SEMUA KEKAYAN

BOLEH DI REMBAT

AMIN

KHALAS

RUPIAH INDONESIA TERUS JATUH


RUPIAH INDONESIA

TERUS JATUH

AMIN

BANI MELAYU MANGSA PENCURI DAN PERASUAH


PENCURI BESAR

POLITIKUS

AMIN

PERASUH BESAR

PEGAWAI 

KERAJAAN

AMIN

MANGSA TERAMAI

BANI MELAYU

KHALAS


Unknown commented on 
"AYAH PENCURI 
EMAK PENYAMUN"

Turun temurun kerja mereka, ada juga keluarga berasal dari kumpulan penyamun penyamun terpaling hebat masa dahulu, kerja dulu merompak kapal di lautan dikenali lanun, sejarah dikenali, sekarang melanun tetap kerja utama cuma samping ada gelaran Tan Sri Datuk Panglima sebagainya kah kah kah lembu lari masuk kandang ikut masa, kalau tidak lembu pun curi masuk kondo woit kah kah kah

AL- FATIHAH



AL- FATIHAH

AMIN

SELAMATKAN NEGARA MALAYSIA


SELAMATKAN

NEGARA

MALAYSIA

AMIN


Unknown commented on
 "BILA ROSMAH NAK MASUK PENJARA ?"

Budak hingusan bersuara, dapat bantuan dapat biasiswa dapat subsidi dapat promosi diskaun semua dapat, tidak pernah bersusah tidak pernah penat bajak tanah tetapi mulut percuma, ayat bombastic percuma kah kah kah inilah orang kita yang terbaik bagi semua percuma akhirnya menjadi freeloader terbaik kah kah kah


Unknown commented on
 "GERTAK KELING DARI UMNO."

Kah kah kah cakap kosong, cakap kedai kopi tepi jalan, sembang nak berak, sembang kosong akhirnya nato talk only air liur basi kah kah kah


Unknown commented on
 "PENCURI JANGAN NYOROK BAWAH KAIN SELIMUT RAJA"

Kah kah kah sentimen anak, sayang kasih cinta sentimen digunakan kesian macam atok cakap sembilan hakim mendapati bapa engkau bersalah, bukan satu bukan dua tetapi sembilan hakim kah kah kah hakim bukan macam Prof Terbang Soleha kah kah kah

JIKA UMNO KELUAR PAKATAN HARAPAN ZAHID AKAN DI DAKWA


USTAZ INI 

TAK SEDAR

JIKA UMNO KELUAR

PAKATAN HARAPAN

 MAKA

ZAHID AKAN

 DI DAKWA

KHALAS

BEKAS JENERAL NAIK MINYAK


  BEKAS JENERAL

 NAIK MINYAK


Pada Sabtu 22 November 2025 akhbar Bangkok Post melaporkan  Pejabat Duta Besar Malaysia di  Bangkok telah di serang oleh penunjuk perasaan warga Siam. Ia susulan pendedahan Jeneral A. Rangsi Kitiyansap, yang mendakwa Perdana Menteri Anwar bin Ibrahim adalah seorang "pengintip" (sai suek) dan "musuh dalam selimut" yang bertindak sebagai "boneka" Amerika Syarikat (AS) dalam ASEAN.

Mengikut Jeneral Rangsi  kerajaan Siam telah di paksa berdamai dengan  Kemboja. Perdana Menteri  Anwar bin Ibrahim melakukan ini untuk menaikkan taraf dirinya sengai  pemain politik antarabangsa. 

Ini tuduhan dari  bekas  Jeneral dari Bangkok. Bukan tuduhan Hishamuddin Rais.

Berita – demo di Bangkok - ini muncul  sekejap - kemudian hilang begitu saja di Malaysia.  Peluru kemarahan  bekas Jeneral Siam kepada Anwar bin Ibrahim kini diarahkan kepada  Kemboja. Bentrokan di sempadan diteruskan untuk membuktikan bahawa tentera Siam tidak ikut telunjuk  Anwar bin Ibrahim. Dan tidak ambil pot apa kata Trump.

Tertiba – beberapa hari kemudian  di Malaysia perkara yang sama berlaku   sama seperti di Siam. Di Siam   para jeneral marah. Di Kuala Lumpur pun  beberapa jeneral yang  telah bersara juga telah naik minyak. Mereka  kecewa dan  marah apabila mereka mengetahui isi kandungan Perjanjian Anwar-Trump yang telah di tanda tangani pada 26 Oktober  2025.

Jika di Siam suara Jeneral atau suara bekas Jeneral itu sering di dengar dalam media dalam hal perbincangan politik negara. Di Siam tentera terlibat secara langsung dalam tadbir urus negara. Malah tentera Siam telah berkali-kali  melakukan rampasan kuasa.   Negara Siam sering di tadbir oleh tentera.

Askar dan politik bukan satu yang ganjil di Siam.

Tapi di Malaysia askar, soldadu atau  tentera terlibat dalam hal ehwal politik negara tidak  pernah berlaku.  Malah suara  Jeneral yang telah bersara juga amat jarang kedengaran.  

Tetapi kali ini bekas Jeneral telah mula bersuara di Kuala Lumpur.  Suara datang  bukan suara Persatuan Bekas  Tentera Malaysia atau veteran.  

Untuk pertama kalinya seorang bekas Jeneral bersuara dan memberi pendapat tentang duduk perkara politik negara. Dalam bahasa Gen Zee ini rare. Saya ulang – ini amat-amat rare. Malah bukan jarang berlaku tapi tidak pernah berlaku di Malaysia.  

Dalam sistem  Demokrasi Raja Berperlembagaan  semenjak 1957 -  garis pemisah kuasa jelas dan tidak pernah diganggu gugat. Tentera Malaysia duduk di berek  hanya keluar apabila mendapat arahan.  Tentera di  Malaysia tidak pernah mencampuri urusan politik pentadbiran negara.

Saya ulang : tentera di Malaysia tidak pernah mencampuri urusan politik negara. 

Justeru apabila Jeneral  Bersara Borhan Ahmad bersuara ini membawa impak yang amat besar.  Telor telah pecah. Pinggan bukan retak tapi dah terbarai. 

Ini kali pertama suara seorang Jeneral didengar  mencampuri politik negara.  Ini hanya  berlaku dalam kerajaan  Madani Anwar bin Ibrahim. 

Pernah satu ketika dahulu di zaman Tunku pada tahun 1969.  Jeneral telah di jemput sama untuk mentadbir negara. Ini kerana Parlimen di gantung sesudah  babak Mei13 berlaku.

Sosok soldadu  pasca Mei 13 yang  pertama bersuara kali   ini bukan kecik anak. Borhan Ahmad  ialah bekas Jeneral  Panglima Angkatan Tentera Malaysia. Ertinya sosok yang paling tertinggi dalam sistem ketenteraan Malaysia. Tidak ada lagi sosok yang lebih tinggi dari Panglima Angkatan Tentera Malaysia.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia hanya mengikut arahan Yang Di Pertuan Agong. 

Pada 5 Disember 2025  portal Malaysiakini telah melaporkan sidang akhbar  Jeneral Bersara Burhan.  Jeneral Burhan  bersama beberapa orang lagi bekas pegawai tentera telah menyuarakan bantahan mereka terhadap Perjanjian Anwar-Trump 2025.

Bekas Panglima ini dengan jelas  menyatakan kebimbangan bahawa Perjanjian Anwar-Trump  ini  menjejaskan kedaulatan Malaysia dalam situasi yang dianggap seperti “penjajahan semula”.

Duduk sama sebaris  di sidang akhbar itu ialah bekas Perdana Menteri  Dr Mahathir Muhamad. Bekas Panglima ATM, Jeneral (B) Borhan Ahmad berkata para veteran bersedia menghadap Majlis Raja-Raja bagi membangkitkan kebimbangan terhadap Perjanjian Anwar-Trump ini.

Bila bekas Panglima ATM bersuara ini membawa makna yang amat mendalam. Ini bukan suara  politikus, ini bukan suara  kumpulan NGO. Ini suara dari barisan hadapan yang mempertahankan negara kita.

Bekas Panglima ATM in merasa kedaulatan negara tergugat. Bekas Jeneral ini berpendapat bahawa  Malaysia kini menjadi dalam keadaan bahaya.

Media kita hanya melaporkan isi pati kata-kata  Jeneral Borhan Ahmad.  Untuk saya warga wajib meneliti rapi apa kata-kata bekas Panglima ATM   ini.

Sosok ini bukan berkempen untuk  menjadi Ketua Bahagian. Bukan berkempen untuk mencari undi agar dapat ke Parlimen. Sosok ini  bersuara untuk melahirkan rasa  kebimbangan terhadap apa yang sedang berlaku hasil dari Perjanjian Anwar-Trump ini. 

Bekas Panglima ATM  telah bersuara pagi pihak  Veteran Angkatan Tentera Malaysia. Dia  amat risau dengan cara kerajaan hari ini mengurus hubungan dengan Amerika Syarikat terutamanya berkaitan perjanjian perdagangan terbaru yang ditandatangani semasa lawatan Presiden Trump ke Persidangan ASEAN di Kuala Lumpur..

Mengikut pandangan  bekas Panglima ATM ini   Malaysia  dalam ASEAN wajib menjadi  “Zon Aman dan Berkecuali (ZOPAN)”.  Ini adalah laungan dan slogan asal dari Tun Razak yang memulakan ASEAN pada 8 Ogos 1967. Ketika ini  zaman Perang Dingin.

Dasar berkecuali ini menjadi  pedoman dasar luar negara kita. Kita bukan boneka Amerika dan bukan boneka  blok Soviet pada ketika itu.

Sebagai negara anggota ASEAN, kita juga menegaskan prinsip “tidak campur tangan” dalam urusan dalaman negara anggota lain di rantau ini. 

Pada hemat bekas Panglima ini  Malaysia wajib terus kekal berkecuali dalam semua bentuk dan keadaan, serta tidak memihak kepada mana-mana kuasa besar atau kuasa serantau.

Ha ha ha. Bila sampai ke  bab Perjanjian Anwar-Trump  ini   Sang Panglima berpendapat  bahawa Anwar bin Ibrahim  telah menyerahkan kedaulatan dan integriti negara kepada kuasa asing. Ini tidak mencerminkan imej sebuah negara bangsa yang Merdeka. 

Suara Sang Panglima makin keras bila dia  mula bertanya : Apakah kini kita sedang diperhambakan, dijajah semula, atau diperas ugut untuk menerima perjanjian yang berat sebelah ini?

Perkataan : Peras ugut ini keluar dari tulisan  Kenyataan Akhbar Jeneral Bersara  Bekas Panglima ATM.  Ini selari dengan apa yang di suarakan oleh Jeneral Siam di Bangkok.

Jeneral Siam menuduh Datuk Seri Anwar bin Ibrahim  ‘ sai suek – pengintip ‘  untuk Amerika.  Jelas  mengikut  bekas Panglima ATM  ini Anwar bin Ibrahim telah di ugut oleh Amerika. Apa modal Amerika memeras dan mengugut  Perdana  Menteri Malaysian hanya Guru Nanak saja yang tahu.

Sang Panglima terus bertanya : Kenapa Anwar bin Ibrahim  tunduk kepada ancaman sekatan dan kenaikan “tarif” jika kita tidak bersetuju dengan peraturan perdagangan yang tidak munasabah ini?

Contoh paling jelas atau paling  gila dalam perjanjian ini  ialah Malaysia wajib membeli gas  LNG ( Gas Cecair ) dari Amerika. Walhal kita pengeluar gas LNG. Bukan saja kita ada   gas LNG – kita juga  mengeksport gas  LNG ke Jepun.

Data menunjukkan Malaysia ialah pembekal gas LNG utama kepada Jepun, secara konsisten menduduki tempat sebagai pengeksport utama. 

Data terkini menunjukkan Jepun menerima bahagian terbesar gas LNG Malaysia, sekitar 10.8 hingga 11.5 juta tan setiap tahun pada awal 2020-an. Sebagai contoh, pada 2022, Malaysia mengeksport 12 juta tan LNG ke Jepun, menjadikannya pembekal kedua terbesar.

Pasal apa Anwar bin Ibrahim buat perjanjian gila ini. Perjanjian ini  sama seperti  Tok Arab Saudi beli pasir dari Rusia. Atau macam  Greenland membeli air batu dari  India. Semua tidak masuk akal.
 
Sang Panglima juga mengingatkan  Anwar bin Ibrahim tentang perjuangan melawan penjajah untuk mencapai kemerdekaan.

Soldadu, askar dan tentera  telah memperjuangkan kemerdekaannya melalui darah dan air mata. Memerangi Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menghapuskan ancaman tersebut, serta membina dan membangunkan negara sehingga berada pada tahap hari ini.

Kita sudah ada KLCC , Menara Berkembar, Menara Merdeka dan menara ikonik 118. Semua ini menjadi kebanggaan kita. Semua ini mustahil dapat dicapai sekiranya Angkatan Tentera Malaysia gagal dalam misinya.

Dengan nada marah bekas Panglima ATM  mengingatkan Anwar bin Ibrahim agar tidak    kita menggadaikan negara Malaysia  hingga  kita semua menjadi pengemis semula.

Saya pungut semua ini dari kenyataan Jeneral (Bersara) Tan Sri Borhan Ahmad Bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia.

Dari apa yang saya baca di media para Jeneral dan Panglima ini akan pergi menghadap Yang Di Pertuan Agong.  Kata-kata  dan rasa hati para pejuang negara ini wajib sesama kita sematkan dalam hati.

Tanpa Angkatan Tentera – kita anak semua bangsa dan bangsa semua agama - tidak akan wujud selamat di bumi tercinta ini.  Justeru kita wajib bersama-sama menunggu apakah langkah seterusnya yang akan di lakukan oleh bekas tentera ini.

Apa yang jelas  kita warga  dari  semua parti politik,  para aktivis  masyarakat wajib terus menyebar pencerahan. Kita  wajib bersama sebaris berdiri tegak menyokong suara tegas dari Bekas  Jeneral Panglima ATM ini. Suara  hati bekas tentera ini adalah suara hati   anak semua bangsa.

Kita wajib  sebaris dengan para veteran untuk menolak dan memansuhkan  Perjanjian Anwar-Trump 2025.  Apa tindakan seterusnya kita tunggu dan lihat. Amin. (TT)


TULISAN INI
DISIARKAN JUGA
 DALAM PORTAL
MALAYSIA KINI.COM
https://www.malaysiakini.com/columns/764168