Jumaat, 9 Januari 2026

KENAPA KES RASUAH ZAHID DILUPUSKAN ?


RASUAH 

PEGAWAI TENTERA

DISIASAT TAPI

KENAPA KES ZAHID

 DILUPUSKAN ?

AMIN

PEGUAM NEGARA BUKAN TUAN HAKIM !!!


PEGUAM NEGARA

BUKAN TUAN HAKIM

KAH KAH KAH

KHALAS

KES PELIK !!! POLITIKUS BERI RASUAH TAPI TIDAK ADA TINDAKAN DARI SPRM?




KENAPA BILA

POLITIKUS 

BERI RASUAH

SPRM TIDAK 

BERTINDAK?

KHALAS

KES ZAHID BUKAN MUDAH SELESAI


KES ZAHID 

BUKAN 

MUDAH SELESAI

AMIN

KENAPA TENTERA DITUDUH RASUAH DISIASAT TAPI POLITKUS DITUDUH RASUAH DI BIARKAN BEBAS


Albert Tei sekali lagi ingatkan Anwar, Azam: Saya tidak akan berputus asa


Ahli perniagaan Albert Tei sekali lagi memberi amaran kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim bahawa tiada apa yang akan menghalangnya daripada terus mendedahkan salah laku dan rasuah dalam pentadbiran, pada masa sama memfailkan saman terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan kerajaan kerana memaksanya memakai baju lokap berwarna oren ketika dibawa ke mahkamah untuk direman selepas penangkapan penuh drama November lalu.

"Saya ingin menegaskan di sini, dan ingin memberitahu Anwar Ibrahim dan (ketua pesuruhjaya SPRM) Azam Baki, mereka telah memandang remeh terhadap kesungguhan, keazaman dan ketegasan saya dalam perjuangan ini. Saya tidak akan sama sekali berputus asa," katanya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas menghadiri sebutan kesnya bersama peguam N Surendran dan Mahajoth Singh.

"Saya adalah mangsa yang dianiaya dalam perkara ini. Saya adalah pengadu yang mendedahkan pelbagai skandal melibatkan orang berprofil tinggi," kata Tei.

Tei mula dikenali sejak akhir tahun 2024 apabila mendedahkan beberapa klip video yang dirakam secara rahsia menunjukkan ahli politik pemerintah Sabah yang membuat pengakuan menerima rasuah sebagai sogokan mendapatkan lesen mineral.

November lalu, beliau membuat kejutan pendedahan melibatkan Pejabat Perdana Menteri, diikuti dengan tindakan SPRM mengerah sepasukan pegawai lengkap bersenjata untuk menyerbu rumahnya.

Pada 25 November, Tei mendedahkan beberapa bukti dalam bentuk perbualan WhatsApp, resit transaksi serta tunai pembelian hadiah yang diberikan kepada Shamsul Iskandar Mohd Akin, setiausaha politik Anwar yang meletak jawatan pada hari sama.

Pendedahan itu disertakan dengan rakaman video perbualan Tei dengan seorang wanita bernama Sofia Rini Buyong, yang dikenal pasti olehnya sebagai proksi Shamsul.

Dalam klip tersebut, Sofia berkata rancangan supaya Tei merakam secara rahsia ahli politik Sabah merupakan ilham Shamsul dan Anwar, sambil menambah bahawa Azam turut mengetahuinya.

Pada 28 November, sepasukan pegawai SPRM menahan Tei selepas serbuan penuh drama di rumahnya di Puchong, di mana beliau berkata senjata diacukan ke arahnya dan isterinya.

Beberapa hari kemudian, Tei dan Shamsul dibawa ke mahkamah untuk urusan reman sambil berpakaian baju lokap oren SPRM, amalan yang diberhentikan pada 2019 oleh ketua pesuruhjaya SPRM ketika itu, Latheefa Koya.

Pada 4 Disember, Tei dan Shamsul didakwa dengan empat pertuduhan memberi dan menerima suapan bernilai RM176,829.03.

Sementara itu, peguam Tei, Surendran, berkata objektif utama saman yang difailkan oleh Tei adalah untuk mendapatkan pengisytiharan bahawa SPRM bertindak secara tidak berperlembagaan apabila memaksanya memakai baju lokap oren.

"Isu gantirugi itu nombor dua. Yang penting ialah, cabaran mahkamah ini adalah untuk semua rakyat biasa. Kita tak nak siapa pun dianiayai, walaupun tidak disabitkan tetapi dimalukan di dunia," katanya.

Tei berkata tuduhan terhadapnya merupakan isyarat kerajaan kepada semua rakyat Malaysia supaya "jangan cuba kacau rantaian rasuah mereka".

"(Mesej kerajaan ialah) Jangan cuba menjadi hero. Tetapi dari hari pertama, saya tidak mahu menjadi hero. Identiti saya dari hari pertama adalah pemberi maklumat, tidak sama sekali saya menunjukkan muka saya, tetapi saya ditolak oleh penguatkuasa sehingga saya tampil di mahkamah menunjukkan muka saya. Dulu saya pakai topeng. Saya tak mahu jadi terkenal."

RAKYAT TERUS

BERTANYA

AMIN

KENAPA PEGAWAI

TENTERA DI TUDUH

 RASUAH DI SIASAT

OLEH SPRM

AMIN

KENAPA POLITIKUS

ADA VIDEO & SAKSI

AMBIL  RASUAH

SPRM TIDAK SIASAT

KHALAS


JIKA ZAHID DAPAT BUANG KES - APA AKAN JADI DENGAN KES PANGLIMA TENTERA ?



'Busuk tahap langit':

 Bekas bos SPRM kecam 

keputusan 'tiada kes'

 terhadap Zahid

Bekas ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membidas keputusan kerajaan untuk tidak mengambil tindakan lanjut atas puluhan tuduhan rasuah melibatkan Ahmad Zahid Hamidi, yang dilihat bakal membuka peluang kepada timbalan perdana menteri itu untuk menggugurkan kesemua 47 pertuduhan terhadapnya meskipun dibicarakan sebagai kes prima facie.

Latheefa Koya menyifatkan keputusan Peguam Negara Mohd Dusuki Mokhtar untuk tidak mengambil tindakan lanjut, atau "no further action" (NFA) terhadap kes melibatkan Zahid sebagai "satu serangan terhadap kesaksamaan dan keadilan rakyat".

"Apakah Zahid akan menerima layanan istimewa sebegini jika dia bukan timbalan perdana menteri? Apakah Zahid akan menerima layanan istimewa sebegini jika dia bukan sekutu politik penting kepada Anwar Ibrahim?" soalnya.

"Semuanya busuk tahap ke langit. Ada sesuatu yang hancur di Putrajaya."

Zahid didakwa dengan 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Presiden Umno itu memainkan peranan penting dalam membawa partinya menyokong Anwar dilantik sebagai perdana menteri susulan pilihan raya umum 2022 yang berakhir dengan parlimen tergantung.

Antara pertuduhan pecah amanah beliau termasuk dakwaan melangsaikan hutang kad kreditnya menggunakan dana Yayasan Akalbudi menggunakan 44 keping cek berjumlah kira-kira RM1.3 juta antara Januari 2013 dan Disember 2016.

Latheefa, yang mengetuai SPRM selama sembilan bulan ketika fasa genting agensi itu memburu bekas pemimpin kerajaan yang terlibat dengan amalan rasuah peringkat tinggi, turut mengingatkan bahawa proses untuk membebaskan Zahid daripada 47 pertuduhan rasuah bermula sebaik sahaja peguam yang mengetuai pasukan pendakwaan,  Raja Rozela Raja Toran, tiba-tiba mengundur diri.

"Sebelum pertuduhan digugurkan, pendakwa raya yang tegas, Raja Rozela, digugurkan daripada kes Zahid,” katanya, merujuk kepada keputusan memberikan pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) yang dimohon Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk Zahid.

Raja Rozela, yang dilihat mengajukan soalan bertalu-talu terhadap Zahid sepanjang perbicaraan, dilaporkan tidak hadir di mahkamah beberapa hari sebelum DNAA diumumkan.

Walau bagaimanapun, peguam negara ketika itu, Idrus Harun, mendakwa Raja Rozela memohon “persaraan awal”.

Ketika itu, Raja Rozela dilaporkan mengulas: “Saya seorang penjawat awam... Saya tidak dibenarkan mengulas. Maafkan saya.”

Latheefa berkata hakim Mahkamah Tinggi Colin Lawrence Sequerah, meskipun pernah mendapati wujud kes prima facie terhadap Zahid, tidak mempunyai pilihan selain memberikan DNAA yang diminta AGC.

Menurutnya, susulan keputusan semalam, AGC dalam "percubaan yang lemah dan menyedihkan untuk menjelaskan NFA".

“Apakah AGC akan memberikan layanan yang sama ringan dan istimewa kepada seorang kerani kerajaan biasa yang berdepan tuduhan mencuri beberapa ratus ringgit?

"Selepas ini, siapa yang percaya sistem keadilan jenayah?"

Beliau menyifatkan langkah Anwar untuk melantik Zahid sebagai timbalan perdana menterinya sebagai momen "yang memalukan negara".

“Tidak pernah sebelum ini, sejak Merdeka, seseorang yang berdepan pertuduhan jenayah serius dilantik sebagai TPM."

JIKA ZAHID

DI BEBASKAN

APA AKAN JADI

PADA KES  BEKAS

PANGLIMA TENTERA?

JENG JENG JENG

AMIN

INI KES RASUAH BESAR - ADA JARINGAN DGN PEGAWAI KERAJAAN ?


Diusir Bukit Aman pada 2016, kini muncul sebagai ahli perniagaan

Seorang warga Nepal yang pernah diusir dari Malaysia pada 2016 atas dakwaan berkaitan pembiayaan kumpulan pengganas Isis atau Daesh didakwa kembali menjejakkan kaki ke negara ini.

Mahendra Jung Shah (gambar bawah) bagaimanapun menafikan semua dakwaan tersebut ketika dihubungi Malaysiakini.

Menurutnya, dia tidak pernah terlibat dalam sebarang aktiviti keganasan.

“Saya ditahan selama 14 hari (ketika itu ) untuk siasatan oleh pihak berkuasa Malaysia sebelum dihantar pulang ke Nepal.

“Jika saya benar-benar seorang pengganas, saya pasti sudah didakwa di bawah undang-undang ketat Malaysia,” katanya.

Shah turut mendakwa pihak berkuasa Nepal dan Interpol Nepal telah membersihkan namanya selepas dia pulang ke negara asal.

“Sekembalinya saya ke Nepal, pihak berkuasa tempatan dan Interpol Nepal mengesahkan saya tidak mempunyai sebarang rekod jenayah,” katanya.

Bagaimanapun, Shah enggan mengemukakan sebarang dokumen bagi menyokong dakwaan tersebut.

Ketika ditanya lanjut mengenai status kemasukannya ke Malaysia, Shah menegaskan perkara itu bukan di bawah bidang kuasanya.

“Saya bukan imigresen. Soalan ini perlu ditanya kepada jabatan yang berkaitan.

“Saya tidak boleh menjawab apa-apa mengenai kes DP10 (visa profesional) kerana itu bukan hak saya untuk jelaskan,” katanya.

Ditahan E8, diusir pada 2016

Berdasarkan laporan media sebelum ini, Shah ditahan Bahagian Counter Terrorism (E8) Bukit Aman pada 19 Ogos 2016 sebelum dihantar pulang ke Nepal pada 2 September tahun sama.

Ketua polis negara ketika itu, Khalid Abu Bakar mengesahkan tangkapan tersebut.

“Kami mendapati dia mengendalikan pusat hiburan dan sebuah hotel. Kami percaya dia bertanggungjawab memalsukan dokumen untuk memudahkan perjalanan pengganas,” kata Khalid.

Duta Nepal ke Malaysia pada waktu itu, Niranjan Man Singh Basnyat pula berkata Shah ditahan kerana disyaki terlibat dalam pengeluaran visa palsu Malaysia kepada kira-kira 140 warga asing, termasuk 36 warga Nepal.

Mengulas dakwaan tersebut, Shah mendakwa ia berpunca daripada dendam peribadi bekas duta berkenaan selepas dia memfailkan aduan rasuah terhadap diplomat itu di Nepal.

“Saya percaya dakwaan ini adalah hasil dendam peribadi seorang bekas duta yang saya laporkan atas kes rasuah.

“Dia cuba memfitnah saya dengan mengaitkan saya dengan ISIS — sebuah organisasi yang saya tidak kenal dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengannya,” katanya.

Visa profesional dan tanda tanya besar

Sumber imigresen mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa Shah kini kembali ke Malaysia menggunakan visa profesional (DP10), yang lazimnya dikeluarkan kepada individu berkemahiran tinggi atau pemegang jawatan pengurusan kanan.

“Di bawah undang-undang Malaysia, warga asing yang dipercayai terlibat dengan aktiviti keganasan sepatutnya dilarang memasuki negara ini seumur hidup.

“Tetapi saya tidak pasti bagaimana dia boleh masuk semula. Kenyataan ketua polis ketika itu sangat jelas — dia dikaitkan dengan aktiviti keganasan,” kata sumber tersebut.

“Sebab itu persoalannya: Bagaimana dia boleh terlepas dan masuk semula?” tambah sumber itu.

Selain sumber berkenaan, sekurang-kurangnya dua ejen pekerja asing dari Nepal mendakwa Shah telah kembali ke Malaysia dan kini menjalankan perniagaan dobi serta perkhidmatan pembersihan.

Usaha Malaysiakini mendapatkan komen Timbalan Ketua Polis Negara, Ayob Khan Mydin Pitchay — yang mengetuai Bahagian E8 dari 2013 hingga 2019 — tidak berhasil.

Rekod SSM dan alamat di Cheras

Siasatan Malaysiakini berdasarkan rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati Shah menetap di sebuah pangsapuri di Taman Maluri, Cheras, Selangor.

Carian SSM menunjukkan Shah merupakan pengarah Stellar Diamond Sdn Bhd sejak 15 Mei 2024 dan memiliki 225,000 saham atau 40 peratus pegangan dalam syarikat tersebut yang terlibat dalam perniagaan pembersihan. Baki 60 peratus saham dimiliki seorang warganegara Malaysia.

Shah juga pernah dilaporkan sebagai individu yang dicari oleh Biro Pusat Kebangsaan Interpol di Singapura, yang meminta maklumat mengenai dirinya daripada polis Nepal.

Menurut laporan akhbar Nepal, Republica, Interpol mengesyaki Shah — yang pernah memimpin persatuan warga Nepal di Malaysia — mempunyai kaitan dengan ISIS.

Malaysiakini telah meneliti sepucuk surat Interpol Singapura bertarikh 29 Julai 2024.

Surat itu turut menyebut seorang warga Vietnam, Nguyen Thi Ngan, yang dilaporkan melancong bersama Shah ke Singapura pada 21 Julai 2024.

Rakan niaga, alamat sama

Rekod imigresen Malaysia menunjukkan Nguyen berkahwin dengan seorang warga Malaysia dan kini menetap di Taman Maluri menggunakan Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang (spouse visa).

Nguyen juga merupakan pengarah HSS Cleaning Services Sdn Bhd sejak 2 Mei 2019 dan memegang 30 peratus saham syarikat tersebut bersama individu yang sama memiliki 60 peratus saham dalam syarikat tempat Shah menjadi pengarah.

Maklumat SSM turut menunjukkan Nguyen dan Shah berdaftar di alamat yang sama. Lawatan wartawan Malaysiakini ke lokasi berkenaan mendapati Nguyen tinggal di situ bersama tiga orang anak.

Anak sulungnya berusia 10 tahun manakala anak bongsunya berusia lima bulan. Maklumat mengenai anak kedua tidak dapat disahkan.

Mengikut maklumat sijil perkahwinan, suami Nguyen yang berusia 65 tahun dilaporkan menetap di sebuah pangsapuri lain di Pandan Jaya. Namun, semakan di Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan dia berasal dari Kampung Tunku, Damansara. Usaha Malaysiakini menjejakinya tidak berhasil.

Nguyen pula ketika dihubungi berkata dia tidak dapat memberi sebarang komen kerana berada di luar negara.

Dakwaan perkahwinan palsu

Menurut satu lagi sumber imigresen mengaitkan Nguyen dengan dakwaan perkahwinan palsu bersama warganegara Malaysia itu.

“Perkahwinan itu didaftarkan di JPN dan digunakan untuk memohon pas tinggal jangka panjang.

“Ada kemungkinan perkahwinan ini hanya wujud di atas kertas untuk memastikan anaknya mendapat kerakyatan,” kata sumber itu.

“Isu ini serius kerana melibatkan keselamatan negara serta peranan polis, imigresen dan JPN,” tambahnya.

Penafian Shah

Shah bagaimanapun menafikan Nguyen sebagai isterinya dan menolak dakwaan mereka mempunyai hubungan perkahwinan.

“Wanita itu bukan isteri saya, dan anak-anak itu bukan anak saya. Kami hanya rakan niaga dan rakan karib.

“Dia adalah isteri kepada rakan baik saya. Gambar bersama tidak membuktikan perkahwinan,” katanya.

Mengulas mengenai alamat yang sama dalam rekod SSM, Shah berkata dia tidak pernah menetap di lokasi tersebut.

“Saya menggunakan alamat rakan niaga kerana ketika mendaftarkan syarikat, saya belum mempunyai alamat tetap di Malaysia,” katanya.

Shah juga menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mengaitkan dirinya dengan kematian mencurigakan ejen pengambilan buruh Nepal, Rinji Rai, di sebuah asrama pekerja di Malaysia pada April 2023.

“Saya tahu siapa di sebalik laporan ini. Ada individu cuba memeras ugut saya selama hampir setahun.

“Apabila saya enggan membayar, mereka menyebarkan video dan membuat laporan palsu atas dasar cemburu dan dendam,” katanya, sambil mendakwa memiliki bukti cubaan pemerasan tersebut.

Malaysiakini telah menghubungi KDN dan masih menunggu ulasan.

DARI BERITA

YANG DIBACA

MENUNJUKKAN

MALAON INI ADA

JARINGAN DENGAN

PEGAWAI KERAJAAN

AMIN

DIA TAHU LUBANG

DIA TAHU MANA

NAK SUAP

AMIN

JIKA TIDAK DISIASAT

APAKAH ADA

ORANG POLITIK

DI BELAKANG? 

KHALAS