Khamis, 1 Januari 2026
BUAT KERJA AMAL YANG BERFAEDAH
14 ajaran difatwa sebagai sesat dikesan masih aktif
KUALA LUMPUR: Sebanyak 14 ajaran yang difatwa sebagai sesat dikesan masih aktif di negara ini dengan lapan daripadanya di dalam pemantauan pihak berkuasa.
Timbalan Ketua Polis Negara, Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata sebanyak 154 ajaran difatwa sebagai sesat sejak 1950 hingga kini.
Beliau berkata, daripada jumlah itu sebanyak 114 ajaran sesat yang dikenal pasti serta diberi tumpuan oleh Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Ajaran sesat antara ancaman terhadap keselamatan negara, selain isu rasuah membabitkan penjawat awam.
"Sebanyak 14 ajaran sesat dikesan masih aktif, manakala lapan dalam pemantauan pihak berkuasa.
"Antaranya Perjalanan Mimpi Yang Terakhir, Dewan Perkasa Ekonomi Islam, Millah Abraham, Nur Mutiara Mutmainnah, The Ahmadi Religion of Peace and Light," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ceramah sempena program tahunan Masjid Saidina Ali, Bukit Sentosa malam tadi.
Mengulas mengenai isu rasuah, Ayob Khan berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tegas terhadap isu rasuah dalam kalangan warganya sendiri bagi mengembalikan kepercayaan masyarakat terhadap pasukan itu.
Beliau berkata, isu rasuah adalah ancaman serius kepada nilai integriti terutamanya dalam kalangan penjawat awam.
"PDRM akan mengambil tindakan tegas terhadap isu rasuah dalam warga sendiri kerana integriti adalah kunci utama untuk mendapatkan semula kepercayaan penuh masyarakat terhadap pasukan keselamatan," katanya.
Beliau turut menyaran orang ramai untuk memanfaatkan teknologi moden menerusi sistem Volunteer Smartphone Patrol (VSP) sebagai saluran penyaluran maklumat yang pantas.
"Masyarakat dan PDRM perlu mempunyai ikatan simbiosis yang kukuh bagi memastikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara aman dan harmoni," katanya.
WOIT
KONSEP AGAMA
AJARAN SESAT
INI ADA MASALAH
AMIN
HINDU SESAT
KRISTIAN SESAT
BUDHA SESAT
BAHAI SESAT
SHIAH SESAT
AMIN
SEMUA AGAMA
TUJUAN SAMA
AMIN
YANG TAK SESAT
AGAMA MANA?
AMIN
YANG BERKATA
ITU SESAT
INI SESAT
IALAH KUASA
AMIN
ADA KUASA
BOLEH KLIM BETUL
YANG LAIN SESAT
KHALAS
YANG PENTING
BUAT AMAL
KEBAJIKAN
UNTUK UMAT
MANUSIA
KHALAS
UFO DATANG KE PEKAN UNTUK SELAMATKAN NAJIB ?
Serpihan objek disyaki dari angkasa ditemui di persisiran pantai di Pekan
PEKAN: Serpihan objek disyaki jatuh dari angkasa ditemui di kawasan Pantai Kampung Tanjung, Nenasi, di sini.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin, berkata pihaknya menerima laporan mengenai penemuan objek itu daripada pegawai Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) pada jam 5 petang semalam.
Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal MOSTI, objek berkenaan disyaki jatuh di laut dan dihanyutkan arus ke pantai itu.
Katanya, panjang serpihan berkenaan 4.26 meter (m) dan lebar 3.64m serta terdapat teritip iaitu sejenis hidupan marin melekat di sekeliling objek terbabit.
"Bahagian Penguasa Angkasa, MOSTI, Jabatan Tenaga Atom Malaysia dan Agensi Angkasa Malaysia sudah menyiasat penemuan objek itu.
"Hasil siasatan dan ujian dilakukan agensi terbabit mengesahkan objek itu bebas daripada sebarang radiasi.
"Pegawai agensi terbabit juga sudah memindahkan sementara objek itu ke Balai Polis Nenasi," katanya ketika dihubungi.
Mohd Zaidi berkata, agensi berkenaan akan mengambil objek itu untuk siasatan lanjut.
"Orang ramai yang menemui serpihan objek seperti itu diminta menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan lanjut. Berat serpihan itu dianggarkan mencecah 500 kilogram," katanya.
Media sebelum ini melaporkan, tiga satelit milik China pernah terjatuh di bumi antara 2018 dan 2022.
Serpihan objek itu dilaporkan pernah dijumpai di beberapa lokasi termasuk Lautan Pasifik serta Lautan Hindi.
Antaranya ialah satelit Tiangong-1 pada 2018 dan Long March 5B pada 2022.
Serpihan satelit berkenaan pernah ditemui terapung di kawasan perairan Sarawak dan Kalimantan, Indonesia.
APAKAH INI
UFO DATANG
KE PEKAN
UNTUK
SELAMTKAN
NAJIB ?
KAH KAH KAH
UFO SILAP
NAJIB MASIH
DI KAJANG
KAH KAH KAH
KHALAS
LANGKAH BIJAK WAJIB KITA SOKONG
Esok bermula Perintah Khidmat Masyarakat, hukuman pembuang sampah di tempat awam
KUALA LUMPUR – Mulai esok, Perintah Khidmat Masyarakat di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) akan dikuatkuasakan sebagai hukuman untuk menangani isu pembuangan sampah kecil di tempat awam.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam kenyataan hari ini berkata, pelaksanaan hukuman Perintah Khidmat Masyarakat itu akan berkuat di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, dan Kedah serta dua Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Bagi Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Terengganu yang tidak menggunakan Akta 672, pelaksanaan perintah berkenaan akan bermula secepat mungkin tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa negeri masing-masing.
“Hukuman ini dilaksanakan menerusi pindaan Akta 672 yang telah diluluskan Dewan Rakyat pada Ogos 2025 dan dibentangkan di Dewan Negara pada bulan yang sama.
“Akta 672 akan dikuatkuasakan bersama-sama Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171),” menurut kenyataan itu.
KPKT memaklumkan selain Perintah Khidmat Masyarakat, pesalah juga boleh dikenakan denda antara RM2,000 dan RM10,000 bagi kesalahan sama.
“Penguatkuasaan Perintah Khidmat Masyarakat ini adalah sebagai tambahan kepada denda tersebut dan bukan bertujuan menggantikan denda sedia ada, bagaimanapun ia hanya boleh diperintahkan kepada pesalah selepas disabitkan kesalahan oleh mahkamah,” menurut kenyataan itu.
KPKT memaklumkan pesalah yang disabitkan dengan hukuman itu perlu menjalani Perintah Khidmat Masyarakat hingga 12 jam dalam tempoh enam bulan dari tarikh sabitan.
Perintah Khidmat Masyarakat merangkumi aktiviti berkaitan kebersihan antaranya mengutip sisa pepejal, mencuci, memotong rumput dan membersihkan sarang labah-labah.
“Undang-undang tidak menghendaki pesalah menghabiskan tempoh 12 jam dalam satu sesi berterusan. Penjadualan dan pengawasan akan ditentukan oleh pegawai yang diberi kuasa mengikut perintah mahkamah,” menurut kenyataan itu.
Menurut KPKT, tindakan enggan, melawan, gagal mematuhi, atau melarikan diri daripada Perintah Khidmat Masyarakat merupakan satu kesalahan berasingan di bawah peruntukan undang-undang yang dipinda.
“Jika disabitkan kesalahan atas ketidakpatuhan tersebut, pesalah boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM2,000 dan tidak melebihi RM10,000,” menurut kenyataan itu.
Pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat adalah untuk mendidik dengan objektif keseluruhan langkah itu untuk menanam kesedaran, tanggungjawab serta rasa hormat terhadap kebersihan alam sekitar dan bukannya menghukum secara berlebihan.
Menurut KPKT, orang awam boleh mengemukakan aduan kepada SWCorp menerusi talian 013-210 7472 (Whatsapp) atau Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) SWCorp di swcorp.spab.gov.my. –
INI CARA BAIK
CARA BIJAK
UNTUK MENDIDIK
WARGA
AMIN
BERSIH
SATU AMALAN
AMIN
KHIDMAT
MASYRAKAT
JALAN TERBAIK
MEMBUKA
KESEDARAN
KHALAS
DUNIA DALAM BAHAYA - GERMAN MENDIRIKAN TENTERA SEKALI LAGI
AWAS !!!
DUNIA DALAM BAHAYA
GERMAN MENDIRIKAN
BALA TENTERA
SEKALI LAGI
AMIN
JANGAN CARI PASAL.
Presiden Taiwan ikrar pertahan kedaulatan sebagai respons terhadap latihan ketenteraan China
TAIPEI: Presiden Taiwan, Lai Ching-te, hari ini berikrar untuk mempertahankan kedaulatan 'pulau demokrasi' itu.
Ketegasan itu disampaikan beliau sewaktu menyampaikan ucapan Tahun Baharu 2026 sebagai respons terhadap latihan ketenteraan yang dijalankan China.
"Sikap saya sentiasa jelas untuk teguh mempertahankan kedaulatan negara, memperkuat pertahanan nasional dan daya tahan seluruh masyarakat, membangunkan kemampuan pencegahan yang berkesan secara menyeluruh serta membina mekanisme pertahanan demokrasi yang mantap," katanya ketika bersiar langsung dari Pejabat Presiden.
Sehari selepas China selesai mengadakan latihan ketenteraan sekitar Taiwan, beliau menegaskan kerajaan akan menumpukan agenda untuk membina negara yang lebih selamat dan tahan lasak.
"Dalam menghadapi pengembangan cita-cita China yang semakin meningkat, komuniti antarabangsa memerhatikan dengan teliti sama ada rakyat Taiwan memiliki tekad untuk mempertahankan diri," katanya.
Latihan ketenteraan yang mendapatkan kekuatan China di sekitar negara pulau itu menyusul pembekalan senjata besar-besaran kepada Taipei oleh Amerika Syarikat (AS) selaku penyokong keselamatan utama Taiwan.
Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi, sebelum ini turut menzahirkan kebimbangan susulan kekerasan terhadap Taiwan boleh mencetuskan tindak balas tentera dari Tokyo.
Ching-te berkata, sokongan antarabangsa terhadap Taiwan tidak pernah goyah, menandakan bahawa 'Taiwan bukan lagi sekadar Taiwan'.
"Kami bukan sahaja tidak dapat digantikan, tetapi juga merupakan kuasa yang dipercayai dan bertanggungjawab demi kebaikan dalam komuniti antarabangsa," katanya.
Ucapan beliau menutup beberapa minggu dramatik di Taiwan, termasuk serangan pisau di Stesen MRT Taipei yang meragut tiga nyawa serta krisis politik domestik yang semakin mendalam.
Parlimen yang dikuasai pembangkang menghalang kelulusan belanjawan tahunan kerajaan dan belanjawan pertahanan tambahan sebanyak AS$40 bilion (RM162.3 bilion) bertujuan membangunkan sistem pertahanan udara bersepadu.
Parti Kuomintang (KMT) dan Parti Rakyat Taiwan marah selepas Perdana Menteri, Cho Jung-tai, dari Parti Progresif Demokratik (DPP), menolak menandatangani pindaan rang undang-undang (RUU) perkongsian hasil yang disokong pembangkang, mengakibatkan ia tidak berkuat kuasa.
Ching-te secara terbuka menyokong keputusan Jung-tai, sehingga tindakan itu terus membangkitkan kemarahan parti pembangkang termasuk memulakan prosiding pemecatannya.
Justeru, beliau berharap pihak kerajaan dan pembangkang dapat bersatu hati.
"Hanya melalui perpaduan bukan perpecahan, kita dapat mengelak memberi isyarat salah kepada China bahawa ia boleh menceroboh Taiwan," katanya.
JANGAN CARI
PASAL
AMIN
CHINA MERAH
AMERIKA &
TAIWAN
AKAN
JADI PUNCA
PERANG DUNIA
AMIN
KHALAS
KANG KONG SEGAR
KANG KONG
SEGAR
AMIN
Unknown commented on
"CHINA MERAH PAU NAJIB KERANA HUTANG 1MDB"
Kajian Alam Melayu mendapati sejak turun-temurun orang-orang kita selalunya makan percuma, berak laju dan rasuah kuat, terpaling hebat mempromosikan diri sebagai alim ulama sehingga terpedaya seluruh alam Melayu.
Prof Solehah salah seorang daripada Bani Melayu yang sedemikian rupa juga, mempamerkan kebodohan sendiri disamping memalukan seluruh keturunan kebudayaan keagungan orang-orang kita. Amin,
dulu kini selamanya kepimpinan kita terpalit dengan kecurian rompakan rasuah jadi semua menjadikan Malaysia popular di seluruh dunia kah kah kah lembu gostan kanan balik
SYARIKAT UBAT LOBI KERAJAAN HARAMKAN AIR KETUM
SYARIKAT UBAT
LOBI KERAJAAN
HARAMKAN
AIR KETUM
KHALAS
Unknown commented on
"LARANGAN 10 MAKANAN
INI BUKAN AIR KETUM"
Kalau ketum dibungkus oleh syarikat korporat yang bagi makan setiap bulan kepada pemimpin ketua polis nescaya ianya boleh digunakan nanti, kalau tak bayar tak bayar ufti kalau tak bayar cukai dosa semuanya haram belaka kah kah kah, Malaysia ini semua boleh asalkan bayaran sampai kepada pihak berwajib kena faham salah silah keturunan ketuanan alam melayu woit kah kah kah
PERJUANGAN MELAWAN RASUAH !!!
PERJUANGAN
MELAWAN
RASUAH
AMIN
FB Che GuBard
·
Pendedahan mengenai korupsi dalam Tentera Darat Malaysia mendapat perhatian dunia. Channel News India melaporkan sebagai berita utama. Agensi Berita Timur Tengah malah agensi berita negara jiran turut melaporkan.
Nama (parti) BERSATU disebut diseluruh dunia.....
RAKYAT Malaysia harus dikenali dengan ketegasan melawan korupsi....
Tapi dalam parti aku dimusuhi sebab tegur parti lembab juarai isu rakyat dan tegur (dedah korupsi)
Klik untuk #OpsYamashita https://www.facebook.com/share/p/1Cyhpe3ELi/
ANWAR BIN IBRAHIM PENGKHINAT !!!
Di sebalik Perjanjian Anwar-Trump, Mahathir gesa rakyat pertahan kedaulatan sebagai azam tahun baru
Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengingatkan rakyat Malaysia mengenai ancaman terhadap kedaulatan negara dalam perutusan menandakan penghujung tahun 2025 yang menyaksikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berdepan kritikan atas tindakan memeterai perjanjian dagang yang rata-rata mewajibkan Malaysia mengikut telunjuk Washington.
Bekas perdana menteri berusia 100 tahun itu yang kerap membangkitkan sejarah perjuangan kemerdekaan menentang penjajahan British yang dilaluinya, berkata adalah amalan biasa untuk mengulangi azam tahun baru yang sama walaupun tidak berjaya dicapai.
"Azam ini sama seperti perjuangan dan tiada perjuangan yang lebih mulia selain untuk negara.
"Banyak yang kita perjuangkan pada tahun lalu tetapi yang paling utama ialah mempertahankan kedaulatan dan kebebasan negara kita daripada dijajah semula," katanya dalam perutusan tahun baru.
Kenyataan itu ditujukan kepada apa yang dipanggil sebagai Perjanjian ANWAR - TRUMP 2025 yang ditandatangani Anwar pada 26 Oktober.
Pemimpin kerajaan mempertahankan perjanjian itu sebagai cara meyakinkan AS supaya menurunkan kadar tarif perdagangan Trump.
Bagaimanapun, dokumen perjanjian itu didapati sarat dengan klausa yang mewajibkan Malaysia patuh kepada kepentingan geopolitik AS, di samping syarat yang berat sebelah dan menguntungkan ekonomi Washington.
Pelbagai pihak menyifatkan perjanjian itu sesuatu yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin sebelum ini, di mana seorang pakar ekonomi tempatan menggelarnya "langkah ke belakang yang mengejutkan" yang menyerahkan autonomi perdagangan Malaysia "sebagai pertukaran mendapatkan konsesi yang tak seberapa".
Perjanjian tersebut mencetuskan lebih daripada 300 laporan polis di seluruh negara, termasuk yang difailkan oleh Mahathir sendiri pada 2 Disember yang menggesa pihak berkuasa menyiasat Anwar dan semua yang terlibat dalam rundingan sehingga menyebabkan sabotaj ekonomi dan menjejaskan kedaulatan negara.
Difahamkan polis masih belum melancarkan sebarang siasatan.
Mahathir dalam laporannya merujuk klausa yang mewajibkan Malaysia mematuhi sebarang sekatan unilateral oleh AS terhadap negara lain, serta mewajibkan data rentas sempadan didedahkan "yang berpotensi mencampuri dasar pengawalseliaan negara".
Beliau turut menyenaraikan 14 implikasi negatif yang bakal dihadapi Malaysia, termasuk berkaitan kuasa kawal selia industri halal, pemerkasaan ekonomi Bumiputera, strategi nasional dalam sektor berteknologi tinggi, dan eksport mineral kritikal seperti unsur nadir bumi.
"Kesemua perkara ini menimbulkan kebimbangan serius kepada saya kerana pada hemat saya, ia melenyapkan kuasa Malaysia untuk menentukan dasar luar, dasar ekonomi serta penggunaan sumber strategik negara secara bebas dan berdaulat," kata Mahathir, tokoh yang bertanggungjawab memacu pertumbuhan pesat ekonomi sepanjang era 80-an dan 90-an, yang menyaksikan kemuncak pengaliran masuk pelaburan asing meskipun dasar nasionalis beliau yang tidak disenangi negara maju.
Butiran perjanjian AS-Malaysia itu hanya diketahui umum selepas ia diterbitkan di laman web rasmi White House beberapa jam selepas ditandatangani Anwar dan Trump ketika hadir di Sidang Kemuncak Asean pada 26 Oktober.
Antara mereka yang membantah keras perjanjian termasuk bekas peguam negara Tommy Thomas, yang berkata pelbagai komitmen dikenakan ke atas Malaysia menunjukkan pihak yang sepatutnya terlibat dalam rundingan – dari Pejabat Perdana Menteri hingga ke Jabatan Peguam Negara – "langsung tidak berunding".
"AS menunjukkan drafnya. Kemudian, ia ditandatangani tanpa soal oleh Anwar, yang memperagakan pen Trump dan menaiki kereta Trump," katanya, merujuk kepada hadiah pen Rumah Putih daripada Trump kepada Anwar, sejurus selepas menandatangani perjanjian itu.
HANYA
SATU SATU
JAWAPAN
AMIN
KITA BERSATU
HUMBANKAN
ANWAR
BIN IBRAHIM
KHALAS
INI BUKTI WUJUD ZIONIS TEMPATAN
'Menjijikkan' apabila media putar belit fakta mengenai aktivis pro-Palestin
Kami, organisasi-organisasi pro-Palestin yang bertandatangan di bawah, mengecam penyebaran maklumat tidak benar oleh media arus perdana Malaysia termasuk Bernama, Free Malaysia Today, Harian Metro, The Sun, dan The Star yang melaporkan secara palsu bahawa aktivis dan rakan seperjuangan kami, Isa Hazmi Zulkifli, telah mencederakan seorang peserta semasa perhimpunan Global Sumud Flotilla pada 2 Oktober 2025 di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, yang dianjurkan oleh Malaysia Protest for Palestine.
Sebagai organisasi yang terlibat dengan perhimpunan tersebut dan membantu menyelaraskan bantuan pasca-penahanan Isa, kami menegaskan bahawa individu yang mendakwa dicederakan, Muhamad Hafizi Nooraldin, bukan peserta aman dalam perhimpunan GSF, tetapi merupakan seorang pegawai polis tidak beruniform yang sengaja mencetuskan keganasan semasa protes aman tersebut, seperti dibuktikan oleh beberapa rakaman video yang disiarkan oleh peserta dan penganjur perhimpunan tersebut.
Tingkah laku pegawai polis pada hari itu telah membahayakan keselamatan rakyat awam yang menghadiri perhimpunan tersebut, termasuk warga emas, wanita dan anak muda.
Pihak polis gagal memenuhi tuntutan peserta untuk dibenarkan menghampiri Kedutaan AS, sebaliknya menolak para peserta ke jalan raya yang kesesakan lalu lintas.
Pegawai polis sendiri mencetuskan keadaan kacau-bilau yang membawa kepada kekecohan, akhirnya mengakibatkan penahanan tidak sah ke atas dua aktivis pro-Palestin, Isa dan Kamal Aarif Kamaruddin, yang sebenarnya cuba meredakan ketegangan dan menghalang polis — termasuk pegawai tidak beruniform tersebut — daripada mengasari peserta awam yang tidak bersalah.
Sebagai penganjur utama perhimpunan menyokong Global Sumud Flotilla, Malaysia Protest for Palestine menegaskan, pemutarbalikan fakta yang terang-terangan oleh media ini adalah memalukan dan menjijikkan.
Lebih teruk ialah betapa jauhnya PDRM sanggup pergi untuk melindungi kedutaan sebuah negara yang terpalit dengan genosid.
Mereka sanggup mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) mencabuli hak perlembagaan rakyat Malaysia, serta mengakibatkan kecederaan fizikal kepada para pemprotes Palestin. Ini menimbulkan persoalan: di mana sebenarnya kedudukan media kita, PDRM, dan kerajaan kita dalam isu Palestin-Israel?
Hari ini, pihak berkuasa telah mendakwa Isa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas tuduhan mencederakan pegawai berkenaan, walaupun bukti jelas menunjukkan peranan polis dalam mencetuskan keganasan dan membuatkan perhimpunan aman tersebut menjadi huru-hara.
Kami menegaskan semula bahawa pendakwaan ini adalah percubaan bermotifkan politik untuk mematahkan aktivisme pro-Palestin yang menentang imperialisme AS, sekaligus mengalih perhatian orang awam daripada kerajaan Malaysia yang bersekongkol dengan imperialisme AS dalam genosid rakyat Palestin.
Kami sedar bahawa polis adalah sebahagian daripada sistem kekerasan dan penindasan yang berfungsi untuk melindungi kepentingan kelas pemerintah, sambil menyekat suara rakyat marhaen Malaysia yang biasa.
Sebagai warganegara Malaysia, kami berhak untuk berhimpun secara aman, dan kami akan terus melakukannya meskipun berhadapan dengan intimidasi oleh kerajaan.
Adalah tanggungjawab sistem keadilan untuk menjunjung hak kami sebagai rakyat dan memastikan tindakan keras berlebihan yang ditunjukkan pihak berkuasa ditangani dengan sewajarnya.
Adalah tanggungjawab media untuk memastikan fakta disampaikan dengan tepat dan maklumat betul disampaikan kepada orang awam.
Kami telah melaksanakan tanggungjawab kami; kini tiba masanya sistem yang berkuasa juga melaksanakan tanggungjawab mereka.
Kenyataan ini Ditanda tangani oleh :
Malaysia Protest for Palestine
Gerakan Gabungan Anti-Imperialis (GEGAR)
Students Against Genocide Malaysia
Sekolah Merdeka
BDS Malaysia.
SAH & SAHIH
INI BUKTI
KERJA ZIONIS
TEMPATAN
KHALAS
KUBUR DAN TERIMA KASIH
TERIMA KASIH
GUA BUKAN HANYA INGAT KUBUR
TIAP HARI GUA MELIHAT KUBUR
MATA MEMANDANG JAUH KE DEPAN
KOTA KUALA LUMPUR
MATA MEMANDANG DEKAT KE BAWAH
KUBUR MAKAM DI HOKKIEN
JUSTERU GUA SEDAR
MAKNA HIDUP
APA PUN TERIMA KASIH
AMIN
"UCAPAN SELAMAT
TAHUN BARU 2026"
hepi new year isham! di tahun baru ini, ingat kubur, jangan asyik merapu dan mengarut saja. kah kah kah!
Langgan:
Ulasan (Atom)










