Isnin, 22 Disember 2025

UMNO KENA KENCING DAP SEKALI LAGI


UMNO KENA

KENCING DAP

SEKALI LAGI

KAH  KAH KAH

AMIN

SUHU POLITIK SEKARANG AMAT BAIK !!!


SUHU POLITIK

AMAT BAIK UNTUK

SEMUA BERSATU

HUMBANKAN

ANWAR 

BIN IBRAHIM

KHALAS

NASIB BAIK PEGUAM NAJIB GUNA BAHASA ORANG PUTIH


NASIB BAIK

PEGUAM NAJIB

CAKAP ORANG 

PUTIH

AMIN

MAK CIK & PAK CIK

TAK FAHAM

KAH KAH KAH

KALAU MEREKA

FAHAM MADANON

ANWAR

BIN IRAHIM

AKAN TUMBANG

KHALAS

APAKAH ZAHID AKAN SELAMAT JIKA NAJIB BEBAS ?

 


APAKAH ZAHID

AKAN SELAMAT

JIKA NAJIB BEBAS?

AMIN

CURAH MINYAK HINGGA MADANON TERBAKAR RUNTUH


Zahid: Api marak, jangan simbah minyak

Keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan bekas perdana menteri Najib Razak untuk tahanan rumah mencetuskan kemarahan Umno manakala ada dikalangan anggota parti kerajaan pula meraikannya.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memuat naik peringatan ringkas satu baris di media sosial dengan latar belakang berwarna merah.

“Jangan menyimbah minyak pada api yang sedang marak,” tegasnya memberi amaran.

Pun begitu, hantaran Zahid tidak menyebut sebarang nama.

Terdahulu, Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh yang tidak pernah menyembunyikan rasa tidak selesanya terhadap kerjasama Umno dengan PH — khususnya DAP — menggesa partinya keluar daripada kerajaan.

Akmal sejak lama dikenali sebagai penyokong setia Najib dan seperti ramai penyokong bekas presiden Umno itu, mereka percaya Najib dinafikan perbicaraan adil.

Pemimpin Umno turut berang terhadap Ahli Parlimen DAP Yeo Bee Yin, yang mencadangkan keputusan mahkamah itu sebagai satu lagi sebab untuk diraikan ketika 2025 menghampiri penutup.

Zambry Abd Kadir, yang juga setiausaha agung BN, menyifatkan kenyataannya tidak sesuai manakala Timbalan Pengerusi Majlis Ulama Umno Khairuddin Aman Razali mendakwa ia berunsur biadab.

Semalam, Zahid dilaporkan berkata Umno berharap Najib akan dikurniakan pengampunan diraja.

Zahid berkata sebagai sahabat rapat, dia terus berdoa agar bekas perdana menteri itu menerima pengampunan pada waktu sesuai, sambil menegaskan keputusan sepenuhnya terletak pada Yang di-Pertuan Agong.

Hakim Mahkamah Tinggi Alice Yoke hari ini menolak permohonan Najib untuk menjalani baki hukuman penjaranya melalui tahanan di rumah.

Mahkamah menolak semakan kehakiman Najib, dengan memutuskan titah adendum diraja Yang di-Pertuan Agong ke-16 tidak sah di sisi undang-undang.

Najib, 72, dipenjarakan sejak Ogos 2022 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitannya dalam kes SRC International.

Sehari selepas Krismas, Najib akan mengetahui nasibnya bagi kes berkaitan 1MDB melibatkan RM2.3 bilion, apabila Hakim Collin Lawrence Sequerah dijadual menyampaikan keputusannya pada jam 9 pagi di Istana Kehakiman, Putrajaya.

CURAH  LAGI

MINYAK

KAH KAH KAH

HINGGA 

TERBAKAR

ZAHID SENDIRI

KAH KAH KAH

ZAHID  LINGKUP

MAKA KERAJAAN

MADANON

ANWAR

BIN IBAHIM

AKAN LINGKUP

SAMA

KHALAS

NAJIB WIRA MELAYU



Akmal gesa Umno tarik sokongan: Lebih baik jadi pembangkang bermaruah

Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Salleh, secara terbuka menggesa parti itu menarik sokongan daripada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim hari ini, dengan menyatakan lebih baik Umno menjadi pembangkang yang bermaruah daripada terus “dihina”.

Dalam hantaran di Facebook, Adun Merlimau itu mempersoalkan sebab Umno masih kekal menyokong kerajaan Madani sambil menyuarakan kemarahan terhadap apa yang disifatkannya sebagai penghinaan daripada pemimpin Pakatan Harapan (PH).

“Apa lagi yang perlu kita tunggu? Tarik sajalah sokongan daripada kerajaan ini. Biar kita jadi pembangkang yang bermaruah daripada dihina dari puak-puak bebal ini!” katanya.

Kenyataannya itu merujuk kepada hantaran Ahli Parlimen Puchong Yeo Bee Yin di media sosial yang menyebut “satu lagi sebab untuk meraikan hujung tahun ini” dengan melampirkan keratan akhbar Najib Razak yang juga bekas presiden Umno gagal memaksa kerajaan dan enam yang lain untuk melaksanakan titah adendum bagi membenarkan bekas perdana menteri itu menjalani baki hukuman penjaranya di bawahan tahanan rumah.

Mengulas lanjut, Akmal turut menyeru perwakilan Umno yang bakal menghadiri Perhimpunan Agung Umno (PAU) tidak lama lagi supaya bersuara secara senada dan berani membawa suara akar umbi Melayu.

Menurutnya, perhimpunan itu seharusnya dijadikan medan untuk menyuarakan “suara keramat orang Melayu”, sambil menggesa ahli Umno agar tidak gentar atau takut menyatakan pendirian.

“Saya minta semua perwakilan yang akan datang ke PAU tidak lama lagi, senada dan berani bawa suara rakyat dan akar umbi orang Melayu di bawah ini,” katanya lagi.

Dia turut menyeru agar perhimpunan tahunan parti itu digegarkan sekali lagi dengan tuntutan tegas daripada akar umbi.

ADS

“Biar PAU kali ini sekali lagi digegarkan dengan menjadi medan suara keramat orang Melayu! Jangan takut, jangan gentar!” tulisnya.

Dalam hantaran sama, Dr Akmal turut menyindir Yeo, dengan merujuk kepada kekalahan parti itu di Sabah.

“Nak pesan pada Yeo Bee Yin juga, jangan lupa alasan satu lagi untuk kamu meraikan bagi tahun ini adalah parti kamu ditolak secara total di Sabah!” katanya.

Hantaran tersebut mencerminkan ketegangan dalaman yang berterusan dalam Umno mengenai kedudukan parti itu dalam kerajaan, menjelang Perhimpunan Agung Umno yang dijangka menjadi pentas penting untuk mengukur sentimen akar umbi terhadap hala tuju kepimpinan parti.

Terdahulu, dalam hantaran berasingan ketua Pemuda Umno itu meluahkan rasa kesal terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan Najib untuk menjalani hukuman penjara di bawah tahanan rumah, dengan menyasarkan kerajaan Madani.

Akmal memberi bayangan wujud percaturan politik di sebalik keputusan mahkamah hari ini.

“Titah Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dikatakan tidak sah oleh mahkamah setelah disorokkan begitu lama.

"Walaupun pihak istana Pahang telah mengeluarkan kenyataan yang titah adendum itu dikeluarkan oleh sultan Pahang ketika menjadi (YDPA).

"Walaupun pihak istana Pahang telah mengeluarkan kenyataan yang titah adendum itu dikeluarkan oleh sultan Pahang ketika menjadi (YDPA).

"Bila nak bentuk kerajaan atas titah YDPA menjadi alasan utama. Tetapi hari ini, titah pula dikatakan tidak sah.

"Rakyat mampu menilai,” kata Akmal dalam satu hantaran di Facebook.

Hakim Alice Loke mendapati perintah adendum tahanan rumah yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah tanpa dibincangkan bersama Lembaga Pengampunan pada ketika itu adalah tidak sah dan tidak mematuhi prosedur perlembagaan.

Titah berkenaan dilaporkan dikeluarkan secara unilateral oleh Sultan Abdullah pada saat-saat akhir baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong tahun lalu, selepas Lembaga Pengampunan terlebih dahulu mengurangkan hukuman penjara Najib dalam kes SRC International daripada 12 tahun kepada enam tahun.

Titah tambahan itu tidak diketahui umum sehinggalah Najib memfailkan semakan kehakiman pada April tahun lalu bagi memaksa kerajaan mengesahkan kewujudannya.

Pada peringkat awal, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail menafikan pengetahuan mengenai titah tersebut.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Anwar Ibrahim kemudiannya mendedahkan pada Januari bahawa titah tambahan itu dihantar terus kepada peguam negara ketika itu, Terrirudin Salleh, yang seterusnya menyerahkannya kepada pengganti Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, untuk pertimbangan lanjut.

Dalam ruangan komen membalas hantaran Akmal, beberapa pengguna media sosial dilihat mendesak Ketua Pemuda Umno itu serta pemimpin Umno lain supaya memberi tekanan kepada Presiden parti Ahmad Zahid Hamidi berhubung keputusan mahkamah hari ini, atau supaya Umno menarik sokongan daripada kerajaan Madani.

Zahid pada Ahad lalu berkata dia berharap Najib akan diberikan pengampunan penuh. Umno sebelum ini pada Januari merayu Sultan Ibrahim supaya mengurniakan pengampunan kepada bekas perdana menteri itu.

Zahid dilaporkan berminat untuk meneruskan kerjasama dengan Anwar dan PH pada pilihan raya umum akan datang, namun nasib Najib kini menjadi isu sensitif dalam kalangan pengkritiknya dalam parti.

Asyraf Wajdi senada

Sementara itu, Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki juga mengeluarkan kenyataan hampir senada dengan Akmal.

“Mungkin sudah tiba masanya untuk Umno memperhalusi kembali kerjasama yang terjalin jika masih ada pihak yang tidak mahu menghargai sumbangan dan perjuangan Umno selama ini,” katanya.

Asyraf Wajdi Dusuki

Menulis di media sosial, Asyraf menyifatkan pendirian Yeo yang juga setiausaha publisiti DAP sebagai sebagai “kurang ajar, melampau dan langsung tidak berperikemanusiaan”. 

“Jika tidak mampu untuk menzahirkan sekelumit perasaan simpati sekalipun, janganlah mengeluarkan kenyataan kurang ajar dan menyakitkan hati. 

“Apatah lagi yang dihina merupakan bekas pemimpin tertinggi yang amat disayangi oleh seluruh keluarga besar Umno yang hari ini membantu membentuk Kerajaan Perpaduan,” katanya.

‘Jangan harap kami senyap’

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Subang, Armand Azha Abu Hanifah memberi amaran kepada penyokong PH agar tidak melampau dalam meraikan keputusan mahkamah hari ini.

“Jangan buat macam perjuangan kami ini kosong. Kami tak pernah berhenti perjuangkan keadilan untuk Datuk Seri Najib Razak dan korang ingat senang-senang boleh hina, perlekeh dan sentuh sensitiviti kami hanya sebab hari ini korang rasa ‘menang’? Kepala hotak korang la.

"Ingat satu benda. Kerjasama politik dalam kerajaan bukan lesen untuk biadab. Bukan tiket untuk pijak perasaan rakan sendiri.

"Dan bukan alasan untuk hilang adab dan kemanusiaan. Kalau tak mampu hormat pendirian orang lain, jangan harap kami senyap,” tegasnya.Secara berasingan, Ahli Parlimen Subang Wong Chen melalui maklum balas ringkas di media sosial terhadap keputusan mahkamah itu, berkata: “Keadilan hidup.”

Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin, turut menyifatkan keputusan itu sebagai “satu lagi sebab untuk diraikan pada penghujung tahun ini.”

ANWAR

BIN IBRAHIM

TELAH GAGAL

MELESET

AMIN

MENJADIKAN

NAJIB RAZAK

WIRA MELAYU

AMIN

MASA DAH

SAMPAI KITA

DARI SEMUA

PARTI & NGO

 BERGABUNG

HUMBANKAN

ANWAR

BIN IBRAHIM

KHALAS