Isnin, 5 Januari 2026
JANGAN JADI PROKSI AMERIKA
Jangan jadi proksi gangster global
Dalam jangkamasa 2 jam 20 minit, Caracas diserang hendap. Presiden Venezuela, Nicolas Maduro dan isterinya Cilia Flores ditahan tentera Amerika serta diterbangkan ke New York.
AWAS!!!
ZIONIS TEMPATAN
DAN BARUA
AMERIKA
KHALAS
INDIA CAKAP HAL INDIA TIDAK SALAH !!!
Akmal guna agama sebagai modal politik, kata pemimpin PKR
WOIT
INDIA CAKAP
HAL INDIA
TIDAK SALAH
AMIN
CHINA CAKAP
HAL CHINA
TAK SALAH
AMIN
MELAYU CAKAP
HAL MELAYU
TAK SALAH
AMIN
YANG SALAH
TERIMA RASUAH
AMIN
YANG SALAH
CUKONG BERI
RASUAH REMBAT
HARTA NEGARA
AMIN
YANG SALAH
SAMSENG MASUK
DALAM KERAJAN
KHALAS
KAKI TANGAN KERJAAN PENGAMAL RASUAH TEGAR
Disyaki beri keterangan bercanggah, seorang bekas pegawai daerah di Kedah direman SPRM
WOIT
MASYARAKAT
SALAH ANGGAP
AMIN
PERASUAH HANYA
POLITIKUS
AMIN
SEBENARNYA
PERASUH TEGAR
LAGI LICIK
IALAH KAKI
TANGAN KERAJAAN
AMIN
BERTAHUN TAHUN
DITEMPAT KERJA
YANG SAMA
AMIN
SEMUA LUBANG
SEMUA JALAN
SEMUA KONTREKTOR
SEMUA CUKONG
MEREKA KENAL
AMIN
MEREKA URUS
SEMUA PROJEK
AMIN
MALAH MENTERI
BARU MASUK PUN
TAK TAHU HAL
KHALAS
AGENDA HUMBANKAN ANWAR BIN IBRAHIAM KITA WAJIB SOKONG
“Penyatuan Melayu” sebagai strategi kuasa, bukan agenda moral
NARATIF penyatuan Melayu yang sedang digerakkan hari ini tidak lahir daripada keinsafan politik atau kesedaran moral. Ia adalah satu strategi kuasa yang dirancang dengan teliti bagi mengurus persepsi rakyat, mengurangkan tekanan akauntabiliti, dan membina semula legitimasi politik yang telah rosak.
Bagi UMNO, masalah utama bukan kekurangan sokongan semasa, tetapi krisis kepercayaan. Skandal rasuah berskala besar, pengkhianatan mandat pengundi, serta budaya elitisme parti telah meninggalkan parut mendalam dalam memori politik orang Melayu. Proses pemulihan secara tulen memerlukan reformasi dalaman, pengakuan kesalahan, dan pengorbanan kuasa — sesuatu yang mahal dan berisiko.
Sebaliknya, UMNO memilih jalan yang lebih efisien: menukar naratif.
Dengan mengangkat slogan penyatuan Melayu dan Islam, UMNO mengalihkan perbincangan daripada soal salah laku kepada soal identiti. Isu rasuah tidak dipadam, tetapi ditenggelamkan. Ia tidak dinafikan, tetapi dikaburkan oleh agenda yang lebih besar dan lebih emosi. Kritikan tidak lagi dijawab dengan fakta, tetapi dengan persoalan kesetiaan.
Di sinilah penyatuan Melayu berfungsi sebagai selimut politik.
Sesiapa yang mengungkit rekod lampau akan mudah dilabel sebagai memecah-belahkan umat. Sesiapa yang menuntut pertanggungjawaban akan digambarkan sebagai mengganggu kestabilan. Ini bukan penyatuan yang menyelesaikan masalah, tetapi penyatuan yang menggantung penghakiman awam.
Peranan PAS menjadikan strategi ini jauh lebih berkesan dan pada masa yang sama lebih berbahaya. Selama puluhan tahun, PAS membina identitinya sebagai parti yang membawa politik berakhlak, menentang rasuah dan kezaliman sebagai tuntutan agama. Namun, kesediaan PAS untuk bekerjasama dengan UMNO tanpa garis moral yang jelas mencetuskan krisis konsistensi.
Apa yang dahulu dianggap haram politik, kini dianggap darurat.
Apa yang dahulu ditolak atas nama prinsip, kini diterima atas nama kelangsungan.
Dari sudut strategi kuasa, ini menguntungkan UMNO. PAS membawa modal moral, legitimasi agama, dan jaringan akar umbi. UMNO membawa beban sejarah. Dalam jangka pendek, beban itu dapat ditampung. Dalam jangka panjang, risiko sebenar ialah PAS yang akan menanggung kesan hakisan kepercayaan.
Lebih membimbangkan, naratif ini juga berfungsi untuk memutihkan sejarah kolaborasi UMNO dengan DAP. Dengan menjadikan penyatuan Melayu sebagai agenda mutlak, episod kerjasama politik yang pernah menjejaskan kepercayaan pengundi Melayu seolah-olah diminta untuk dilupakan. Rakyat tidak diberi penjelasan mengapa keputusan itu dibuat, hanya diminta untuk memaafkan atas nama perpaduan.
Dari segi pilihan raya, strategi ini kuat. Politik identiti sentiasa berkesan apabila rakyat letih, ekonomi tertekan, dan ketidakpastian masa depan meningkat. Dalam keadaan sebegini, perpaduan menjadi janji keselamatan, walaupun ia kosong dari segi reformasi sebenar.
Namun, implikasinya besar.
Apabila perpaduan dijadikan alasan untuk menutup salah guna kuasa, ia melahirkan budaya politik tanpa had moral. Apabila agama digunakan untuk melindungi elit politik, ia mencemarkan kesucian agama itu sendiri. Dan apabila rakyat diajar bahawa kestabilan lebih penting daripada kebenaran, demokrasi perlahan-lahan kehilangan makna.
Kesimpulannya jelas:
* Ini ialah langkah politik yang cerdik dan berkesan
* Tetapi ia dibina atas penggantungan prinsip
* Ia mungkin menang hari ini
* Tetapi meninggalkan kerosakan jangka panjang kepada budaya politik Melayu dan Islam
Penyatuan yang tulen memerlukan kejujuran dan pembetulan.
Penyatuan yang dimanipulasi hanya menangguhkan kejatuhan.
JIKA AGENDA
UTAMA UNTUK
HUMBANKAN
ANWAR
BIN IBRAHIM
MAKA WAJIB
KITA SEMUA
SOKONG
KHALAS
SEJARAH : PRESIDEN PANAMA NORIEGA DICULIK AMERIKA 1989
SEBELUM
PRESIDEN MADURO
2026
AMERIKA MENCULIK
PRESIDEN NORIEGA
DARI PANAMA
1989
KHALAS
UMNO DI TOLAK BUKAN KERANA PARTI MELAYU
UMNO DITOLAK
BUKAN KERANA
PARTI MELAYU
AMIN
RAKYAT TOLAK
KERANA RASUH
DAN SALAH
GUNA KUASA
KHALAS
GERAKAKAN SEMULA MUFAKAT NASIONAL
GERAK SEMULA
MUFAKAT NASIONAL
HUMBANKAN
ANWAR
BIN IBRAHIM
AMIN
MENGALIH CERITA RASUAH KE ?
Mindef arah siasat dakwaan parti liar, pekerja seks di kem
Kementerian Pertahanan (Mindef) telah mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menjalankan siasatan dalaman terhadap dakwaan aktiviti tidak bermoral di dalam kem-kemnya di negara ini.
Ini susulan mesej dan video tular yang telah tersebar di media sosial, dengan pegawai tentera didakwa terlibat dengan pekerja seksual dan membawa individu yang tidak dibenarkan ke dewan makan pegawai untuk berpesta.
"Mindef memandang serius dakwaan berhubung kemasukan individu yang tidak berkaitan serta aktiviti-aktiviti tidak bermoral yang dilakukan di dalam kem tentera seperti yang tular di media sosial.
"Sehubungan itu, pihak ATM telah diarahkan untuk menjalankan siasatan dalaman segera bagi menentukan kesahihan dakwaan berkenaan secara menyeluruh.
"Mindef menegaskan bahawa dakwaan tersebut tidak mencerminkan budaya, nilai dan amalan sebenar ATM yang berteraskan disiplin, profesionalisme serta pematuhan ketat terhadap prosedur keselamatan.
"Jika didapati benar, tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak selaras dengan peraturan, tatacara serta undang-undang semasa,” katanya dalam satu kenyataan.
Mindef juga menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau membuat kesimpulan yang boleh menimbulkan kekeliruan dan mencemarkan imej kementerian dan ATM.
Sejak beberapa hari lalu, media sosial kecoh dengan dakwaan bahawa pegawai tentera telah terlibat dalam aktiviti tidak bermoral di dewan makan mereka.
Ini berlaku selepas netizen berkongsi beberapa klip video di Threads dan TikTok yang menunjukkan pesta yang didakwa berlaku di dalam kemudahan tentera.
Terdapat juga tangkapan skrin mesej yang diedarkan yang mendakwa pegawai tentera junior perlu menyediakan wanita untuk pegawai senior mereka.










