Rabu, 31 Disember 2025

PAS WAJIB BUAT DASAR PRO RAKYAT BUKAN PRO ARAB !!!




PAS bela hak wanita Hindu bertemu anak selepas 16 tahun dilarikan bekas suami

Seorang pemimpin kanan PAS tampil bersama beberapa aktivis dan pempengaruh untuk menyatakan sokongan kepada seorang wanita beragama Hindu yang anaknya dilarikan oleh bekas suaminya, dalam usaha terkini perjuangannya sejak 16 tahun selepas pihak berkuasa gagal memenuhi arahan Mahkamah Persekutuan untuk menyatukannya kembali dengan anak perempuannya yang kini sudah mencapai usia remaja.

Zaharuddin Muhammad, yang mengetuai sebuah badan pemikir urus tadbir Islam, turut menawarkan dirinya menjadi orang tengah antara pihak berkuasa dan keluarga yang terlibat supaya kedua-dua ibu dan anak dapat bersatu semula.

"Ini bukan lagi isu akidah, bukan isu agama, ini isu kemanusiaan, isu kekeluargaan dan keibuan. Walaupun dah masuk Islam dan berlainan agama, ibu dan anak tak boleh dipisahkan kerana berlainan agama," kata Zaharuddin yang juga ketua PAS Sungai Buloh, dalam sidang akhbar dipengerusikan peguam Latheefa Koya untuk mengetengahkan nasib guru tadika, M Indira Gandhi.

Turut hadir ialah pendakwah bebas, Hoslan Hussein, aktivis hak tanah Kampung Baru Rafidah Ibrahim, dan pempengaruh popular Ratu Naga, atau Syarul Ema.

Indira ialah ibu kepada Prasana Diksa, anaknya berusia 11 bulan yang dibawa lari pada 2009 oleh bapanya, Riduan Abdullah selepas memeluk Islam.

Indira_protest_strollerBulan lalu, Indira meluahkan bantahan dengan menolak kereta sorong bayi di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sebagai peringatan kepada pihak berkuasa dan agensi kerajaan yang masih gagal mengesan anak perempuannya.

Ia meskipun bekas suaminya dipercayai masih berada dalam negara.

Riduan memeluk Islam pada 2009 dan kemudiannya menukar agama tiga anak mereka daripada Hindu kepada Islam tanpa persetujuan Indira, sebelum membawa lari Prasana yang sehingga kini tidak ditemukan kepada ibu kandungnya.

Insiden itu membawa kepada prosiding mahkamah yang berlarutan dalam usahanya mendapatkan hak penjagaan.

Pada 2018, Mahkamah Persekutuan menyebelahi Indira apabila membatalkan tindakan bekas suaminya untuk menukar agama anak mereka secara unilateral.

Bagaimanapun, lebih tujuh tahun selepas keputusan itu, polis masih gagal menguatkuasakan arahan mahkamah untuk mencari dan memulangkan Prasana ke pangkuan ibunya, sehingga mencetuskan persoalan mengenai kemampuan sistem keadilan untuk mempertahankan hak ibu bapa di samping isu berkait agama.

Pada Oktober, Riduan dilaporkan masih berada dalam negara berdasarkan maklumat daripada program Budi95, di mana dia didapati telah membeli petrol bersubsidi di Malaysia, sekaligus bercanggah dengan dakwaan polis dia berada di Thailand.

Susulan itu, Mahkamah Tinggi Ipoh mengarahkan polis untuk meningkatkan usaha mencari Riduan.

Sebelum ini, peguam Indira, Rajesh Nagarajan, mempersoalkan dakwaan polis bahawa Riduan telah meninggalkan negara, dan sama ada namanya disenaraihitamkan disebabkan statusnya sebagai orang dikehendaki.

Berikutan kegagalan pihak berkuasa mengesan Riduan, Indira pada 2020 memfailkan saman RM100 juta terhadap polis dan kerajaan. Mahkamah Tinggi bagaimanapun menolak saman itu tahun lalu, sementara keputusan akhir masih terpulang kepada Mahkamah Rayuan.

'Hentikan lakonan politik'

Zaharuddin, yang juga menantu kepada Presiden PAS Abdul Hadi Awang, berkata beliau bersedia bertemu dan berbincang dengan Riduan bagi mencari penyelesaian.

Menurutnya, keutamaan sekarang adalah menyatukan semula Prasana dengan ibunya atas dasar kemanusiaan, sambil menambah bahawa sebagai seorang yang berpegang kepada prinsip Islam, beliau mempunyai tanggungjawab memastikan hak seorang ibu.

Zaharuddin merayu kepada mana-mana pihak yang berhubung dengan Riduan untuk memaklumkan mengenai tawarannya menjadi orang tengah.

"Tolong sampaikan video saya ini kepada beliau, dan tolong hubungi saya di nombor 019-351-4078," kata Zaharuddin.

"Indira sebagai seorang ibu cuma nak jumpa anak, itu saja. Yang ini saya rasa perlu diusahakan bersama-sama oleh semua kita, termasuk kita semua orang Islam."

Sementara itu, Latheefa membidas beberapa ahli politik pemerintah yang menyatakan simpati dengan nasib Indira atas kapasiti peribadi mereka, sambil menyifatkan tindakan itu sebagai lakonan politik semata-mata.

"Malah kita ada wakil-wakil pentadbiran kerajaan sekarang yang cuba datang sama ada dalam demonstrasi atau perhimpunan yang dibuat oleh Indira. Mereka datang secara individu, padahal mereka ini mewakili kerajaan. Datang secara individu dan memberi simpati. Apa gunanya? Buat kerja sebagaimana kamu telah diamanahkan," tambahnya. 

PAS WAJIB

HENTIKAN DASAR 

MENYUSAHKAN

RAKYAT

AMIN

MENGHUKUM

ORANG RAMAI

BILA TAK MAHU

IKUT ARAB

AMIN

BERJUANG 

UNTUK SEMUA

AMIN

TEGAK KEADILAN 

BUKAN KERANA

AGAMA

AMIN

JIKA DASAR

INI JADI PEDOMAAN

MAKA PAS AKAN

 DITERIMA JADI 

PENERAJU

KERAJAAN

KHALAS

MUHYIDIN INI APA SEBENARNYA ?


MUHYIDIN INI

APA SEBENARNYA?

AMIN

RUMAH PUTIN DISERANG DRONE


Ukraine didakwa guna dron serang kediaman Putin

MOSCOW: Presiden Russia Vladimir Putin memaklumkan kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, bahawa Moscow akan menilai semula pendiriannya dalam rundingan damai Ukraine.

Ini susulan dakwaan serangan dron Ukraine ke atas salah satu kediaman rasmi presiden Russia, satu tuduhan yang dinafikan keras oleh Kyiv sebagai rekaan politik.

Menurut Kremlin, Putin menyampaikan perkara itu dalam satu perbualan telefon dengan Trump pada 29 Disember ketika Washington giat menggerakkan usaha diplomatik bagi menamatkan perang yang bermula sejak pencerobohan Russia ke atas Ukraine pada 2022.

Kremlin mendakwa serangan dron iti adalah perkembangan serius yang tidak boleh diketepikan dalam proses rundingan.

Russia mendakwa Ukraine melancarkan sebanyak 91 dron jarak jauh ke arah sebuah kediaman presiden di wilayah Novgorod, kira-kira 400 kilometer (km) di barat laut Moscow.

Semua dron itu, menurut pihak berkuasa Russia, berjaya dipintas oleh sistem pertahanan udara tanpa menyebabkan kematian atau kerosakan.

"Kami menganggap tindakan ini sebagai tidak bertanggungjawab dan satu bentuk keganasan negara," kata Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov, sambil memberi amaran bahawa Moscow sedang mempertimbangkan langkah balas dan sasaran 'telah dikenal pasti'.

Bagaimanapun, Ukraine menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu.

Presiden Volodymyr Zelenskyy menyifatkan tuduhan itu sebagai 'pembohongan baru' yang bertujuan menjejaskan proses damai dan berkemungkinan digunakan sebagai alasan untuk serangan Russia yang lebih besar ke atas Kyiv.

"Naratif ini tidak berdasarkan realiti medan perang. Ia dicipta untuk memberi tekanan dalam rundingan dan mungkin menyediakan justifikasi maklumat untuk serangan baharu," kata Zelensky.

Jurucakap Kremlin tidak mengesahkan sama ada Putin berada di kediaman tersebut ketika serangan dron yang didakwa itu berlaku.

Setakat ini, dakwaan Russia itu juga belum dapat disahkan secara bebas oleh pihak ketiga.

Trump, yang berada di Florida ketika bercakap kepada wartawan, berkata beliau 'sangat marah' apabila mendengar dakwaan serangan itu daripada Putin.

"Ia satu perkara untuk bersikap ofensif dalam perang. Tetapi menyerang rumah seseorang adalah perkara lain. Ini bukan masa yang sesuai untuk melakukan perkara seperti itu," kata Trump.

Pertukaran tuduhan ini berlaku hanya sehari selepas Zelensky bertemu Trump di Florida, dengan kedua-dua pemimpin menyuarakan optimisme berhati-hati mengenai kemungkinan mencapai perjanjian damai.

Trump sebelum ini mendakwa terdapat 'banyak kemajuan', manakala Zelensky berkata pelan damai itu '90 peratus dipersetujui', walaupun butiran utama masih belum dimuktamadkan.

Namun, harapan itu menerima tamparan baru selepas perbualan telefon Trump–Putin pada 29 Disember, apabila Kremlin memaklumkan bahawa Moscow akan 'menyemak semula' beberapa pendirian dalam rundingan.

Penasihat dasar luar Kremlin, Yuri Ushakov, berkata Putin menegaskan Russia tidak menarik diri daripada rundingan, tetapi kejadian yang didakwa itu akan 'diambil kira' dalam pendekatan Moscow.

"Presiden Putin memberi jaminan bahawa Russia akan terus bekerjasama dengan rakan Amerika untuk mencapai keamanan, dan dialog akan diteruskan," kata Ushakov.

Rumah Putih pula menyifatkan perbualan Trump-Putin sebagai 'positif', namun tidak menjelaskan sejauh mana perbincangan itu membawa kepada kemajuan konkrit.

Jurucakap Rumah Putih, Karoline Leavitt, berkata Trump kekal komited untuk mencari penyelesaian diplomatik, walaupun cabaran semakin meningkat.

Di sebalik rundingan, perbezaan asas antara kedua-dua pihak masih ketara.

Russia terus menuntut wilayah secara maksimum, termasuk kawasan yang tidak sepenuhnya dikuasainya, serta jaminan bahawa Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) tidak akan berkembang ke timur.

Moscow juga mahu Ukraine kekal neutral, walaupun berpotensi menyertai Kesatuan Eropah (EU), dan menuntut kejelasan mengenai penarikan sekatan Barat serta pembebasan ratusan bilion dolar aset Russia yang dibekukan.

Ukraine pula menolak tuntutan tersebut dan menegaskan sebarang perjanjian mesti menjamin kedaulatan serta keselamatan jangka panjangnya.

Zelensky berkata beliau meminta Trump memberikan jaminan keselamatan AS untuk tempoh sehingga 50 tahun bagi menghalang pencerobohan Russia pada masa depan.

"Saya mahu jaminan itu jauh lebih panjang. Jika kita bercakap mengenai 30, 40 atau 50 tahun, itu akan menjadi keputusan bersejarah oleh Trump," kata Zelensky dalam mesej audio kepada wartawan.

Cadangan semasa yang dibincangkan menyebut tempoh 15 tahun dengan pilihan lanjutan, tetapi Kyiv menganggapnya tidak mencukupi. Sementara itu, pertempuran di lapangan tidak menunjukkan tanda reda.

Russia terus melancarkan serangan dron dan peluru berpandu ke atas bandar dan infrastruktur tenaga Ukraine, meningkatkan tekanan ke atas orang awam ketika musim sejuk.

Pada 29 Disember, Putin mengadakan mesyuarat televisyen ketujuhnya dengan kepimpinan tentera sejak Oktober, memuji apa yang beliau sifatkan sebagai kemajuan medan perang dan mengarahkan tentera meneruskan usaha menawan lebih banyak wilayah.

Penganalisis melihat dakwaan serangan dron ke atas kediaman presiden sebagai satu episod yang berpotensi mengeruhkan lagi rundingan yang sudah rapuh.

Sama ada ia benar atau sekadar alat tekanan politik, kes itu mencerminkan betapa mudahnya proses damai Ukraine tergelincir di tengah kecurigaan mendalam dan realiti peperangan yang masih berterusan. – AGENSI

JIKA

PERANG INI

AKAN GAGAL

DI HENTI

MELALAUI JALAN

DIPLOMASI

AMIN

MAKA HANYA

AKAN DI TAMATKAN

DI MEDAN PERANG

KHALAS

AMERIKA LIHAT NAJIB KENA PAU OLEH CHINA MERAH


AMERIKA LIHAT

NAJIB MAKIN

MASUK KE DALAM

SAKU CHINA

MELALUI HUTANG

BERBILION 1MDB

AMIN


Unknown commented on
 "TOK ARAB MENDERMA UNTUK BURIT"

pihak lain yng dikatakan dapat dana dari ned termasuk lah bersih, suaram dan merdeka center.

kenapa ajen2 zionis beria benar nak jatuhkan najib ?


Unknown commented on 
"TOK ARAB MENDERMA UNTUK BURIT"

ned meraikan kemengan pembangkang... bermakna kejatuhan najib diraikan... kenapa ned raikan kemenangan keatas najib.. ? kenapa cia nak najib kalah..?


Unknown commented on 
"HUMBANKAN MADANI -
 TUBUH KERAJAAN BARU"

Isham, ada menteri yang buat kerja, ada menteri yang buat bising. Ini yang dimakna "pembahagian tugas" dalam kabinet dan kerajaan. Kakaka!

TAKZIAH KEPADA KELUARGA KAWAN BASI


TAKZIAH 

KEPADA

 KELUARGA

KAWAN BASI


Awaiting moderation
B commented on 
"BHASKARAN @ BASI 
DALAM KENANGAN"

Takziah

Unknown commented on 
"BHASKARAN @ BASI 
DALAM KENANGAN"

Ya kematian menjadi titik berhenti, tetapi ingatan, memori manis pahit akan kekal abadi, mungkin lama kelamaan pudar, mungkin tidak bergantung kepada keakraban, TPM turun melawat bermaksud ada juga ingatan lampau kekal abadi, pendapat perjuangan peranan masing-masing berubah mengikut peredaran masa dan ketika,

semuanya tidak penting lagi kepada yang sudah pergi, pelik juga manusia semakin menjadi tua semakin rakus nak berkuasa nak memiliki kesemuanya sekaligus mempamerkan sikap jati diri sendiri, politik negara dikerumuni oleh pesara-pesara yang tidak mahu melihat kesinambungan kuasa kepada yang terpaling layak, tetapi terus mahu anak beranak sendiri mengambil alih kuasa tersebut. 

Adakah ini sifat manusia yang mendabik dada mengatakan mempunyai perangai, agama, bangsa terunggul di dunia? Jauh sekali dari realiti, semuanya menjadi retorik politik semata-mata amin.

Apapun semoga arwah Basi terus aman sejahtera di alam seterusnya. Sebagai ingatan kepada yang masih hidup, berbuat baik kepada diri, orang lain dan negara kalau boleh, jangan hasad dengki, bersikap perkauman agama sehingga menghina orang lain. Amin amin amin. Selagi hidup kita teruskan agenda kah kah kah

PAGI INI


PAGI INI


PAGI INI

RABU 31 DISEMBER 2025

HARI AKHIR


ESOK PAGI 2026
Kita di Malaysia akan sambut 2026 lebih awal dari Timur Tengah ,  dari  Eropah dan dari  Amerika. Matahari muncul di Jepun  maka pagi bermula di Asia. 

Kerana pagi awal maka malam juga datang awal. Bila kita selesai berpesta menyambut 2026 – Eropah baru nak mula.

Inilah perjalanan bumi – perjalanan tahun  - perjalanan bulan – perjalanan minggu  hari jam  saat detik  dan PERJALANAN HIDUP KITA. Perjalanan yang indah yang wajib di isi.

TAHUN BARU
Maka kita akan membuat tekad dan janji baru JANJI 2025 – dah berlalu – YANG LALU BIARKAN LALU – yang HARI INI KITA RAYAKAN.

HOKKIEN
Pagi ini Hokkien sejuk basah. Kemarin kejap hujan kejap berhenti.  Dari jauh guna lihat KL & KL Sentral berkabus gak tebal. Hokkien juga  berkabus. Memandang jauh gua nampak kabus di wilayah kubur. Langit diliat pucat dan ada awan mendung.

Ha ha  - gua ada bawa makanan – TAPI SEMUA  KOSONG – gua rasa kecewa – DAH SEHARI MAKANAN TERSIMPAN  – gua berjalan melintas Pokok Ara  ke arah Wakaf Tiga – Di wilayah rumput tinggi gua dengar suara cengkerik. 

HA HA HA di depan Wakaf Tiga muncul Jantan Baik – ekor berkotek-kotek  – tanda kawaqn   baik.

Gua bersuara PUCI PUCI PUCI – wau Siti dan Keluarga muncul dari Wakaf Tiga – mereka  sedang berhimpun di sini.

Lalu gua beri makanan yang gua  dah masak dari kemarin.  Nasi dan Friskies  melambak atas simen.  Keluarga Siti bergumbira  menikmati makanan.  

Berjalan pulang Tiga Abang Potong rumput sedang bekerja. Di tepi jalan gua dapat bau aroma rumput yang baru di potong.

Menarik ialah TIONG – ramai loncat meloncat di sekeliling Abang Potong Rumput – rezeki bertaburan. 

Di atas bukit arah Kwantung gua dengar suara Tekukur.

Berjalan pulang di atas jalan  bayang gua mula timbul.  Maknanya matahari mula bersinar. Gua harap hari in akan panas.  

Ketika gua menulsi gua degar suar How Wow - sayu dan jauh. Sinar matahari dah berkembang. Menjanji hari yang indah.

Malam ini gua ada KENDURI SELAMAT JALAN 2025 DAN SELAMAT DATANG 2026  - bersama kawan-kawan bersembang dan berlabun  sambil berHarimau dan berAnggur. Amin.


BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI AKHIR
TAHUN 2025

BRO
Tahun 2026 lu jangan tunggu untuk berbuat baik. Lu mulakan berbuat baik seawal mungkin.

BRO
Kadang-kandang mata dan telinga kita menipu. Berbahagialah dengan menggunakan cara lu sendiri. 

BRO
Kekayaan sebenarnya apa yang lu berikan bukan apa yang lu dapatkan.

BRO
Sebelum lu marah kesalahan orang lain lu tanya diri lu dulu – apakah lu pernah buat salah dengan perkara yang sama. 

BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT  MENYAMBUT 
TAHUN 2026