Selasa, 16 Disember 2025
ADA MALAON TIDAK DI PILIH RAKYAT !!!
PEMBELOT AL-FATAH HANYA RABA TELO
Tentera Israel mahu roboh 25 bangunan kediaman di kem pelarian di Tebing Barat
PEMBELOT
AL-FATAH
MAHMOUD ABBAS
HANYA RABA
TELO
AMIN
TAK BERANI
ANGKAT SENJATA
AMIN
MALAH AKAN
TANGKAP PALESTIN
YANG BERANI
LAWAN ZIONIS
AMIN
SAMA MACAM
PERANAN UMNO
AMIN
TANGKAP SAPA
YANG LAWAN
INGGERIS
KHALAS
SHAMSUL AKAN TUBUH PARTI BARU
Shamsul digugurkan dari jawatan ketua PKR Melaka
Bekas setiausaha politik kanan perdana menteri Shamsul Iskandar Mohd Akin digugurkan daripada jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka.
Jawatannya akan disandang oleh timbalannya Adam Adli Abd Halim yang juga timbalan menteri belia dan sukan.
Keputusan Biro Politik PKR itu berkuat kuasa semalam.
Keputusan itu diumumkan oleh Setiausaha Agung Fuziah Salleh pagi ini, tidak lama selepas Shamsul didakwa di mahkamah atas pertuduhan rasuah.
Sementara itu, Fuziah berkata jawatan Shamsul sebagai Ketua Cabang Hang Tuah Jaya kekal.
Pada 4 Dis, Shamsul mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat pertuduhan menerima rasuah RM176,830 daripada ahli perniagaan Albert Tei.
Dia dituduh menerima wang suapan dalam kapasitinya sebagai setiausaha politik Anwar pada masa itu, untuk membantu syarikat Tei mendapatkan lesen perlombongan mineral di Sabah.
Tei dituduh menawarkan rasuah tersebut.
WOIT
KAH KAH KAH
JANGAN RISAU
SHAMSUL AKAN
DIRIKAN PARTI
POLITK BARU
AMIN
APA NAMNYA
PARTI INI ?
AMIN
PARTI
TOK POUND
STERLING
AMIN
ALBERT TEI
DILANTIK SEBAGAI
BENDAHARI
KAH KAH KAH
AMIN
KHALAS
PAS BOLEH JADI KERAJAAN
PAS sindir PM: Reformasi akhirnya dikuburkan secara rasmi
Sejurus Anwar Ibrahim mengumumkan rombakan barisan jemaah menterinya, PAS tampil dengan kritikan dan sindiran terhadap janji reformasi yang pernah dilaungkan perdana menteri.
Ketua Penerangan PAS Fadhli Shaari malah secara sinis mengucapkan takziah atas pengumuman yang tidak merombak jawatan dipegang perdana menteri.
“Kabinet baru akhirnya diumumkan. Perdana menteri masih (menjadi) menteri kewangan.
“Janji penting ‘reformasi’ akhirnya dikuburkan secara rasmi. Takziah,” katanya di media sosial, hari ini.
Terdahulu Anwar mengumumkan perubahan barisan menteri dan timbalan menteri dalam pentadbirannya.
Rombakan besar-besaran itu antara lain menyaksikan dua menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) digugurkan dari kabinet iaitu Zaliha Mustafa (Wilayah Persekutuan) dan Mohd Na'im Mokhtar (agama).
Zaliha digantikan oleh Hannah Yeoh yang sebelum ini menerajui kementerian belia dan sukan, manakala Mohd Na’im digantikan oleh timbalannya Zulkifli Hasan.
Pengumuman itu dibuat Anwar di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya petang ini.
Kata Anwar perubahan itu dibuat bagi memperkukuh kecekapan pentadbiran serta memastikan pelaksanaan dasar kerajaan lebih berkesan.
Sebelum ini, kabinet menyaksikan empat kekosongan portfolio menteri, iaitu menteri ekonomi yang disandang Rafizi Ramli; Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad; serta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.
Sementara itu, jawatan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri yang disandang Tengku Zafrul Abdul Aziz kosong selepas dia tamat tempoh pelantikan sebagai senator.
Untuk rekod tiga kekosongan terdahulu berlaku apabila penyandangnya - Rafizi, Nik Nazmi, dan Ewon - meletak jawatan.
Rafizi diganti dengan Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasir, manakala Nik Nazmi digantikan pemimpin dari Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) yang juga komponen BN, Arthur Joseph Kurup.
Arthur sebelum ini memegang jawatan sebagai timbalan menteri pertanian dan keterjaminan makanan.
Kekosongan ditinggalkan Tengku Zafrul diisi Naib Presiden Umno dan Menteri Perladangan dan Komoditi, Johari Ghani.
WOIT
RAKYAT TUNGGU
PAS DAN PN
MEMERINTAH
BAWA REFORMASI
AMIN
PAS TAK
PERLU SINDIR
AMIN
KALAU PAS TAK
ANTI KONSERT
TAK KACAU
GAYA HIDUP
PAS BOLEH JADI
KERAJAAN
KHALAS
SERANGAN PANTAI BONDI - PEROJEK SALAH BENDERA UNTUK SERANG IRAN?
SERANGAN
DI PANTAI BONDI
PROJEK
SALAH BENDERA?
AMIN
TUJUAN UNTUK
SERANG IRAN ?
KHALAS
MENTERI BARU MADANON
Rombakan kabinet besar-besaran dijangka hari ini - sumber
Perdana Menteri Anwar Ibrahim dijangka mengumumkan senarai baru anggota kabinet dan timbalan menteri petang ini, menurut sumber yang membayangkan bahawa rombakan kali ini akan menyaksikan "perubahan besar".
Sumber yang rapat dengan kerajaan mendakwa Anwar mempersembahkan barisan baru itu kepada Sultan Ibrahim Iskandar, semasa dia menghadap Yang di-Pertuan Agong pagi tadi.
Foto daripada pertemuan di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur dimuat naik di akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim sekitar tengah hari.
Satu sumber yang rapat dengan pemimpin tertinggi PH mendakwa Anwar mungkin membuat pengumuman itu kira-kira jam empat petang, manakala satu lagi sumber, yang rapat dengan pentadbiran persekutuan, berkata ia mungkin berlaku lewat petang.
Satu sumber mendakwa rombakan itu akan menyaksikan sekurang-kurangnya tiga timbalan menteri daripada PH dinaikkan pangkat sebagai menteri, manakala seorang menteri yang memegang portfolio yang sangat penting akan dipindahkan ke kementerian lain.
"Ketiga-tiga dia ialah R Ramanan, Akmal (Nasir), dan Adam (Adli)," kata orang dalam parti itu, merujuk kepada timbalan-timbalan menteri yang dikatakan akan dijadikan anggota kabinet penuh.
R Ramanan ialah timbalan menteri pembangunan usahawan dan koperasi. Akmal berada di Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, manakala Adam di Kementerian Belia dan Sukan.
Tidak jelas sama ada ketiga-tiga dia akan menjadi menteri untuk portfolio lain, tetapi satu sumber lain membayangkan dia mungkin dinaikkan pangkat dalam kementerian masing-masing.
Salah satu sumber juga mendakwa Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail mungkin menjadi salah seorang anggota kabinet yang bertukar portfolio.
Sumber yang rapat dengan kerajaan mendakwa rombakan itu mungkin juga menyaksikan beberapa muka baru.
"Ada yang mungkin dinaikkan pangkat (daripada peringkat timbalan menteri), manakala sebahagian (portfolio) mungkin menyaksikan muka baru," kata pegawai itu.







