Majoriti pelajar UPSI terbabit kemalangan tragis di Gerik anak-anak Terengganu
Bomba sahkan 14 pelajar UPSI, seorang kelindan maut dalam nahas di Gerik
Sekurang-kurang 13 maut, 31 cedera bas UPSI berlanggar dengan kereta
KUALA LUMPUR – Sekurang-kurangnya 13 orang meninggal dunia manakala 31 lagi cedera apabila sebuah bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berlanggar dengan sebuah kereta Perodua Alza di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik – Jeli, berhampiran Tasik Banding, awal pagi ini.
Mangsa yang meninggal dunia termasuk pemandu dan pembantu pemandu bas.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, , bas berkenaan membawa 44 orang penumpang termasuk 42 pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).
Bomba menerima laporan kemalangan itu pada jam 1.04 pagi.
Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila bas dengan nombor pendaftaran PLD 8892 terlibat dalam perlanggaran dengan sebuah kereta Perodua Alza.
Impak kemalangan itu mengakibatkan bas tersebut telah terbalik dan kereta telah terbabas ke dalam parit.
Katanya, bas dan Perodua Alza dalam laluan yang sama iaitu dalam perjalanan dari Jeli ke Gerik.
Semasa jentera sampai didapati kemalangan melibatkan mangsa seramai 48 orang.
“Terdapat mangsa yang berjaya keluar dengan sendiri, ada mangsa yang tercampak keluar dan ada mangsa yang masih berada di dalam bas.
“Setakat ini seramai 13 mangsa telah disahkan meninggal dunia dan 31 orang cedera (mangsa dari bas) dan tiga mangsa mengalami kecederaan ringan dan seorang mangsa mengalami patah tangan (dari Perodua Alza) telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak Bomba tiba,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Menurut kenyataan itu, anggota bomba terpaksa membuat pemotongan pada bahagian belakang bas untuk mengeluarkan mangsa-mangsa.
Sebaik sahaja operasi itu dibuat, anggota bomba mendapati enam mangsa masih berada di dalam bas manakala dua mangsa cedera parah dan empat mangsa didapati telah meninggal dunia dan tidak tersepit.
Tambahnya, seterusnya tindakan penyelamatan dilakukan oleh bomba dengan menstabilkan mangsa yang cedera dan membawa keluar dari dalam bas dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Mangsa-mangsa yang cedera termasuk yang berjaya keluar dengan sendiri telah diberi perawatan awal oleh pihak KKM yang berada di lokasi,” ujarnya.
Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang cedera dihantar ke hospital dengan menggunakan kenderaan EMRS, ambulan KKM dan ambulan APM. –


1 ulasan:
Salam Takziah, masa sudah sampai bagi mengajar pemandu kita sifat hormat, sifat bersabar sifat berhati-hati, bukan tekan minyak sampai lupa diri, jadikan sebagai pengajaran, bukan sekadar berita sensasi, panas dua tiga hari sahajalah kemudian dilupakan memang sifat manusia mudah lupa kah kah kah
Catat Ulasan