Selasa, 18 November 2025

SHEIKH HASINA - HUKUM MATI


Hukuman mati Sheikh Hasina: Kerajaan Bangladesh anggap satu keputusan bersejarah, gesa rakyat kekal tenang


DHAKA: Kerajaan sementara Bangladesh, hari ini berpendirian hukuman mati yang dijatuhkan ke atas bekas Perdana Menteri, Sheikh Hasina dan bekas Menteri Dalam Negeri, Asaduzzaman Khan Kamal, atas jenayah terhadap kemanusiaan sebagai keputusan bersejarah.

Kerajaan turut menggesa rakyat untuk kekal tenang, tidak beremosi dan bertanggungjawab, lapor portal The Bangladesh Today.

"Hukuman mati yang dijatuhkan ke atas bekas Perdana Menteri, Sheikh Hasina dan bekas Menteri Dalam Negeri, Asaduzzaman Khan Kamal atas jenayah terhadap kemanusiaan adalah keputusan bersejarah.

"Dengan mengiktiraf kepentingan keputusan ini, kerajaan sementara menggesa rakyat negara ini untuk kekal tenang, tidak emosi dan bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan.

Kerajaan turut menggesa rakyat supaya mengelakkan daripada terjebak dalam sebarang kelakuan liar, provokasi, keganasan atau aktiviti haram susulan keputusan terbabit.

"Adalah semula jadi bahawa mungkin ada yang beremosi susulan keputusan yang sudah lama tertangguh ini, terutama keluarga mereka yang terkorban semasa pemberontakan besar-besaran Julai lalu.

"Kerajaan dengan tegas memberi amaran kepada semua supaya tidak mengambil sebarang tindakan yang boleh mengganggu ketenteraman awam," katanya.

Terdahulu, Tribunal Jenayah Antarabangsa hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas Sheikh Hasina dan Asaduzzaman Khan Kamal atas jenayah terhadap kemanusiaan yang dilakukan semasa pemberontakan besar-besaran pada Julai hingga Ogos 2024.

Selain dua pemimpin terbabit, mahkamah menjatuhkan hukuman lebih ringan ke atas bekas Ketua Polis, Chowdhury Abdullah Al-Mamun iaitu penjara lima tahun.

Ini berikutan beliau mendedahkan sepenuhnya mengenai jenayah dilakukan dan bekerjasama dengan penyiasat sebagai pemberi maklumat kerajaan.- AGENSI


HUKUMAN MATI

TAK SELESAI

MASAALAH

AMIN

BANGLADESH

AKAN TERUS

JADI NEGARA

MISKIN

AMIN

BANGLADESAH

MENUJU NEGARA

MUFLIS GAGAL

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dia udah lari gi india nama dia sekarang savitri hassan..kakakakaka...serupa macam zakir kote aids naik...