Ahad, 11 Januari 2026

CHINA TERUS TIPU MELAYU



SPRM jangka dapat semula RM5b dari baki RM12b dana 1MDB yang masih lesap

SPRM menjangka dapat mendapatkan semula RM5 bilion daripada baki RM12 bilion dana berkaitan skandal 1MDB yang masih belum diperolehi, kata ketua pesuruhjayanya, Azam Baki.

Menurut Azam, dia tidak pasti sama ada jumlah RM5 bilion itu dapat diambil semula dalam tahun ini atau tidak, namun memberi jaminan usaha sedang giat dijalankan bagi mendapatkan semula aset yang hilang ekoran skandal berkenaan dengan segera.

"Keseluruhan dana 1MDB yang diseleweng dan dikesan adalah sekitar RM42 bilion dan kita sudah berjaya memulihkan dana termasuk aset sekitar RM30 bilion.

Jadi, bermakna ada lagi baki RM12 bilion, namun kita jangkakan akan memperoleh sekitar RM5 bilion lagi,” katanya seperti dipetik Berita Harian.

berkata demikian ketika menjadi tetamu dalam episod terbaru podcast Borak Hari Ini oleh akhbar tersebut.

Pada 26 Disember lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bekas perdana menteri Najib Razak bersalah atas keempat-empat pertuduhan salah guna kuasa serta kesemua 21 pertuduhan pengubahan wang haram berkaitan dengan skandal 1MDB.

Najib dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda keseluruhan RM11.38 bilion bagi empat kesalahan salah guna kuasa tersebut.

Dalam penghakimannya, hakim Collin Lawrence Sequerah antara lain mendapati wujud hubungan yang jelas antara Najib dan ahli perniagaan yang dikehendaki, Low Taek Jho (Jho Low), yang didakwa menjadi dalang skandal itu.

Sebahagian besar dana daripada Obaid, keluarga Low

Mengulas lanjut, Azam berkata jumlah RM5 bilion itu datang daripada beberapa individu, termasuk pengarah PetroSaudi International Ltd, Tarek Essam Ahmad Obaid, serta keluarga Low.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak AS$600 juta (kira-kira RM2.4 bilion) akan diperoleh daripada Obaid, katanya.

Pada Oktober lalu, SPRM memperoleh perintah mahkamah untuk membekukan urus niaga 2.5 juta saham dalam Palantir Technologies Inc yang didaftarkan atas nama Obaid, berdasarkan maklumat bahawa individu berkenaan telah menerima, memindahkan dan menggunakan hasil penyelewengan dana 1MDB pada 2010.

Obaid merupakan pengasas bersama PetroSaudi International, syarikat minyak Arab Saudi yang menjalankan usaha sama dengan 1MDB pada 2009.

Siasatan kemudian mendapati berbilion ringgit telah diselewengkan daripada perjanjian tersebut, menandakan bermulanya skandal 1MDB melibatkan dana berbilion dolar.

Pada masa itu, Petrosaudi digambarkan sebagai rakan strategik yang akan memberikan 1MDB akses kepada pasaran tenaga antarabangsa.

Bagaimanapun, dokumen yang dibocorkan serta siasatan di beberapa negara menunjukkan usaha sama itu digunakan sebagai platform untuk mengalihkan berbilion dana ke dalam akaun yang dikawal oleh Low dan sekutunya.

‘Switzerland pun bantu’

Sementara itu, Azam berkata akaun milik ahli keluarga Low akan diserahkan kembali kepada kerajaan dalam masa terdekat.

Dia berkata pasukan pegawai SPRM kini sedang berunding mengenai penyelesaian itu dengan Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Azam memuji kerjasama yang diberikan negara-negara lain, dan berkata negara yang terkenal sukar untuk bekerjasama seperti Switzerland sekalipun telah “buka pintu” untuk bekerjasama.

"Seperti yang saya katakan, saya mahu ia diselesaikan segera tanpa ada penangguhan. 

“Saya jangka dengan beberapa individu yang terbabit, SPRM akan memperoleh semula dana 1MDB berjumlah RM2.8 bilion dahulu," katanya lagi.

Proses itu bukanlah sesuatu yang mudah, katanya lagi, kerana ia melibatkan usaha mendapatkan semula aset daripada penjenayah.

Walaupun berkata dia tiada sebarang penunjuk prestasi utama (KPI) untuk dicapai, Azam berpendapat kadar pemulihan aset sekitar 70 peratus merupakan satu usaha yang baik.

Pengiraan ringkas oleh Malaysiakini menunjukkan 70 peratus daripada RM42 bilion yang hilang dalam skandal itu berjumlah RM29.4 bilion, sedikit di bawah RM30 bilion yang telah berjaya diperoleh semula oleh suruhanjaya tersebut. Ini bermakna SPRM telah pun mencapai sasaran berkenaan.

Pada masa sama, Azam berkata antara kesukaran yang dihadapi SPRM dalam usaha mendapatkan semula dana itu berpunca daripada rangkaian transaksi yang rumit.

Bukan setakat pergi ke rumah orang dapat rampas duit. 

“Pengesanan juga termasuk kepada wang dihilangkan dengan membentuk pelbagai akaun diletakkan dalam nama proksi,” katanya.


JO LO

CHINA TIPU

NAJIB MELAYU

AMIN

JO LO  SELAMAT

DI CHINA

AMIN

LU PIKIR SENDIRI

PERKARA INI

KHALAS

MASALAH BABI ATAU MASALAH KAPITALIS CHINA ?



Ternakan babi berskala besar beri kesan negatif terhadap alam sekitar, komuniti - pakar

KUALA LUMPUR: Pembangunan ternakan babi berskala besar berpotensi menimbulkan pelbagai kesan negatif terhadap alam sekitar dan komuniti setempat jika tidak diurus dengan baik.

Pensyarah Kanan Pusat Kajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaraan (SEEDS) Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM), Dr Zurinah Tahir, berkata antara kesan alam sekitar termasuk pencemaran air daripada sisa najis dan kumbahan babi yang boleh menjejaskan sungai, tasik dan air tanah.

Katanya, kualiti udara juga berisiko terganggu akibat bau busuk, gas ammonia dan metana yang boleh menjejaskan keselesaan penduduk sekitar.

"Selain itu, pembangunan sebegini turut menimbulkan risiko kesihatan awam, termasuk penyebaran penyakit zoonotik seperti selesema babi dan jangkitan bakteria.

"Bau dan pencemaran boleh menyebabkan masalah pernafasan serta tekanan kepada penduduk.

"Dari aspek sosial dan budaya, ternakan babi berskala besar boleh menjejaskan kualiti hidup komuniti, termasuk gangguan bau, pembiakan lalat dan bunyi bising.

"Isu ini juga sensitif dari segi agama dan budaya di kawasan majoriti Muslim, yang boleh menimbulkan konflik sosial jika tidak dirancang dengan teliti," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Sultan Selangor murka dengan perancangan kerajaan negeri yang membenarkan operasi penternakan babi di Tanjong Sepat, Kuala Langat, bermula tahun ini, sebelum dipindahkan ke Bukit Tagar pada 2030.

Menerusi titah kenyataan, baginda tidak bersetuju khususnya apabila ada kemungkinan ia membabitkan penternakan babi berskala besar dan berorientasikan eksport ke luar negara.

Zurinah turut menggesa Kerajaan negeri Selangor meneliti keperluan pembangunan projek ternakan babi berskala besar dengan mengambil kira pandangan agensi teknikal.

Katanya, laporan enilaian impak alam sekitar (EIA) dan penilaian impak sosial (SIA) juga perlu disediakan secara telus.

Beliau menjelaskan laporan itu penting bagi menilai kesan alam sekitar, sosial, ekonomi dan budaya terhadap komuniti setempat, khususnya dari segi demografi dan sensitiviti budaya.

"Selain itu, kerajaan negeri juga perlu mendapatkan persetujuan penduduk sekitar dan membabitkan penyertaan awam secara menyeluruh bagi memastikan tadbir urus projek dijalankan dengan telus dan bebas konflik kepentingan.

"Langkah proaktif oleh agensi penguatkuasaan perlu diperkukuhkan bagi memastikan keselamatan dan kebersihan persekitaran ternakan babi tidak dikompromi," katanya.

Zurinah menegaskan pembangunan ternakan babi berskala besar di Selangor tidak wajar kerana risiko impak negatif yang tinggi.

Katanya, penyelesaian terbaik adalah melindungi kesihatan awam, memelihara alam sekitar dan menghormati sensitiviti masyarakat dengan pendekatan berhemah serta menyeluruh

INI MASALAH

BABI ATAU

MASALAH

 KAPITALIS CHINA?

AMIN

CARA SELESAI

AMAT MUDAH

AMIN

BERI LESEN 

UNTUK TEMBAK

BABI HUTAN

AMIN

BERI LESEN

TANPA CUKAI

MUDAH  IMPOT

DAGING BABI

KHALAS

AMERIKA AKAN SERANG SYRIA UNTUK ISRAEL




AS umum serangan 'berskala besar' terhadap Daesh di Syria


WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) dan pasukan sekutunya melancarkan serangan berskala besar terhadap kumpulan Daesh di Syria semalam, menurut kenyataan tentera AS, sebagai tindak balas terbaharu susulan serangan pada bulan lalu yang mengorbankan tiga warganya.

Washington berkata, seorang lelaki bersenjata daripada kumpulan militan itu melakukan serangan pada 13 Disember lalu di bandar Palmyra.

Dalam insiden berkenaan, dua anggota tentera dan seorang penterjemah awam AS terkorban.

Untuk rekod, Palmyra yang turut dikenali sebagai bandar purba pernah ditawan oleh Daesh pada 2015 sebelum dibebaskan 10 bulan kemudian.

"Serangan hari ini menyasarkan kumpulan Daesh di seluruh Syria dan sebahagian daripada 'Operasi Hawkeye Strike'.

"Ia dilancarkan sebagai tindak balas langsung terhadap serangan berdarah Daesh ke atas pasukan tentera AS dan Syria di Palmyra," menurut kenyataan Komando Pusat AS (USCENTCOM) menerusi aplikasi X.

AS dan Jordan sebelum ini melakukan satu lagi pusingan serangan sebagai sebahagian daripada operasi sama bulan lalu, yang menyasarkan puluhan lagi kumpulan Daesh.

Serangan di Palmyra adalah insiden pertama seumpamanya sejak kejatuhan pemerintah lama Syria, Bashar al-Assad, pada Disember 2024.

Anggota AS yang disasarkan ketika itu sedang menyokong 'Operasi Inherent Resolve', usaha antarabangsa untuk memerangi Daesh yang pernah menguasai kawasan luas di Syria dan Iraq pada 2014.

Kumpulan jihad itu akhirnya ditewaskan oleh pasukan darat tempatan yang disokong serangan udara antarabangsa dan bantuan lain, namun ia masih bertapak di Syria, khususnya di kawasan gurun negara itu.

Presiden AS, Donald Trump, sejak sekian lama bersikap skeptikal terhadap kehadiran Washington di Syria, termasuk mengarahkan pengunduran tentera semasa penggal pertamanya, namun akhirnya mengekalkan pasukan Amerika di negara berkenaan.

Pentagon pada April mengumumkan AS akan mengurangkan kira-kira separuh jumlah anggotanya di Syria dalam beberapa bulan berikutnya, manakala utusan AS ke Syria, Tom Barrack, pada Jun berkata, Washington pada akhirnya merancang untuk mengekalkan cuma satu pangkalan tenteranya di negara itu.


SERANGAN INI

DIBUAT UNTUK

MUSNAHKAN

SEMUA SENJATA

PENINGGALAN

BASHAR

AMIN

TUJUAN ASAS 

UNTUK PASTIKAN

ISRAEL TIDAK

ADA MUSUH DARI

SYRIA & LEBANON

KHALAS

PROJEK ISRAEL DAN AMERIKA DI IRAN



PROJEK AMERIKA

DAN ISRAEL

DI IRAN

AMIN