Selasa, 18 November 2025

RASUAH - HANYA PINDAH KERJA ?




Pegawai Imigresen disiasat SPRM ditukar bahagian bertugas


KUALA LUMPUR: Pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes mempercepatkan proses permohonan program pemutihan pendatang asing akan ditukar bahagian bertugas.

Ketua Pengarah Imigresen, Zakaria Shaaban, berkata pertukaran akan dibuat ke tempat tidak berisiko manakala siasatan dilakukan hasil kerjasama Imigresen dan SPRM.

"Buat masa ini, kita hanya boleh melakukan rombakan dan menukar tempat bertugas pegawai terbabit ke tempat yang tidak begitu berisiko.

"Tindakan lanjut menyusul selepas siasatan SPRM. Mengikut peraturan tatatertib, sebaik dituduh, jabatan perlu ambil tindakan menahan kerja," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Deepavali peringkat Imigresen Kuala Lumpur di sini, hari ini.


Zakaria berkata, seramai 60 pegawai Imigresen dibuang kerja atas pelbagai kesalahan termasuk rasuah dan 301 kes tatatertib direkodkan sejak 2022 hingga tahun ini.

"Tahun lalu, sebanyak 254 kes tatatertib dilaporkan, manakala bagi tahun ini, setakat 17 November lalu, sebanyak 199 kes direkodkan," katanya.

Pada 12 November lalu, SPRM menahan 11 orang termasuk 10 pegawai dan seorang pesara agensi penguat kuasa kerana disyaki terbabit dalam kegiatan rasuah bagi mempercepatkan proses permohonan program pemutihan pendatang asing menerusi Program RTK.

Suspek membabitkan tujuh lelaki dan empat wanita berusia antara 30 hingga 50-an itu ditahan di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang menerusi Ops Bleach yang dijalankan Bahagian Perisikan SPRM.

Susulan tangkapan itu, SPRM menyita wang tunai berjumlah lebih RM116,000, 14 unit peranti telekomunikasi, barang kemas dan kepingan emas, tiga kereta serta dua motosikal.

LANGKAH INI

BETUL

AMIN

MASIH DALAM

SIASATAN BELUM

TERBUKTI

RASUAH

AMIN

JANGN PULAK

LEPAS INI

MACAM ZAHID

ADA DNAA

KHALAS

Tiada ulasan: