Selasa, 18 November 2025

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

SELASA 18 NOVEMBER 2025

HUJAN

BANJIR KILAT
Kemarin hujan lebat – amat lebat – sebelum jam 5 petang – kilat petir sabung menyabung. Musim hujan sah dah sampai – tiap petang hujan – Gua tak baca lagi di mana ADA berlaku Banjir Kilat dan di mana berlaku Banjir Besar. 

Hujan Hujan Hujan –  malah gua terbaca Mekah pun di landa banjir – wow – padang pasir akan jadi hijau selepas banjir musim hujan.

Tanpa hujan sampai kita tak tahu erti panas. Tanpa  Panas Terik baru kita tahu nikmat hujan.  

HOKKIEN
Pagi ini  basah lembab segar. Matahari tak kelihatan Di pintu masuk gua di sambut oleh Jantan Berkokok – jauh di atas Bukit  arah ke  Brickfeilds.

KL & KL Sentral berkabus tebal. KL langsung tidak kelihatan – Bangunan 118 di bungkus awan sejuk.

Bila gua hampir Wakaf Pertama Siti Adik beradik dan sedia menunggu. Hari ini gua kira ada sepuluh kepala yang datang makan.

Aduh ! Melihat warga Hokkien makan adalah satu kegembiraan. Bila mereka gumbira makan – gua pun ikut sama. 

Lopak air disan sini – Tak Tak suka bila lalu di lopak air Tak Tak akan masuk dan minum sedikit – ini perangai Tak  Tak – gua risau kalau dia sakit perut – tapi susah nak dilarang kerana lopak air disana sini.

Berjalan pulang di bukit Pintu Masuk gua dengar Murai berkicau – ha ha – Tekukur dan Pipit tak didengar kerana bumi basah.

Hari ini gua harap akan panas – ketika gua mengetik matahari masih belum muncul – sejuk  – tapi udara Hutan Hijau di Le Chateau segar bugar. 

Jika hujan petang  sampai – kacau – gua tak dapat bawa Tak Tak & Ezi ke Hokkien – jawabnya berjalan di kawasan letak kereta . Amin

BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI SELASA

BRO
Buku ialah kawan lu yang paling setia – Hanya satu jawapan – bila lu berjalan jangan lupa bawa buku.

BRO
Buku ialah kebun bunga – dusun buah – gudang – taman pesta  dan juga  penasihat untuk lu.

BRO
Jika lu tak suka membaca ertinya lu belum jumpa buku yang tepat  untuk dibaca seperti Monah Gersang. Amin.

LAKUKAN SEKARANG
LAKUAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Penat woit penat dengar cakap orang-orang politik kita, setiap hari kuat suara menjerit melaungkan slogan agenda setiap masa, sampai tiada ketenangan jiwa, tiada apa-apa tindakan semuanya kosong belaka, bergaduh siapa sampai dahulu, siapa cipta alat terbang, siapa cipta alat kapal, semua teknologi ciptaan siapa pula menjadi agenda, apa nak dibuktikan? Lihat saja keadaan sekarang, mana kedudukan mana tahap mana kelayakan piala kah kah kah setakat sembang cerita 1400 tahun dahulu mendapat pencerahan susah nak kayuh basikal lagi, orang dah pakai skuter elektrik, kita masih ke belakang nak kayuh basikal lasak kah kah kah mampoos generasi moden lebih binasa hancur masa depan woit

Tanpa Nama berkata...

Nabi SAW bersabda bermaksud: "Tiada berlakunya kiamat sehingga harta melimpah-ruah, sehingga seseorang keluar dengan membawa zakat hartanya namun tidak menjumpai orang yang layak menerimanya. Tidak berlakunya kiamat sehingga Tanah Arab Kembali hijau dipenuhi sungai." (Hadis Riwayat Muslim, no. 157)

dari hadis ini menunjukan tanah arab kembali ke bentuk asal.. jadi adakah dunia berubah atau kembali kepada norma asal... ?