Khamis, 29 Disember 2011

INI HANYA BUKTI KAPITALIS KUAT




DIROBOH UNTUK GEDUNG KAPITALIS








UTAMAKAN KEPENTINGAN AWAM - meloya

ALOR SETAR 28 Dis. - Kerajaan Pas Kedah perlu menggunakan kaedah fiqh yang lebih menyeluruh iaitu mengutamakan 'maslahah ammah' atau kepentingan awam berhubung keputusannya mahu merobohkan Madrasah Salihiah di sini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mashitah Ibrahim berkata, Menteri Besar, Azizan Abdul Razak tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan kaedah 'istibdal' (wakaf gantian) terhadap tanah wakaf khas milik madrasah itu untuk meneruskan keputusannya.

"Walaupun beliau (Azizan) hendak 'istibdal' tanah wakaf khas itu tetapi beliau tidak boleh tolak kepentingan orang ramai yang menuntut madrasah itu dikekalkan.

"Pucuk pimpinan negeri perlu bijak kerana dalam pemerintahan, pokok pangkal dalam membuat keputusan adalah mengutamakan 'maslahah ammah'," katanya.



KOMENTAR TUKAR TIUB
jangan silap faham
apa yang ditulis oleh tukar tiub
bukan hal siapa salah dan hukum apa?

yang cuba dimunculkan oleh tukar tiub
ialah bukti bhawa kuasa lobi kaum pemodal lebih
kuat dari kuasa agama

ayat
hukum dan hukum
boleh dicari dan digunakan oleh lobi kapitalis
untuk menghalal projek mereka

ini bukan pasal ada tempat ganti
ini bukan pasal telah dipersetujui ramai
ini bukan pasal majlis fatwa setuju
ini bukan pasal di mekah pun ada buat yang sama
bukan bukan bukan

ini hanya bukti bahawa pelobi kapitalis lebih
kuat dari pelobi agama
jangan nak putar putar
jangan nak pusing pusing

NOTA:
mengikut akta warisan bangunan yang berumur
lebih dari 50 tahun adalah harta warisan
justeru:
merutuhkan warisan ini bukan kerja pas saja
gerombolan telah banyak merobohkan warisan

apa yang saheh ialah kuasa pemodal lebih kuat
dari akta warisan
apa yang saheh ialahn kuasa pemodal lebih kuat
dari kuasa agama


NOTA:
dalam bahasa inggeris ini adalah :
the power of capital
is stronger over the power of religion



21 ulasan:

Pro_Pembaharuan berkata...

SIO-SIO je citer kat usetat-usetat yg citer pasal akidah-iman tu TT woi...

diorang tak boleh beza yg mana isi , yg mana sipi2...

contoh!

Rumah diroboh kerana mahu buat untung!

yang diceritakan TT adalah kuasa-kuasa untuk buat untung lagi hebat dari kuasa-kuasa yang suka duduk dalam rumah itu...

yg puak-puak u-tak-boleh-boleh-setat tu pikir, hukum itu hukum ini, akidah itu akidah ini, sebab persetujuan ramai... bangunan lain, bangunan itu...

WOI... ini cerita, ko usetat ke, ko ular dalam semak ker, ko penyamun UMNGOK ker, sape-sape je la... SUDAH TERINGIN MAU JADI KAPITALIS, BUKTI RUMAH YANG NAK KENE ROBOH TU, BUKTI PALING CUKUP UNTUK BUKTIKAN, "MARI DUIT YANG UNTUNG BANYAK-BANYAK, SERBAN JADI SONGKOK, SONGKOK JADI SERBAN"...

Sampai tak bole fikir pasal intipati cerita... pastu kata "aku sudah lama bosan baca TT"... woi kata sudah lama, tapi baca gak... betul ke baca? kalo baca terus komen mesti lah paham apa orang tua ni nak kata...

BACA LA BETUL-BETUL!

Tanpa Nama berkata...

TT, dah bersuara seperti meloya. Macamana nak baca meloya, jika dia tulis jangan robohkan handaklah diba sila robohkan. Pencerahan dari TT sendiri. Kha...kha,,kha,..

febhi berkata...

ustaz2 sekarang apatah yang graduet dari mesir jordan hanya sibuk amik tau hal agama, akidah, iman
Hal-hal dunia undang-undang sekular, lord reid, mo tze tung, ni kurang amik tau.... Tu kurang bersastra

kampong lad berkata...

"ayat hukum dan hukum boleh dicari dan digunakan oleh lobi kapitalis untuk menghalal projek mereka".

inilah yg berlaku dimalaysia ni, demi kepentingan pihak masings2. isu atau masalah yg sama, tapi dikeluarkan pendapat atau fatwa yg berbeza malah bertentangan antara mereka, saperti tindakan 'suicide bombers' (pengebom berani mati) di palestin, mufti mesir kata 'dibolehkan', mufti arab saud pulak kata haram dan masing2 kaitkan dgn ayat2 quran sebagai dalil hujah2 mereka.

"Pucuk pimpinan negeri perlu bijak kerana dalam pemerintahan, pokok pangkal dalam membuat keputusan adalah mengutamakan 'maslahah ammah'," kata mashitah.

harga barang2 keperluan (bukan 'luxury items' spt beg la, kondo la, hummer la & apa ka jadah lagi) tiap2 hari dok naik, inilah masalah utama umah sekarang ni dan apa pucuk pimpinan dia buat?

kapitalis-win berkata...

typikal sunni leadership..amik contoh mekah, sebab bg sunni, keluarga saud yg buat pemodenan melampau di mekah adalah sumber rujukan disebabkn keluarga saud adalah penjaga 2 kota suci yakni mereka adalah golongan2 yg konfem dimasukkan dlm syurga..

keluarga saud menghapuskan makam2 ahli keluarga rasulullah, konon taknak jadi tempat pemujaan, tp sebenarnya nk bina hotel 5 bintang. nk bina pussat membeli belah..keluarga saud hapuskan makan khadijah gantikan dgn toilet awam..keluarga saud bina jam mekah, la ni nk bina Tower of Jeddah, lebih tggi dr menara al-burj di dubai..

typikal sunni leadership..la ni kat kedah pun same, konon ulama, tapi robohkan madrasah sbb nk wat shopping kompleks yg kat dlm akan ade wayang,pusat video games, pusat jualan baju yg tok imam pun tercabut bile tengok..nk diwajarkan tndakan itu, dibina surau yg lebih besar, berhawa dingin, berkarpet tebal, berpintu besar, dicari hadis2, ayat quran yg membolehkn pembinaan tu..

mmg sebijik mcm keluarga saud, pemimpin sunni sedunia..jual beli agama, adalah perniagaan yg paling menguntungkan..

Tanpa Nama berkata...

Betul setuju tu TT.. apa salahnye bangunkan kawasan lain.. tak boleh ka? kawasan yang berzaman jadi mardrasah tak boleh ke dikekalkan?

dah takda kawasan yang lebih strategik?

Tanpa Nama berkata...

well, bg ak, mashitah tu bukannya betul sangat pun.. bg duit skit, jawatan skit, settle.. sembang je pandai.

kalau dah ramai sangat tak setuju surau tu kena roboh, awat time subuh, zohor, asar, maghrib & isyak tak ramai yg g berjemaah?

bila nk roboh berkumpul 1000 org nk halang, time nk sembahyang haram jadah nk dapat 1 saf pon payah..

habis tu surau tu nk buat apa?? muzeum??

Tanpa Nama berkata...

bro TT,

wa baru dpt call dari member otai yg bagitau itu sebenarnye bangunan TAKAFUL IKHLAS yg mempunyai surau cuma bole muat dgn 3-4 org jemaah aje..so, diaorg nak roboh dan besarkan surau tsb...yg diaorg marah sbab bisnes takaful yg sangkut

woi kah kah kah ptuii...

Tanpa Nama berkata...

Bro TT,
This Ustaz Azizan kena ikut cara MidVally Megamall..depa tak runtuh kuil hindu kat situ cuma depa ubah plan depa..la ni kuil Hindu jadi tempat pelancungan...haaaaaa..tu baru betul..Ya Utaz..apa lagi ..demand ler kat pemaju supaya buat macam tu..

Ha ha ha

Tanpa Nama berkata...

dah baca alasan mb kedah belum? sila baca kemudain gunakan akal fikir ok ke x robohkan madrasah tue?

Puyu berkata...

Ofis aku sepelaung ja dari sini.. maleh nak komen lebih-lebih. Tapi aku tepek link jawapan dari Gomen Kedah.

http://www.kedahlanie.info/2011/12/isu-madrasah-salihiah-depa-tanya.html

Bagi aku jawapan tu mmg terbaekk..

Tanpa Nama berkata...

ada kena mengena dengan 'tanda2' ni
sila baca...

http://www.ohalkisah.com/2011/12/tanda-tanda-kiamat-kecil-telah-lengkap.html

Tanpa Nama berkata...

Try tgk penjelasan dari kerajaan negeri dulu. Jangan mudah jatuh hukum bro. Apadaaa.. Support la kerajaan Pakatan Rakyat. Dorang buat tu mesti ada alasan yang kuat. Ni bukan UMNO. Please la bro jgn hentam geng sendri. Dah dekat PRU dh ni. Nak rampas Putrajaya cam mane kalo lagu ni.

Anti Kapitalis Sang Bedal berkata...

AJK FATWA Kedah dah masuk jadi geng kapitalis. Wakaf Khas pun nak bedal. Bedal la kalau berani. Ingat semua org bodoh ke tak tau apa agenda kapitalis. Lepas siap kompleks tu Pekan Rabu tutup peniaga pasar malam bungkus tak laku. Yg masih laku pondan dan darai di stesen keretapi sebab dalam kompleks tak boleh meniaga kahkah...Hoi MB Gunung Keriang tu kosong lagi buat la kompleks atas gunung tu apasal nak bedal yg sekangkang kera guna alasan Istibdal kahkah...

generasi bundle berkata...

aku setuju bila tengok hujah kerajaan negeri kedah tentang konsep istibdal ke hapajadah pun.kali ini tt ke tutu ke betul tapi kurang tepat dan cermat dalam mengolah isu.

peranan surau atau masjid bukan tapak lawatan untuk dilawat. klu itu syarat masjid pertama dalam islam yang buat dengan pelepah tamar tu kekal la sampai hari ni. ye la orang nak melawat.

yang penting senang nak imarahkan masjid dan buat amal ibadah.

klu kita seorang pelawat kita akan gunakan alasan pelawat,klu kita seorang yang beribadah kita akan gunakan alasan ibadah. yang penting tujuan kita dapat pahala.dapat jg bangunan 50000000 tahun pun kalau tak ada unsur ibadah dlm tu tak guna seduit.

generasi bundle

Yanaam berkata...

Ya. Surau ni nak dirobohkan oleh golongan kapitalis. Tapi yang bantahpun golongan bapak kapitalis juga, bukannya geng surau.

Geng surau hanya 2-3 orang dan bukan solat 5 waktu kat situ pun. Tapi geng bapak kapitalis yang tak pernah solat kat situ kasi heboh satu Malaya.

Apa kata, TT ajak geng bapak kapitalis buat qiyamullail kat surau tu. Zul Nordin boleh jadi Imam. Ustazah Mashitah bagi tazkirah dan kuliyah subuh oleh Mukhriz Hj Mahathir.

Melayu berkata...

Kapitalis memang cekap upah konco konco. Cekap guna dalih Istibdal untuk rembat tanah wakaf. Kapitalis adalah sejenis Taghut dan Dajjal yg telah dikisahkan dalam hadis sahih. Puak Azhar bukan tau benda ni dan sanggup sekongkol dgn Dajjal sekali sebab dok Mesir dulu sibuk ngongkek pompuan Arab gamaknya.

Tanpa Nama berkata...

http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/depth/7299-penjelasan-isu-madrasah-salihiah-kanchut-

Bacalah berkata...

Sila baca sinar harian 1/1/2012 muka 50 mengenai isu ini. Semoga pencerahan

Tanpa Nama berkata...

Bro tt, bangunan tu baru berusia 4 tahun, bukannya 100 tahun. Yang 100 tahun tu tanahnya, bukan bangunannya.

Tanpa Nama berkata...

http://www.facebook.com/#!/photo.php?fbid=318358851531697&set=o.197829736972253&type=1&theater