Ahad, 18 Januari 2026

RUMAH BANGSA JENIS UMNO

 


Rumah Bangsa UMNO: Manifestasi politik panik Zahid dan kegagalannya pimpin Melayu


KENYATAAN Presiden UMNO,  Ahmad Zahid Hamidi yang cuba mengangkat konsep “Rumah Bangsa UMNO” sebagai alternatif kepada Payung Besar Melayu bukan sahaja dangkal, malah memperlihatkan tahap panik politik seorang pemimpin yang semakin kehilangan pengaruh dan kepercayaan orang Melayu.

Hakikatnya, Ahmad Zahid sudah kehabisan idea dan modal politik. Apabila gagasan Payung Besar Melayu mula mendapat sambutan dan mencetuskan kesedaran penyatuan Melayu tidak lagi boleh dimonopoli oleh UMNO, Zahid segera tampil dengan naratif baharu yang kononnya UMNO adalah “rumah asal” orang Melayu. Ini bukan kepimpinan berwawasan, tetapi politik reaktif yang lahir daripada ketakutan.

Jika benar UMNO merupakan rumah seperti yang didakwa Zahid, kenapa hanya 28 peratus sahaja yang tinggal di dalam rumah berkenaan? Masih tidak sedarkah kamu ke mana yang lainnya?

Mengapa UMNO kalah berturut-turut, hilang kuasa dan kini terpaksa bergantung kepada parti lain untuk terus relevan? Rumah yang kukuh tidak ditinggalkan penghuninya, dan rumah yang selamat tidak runtuh akibat angkara pemimpinnya sendiri.

Ahmad Zahid cuba menggambarkan Payung Besar Melayu sebagai gagal, sedangkan realitinya gagasan itu wujud kerana kegagalan UMNO sendiri mempertahankan kuasa politik Melayu ketika memerintah selama puluhan tahun.

Orang Melayu tidak meninggalkan UMNO tanpa sebab. Mereka meninggalkan UMNO kerana muak dengan rasuah, perebutan kuasa dan kepimpinan yang lebih mementingkan kelangsungan peribadi daripada nasib bangsa.

Lebih hipokrit, Ahmad Zahid menuduh payung besar dibina atas retorik amarah dan dendam sejarah, sedangkan UMNO di bawah kepimpinannya sering memainkan sentimen ketakutan, ancaman kaum dan nostalgia lama untuk menutup kegagalan semasa.

Ahmad Zahid bercakap soal jiwa besar, tetapi memimpin dengan jiwa yang kecil, defensif dan penuh kepentingan diri.

Penubuhan “Rumah Bangsa UMNO” jelas bukan usaha menyatukan Melayu, sebaliknya cubaan terdesak untuk mengikat kembali orang Melayu agar terus setia kepada satu parti yang sudah hilang arah.

Ahmad Zahid tidak bercakap tentang reformasi UMNO, tidak menyentuh soal pembersihan imej, tidak menjawab isu integriti dan kepercayaan rakyat, sebaliknya hanya menukar istilah, seolah menukar papan tanda boleh menyelamatkan bangunan yang hampir runtuh.

Payung Besar Melayu tidak dibina untuk menggantikan mana-mana parti, tetapi untuk menyatukan kekuatan Melayu merentasi parti, latar belakang dan ideologi demi menghadapi cabaran besar bangsa, kelemahan ekonomi, ketidakseimbangan pendidikan, peminggiran kuasa politik dan masa depan generasi Melayu.

Hakikat bahawa Zahid begitu terganggu dengan gagasan ini membuktikan UMNO sudah tidak yakin untuk bersaing secara terbuka dan matang.

Apabila Ahmad Zahid berkata payung itu “rebah kerana tidak berpaut kepada rumah asalnya”, beliau sebenarnya mengaku UMNO hanya mahu menjadi pusat segala-galanya, bukan rakan penyatuan.

Ini bukan semangat perpaduan, tetapi sikap angkuh sebuah parti lama yang enggan menerima realiti bahawa zaman monopoli politik Melayu telah berakhir.

Sejarah tidak akan memihak kepada mereka yang menafikan perubahan. Orang Melayu hari ini semakin matang dan berani menilai siapa yang benar-benar ikhlas memperjuangkan nasib mereka, dan siapa yang hanya menggunakan bangsa sebagai perisai politik.

UMNO bebas membina “Rumah Bangsa” versinya sendiri. Namun Zahid tidak boleh menghalang orang Melayu daripada memilih untuk berhimpun di bawah payung yang lebih besar, lebih inklusif dan lebih jujur dalam memperjuangkan masa depan bangsa.

Sesungguhnya, yang rapuh bukan payung besar, tetapi rumah yang dibina di atas asas kepentingan sempit dan kepimpinan yang sudah ditolak sejarah. BebasNews.  

Oleh Marzuki Yahya 

Ketuan Setiausaha

 Seketeriat Orang Melayu

WOIT

UMNO WAJIB

DIRIKAAN

PENJARA BESAR

AMIN

UNTUK MASUKAN

SEMUA PEMIMPIN

UMNO 

YANG RASUAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yolo, Boss Khemoh Besor dah rebah awal patah tulang pinggul.

Dr2 diIJN terpaksa bagi ubat anti-stress kerana maseh gagal perebah dan humban PMX selepas 3 tahun.

Dah cuba semua langkah2.

Kah Kah Kah Khalas.