Ahad, 18 Januari 2026

AL-FATIHAH


Bangkai pesawat didakwa ATR 42-500 ditemui di Gunung Bulusaraung


MAKASSAR: Gabungan pasukan penyelamat Basarnas dan TNI-Polri dibantu penduduk setempat masih giat mengesan pesawat ATR 42-500 milik Indonesia Air Transport (IAT) yang hilang di Gunung Bulusaraung, wilayah Maros, Sulawesi Selatan.

Ketua Seksyen Operasi Basarnas Makassar, Andi Sultan dilapor Kompas semalam berkata, pencarian sudah dimulakan sejak 1 tengah hari waktu tempatan, namun berdepan beberapa cabaran di lokasi.

Katanya, antara cabaran ditempuh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) adalah hujan yang disusuli kabus tebal di wilayah pergunungan Bulusaraung.

"Apabila mahu menerbangkan dron untuk menjalankan pencarian, kabus tebal dan hujan di lokasi," katanya.

Beliau turut memaklumkan keadaan cuaca ketika pesawat dilaporkan terputus hubungan adalah mendung dengan suhu antara 18 hingga 34 darjah Celsius.

Sementara itu, Ketua Pejabat Basarnas Makassar, Muhammad Arif Anwar pula berkata, pasukan SAR mengesan serpihan yang disyaki sebahagian daripada pesawat ATR 42-500.

"Dimaklumkan pasukan telah menghampiri lereng Gunung Bulusaraung kerana terdapat maklumat bahawa serpihan pesawat ditemui dan sudah dibawa ke rumah ketua dusun Gunung Bulusaraung untuk diperiksa kesahihannya," katanya.

Selain cuaca, Muhammad Arif berkata, halangan lain termasuk gangguan alat telekomunikasi yang menyukarkan koordinasi pencarian.

"Halangan di lapangan ialah ELT (Pemancar Lokasi Kecemasan) tidak berfungsi, yang menyukarkan pasukan SAR gabungan untuk menentukan lokasi yang tepat. Bagaimanapun, kru helikopter akan menjalankan pencarian dari lereng gunung," jelasnya.

Sebelum ini dilaporkan sebuah pesawat ATR 42-500 milik IAT terputus hubungan ketika berada di kawasan pergunungan Leang-Leang, Kabupaten Maros, Sulawesi Selatan, semalam.

Pesawat dari Yogyakarta itu dilaporkan membawa 11 orang, merangkumi, lapan kru dan tiga penumpang. Ia sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Hasanuddin di Makassar pada tengah hari.

AL- FATIHAH

TAKSIAH UNTUK

KAUM KELUARGA

AMIN

UMNO JADI BARUA CUKONG


UMNO RUNTUH

KERANA RASUAH

SALAH GUNA KUASA

DAN JADI 

BARUA CUKONG

AMIN


Unknown commented on
 "UMNO KETUANAN MELAYU
 JADI HAPRAK"

Kah kah kah kerana tiada amanah, kerana tiada integriti, kerana minat curi, rompak, rasuah terpaling hebat akhir sekali kena ludah, kena maki hamun, kena hina, bukan kerana baik tetapi kerana buruk, perangai tetap sama, dari atas sampai ke bawah, rasuah menjadi darah daging, 

orang dihormati kerana perwatakannya, kalau sudah sampai tahap maki hamun maka sendiri pun boleh nilai diri sendiri, setakat pegang jawatan kuasa tidak cukup kalau tiada amanah kah kah kah

manusia akan segan dengan orang baik tetapi adakah orang baik dalam parti penjajah sekarang? Kah kah kah padan muka perbuatan hang yang lampau menghina kamu sekelian umatnya amin syukur alhamdulillah selalunya amin amin amin

SATU CARA UNTUK UMNO BERJAYA


UNTUK BERJAYA

UMNO WAJIB

HUMBANKAN

ZAHID HAMIDI

AMIN


Unknown commented on 
"AUTA AN GERTAK TRUMP"

Auta Zahid Hamidi lagi hebat Boss? Apa dikatakan semuanya keluar sendiri dari mulut kah kah kah, kata tidak menyertai Kerajaan Madani kerana menyelamatkan diri, tidak tunduk kepada DAP?

Kah kah kah DAP lagi banyak kerusi, yang berpecah-belah hanyut yang kuat utuh cuba dijadikan sasaran kah kah kah

PAGI INI


PAGI INI




PAGI INI

AHAD 18 JANUARI 2026

BABI


BABI KEMBALI 
Kali ini perkataan BABI digunakan kembali. Ini amat baik. Satu ketika dulu babi ini di panggil KHINSIR OLEH MEDIA kita. Pasal apa  guna bahasa Arab – Babi ialah BABI.

Jangan malu jangan segan berselindung dalam bahasa Arab. Kita ada bahasa dan perkataan sendiri.

Jangan guna Zakar –  Guna  PELIR.

Jangan guna FARAJ. Guna BURIT atau PUKI .

Bangga  dengan bahasa sendiri – Babi dan Puki adalah  perkataan awal Melayu.

PROJEK KERAJAAN SELANGOR bukan PROJEK KHINZIR – ini projek BABI  yang di jalankan oleh babi untuk para babi. Amin.

NATO
Berita gumbira dari Amerika. Trump akan  naikkan tarif 25% pada mana mana negara yang TIDAK  menyokong Amerika ambil alih dan jajah Greenland.

Eropah jadi huru hara sekarang. NATO dan Kesatuan Eropah  jadi kacau kerana UK, France  dan German – dah mula nak hantar soldadu ke Greenland. Ini kerana Denmark – penjaga Greenland  ialah anggota NATO dan Kesatuan Eropah.

Apakah Trump akan kenakan tarif untuk  UK, France dan German ? Jeng jeng jeng.

Ini amat menarik – gua rasa NATO akan terbarai – bila ini berlaku  ini tanda paling jelas Hari Hari Akhir Saekor Amerika makin  hampir kah kah kah.

TAPI AWAS – kaum kapitalis akan  MELIBAS – dan PERANG AKAN PECAH – riak dan tanda perang semakin jelas – watak-watak apa yang berlaku sebelum Perang Dunia Kedua kini berulang lagi – jeng jeng jeng. AMIN

HOKKIEN
Pagi ini Hokkien riuh. Di Pintu lif gua dengar suara How Wow. Gua dengar suara Jantan berkokok. Dan Betina berketak. 

Di Pintu masuk Cengkerik dalam belukar hutan bersimponi kuat. Di bukit Tekukur bersuara. Berselang seli dengan suara How Wow.

Langit pucat. Matahari masih lemah. KL  & KL Sentral berkabus tebal  bersama jerebu – kemarin tak hujan.

Gua berjalan ke arah Wakaf Tiga. Ha ha ha dalam sawah rumput ada ratusan Pipit sedang mencari rezeki. Kemudian mereka terbang legar legar- Ini perangi dan watak Pipit Uban – Wow! Gua gumbira sekali bila melihat  Pipit Uban terbang berpusing pusing.

Di  Wakaf Tiga gua bersenam di sini – gua lakukan 2 atau 3 kali seminggu – untuk sihat badan. 

Berjalan pulang gua nampak Jantan Baik  rehat atas  kubur. Kemudian gua nampak Siti – yang lain tak kelihatan. Siti terbaring rehat tak bergerak. Tapi bila Tak Tak muncul Siti berkejar menuju Tak Tak.

Sampai  di Wakaf Pertama Siti, Jantan Baik dan Tak Tak dapat hati ayam. Kemudian gua tabur Friskies untuk Siti dan Jantan Baik. Nasi tidak gua hidangkan – gua bawa pulang – lihat sapa muncul petang nanti. 

Hari ini pasti panas. Tak Tak dah menjalar di balkoni mandi cahaya. Amin

BRO
SENYUM
SENYUMLAH
DAN SAMBUT PAGI AHAD

BRO
Bila lu nak makan di warung , kedai Mamak, atau di tempat terbuka pastikan lu ada  beberapa keping duit seringgit untuk penjual tisu.

BRO
Dunia kita ini ada macam-macam yang menarik. Terpulang pada diri lu untuk meneroka.

BRO
Lu jadi tuan untuk diri lu. Lu jadi Polis untuk nafsu lu. Lu jadi kapten untuk melayari hidup lu.

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI