Menteri Greenland puji reaksi negara Eropah terhadap ancaman tarif Trump
NUUK: Menteri Greenland, Naaja Nathanielsen, semalam memuji reaksi negara-negara Eropah yang kini menjadi sasaran ancaman tarif baharu Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang dikaitkan dengan masa depan pulau Artik itu.
"Saya kagum menyaksikan respons awal daripada negara-negara yang menjadi sasaran.
"Saya berterima kasih dan berharap diplomasi serta persahabatan antara sekutu akan mengatasi segalanya," kata Menteri Sumber Mineral itu dalam satu mesej yang dimuat naik di LinkedIn.
Terdahulu pada hari yang sama, Trump mengancam untuk mengenakan tarif baharu ke atas import dari lapan negara Eropah yang menghantar tentera ke Greenland, wilayah Denmark yang ingin dikuasainya.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan