Ahad, 18 Januari 2026

AL-FATIHAH


Bangkai pesawat didakwa ATR 42-500 ditemui di Gunung Bulusaraung


MAKASSAR: Gabungan pasukan penyelamat Basarnas dan TNI-Polri dibantu penduduk setempat masih giat mengesan pesawat ATR 42-500 milik Indonesia Air Transport (IAT) yang hilang di Gunung Bulusaraung, wilayah Maros, Sulawesi Selatan.

Ketua Seksyen Operasi Basarnas Makassar, Andi Sultan dilapor Kompas semalam berkata, pencarian sudah dimulakan sejak 1 tengah hari waktu tempatan, namun berdepan beberapa cabaran di lokasi.

Katanya, antara cabaran ditempuh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) adalah hujan yang disusuli kabus tebal di wilayah pergunungan Bulusaraung.

"Apabila mahu menerbangkan dron untuk menjalankan pencarian, kabus tebal dan hujan di lokasi," katanya.

Beliau turut memaklumkan keadaan cuaca ketika pesawat dilaporkan terputus hubungan adalah mendung dengan suhu antara 18 hingga 34 darjah Celsius.

Sementara itu, Ketua Pejabat Basarnas Makassar, Muhammad Arif Anwar pula berkata, pasukan SAR mengesan serpihan yang disyaki sebahagian daripada pesawat ATR 42-500.

"Dimaklumkan pasukan telah menghampiri lereng Gunung Bulusaraung kerana terdapat maklumat bahawa serpihan pesawat ditemui dan sudah dibawa ke rumah ketua dusun Gunung Bulusaraung untuk diperiksa kesahihannya," katanya.

Selain cuaca, Muhammad Arif berkata, halangan lain termasuk gangguan alat telekomunikasi yang menyukarkan koordinasi pencarian.

"Halangan di lapangan ialah ELT (Pemancar Lokasi Kecemasan) tidak berfungsi, yang menyukarkan pasukan SAR gabungan untuk menentukan lokasi yang tepat. Bagaimanapun, kru helikopter akan menjalankan pencarian dari lereng gunung," jelasnya.

Sebelum ini dilaporkan sebuah pesawat ATR 42-500 milik IAT terputus hubungan ketika berada di kawasan pergunungan Leang-Leang, Kabupaten Maros, Sulawesi Selatan, semalam.

Pesawat dari Yogyakarta itu dilaporkan membawa 11 orang, merangkumi, lapan kru dan tiga penumpang. Ia sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Hasanuddin di Makassar pada tengah hari.

AL- FATIHAH

TAKSIAH UNTUK

KAUM KELUARGA

AMIN

Tiada ulasan: