Isnin, 12 Januari 2026

KESAH TELOR ZAHID DI PICIT


KESAH TELOR

ZAHID  KENA PICIT

KAH KAH KAH

AMIN

SAPA KETUA PN ?


SAPA KETUA PN

AMAT MUDAH

AMIN

TAKADA KES 

PICIT TELO

 AMIN

JELAS TEGUH

BERANI MELAWAN

ANWAR

BIN IBRAHIM

AMIN

BIJAK & BERANI

SUSUN RAKYAT 

KE JALAN RAYA

KHALAS

RAFIZI CALON TETAP PM MALAYSIA



Rafizi persoal reformasi Madani: Cantik atas kertas saja
Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mempersoalkan keutamaan agenda reformasi Kerajaan Madani apabila pencapaian ekonomi yang kelihatan positif di atas kertas gagal diterjemahkan kepada keyakinan dan pengalaman sebenar rakyat di peringkat bawah.

Menurut Rafizi, walaupun data makro menunjukkan prestasi memberangsangkan seperti kemasukan pelaburan, pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan pengukuhan nilai mata wang, realitinya rakyat tidak “bersorak” kerana mereka tidak merasai kesannya dalam kehidupan seharian. 

“Sebab ramai orang tak rasa benda itu dalam hidup harian. Bila tak rasa, orang mudah anggap semua ini politik semata mata.

“Sebab itu bila kerajaan reformasi nak pilih reformasi mana yang paling penting, kena fikir apa yang paling atas dalam kepala rakyat. Bukan yang sedap atas kertas,” katanya menerusi hantaran di media sosial, hari ini.

Bekas menteri ekonomi itu menegaskan tuntutan paling asas rakyat ketika ini ialah kebebasan institusi penguatkuasaan, khususnya dalam soal pelantikan, pendakwaan dan keberanian untuk mengambil tindakan terhadap pemimpin besar tanpa pilih kasih.

“Orang nak tengok lantikan yang betul. Orang nak tengok pendakwaan yang bebas. Orang nak tengok keberanian mendakwa dan memenjarakan pimpinan besar,” katanya.

Pada masa yang sama, Rafizi mengakui persepsi rakyat terhadap usaha membanteras rasuah semakin merosot, berbanding ketika awal pentadbiran kerajaan sedia ada. Katanya, kebimbangan rakyat terhadap rasuah kini meningkat berkali ganda, bukan kerana mereka tiba-tiba menjadi lebih sensitif, tetapi kerana melihat corak yang berulang.

Merujuk kepada kes-kes berprofil tinggi, Rafizi seterusnya mempertikaikan kes-kes yang berakhir dengan keputusan DNAA atau dilepaskan sepenuhnya.  

Bekas timbalan presiden PKR itu tidak menyebut sebarang nama tetapi jelas menyindir keputusan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang memutusakan iada tindakan lanjut (NFA) berhubung pertuduhan pecah amanah jenayah, rasuah, dan pengubahan wang haram terhadap timbalannya, Ahmad Zahid Hamidi.

AGC pada 8 Januari lalu mengumumkan pihaknya tidak akan meneruskan tindakan lanjut berhubung DNAA yang diberikan kepada presiden Umno tersebut bagi 47 pertuduhan terhadapnya berkaitan dana Yayasan Akalbudi pada 2023.

Menguls lanjut, Rafizi berkata, apabila corak tersebut berulang maka pengumuman seperti mahu menghadkan tempoh perkhidmatan perdana menteri ke dua penggal, kebebasan maklumat (FOI) dan Ombudsman menjadi nipis.

“Rakyat akan cakap ini semua rundingan dalam kerajaan, satu pihak dapat pengumuman, satu pihak dapat kes selesai.

“Selagi bahagian paling asas itu tidak berubah iaitu penguatkuasaan yang benar-benar bebas dan konsisten, angka makro susah nak jadi keyakinan rakyat,” katanya.

KAH KAH KAH

WOIT

APA RAFIZI

CAKAP RAKYAT

DAH LAMA TAHU

AMIN

RAFIZI CALON

TETAP PM

MALAYSIA

AMIN

APA YANG PERLU

RAFIZI PIMPIN

RAKYAT HUMBAN

ANWAR

BIN IBRAHIM

KHALAS

TENTERA DISIASAT KENAPA POLITIKUS TIDAK DISIASAT KES RASUAH ?




Muhammad Hafizuddeain mohon bersara awal mulai 1 Januari - Khaled Nordin


KUALA LUMPUR: Bekas Panglima Tentera Darat,  Muhammad Hafizuddeain Jantan sudah menghantar surat untuk bersara daripada perkhidmatan tentera, bermula 1 Januari lalu.

Perkara itu diumumkan Menteri Pertahanan,  Mohamed Khaled Nordin, yang berkata hasrat berkenaan dimaklumkan dalam satu surat yang diserahkan oleh peguam Muhammad Hafizuddeain.

Sehubungan itu, beliau berkata, ATM ketika ini dalam proses untuk mencari pengganti bagi mengisi jawatan Panglima Angkatan Tentera.

Pada 31 Disember lalu, Khaled mengumumkan pelantikan Muhammad Hafizuddeain sebagai Panglima Angkatan Tentera (PAT) yang diputuskan Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera ke-631, ditangguhkan.

Pelantikan Muhammad Hafizuddeain sebagai PAT diputuskan Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera ke-631 yang berlangsung pada 19 November lalu dan diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 1 Disember.

Turut diputuskan melalui mesyuarat sama ialah pelantikan Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Leftenan Jeneral  Azhan Md Othman, sebagai Panglima Tentera Darat ke-31 berkuat kuasa 1 Januari 2026.

"Saya ingin memaklumkan sudah menerima surat daripada peguam Muhammad Hafizuddeain yang kini sedang bercuti dan memaklumkan hasratnya untuk bersara awal daripada Angkatan Tentera Darat bermula 1 Januari tahun ini.

"Maka dengan permohonan untuk bersara awal ini, ia membolehkan kita memulakan proses untuk mencari pengganti kerana seperti kita sedia maklum, Majlis Angkatan Tentera sebelum ini sudah membuat keputusan untuk beliau menjadi PAT.

"Tetapi keputusan (majlis) ditangguhkan kerana kes yang beliau hadapi dan keputusan untuk menjawat jawatan PAT sepatutnya pada 1 Januari tahun ini tidak dilaksanakan serta ditangguhkan. Maka dengan pengumumannya untuk bersara awal bermula 1 Januari, jawatan PAT itu kosong," katanya.

ATM akan mulakan proses cari PAT baharu

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled menjelaskan, antara alasan Muhammad Hafizuddeain memutuskan untuk bersara adalah bagi membolehkan ATM memulakan proses melantik PAT yang baharu.

"Sekarang posisi (jawatan) itu dipangku Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana  Zulhelmy Ithnain, jadi proses untuk memulakan pencarian PAT akan dilakukan sebelum kelulusan itu diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.

"Ia juga menjadi antara sebab beliau memohon untuk persaraan awal, bagi membolehkan kita mengisi jawatan PAT. Namun soal jawatan tertinggi ini adalah membabitkan proses di mana Majlis Angkatan Tentera akan memainkan peranan sebelum ia diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.

"Sekiranya Tuanku tidak bersetuju dengan mana-mana nama itu, maka kita akan bawakan lagi nama sehingga Tuanku perkenan," katanya.

Sebelum ini, BH melaporkan bekas Panglima Tentera Darat bersama dua isterinya ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkait projek perolehan tender Tentera Darat Malaysia (TDM).

SPRM memaklumkan bekas PTD itu dikehendaki memberi keterangan pada 28 Disember lalu, namun tidak dapat berbuat demikian kerana dimasukkan ke hospital.

SPRM juga hadir ke Kementerian Pertahanan pada 23 Disember lalu bagi memulakan siasatan awal terhadap beberapa projek membabitkan Tentera Darat sejak tahun 2023.

Selepas menyita enam akaun bank milik pegawai itu dan ahli keluarganya bagi membantu siasatan, SPRM turut menyita tiga jongkong emas, kenderaan mewah serta 23 utas jam jenama Rolex.

Sebelum itu, Mohamed Khaled mengesahkan  Muhammad Hafizuddeain diarahkan bercuti berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan kes yang dilaporkan terhadap beliau selesai

TABIK HORMAT

PADA BEKAS 

PANGLIMA ATM

AMIN

BILA DITUDUH

RASUAH TERUS

LETAK JAWATAN

AMIN

INI CONTOH

BAIK DARI TENTERA

AMIN

RAKYAT & TENTERA

MASIH BERTANYA

TENTERA DISIASAT

TAPI POLITIKUS

TIDAK DI SIASAT

AMIN

INI PELIK

AMAT PELIK

KHALAS

BOM GANGGU PRU SIAM ?


Letupan di selatan Thailand bertujuan ganggu pilihan raya tempatan - Anutin

BANGKOK: Siri serangan bom dan kebakaran menyasarkan 11 stesen minyak di wilayah bergolak selatan Thailand awal pagi semalam, bertujuan mengganggu proses Pilihan Raya Pentadbiran Tempatan (pilihan raya kecil).

Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul, berkata ia bukannya satu tindakan keganasan dan agensi keselamatan percaya serangan itu dirancang untuk mencetuskan huru-hara ketika penduduk sedang bersiap sedia untuk mengundi pada hari yang sama.

"Penilaian awal menunjukkan serangan serentak ini tidak diklasifikasikan sebagai keganasan, sebaliknya adalah cubaan untuk mengganggu pilihan raya tempatan yang sedang berlangsung," katanya yang juga Menteri Dalam Negeri Thailand.

Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara (NSC) Thailand menyelar serangan itu dan menyifatkan pelaku yang menyasarkan stesen minyak sebagai pihak tanpa legitimasi atau hak untuk mewakili suara penduduk tempatan.

Setiausaha Agung NSC dalam satu kenyataan berkata, mesej keras telah dihantar kepada kumpulan pemberontak Barisan Revolusi Nasional (BRN) bagi menuntut penjelasan berhubung kes yang membahayakan nyawa orang awam itu.

"Penyerang ini kekurangan legitimasi dalam tindakan mereka. Kita telah menghubungi pihak BRN melalui saluran komunikasi sedia ada untuk menyatakan bantahan keras.

"Kita juga menuntut tanggungjawab mereka bagi memastikan kes seumpamanya tidak berulang," menurut kenyataan NSC.

Sejurus selepas serangan, pihak tentera meningkatkan kawalan keselamatan ke tahap maksimum di seluruh wilayah selatan, termasuk menguatkuasakan perintah berkurung di Narathiwat bagi memburu dalang di sebalik serangan itu.

Pihak berkuasa Thailand turut menegaskan bahawa proses demokrasi tidak akan terhenti meskipun wujud ancaman sedemikian, dan kawalan ketat akan terus dilaksanakan di pusat-pusat pengundian bagi menjamin keselamatan rakyat.

Terdahulu, sekurang-kurangnya 11 stesen minyak di Narathiwat, Pattani, dan Yala diserang hampir serentak dalam tempoh 40 minit selepas tengah malam, menyebabkan kerosakan harta benda dan kecederaan.

Kes letupan bom itu menyasarkan hampir 12 stesen minyak di selatan Thailand awal pagi Ahad, 11 Januari mengakibatkan empat individu cedera.

Letupan berlaku di beberapa wilayah selatan Thailand iaitu Narathiwat, Pattani dan Yala, yang sememangnya terkesan dengan konflik bersenjata peringkat rendah sejak 2004, membabitkan kumpulan pemisah di wilayah majoriti Islam yang bersempadan dengan Malaysia. - AGENSI

BOM DARI

BADAN REVOLUSI

NASIONAL PATANI 

BUKAN

NAK HALANG PRU

AMIN

INI TANDA SAH

PEJUANGAN PATANI

 MERDEKA

DI TERUSKAN

AMIN 

BOM MELEDAK

SERENTAK 

MEMBUKTIKAN

PENYUSUNAN

MILITER YG TELITI

KHALAS

BILA NAK DAKWA AZAM BAKI



𝗣𝗲𝗴𝗮𝘄𝗮𝗶 𝗧𝗲𝗿𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 𝗔𝗧𝗠
𝗞𝗲𝗺𝗯𝗮𝗹𝗶 𝗕𝗲𝗿𝗶 𝗞𝗲𝘁𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗗𝗶 𝗦𝗣𝗥𝗠
PUTRAJAYA | 12 Jan 26 — Seorang pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hadir sekali lagi ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini dipercayai untuk memberi keterangan berhubung satu kes rasuah yang sedang disiasat.
Difahamkan, pegawai berkenaan pada sesi sebelum ini telah menjalani rakaman keterangan lebih 13 jam semalam, bermula kira‑kira 11 pagi, namun siasatan masih memerlukan keterangannya untuk membantu siasatan lanjut.
Sehingga kini, SPRM belum mengeluarkan butiran lanjut mengenai kes yang dikaitkan dengan pegawai tersebut, termasuk apakah pertuduhan rasuah spesifik atau pihak lain yang terlibat dalam siasatan itu. Penjelasan rasmi dijangka hanya akan didedahkan apabila proses siasatan mendapati bukti yang mencukupi atau jika pendakwaan diteruskan.
Kes ini mencerminkan usaha SPRM untuk memperkukuhkan tindakan terhadap salah guna kuasa atau rasuah melibatkan anggota tinggi institusi penting negara, dan menjadi tumpuan media serta masyarakat seiring dengan keperluan memperkasakan integriti dalam semua lapisan pentadbiran.
Skandal rasuah ATM menjadi tumpuan selepas pendedahan awal oleh aktivis sosial Chegubard, mengenai dakwaan salah laku dan penyelewengan kewangan dalam ATM. Ekoran itu, SPRM telah membuka kertas siasatan mengenai dakwaan tersebut. @sumber

KENAPA ASKAR

TERUS DI SIASAT

AMIN

POLTIKUS SABAH

ADA KLIP VIDEO

RASUAH TIDAK

DI SIASAT

AMIN 

AZAM BAKI 

 BILA NAK 

DI SIASAT ?

KHALAS






JEMPUTAN UNTUK PENCERAHAN


JEMPUTAN 

UNTUK

PENCERAHAN

AMIN



IRAN SIAPA SEDIA MENUNGGU AMERIKA


IRAN SIAP SEDIA

MENUNGGU

  AMERIKA

KHALAS

TAKADA SOLDADU PENJAJAHAN GAGAL


BOM DRONE

ROKET HANYA

PEMUSNAH

AMIN

TAKDA SOLDADU

MENJAJAH 

HASIL BUMI

TAK DAPAT

KHALAS

Unknown commented on 
"PAGI INI"

Salah ker nak naik si reza persia? Mu nak natang nama jibby...sama aja la ngok...jangan hipokrit..krit krit krit siang malam

Unknown commented on 
"PAGI INI"

perang perang perang.. perang dengan babi kat sini dulu woi.. kah kah kah

Unknown commented on "PAGI INI"

Amerika masuk pakai dron, hantar peluru terbang, dia tak masuk pakai soldadu pun, engkau silap semuanya pakai teknologi, perang cara lama tak pakai lagi, tetapi manusia tetap mati, apa kepimpinan negara dianuti oleh pelampau agama pelampau kaum sehingga menyusahkan seluruh rakyat akhirnya terbarai, negara luar masuk campur, negara lain pula mengatur kerja engkau ini lumrah sejarah dunia,

 takluk menakluki agenda kapitalis sejagat, kalau nak sangat jadi kapitalis keparat maka negara juga akan tergadai nanti, sekarang pun separuh sudah dibeli warga asing, separuh dijual tanah air sungai laut apa saja belum lagi REE, 

pemimpin yang rakus berpolitik saban hari tidak memikirkan nasib negara ataupun rakyat kah kah kah kepala pemimpin terunggul terus nak berkuasa merakam agenda sendiri dengan merompak negara woit kah kah kah hancur akhir sekali dijual kepada kuasa asing kah kah kah

BERITA PATANI MERDEKA !!!


BERITA 

PERJUANGAN

BILA MUSUH BERTINDAK
ERTIYA PETANDA BAIK
APA YANG TELAH DILAKUKAN
MENUSUK DADAH MUSH
AMIN
JIKA MUSUH TAK AMBIL POT
ERTINYA  APA YANG DIBUAT
SELAMA INI TIDAK MENGUBAH
APA APA
AMIN


HOT HOT HOTT TERKINI TER NOWW - TER HOTT !!!


IRAN AKAN 

DISERANG

MALAM INI ?

AMIN

PAS KOMPLIN DAN MEMBEBEL

 PAS PUN SAMA

HANYA BERCAKAP

KOMPLIN MEMBEBEL

TAK HABIS HABIS

AMIN

KENAPA TAK SUSUN

RAKYAT

TURUN JALAN RAYA

MACAM DI IRAN

AMIN

SPRM JADI SENJATA LAWAN MUSUH POLITIK




Kenyataan antirasuah Anwar menggelikan, kata peguam

Peguam Mahajoth Singh menyifatkan kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim baru-baru ini tentang memerangi rasuah adalah "menggelikan dan hipokrasi yang terang-terangan".

Dia berkata ini memandangkan Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak mengambil tindakan selanjutnya (NFA) dalam kes Yayasan Akalbudi melibatkan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.

"Seseorang tidak boleh mendakwa memerangi rasuah tapi pada masa sama membuat pengecualian yang tidak dapat dijelaskan di pihak tertinggi kerajaan.

"Itu adalah hipokrasi dan penipuan terhadap rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mahajoth ialah pengasas Malaysians Against Governmental and Institutional Corruption (Magic), sebuah inisiatif advokasi bebas yang ditubuhkannya lewat tahun lalu kerana kekecewaan dengan apa yang dia sebut sebagai "subahat kerajaan dalam rasuah".

Peguam lain telah menyatakan sentimen yang sama mengenai kes Zahid, seperti bekas timbalan menteri undang-undang Hanipa Maidin, yang juga mendapati isu itu "menggelikan" dan "melucukan".

Pada Khamis (8 Jan), AGC berkata tiada tindakan selanjutnya akan diambil berhubung pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) yang diberikan kepada Zahid atas 47 pertuduhan yang melibatkan pecah amanah jenayah, rasuah, dan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan dana daripada Yayasan. Akalbudi.

Ia berkata semakan semua bahan dan bukti baru mendapati bahawa tiada bukti yang mencukupi untuk meneruskan pendakwaan kes tersebut.

Pada Selasa, Zahid menegaskan semula bahawa Umno akan kekal dalam kerajaan sehingga akhir penggal parlimen semasa, mendorong Menteri Besar Kedah, Sanusi Nor, untuk mencadangkan bahawa "pemimpin yang mempunyai beban" merupakan punca keputusan itu diambil.

Mengulas lanjut, Mahajoth mempersoalkan kredibiliti dan kebebasan SPRM, dengan mengatakan bahawa agensi itu berdepan persoalan mengenai tindakan pilih kasih.

Tambah Mahajoth, dakwaan Anwar bahawa kerajaannya menyiasat bekas perdana menteri dan bekas menteri adalah tidak meyakinkan, kerana mereka merupakan seterus politiknya.

Dia berkata perkara sedemikian tidak boleh dianggap sebagai legasi.

"Ia adalah keputusan yang dibuat di bawah pentadbiran semasa.

"Oleh itu, Magic menyeru perdana menteri untuk menjelaskan jurang yang ketara antara retorik antirasuahnya dan tindakan yang melindungi mereka yang berkuasa," tambahnya.

Dia seterusnya membandingkan kes Zahid dengan kes anak guamnya, Albert Tei -- ahli perniagaan yang mendedahkan skandal perlombongan Sabah.

"Bagaimana rakyat Malaysia boleh mempercayai penguatkuasaan yang tegas sedangkan pemimpin yang dikaitkan dengan rasuah lesen perlombongan besar-besaran di Sabah kembali berkuasa?

ADS

"Mereka tidak pernah didakwa walaupun terdapat bukti video rasuah yang ditonton oleh seluruh negara," kata Mahajoth.

Sejak November 2024, Tei telah mengeluarkan pelbagai video, tangkapan layar perbualan WhatsApp dan dokumen yang didakwa melibatkan pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Dia mendakwa bahawa ahli politik terlibat menerima wang daripadanya sebagai pertukaran untuk lesen penerokaan mineral, yang kemudiannya dibatalkan, mendorongnya untuk mendedahkan skandal tersebut.

Tei sejak itu telah didakwa di mahkamah dua kali atas kesalahan memberi rasuah berkaitan dengan skandal tersebut.

Dakwaan kali pertama pada Jun tahun lalu, bersama dua ahli dewan undangan negeri GRS. Dakwaan kedua adalah dengan bekas pembantu politik kanan Anwar, Shamsul Iskandar Akin, pada bulan Disember tahun lalu.

SPRM INI

DAH JADI SENJATA

UNTUK ANWAR

BIN IBRAHIM

BUNUH MUSUH

POLITIK

AMIN

KEPALA SPRM

YANG ADA KES

IKUT SAJA

UNTUK SELAMAT

AMIN

 KALAU TAK

CAYA SILA TANYA

TENGKU ADNAN

PASAI APA SPRM

NGAP DIA KES 

20 TAHUN DULU

KHALAS