Rabu, 14 Januari 2026

10 TAN KOKAIN DIRAMPAS




Polis Sepanyol rampas hampir 10 tan kokain disembunyikan dalam muatan garam

MADRID: Polis Sepanyol merampas hampir 10 tan dadah jenis kokain yang disembunyikan dalam muatan garam yang dibawa sebuah kapal kargo di kawasan perairan berhampiran Kepulauan Canary, lapor portal berita The Sun UK, semalam.

Polis Sepanyol berkata, rampasan dadah yang terbesar pernah dilakukan di negara itu.

"Kapal itu dipercayai memulakan pelayaran dari Turkiye sebelum mengambil bekalan kokain di Brazil dan meneruskan perjalanan ke Sepanyol," katanya.

Sebahagian dadah berkenaan dilaporkan akan dihantar ke Huelva, Sepanyol, manakala selebihnya dipercayai untuk pasaran Kepulauan Canary.

Operasi berprofil tinggi itu dijalankan di Lautan Atlantik, membabitkan kerjasama Polis Kebangsaan Sepanyol bersama Agensi Jenayah Kebangsaan United Kingdom (NCA) dan Agensi Penguatkuasaan Dadah Amerika Syarikat (DEA).

Dalam pada itu, satu unit khas operasi elit menaiki kapal berkenaan sebelum menahan kesemua 13 kru serta merampas sepucuk senjata api.

Difahamkan, kapal itu kemudian ditunda ke Pelabuhan Santa Cruz de Tenerife sebelum ratusan bungkusan dadah berkenaan disusun semula sebagai bukti jelas skala besar operasi penyeludupan itu.

Rakaman yang dikeluarkan polis menunjukkan kru kapal terdiri daripada warga India, Turkiye dan Serbia diiring keluar, manakala dadah yang disorokkan dirampas untuk siasatan lanjut.

Siasatan awal mendapati kokain berkenaan seberat hampir 10 tan dan dibungkus dalam 294 bungkusan berasingan. - AGENSI


HEBAT 

10 TAN KOKAIN

UNTUK BEKALAN

 6 BULAN EROPAH

KAH KAH KAH

APAKAH TRUMP

AKAN BOM

BRAZIL 

KAH KAH KAH

KHALAS

NAJIB DI DAKWA DI PENJARA SECARA ADIL


NAJIB DIDAKWA

DI PEJARA

 SECARA ADIL

AMIN


Unknown commented on
 "RERORMATI !!!"

Kalau tak suka banyak hal akan dicari akan dianiaya akan dihebohkan akan dimalukan akan ditelanjangkan oleh media-media tempatan kah kah kah, kalau terlalu suka akan dilindungi sepenuhnya, dapat projek dilindungi dapat komisen dilindungi sehingga kes jenayah dilupuskan dalam serta merta kah kah kah kita kena akui ketuanan berjaya setakat ini melindungi para penjenayah sehingga diberi gelaran tahap tertinggi amin amin amin kah kah kah


Unknown commented on 
"NAJIB GAGAL SEKALI LAGI"

Siapa mengikuti proses mahkamah dari awal akan tahu Najib telah diberikan peluang terpaling hebat dalam proses mahkamah, semuanya berjalan mengikut jadual, tak ada apa-apa yang berkata tidak adil padahal dia seorang saja mendapat keistimewaan terpaling cemerlang memang kelas kayangan luar biasa, memang kelas teratas sekali dalam kategori manusia marhaen amin, 

apapun doakan Najib sentiasa berada dalam kesihatan yang baik dan terus berjuang sehingga ke akhir, apapun terima kasih Dr Mahathir Mohamad yang berjaya menjatuhkan beberapa PM dan TPM dalam kerjayanya sehingga sekarang amin syukur alhamdulillah kah kah kah

BEHENTI MEROKOK


DAH BEHENTI

ISAP KERETEK

SEMENJAK 

26 DISEMBER 2008

AMIN

Unknown commented on 
"ROKOK SELUDUP - CARI PUNCA"

kilang kretek ada di brickfields. tanya isham. dia tau. dia jadi tua pek kong kilang tu. kah kah kah!

PAGI INI


PAGI INI


PAGI INI

14 JANUARI 2025

ASKAR KITA


RASUAH ASKAR
Kes rasuah dalam tentera ini pasti ada implikasi yang mendalam. Para askar masih bertanya : PAGLIMA TENTERA  DIDAKWA RASUAH -  tapi KENAPA POLITIKUS YANG RASUAH DI BEBAS !!

Ini rasa tidak puas hati para soldadu kita. Amin.

IRAN
Dari apa yang di baca  jelas kelihatan peranan Mossad dan CIA dan MI6  dalam menjalankan huru hara di Iran.

Kemarin gua melihat satu klip video di mana PENEMBAK  sedang membedil penunjuk perasaan. Tujuan bila ada yang mati maka yang di tuduh pastilah Polis dan Soldadu.

Dua Sang Penembak – membalut muka dengan rapi – jelas ini ajen Mossad.

Apa yang menarik ialah makin ramai  rakyat keluar menyokong kerajaan Iran. 

Dua perkara berlaku :  Pertama Masjid dibakar.
Kedua : Reza Shah bersuara.

Bila dua perkara ini berlaku maka rakyat naik marah lalu mereka turun ke jalan raya.

JUMAAT – sila tunggu KHUTUBAH JUMAAT ini berapa juta akan turun.

IRAN SEDANG MENUNGGU – bila agaknya Trump dan Netanyahu akan menyerang Iran. Kali ini jika Israel masuk menyerang MAKA -  bom bom  Tel Aviv akan berlaku sekali lagi.

Kita  mahu Amerika dan Israel masuk menyerang Iran. Ini baik untuk geopolitik dunia. Rusia dan China telah siapa sedia untuk 
membantu Iran.

GUA YAKIN serangan akan berlaku TIDAK LAMA LAGI – Amerika hanya berani mengebom dari udara – ini leceh – apa yang kita mahu soldadu Amerika masuk ke Iran macam mereka masuk ke Iraq – boleh kutip saekor saekor. Khalas Amin.

HOKKIEN
Pagi ini agak kelam. Matahari dah muncul tapi cahaya lembut. Langit biru mudat. KL & KL Sentral berkabus nipis – kemarin renyai tak jadi.

Tapi How Wow dari bukit bersuara tinggi. Macam dekat betul suara muncul dari pokok kayu. Tekukur berlagu. Cengkerik dalam sawah rumput berdesing. Suara saekor gagak – suara sedih mendayu.

Siti dan Jantan Baik muncul depan Wakaf Pertama  – yang lain tidak kelihatan. Mereka ikut gua berjalan ke Wakaf Ketiga.   Berjalan pulang  Siti dan Jantan Baik  amat mesra. Jantan Baik dah berani berjalan tepi gua.  Dah rasa tak takut tapi belum boleh di usik.

Ha ha ha di Wakaf Pertama ramai menunggu. Pagi ini  6 Puppy datang makan – Puppy Itam pun ada sama. Kini  mereka bukan Puppy lagi – dah jadi Bujang Muda.  Emak datang lambat.

Gua yakin hari ini akan panas. Balkoni gua dah di masuki cahaya Tuhan Ra. Bila matahari bersinar alam jadi indah. Amin.

BRO
SENYUM
SENYUM  MENYAMBUT
RABU

BRO
Bila lu buat sesuatu beri 100% kecuali bila lu buka dompet untuk sedekah.

BRO
Lu boleh merancang untuk bercuti. Keputusan akan di buat oleh dompet lu.

BRO
Bila pintu perjalanan hidup lu tertutup sila buka yang baru. Hidup ini banyak pintu. Amin.

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA