Jumaat, 17 Oktober 2025

GENCATAN SENJATA MULA RETAK


Israel, Hamas saling tuding jari cuba sabotaj gencatan senjata


TEL AVIV: Isu pertukaran mayat tebusan Israel dan tahanan Palestin mendorong Israel menangguhkan pembukaan semula pintu sempadan Rafah di Gaza dengan Mesir bagi membolehkan kemasukan bekalan bantuan kritikal.

Setakat ini, regim Zionis itu tidak menetapkan sebarang tarikh pembukaan lintasan yang boleh menjadi nadi utama penyampaian bekalan makanan dan ubat-ubatan kepada penduduk Gaza yang kebuluran selepas perang dua tahun

Sebaliknya, kedua-dua pihak saling menuding jari berhubung pelanggaran dan cubaan mensabotaj gencatan senjata diusahakan Amerika Syarikat (AS) selaku pengantara.

Pertikaian berhubung pemulangan mayat tebusan oleh Hamas mengancam untuk menggagalkan gencatan senjata dan elemen lain yang belum diselesaikan, termasuk pelucutan senjata dan masa depan pentadbiran Gaza.

Jurucakap kerajaan Israel, Shosh Bedrosian, berkata pihaknya kekal komited kepada perjanjian itu dengan menunaikan kewajipannya dan menuntut Hamas memulangkan mayat 19 tebusan yang tidak diserahkan.

Hamas sudah menyerahkan 10 mayat, namun Israel mendakwa satu daripadanya bukanlah mayat seorang tebusan.

Hamas berkata, pihaknya kekal komited kepada perjanjian Gaza dan akan menyerahkan semua baki mayat tebusan.

Bagaimanapun, katanya pemulangan mayat itu mungkin mengambil masa kerana sesetengahnya tertimbus di dalam terowong yang musnah akibat serangan Israel dan yang lain tertimbus di bawah runtuhan bangunan yang dibom Israel.

Hamas berkata penyerahan lebih banyak mayat di Gaza, memerlukan kemasukan jentera berat dan peralatan penggali ke dalam kawasan Palestin yang disekat Israel.

Semalam, seorang pegawai kanan Hamas menuduh Israel melanggar gencatan senjata dengan membunuh sekurang-kurangnya 24 penduduk Palestin yang dituduh menjadi tali barut Israel sepanjang perang dua tahun.

Katanya, satu senarai pelanggaran sudah diserahkan kepada penyelaras. Tentera Israel tidak segera memberi maklum balas terhadap tuduhan melanggar gencatan senjata itu.

Orang ramai di Gaza melaporkan melihat dron dan pesawat pejuang di atas selatan Jalur Gaza dengan bunyi tembakan kedengaran dari semasa ke semasa.

Israel berkata fasa seterusnya daripada pelan 20 perkara itu adalah untuk menamatkan perang dan mensyaratkan Hamas melepaskan senjata serta kuasanya, yang sehingga kini ditentang oleh kumpulan itu.

Sebaliknya Hamas melancarkan tindakan keselamatan di kawasan bandar yang ditinggalkan oleh pasukan Israel, menunjukkan kekuatannya melalui pelaksanaan hukuman secara terbuka dan pertembungan dengan puak bersenjata tempatan.

Menerusi satu hantaran, Trump mengulangi ugutan terhadap kumpulan itu.

"Jika Hamas terus membunuh orang di Gaza, yang bukan sebahagian daripada perjanjian, kita tidak akan ada pilihan selain masuk dan membunuh mereka," katanya.

Apabila ditanya mengenai perkara itu, Trump berkata: "Jika mereka berkelakuan baik, bagus.

"Jika mereka tidak berkelakuan baik, kita akan mengurusnya," katanya.

Beliau menambah bahawa tindakan itu tidak akan membabitkan pasukan AS, tetapi akan dijalankan di bawah naungan AS.

Seramai 20 tebusan Israel yang masih hidup dibebaskan Isnin lalu, sebagai pertukaran bagi ribuan rakyat Palestin yang dipenjara di Israel. - REUTERS


TURUN TURUN

TURUN

AMIN

JIKA TUNJUK

PERJUANGAN

KITA

AMIN

Tiada ulasan: