Sabtu, 24 Januari 2026

PROJEK LUASKAN ISRAEL




Israel pindah 'Garisan Kuning' jauh ke dalam kejiranan Gaza yang musnah


GAZA: Israel dilapor mengalihkan blok menandakan garis gencatan senjata dengan Hamas lebih jauh ke dalam sebuah kawasan kejiranan di Gaza pada Disember lalu.

Tindakan itu disusuli operasi pemusnahan berpuluh-puluh bangunan oleh tentera Israel, menyebabkan rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal.

Imej satelit menunjukkan Israel juga meletakkan blok konkrit bagi menandakan 'Garis Kuning' hingga berpuluh kadang kala ratusan meter di dalam wilayah dikawal Hamas, dan membina sekurang-kurangnya enam kubu untuk menempatkan tenteranya.

Imej itu juga menggambarkan bagaimana Israel secara sebelah pihak mengubah garis kawalannya di Gaza dan mengepung lebih banyak kawasan yang sepatutnya boleh didiami rakyat Palestin.

Tindakan itu didakwa melanggar perjanjian gencatan senjata yang disokong oleh Amerika Syarikat (AS), walaupun Presiden AS, Donald Trump, terus menekan pelaksanaan pelan gencatan senjata yang menggesa pengunduran lanjut tentera Israel.

Kesan peluasan zon kawalan Israel paling ketara di Al-Tuffah, yang dulu dikenali sebagai kawasan bersejarah di Bandar Gaza, namun kini menjadi kawasan tandus dipenuhi bangunan runtuh dan besi bersepah susulan dua tahun pengeboman Israel.

Ribuan rakyat Palestin berlindung di Al-Tuffah selepas gencatan senjata Oktober lalu, yang sepatutnya menyaksikan tentera Israel berundur ke Garis Kuning seperti ditanda pada peta tentera, yang merentasi hampir keseluruhan Gaza dan mengikuti bahagian timur kawasan itu.

Bagaimanapun, imej satelit Al-Tuffah yang dirakam pada 2 dan 13 Disember menunjukkan Israel pada awalnya meletakkan blok di bahagian wilayah yang dikuasai Hamas, sebelum mengalihkannya kira-kira 200 meter lebih ke dalam.

Selepas blok berwarna kuning itu dipindahkan, tentera Israel mula meratakan kawasan berkenaan, memusnahkan sekurang-kurangnya 40 bangunan, hanya beberapa bangunan yang masih berdiri di antara kedudukan blok baharu dan Garis Kuning.

Bagaimana tidak dipastikan cara bangunan berkenaan dimusnahkan. Sebelum ini, Israel menggunakan gabungan serangan udara, letupan terkawal dan jentolak untuk meruntuhkan struktur.

Di luar Al-Tuffah, imej satelit turut menunjukkan Israel meletakkan blok berkenaan dengan jelas di dalam wilayah yang dikuasai Hamas di beberapa kawasan lain di Gaza.

Di Khan Younis, selatan Gaza, tentera Israel pada Disember lalu meletakkan satu blok kira-kira 390 meter melepasi garis berkenaan, dan satu lagi sekitar 220 meter melepasi garis itu.

Imej satelit juga menunjukkan tentera Israel membina sekurang-kurangnya enam kubu pertahanan besar, semuanya di bahagian Israel, dalam lingkungan 700 meter dari garis kawalan antaranya di Beit Hanoun di utara Gaza, terletak kira-kira 264 meter dari garis itu.

Menurut seorang sumber ketenteraan, kubu berkenaan, yang kebanyakannya diperbuat daripada tanah dan lumpur, bersifat sementara dan bertujuan melindungi anggota tentera daripada serangan.

Sementara itu, jurucakap Hamas, Hazem Qassem, berkata peluasan Garis Kuning itu menyebabkan ribuan penduduk terpaksa melarikan diri ke arah barat.

"Ia juga bermakna seluruh penduduk Semenanjung Gaza akan dihimpit ke dalam satu jalur sempit di bahagian barat Gaza, di kawasan yang kurang daripada 30 peratus keluasan keseluruhan wilayah itu," katanya.

Perjanjian yang disokong AS itu menetapkan gencatan senjata sepenuhnya, namun membenarkan Israel mengekalkan kawalan ke atas lebih separuh wilayah Gaza, dengan pengunduran lanjut tentera Israel dikaitkan dengan pelucutan senjata Hamas.

Khamis lalu, Trump melancarkan apa yang digelarnya sebagai 'Lembaga Keamanan' selepas mengumumkan pembentukan jawatankuasa teknokrat Palestin minggu lalu, dalam usaha membawa perjanjian itu ke fasa seterusnya.

Lebih 460 rakyat Palestin, termasuk ramai kanak-kanak, dilaporkan terbunuh akibat tindakan Israel sejak perjanjian Oktober berkuat kuasa, menurut petugas perubatan di Gaza, manakala kumpulan bersenjata dilaporkan membunuh tiga anggota tentera Israel.

Kedua-dua pihak saling menuduh melakukan pelanggaran gencatan senjata. – REUTERS

INI MELUASKAN

TANAH JAJAHAN

ISREAL

AMIN

PROJEK SEDANG

DIATUR 

ASKAR ISLAM 

INDON & PAKISATN

MASUK KE GAZA

LAWAN HAMAS

KHALAS

ANWAR BIN IBRAHIM ADA VINOD


NAJIB BIN RAZAK

DENGAR CAKAP

 JO LO

AMIN

ANWAR

BIN IBRAHIM

DENGAR CAKAP

 VINOD

KHALAS

Unknown commented on
 "SILA DENGAR APA 
ABANG BAIK INI CAKAP"

sapa nak dengar ? non kelingtong mana mau dengar cakap orang.. kah kah kah


Unknown commented on 
"SUARA JUJUR UNTUK PKR"

ya ya bukan anwar saja tapi ada penasihat & deputy jugak tapi formula dah terkeluar ring huhu keadilan ala PKR pulak atau ala socialis atau ala kapitalis atau ala ala hai,… formula x faham kot manis kata d bibir saja kah kah kah

MENTERI DOKTOR TIPU


MENTERI KLIM

DOKTOR TAPI

SEBENARNYA TIPU

KHALAS

Unknown commented on
 "DOKTOR TIPU DI PAKISTAN - 
MALAYSIA PUN ADA"

Betul betul betul, dari segi percakapan dari segi bahasa dari segi intelek memang menimbulkan syak wasangka betul kah ijazah betul kah sarjana betulkah PhD? Negaraku semakin dibanjiri PhD tahap gaban terutamanya orang-orang politik kah kah kah lihat saja Munke Pendidikan kita yang terpaling popular kah kah kah, sekejap sini sekejap sana, asyik merapu meraban setiap masa, kalau Munke pun tahap begitu apa lagi badan ekoran kah kah kah bukan niat menghina, masih menghormati pendidikan tahap LCE, MCE dan HSC dahulu kah kah kah siapa berusia 50 tahun keatas akan faham amin amin amin

PAGI INI


PAGI INI






PAGI INI

SABTU 24 JANUARI 2026

DAVOS


PROJEK BARU SEDANG DIRANCANG
Davos masih bersidang. Kelihatan  berita utama IALAH GREENLAND – dimana Eropah dan Amerika bertelagah.  Trump undur tak akan guna senjata untuk tawan Greenland. Tapi hubungan Amerika dengan Eropah di era Trump kian renggang.

Dalam masa yang sama – para elit dunia – para GLOBALIST – kaum PEMODAL INTERNASIONAL sedang merancang rupa bentuk  baru dunia di Davos.

Dalam masa yang sama AI kini menjadi latar – Kemunculan AI ini masih belum tuntas.

APAKAH ai  AKAN MENJADI AGAMA BARU UNTUK MANUSIA – akhirnya umat manusia bertemu dengan PEREKA UMAT MANUSIA.

EKONOMI DUNIA  kelihatan menurus ke arah bawah. Bursa melonjak naik kemudian merundum jatuh. Ini watak sebelum berlakukan ledakan EKONOMI 2008 dulu – GELOMBANG DOT COM meledak terbarai.

AWAS !!! 
Jika ekonomi dunia jatuh – para Globalis  dan elit Dunia akan merancang PERANG – ketika ini Perang Ukraine non stop – Perang Gaza terus berjalan – Perang Sudan makin rancak – ciri dan pola Perang Dunia makan jelas. Amin

HOKKIEN
Pagi ini ketika  gua nak buka pintu flet  gua dah dengar suara How Wow. Masuk ke Hokkien cerah kering segar. Langit biru indah. KL & KL Sental berkabus nipis.

Tekukur berlagu. How Wow melaung. Cengkerik  bersimponi perlahan. 

Sebelum sampai ke Wakaf Pertama Siti adik beradik muncul. Lalu dua beri makan. Pagi ini semua Puppy datang kecuali Itam. Tapi Jantan Baik tak kelihatan.

Gua berjalan ke Wakaf Tiga – Siti  berlari ikut gua.  Berjalan pulang gua nampak Siti dapat sebiji KUIH APAM – ini tinggalan keluarga yang datang ziarah kubur kemarin. Siti menggonggong  kuih apam  sambil berlari  mengikut gua.

Di Wakaf Pertama   Siti tinggalkan kuih apam kerana gua nak beri hati ayam. Yang lain datang – mereka dapat juga hati ayam dan keropok.

Tertiba satu Puppy menjerit di serang oleh Jantan Baru – Tak Tak marah lalu mengejar jantan ini – kumpulan Puppy terbarai lari. Tak sempat gua beri Friskies. Tapi Siti tak kemana lalu gua beri Friskies.

Susah juga  gua nak memanggil Tak Tak yang berkejar ke sana ke mari. Tapi akhirnya dapat gua pegang tali  badannya. Amin

Hari ini akan panas. Angin sejuk bertiup. Jap lagi gua nak ke Chow Kit nak beli buah dan makanan Tak Tak. Amin.


BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
SABTU YANG INDAH

BRO
Lu jadikan dunia ini sebagai destinasi perjalanan – pasti lu kan bertemu ramai samseng.

BRO
Lu jangan sesal letih berjalan. Lu wajib gumbira  jumpa dan melihat apa yang lucu dalam dunia ini.

BRO
Dunia ini adalah buku – jika lu tak merayau berjalan maka lu hanya baca Tajuk Buku. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI