Jumaat, 23 Januari 2026

NAJIB AAD JO LO - ANWAR BIN IBRAHIM ADA VINOD




Saman Sivil SRC: Najib akui RM42 juta dalam akaun peribadi bukan derma Arab Saudi

KUALA LUMPUR: Najib Razak hari ini mengakui di Mahkamah Tinggi di sini bahawa wang RM42 juta yang dimasukkan ke akaun bank peribadinya tiada sebarang kaitan dengan derma dari Arab Saudi.

Bekas perdana menteri itu membuat pengakuan tersebut ketika disoal balas oleh peguam SRC International Sdn Bhd, Kwan Will Sen, dalam saman sivil RM42 juta yang difailkan terhadapnya oleh SRC dan anak syarikatnya, Gandingan Mentari Sdn Bhd.

"Pada ketika itu, saya menyangka ia adalah derma dari Arab Saudi," kata Najib.

Kwan: Pada fikiran anda - jika saya boleh menggunakan perkataan itu - pada ketika ini, adakah RM42 juta itu tidak ada kena-mengena dengan derma Arab Saudi?

Najib: Berdasarkan pengetahuan yang diperoleh kemudian, ya.

Terdahulu, Kwan meminta Najib mengakui bahawa pembelaan beliau berhubung "derma Arab Saudi" telah ditolak sepenuhnya oleh mahkamah dalam prosiding jenayah berkaitan.

Kwan: Pembelaan anda (derma Arab Saudi) telah ditolak di semua peringkat mahkamah (dalam kes jenayah SRC International). Betul?

Najib: Ya, tetapi saya perlu menjelaskan kerana saya tidak berpeluang memberikan penjelasan penuh di Mahkamah Persekutuan. Sebab itulah dalam prosiding semakan, salah seorang hakim - seorang hakim kanan - bersetuju dengan pendirian kami. Dalam semakan itu, beliau memutuskan bahawa saya tidak mendapat perbicaraan yang adil.

Kwan: Secara keseluruhan, dapatan majoriti mengekalkan kesimpulan bahawa dana tersebut bukan derma Arab Saudi. Adakah betul?

Najib menjawab: "Ya, malangnya begitu."

Najib turut mengakui bahawa Mahkamah Tinggi, dalam keputusan terbaharu perbicaraan membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), memutuskan tiada bukti dokumentari yang menyokong pembelaan beliau berhubung "derma Arab Saudi".

Saman sivil yang difailkan pada tahun 2021 oleh SRC dan Gandingan Mentari itu menuntut satu pengisytiharan bahawa Najib bertanggungjawab ke atas RM42 juta berkenaan, selain menuntut ganti rugi atas penerimaan dengan pengetahuan, bantuan secara tidak jujur, salah laku dalam jawatan awam serta penyalahgunaan kuasa.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan bersambung esok.


NAJIB BIN RAZAK

ADA JO LO

AMIN

ANWAR

BIN IBRAHIM

ADA VINOD

AMIN

MUSTAHIL

TAK FAHAM

KHALAS

SOSIALIS TAHAP AWAL KE SISTEM KOMUNIS


JANGAN SILAP

GUA SOKONG

SISTEM SOSIALIS

TAHAP AWAL

KE SISTEM

 KOMUNIS

AMIN

Unknown commented on 
"SISTEM EKONOMI KAPITALIS"

Sistem ekonomi kapitalis kau kata memiskinkan Melayu. Sistem ekonomi komunis kau benci. Habis Isham suka system ekonomi camna?

KETAGIH KUASA


KETAGIH KUASA

PALING BAHAYA

AMIN



Unknown commented on 
"SIKAP PEJUANG RAKYAT"

Kalau engkau suka, orang muntah pun engkau sokong, kalau tidak suka engkau belasah habis habisan, sebenar inilah sikap perangai orang kita, sejak dahulu, tersangat emosi tanpa akal fikiran yang waras, setiap satu isu dilihat dari perspektif sentimen tanpa menggunakan logik akal, perubahan demi perubahan berlaku setiap hari, tetapi engkau masih mahu kembali ke zaman Perang Dunia Kedua kah kah kah 

bukan engkau seorang malah semua pemimpin yang sudah berumur, tidak mahu melepaskan jawatan, tidak mahu orang layak ganti, jadi terus menerus cantas mereka, orang cerdik bijak pandai semuanya disisihkan manakala tukang bodoh tukang angguk tukang cium tangan diangkat ke atas langit kah kah kah ubat paling mujarab menjadi pelupa kah kah kah

PAGI INI


PAGI INI 



PAGI INI

JUMAAT 23 JANUARI 2026

VINOD SEKHAR


SAPA VINOD INI ?
Kah kah kah – lu tanya sapa Mamat ini ? Kah kah kah – KENAPA LU TAK TANYA SAPA JO LO ? kah kah kah.

Mustahil lu tak tahu sapa Jo Lo.

Bila lu kenal dan faham sapa JO LO maka lu akan tahu dan faham sapa VINOD SEKHAR. Mudah !

Najib  anggap Jo Lo ialah barua dia untuk cari duit. Tapi  sebenarnya Najib bin Razak jadi barua Jo Lo untuk mencuri duit.

Anwar bin Ibrahim anggap Vinod barua dia untuk cari duit. Sebenarnya  Anwar bin Ibrahim dijadikan barua oleh Vinod Shekar untuk menipu dan mencuri duit.
JO LO UNTUK NAJIB BIN RAZAK
VINOD SHEKAR UNTUK ANWAR BIN IBRAHIM

Ini lah contoh pemimpin Melayu yang Islamik, syumul dan klim jujur tapi sebenarnya jadi barua kepada India dan China  untuk mencuri dan menipu. Amin

HOKKIEN
Pagi ini agak meriah.  Kering dan segar. Matahari dah keluar tapi cahaya lembut.  KL & KL Sentral berkabus nipis.

How Wow bersuara dari atas Pokok Besar lagi tinggi atas bukit. Maka suara di dengar hampir di seluruh Hokkien. Pagi ini Tekukur bersuara lembut.  Cengkerik senyap.

Ha ha –  PAGI INI gua  terserempak dengan Pak Cik Ah Chong – dia juga   membersihkan  kubur. Rumah di Cheras umur 72 tahun –  datang ke  Hokkien naik motor WJV 617. Kami dah berkenal lama.

Dekat Wakaf Dua jantan baik dan Tiga Puppy datang. Gua beri makan. Siti tak kelihatan. Kemana Siti  merantau gua tak tahu.

Berjalan pulang dari Wakaf Tiga muncul PENDATANG BARU – JANTAN PUTIH – awalnya macam bergaduh dengan Tak Tak – kemudian jadi baik – terus bergurau.

Di Wakaf Satu gua  tabur Friskies – Jantan Putih tak ambil pot. Dia hanya nak bermain dengan Tak Tak. 

Bila kami pulang Jantan Putih ikut ke Pintu Masuk – bila gua buka pintu dia masuk ke kawasan  flet – dan terus ikut kami hingga ke tempat letak kereta. Kemudian   gua tak nampak kerana ada  dua kereta melintas.

Esok gua nak tengok – apakah Jantan Putih ini akan muncul lagi?

Hari ini akan panas. Tak Tak dah menjalar berjemur di balkoni. Ketika gua menulis ini – suara Tekukur non stop dari belakang dapur. Amin.

BRO
SENYUM
SENYUM UNTUK
SAMBUT JUMAAT

BRO
Lu wajib kenal dan tahu beza  hutan dan pokok. 

BRO
Tanpa hutan dan pokok  umat manusia akan mati. Pokok mengeluar oxygen yang kita perlukan untuk hidup.

BRO
Pokok rambutan yang lu nak tanam itu sepatutnya lu tanam 5 tahun dulu. Sekarang lu boleh makan buahnya. AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERJUMAAT