Rabu, 28 Januari 2026

SEMUA SEDIA MENUNGGU SEKALI LAGI


    SEMUA SEDIA

MENUNGGU

SEKALI LAGI

KHALAS

IRAN DAH BERSEDIA !!!


IRAN DAH BERSEDIA

AMIN

RASUAH DALAM LEMBAGA ZAKAT ?


LEMBAGA ZAKAT

PUN ADA RASUAH?

AMIN

INI DAH BERAT

KHALAS

CACING BANGLA NAIK KE MATA



Bekas bos SPRM selar kerajaan susulan laporan 'sisi gelap' Bestinet

Bekas ketua pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya menyuarakan keraguan terhadap komitmen Putrajaya dalam memerangi rasuah sistemik di negara ini.

Ia susulan laporan ekstensif oleh Bloomberg baru-baru ini mengenai ‘sisi gelap’ Bestinet – sistem pengambilan pekerja asing Bangladesh yang diterima pakai oleh Malaysia pada 2015 - dan diteruskan oleh kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim pada 2024 meskipun menerima pelbagai kritikan.

Dalam satu hantaran di laman X, Latheefa mempersoalkan tindakan kerajaan yang berdiam diri mengenai artikel bertarikh 23 Januari itu—yang mengandungi dakwaan berat terhadap Malaysia dan pegawai kerajaan.

"Di mana kemegahan cakap-ckap mahu lawan rasuah, kartel dan sebagainya? Ia adalah kisah yang memualkan dan menjijikkan tentang eksploitasi pekerja asing, sementara golongan elit politik dan perniagaan meraih manfaat serta keuntungan.

"Kita sekarang kedengaran seperti salah sebuah negara Afrika korup yang dikuasai panglima perang (warlord) yang sering kita baca. Jangan cuba nafikan, kita tahu ia benar – penyalahgunaan pengambilan pekerja asing di Malaysia sudah lama diketahui dan ia memalukan kita.

"Tetapi berbangkit daripada pendedahan baru ini, persoalan besarnya ialah – mengapa kabinet di bawah Anwar memperbaharui Bestinet pada 2024?

"Dan mengapa kerajaan Madani menutup mata terhadap perdagangan manusia yang keji dalam sistem pengambilan pekerja asing Bangladesh di Malaysia?" soalnya.

Artikel Bloomberg bertajuk Everyone Gets A Cut, And Migrant Workers Pay The Price atau terjemahannya ‘Semua Orang Ada Bahagian, Pekerja Asing Tanggung Akibatnya’, memfokuskan kepada nasib pekerja Bangladesh yang terpaksa meminjam wang dalam jumlah besar bagi membayar "yuran sindiket" yang didakwa untuk bekerja di Malaysia.

Laporan itu menyebut walaupun pekerja asing di seluruh dunia menghadapi masalah serupa, warga Bangladesh terpaksa membayar lebih dua kali ganda berbanding orang lain selepas Putrajaya menerima pakai sistem yang diperkenalkan oleh Bestinet, yang diasaskan oleh Aminul Islam, seorang warga Bangladesh yang telah diberikan kerakyatan Malaysia.

Keadaan menjadi parah apabila penggunaan sistem itu pada 2015 turut melibatkan aturan yang memaksa Bangladesh menyalurkan pekerjanya melalui hanya 10 daripada lebih 1,000 agensi di negara tersebut.

Menurut Bloomberg, Aminul dan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, yang ketika itu merupakan Menteri Dalam Negeri, didakwa memainkan peranan penting dalam perkara ini, namun laporan itu menyatakan Zahid pada 2018 telah menafikan sebarang penglibatan dengan Bestinet.

Sistem baharu itu didakwa menyaksikan 10 agensi tersebut mengenakan bayaran tambahan secara haram yang dipanggil "yuran sindiket" ke atas setiap pekerja asing.

Bersama beberapa caj lain, kos tersebut dilaporkan melonjak setinggi ASD6,600, yang disifatkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) sebagai lebih dua kali ganda daripada apa yang dibayar oleh warga Bangladesh sebelum Bestinet terlibat.

Bloomberg memetik puluhan individu yang ditemu bual sebagai berkata bahawa "tokoh-tokoh elit pemerintah Malaysia, termasuk di peringkat tertinggi kerajaan, menyedari isu ini tetapi tidak cuba memperbaikinya kerana yuran pengambilan itu mengisi poket semua pihak yang terlibat."

Bestinet telah lama terpalit dengan kontroversi bermula pada 2015, apabila Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) yang dibekalkannya kepada kerajaan digantung ekoran dakwaan ia memenangi kontrak melalui hubungan politik, kononnya dengan bekas menteri dalam negeri Azmi Khalid.

Meskipun digantung pada mulanya, sistem itu kemudian dikembalikan dan digunakan oleh agensi kerajaan untuk memproses ratusan ribu pekerja asing yang memasuki Malaysia setiap tahun.

Bagaimanapun, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan Jabatan Audit Negara mendapati tidak pernah wujud kontrak rasmi antara kerajaan dan Bestinet, yang mengutip RM100 daripada setiap pekerja bagi perkhidmatan tersebut.

PAC mendapati kabinet pada Ogos 2015 bersetuju untuk menguji FWCMS dan satu lagi sistem daripada penyedia lain yang dipanggil ePPAx, yang dimenangi oleh Syarikat Ivy Matrix Sdn Bhd melalui tender terbuka bernilai RM20 juta.

Walaupun ePPAx dibangunkan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memutuskan untuk menggunakan FWCMS dan pada 2018 mengeluarkan surat kelulusan kepada Bestinet untuk membangunkan dan menyelenggara sistem tersebut selama enam tahun sehingga Mei 2024.

Pada 22 Disember 2021, kabinet pimpinan Ismail Sabri Yaakob bersetuju menggunakan FWCMS secara eksklusif tetapi tiada kontrak rasmi dirangka. Hamzah Zainudin merupakan menteri dalam negeri pada masa itu.

"Ini bermakna kerajaan/KDN telah menggunakan sistem FWCMS selama kira-kira enam tahun tanpa kontrak yang dimuktamadkan, jelas melanggar peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan," kata PAC dalam satu kenyataan.

PAC turut membangkitkan isu lain termasuk kerentanan sistem terhadap penggodaman dan potensi penipuan dalam pengurusan pekerja asing.

Namun begitu, pada Jun lalu, kabinet bersetuju untuk melanjutkan kontrak Bestinet selama tiga tahun lagi dengan penambahbaikan dalam tadbir urus.

CACING BANGLA

DAH NAIK KE MATA

AMIN

JIKA TIDAK

DITUJAH PASTI

NEGARA INI

AKAN JADI HAPRAK

MACAM BANGLADESH

AMIN

KL  AKAN KOTOR

SAMPAH MACAM

DACCA

KHALAS

APAKAH SAMSUL AKAN DAPAT DNAA MACAM ZAHID ?

 



Albert dipanggil Bukit Aman, sedia untuk kemungkinan ditangkap

Ahli perniagaan Albert Tei, yang mendedahkan dakwaan skandal perlombongan Sabah, dipanggil oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman esok.

Tei berkata dia dimaklumkan bahawa perkara itu bertujuan membantu siasatan berhubung laporan polis mengenai Sofia Rini Buyong, yang muncul dalam video mengaitkan bekas setiausaha politik perdana menteri Anwar Ibrahim, Shamsul Iskandar Md Akin.

Mereka akan menggunakan apa jua cara untuk menutup skandal ini supaya tidak mengaitkannya. Mereka pasti akan cuba sedaya upaya untuk menyukarkan saya, mendera mental serta menakutkan saya supaya saya kunci mulut.

Mereka mempunyai kuasa sekarang, boleh buat apa sahaja terhadap saya. Namun saya ingin memberitahu mereka bahawa saya tidak akan berundur walau apa pun yang terjadi terhadap saya, lawan tetap lawan.

Berkemungkinan saya akan ditangkap dan direman oleh pihak polis semasa siasatan,”tambah Tei dalam kenyataan.

Dalam video tersebut, wanita yang dituduh sebagai proksi Shamsul itu turut mengaitkan Anwar dan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki.

Dia dirakam memberitahu Tei bahawa Shamsul didakwa meminta Azam untuk “memudahkan kesnya (Tei)”.

Apabila Tei bertanya kepada wanita itu sama ada Shamsul memberitahu Ketua SPRM bahawa rakaman skandal Sabah itu adalah “arahan PMX”, wanita itu menjawab: “Azam tahu”.

ADS

Bagaimanapun, wanita itu kemudian menafikan dia proksi Shamsul tetapi mengaku bertemu Tei. Dia menuduh ahli perniagaan itu menyebarkan pembohongan dan fitnah.

Shamsul mengumumkan peletakan jawatannya pada 25 November lalu, pada hari yang sama Malaysiakini menghubunginya untuk mendapatkan ulasan mengenai dakwaan Tei bahawa dia membelanjakan RM629,000 untuknya, bagi mendapatkan semula wang yang disalurkan kepada ahli politik di Sabah.

Kedua-dua Tei dan Shamsul didakwa berkaitan kes tersebut.

Sejak November 2024, Tei mengeluarkan siri video dan tangkapan skrin mesej WhatsApp yang mengaitkan berbelas-belas ahli politik dalam skandal perlombongan tersebut.

WOIT

DAKWA DAN HUKUM

ALBERTI TEI

AMIN

BERI SHAMSUL

DNAA MACAM

ZAHID

AMIN

BARULAH DILIHAT

KERAJAAN MADANI

INI ADIL

KAH KAH KAH

KHALAS

PENJAWAT AWAM PERASUAH TEGAR

 



Lima direman kes rasuah pegawai kanan TLDM

KUALA LUMPUR: Lima individu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah di Mahkamah Majistret Putrajaya terhadap semua suspek yang disyaki terbabit.

Mahkamah membenarkan seorang individu direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 30 Januari, manakala, empat lagi individu lain direman selama tiga hari bermula semalam (27 Januari) sehingga 29 Januari ini bagi tujuan siasatan lanjut.

Sumber memberitahu, semua individu yang ditahan terdiri daripada pengarah syarikat, pengurus serta pemilik syarikat.

"Mereka dipercayai mempunyai hubung kait dengan syarikat kroni kepada seorang pegawai kanan TLDM yang dikatakan mendapat kerja-kerja perolehan di TLDM Lumut," katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM,  Saiful Ezral Arifin ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan perintah reman berkenaan.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut perincian kes, namun menegaskan bahawa siasatan sedang dijalankan secara profesional berlandaskan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

SEMAKIN JELAS

PENJAWAT AWAM

PENGAMAL

RASUAH TEGAR

AMIN

POLIS ASKAR

KASTAM IMIGRISEN

DUDUK BERTAHUN

DIKERUSI KUASA

AMIN

MEREKA ARIF

DISEMUA LORONG 

AMIN

KENAL SEMUA

KONTREKTOR

MALAH ADA 

KONTREKTOR

SENDIRI

KHALAS

BERITA BAIK DARI SAUDI ARABIA



Arab Saudi tak akan benarkan ruang udaranya diguna untuk AS serang Iran - Putera Mahkota


ISTANBUL: Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman bertitah kerajaannya tidak akan membenarkan ruang udara atau wilayah negara itu digunakan untuk sebarang tindakan ketenteraan terhadap Iran, lapor Anadolu Ajansi.

Perkara itu dinyatakan semasa panggilan telefon antara Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Arab Saudi dan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, menurut Agensi Berita Saudi (SPA) pada lewat Selasa.

Bin Salman menegaskan pendirian kerajaan Arab Saudi untuk menghormati kedaulatan Republik Islam Iran, sambil menekankan bahawa Riyadh tidak akan membenarkan penggunaan ruang udara atau wilayahnya dalam sebarang tindakan ketenteraan terhadap Republik Islam Iran atau sebarang serangan oleh mana-mana pihak, tanpa mengira destinasinya.

Baginda turut mengulangi sokongan Arab Saudi terhadap sebarang usaha yang bertujuan menyelesaikan pertikaian melalui dialog dengan cara yang dapat meningkatkan keselamatan dan kestabilan di rantau itu.

Dalam panggilan itu, Pezeshkian menzahirkan penghargaan terhadap sokongan negara-negara Islam kepada Iran di tengah-tengah kebimbangan kemungkinan serangan Amerika Syarikat (AS) terhadap Tehran, selain turut menekankan kepentingan perpaduan dalam kalangan negara Islam.

"Saya sepenuh hati percaya bahawa umat Islam dan negara-negara Islam adalah saudara dan saya yakin bahawa bersama-sama serta melalui kerjasama bersama kita dapat membina rantau yang selamat, maju dan makmur untuk rakyat kita," katanya.

Beliau mengkritik apa yang disifatkannya sebagai permusuhan oleh AS dan Israel, menuduh kedua-duanya mengenakan tekanan ekonomi, cuba mencetuskan konflik serta secara langsung menyokong kekacauan di Iran.

"Mereka menyangka tindakan sedemikian boleh menjadikan Iran seperti Syria atau Libya tanpa menyedari bahawa mereka tidak memahami realiti, sifat dan kehebatan rakyat Iran," katanya sambil menyatakan bahawa kehadiran menyeluruh dan sedar rakyat Iran telah menggagalkan rancangan sedemikian.

"Kami sedang berdialog dengan Amerika apabila di depan mata seluruh dunia, mereka melancarkan serangan ketenteraan terhadap kami. Ketika berinteraksi dengan negara-negara Eropah, kami mencapai kesepakatan, tetapi Amerika yang melanggar dan tidak mematuhinya," katanya.

Beliau menegaskan bahawa Iran kekal bersedia untuk mengalu-alukan sebarang proses yang membawa kepada keamanan, ketenangan serta penghindaran konflik dan perang dalam kerangka undang-undang antarabangsa sambil memelihara dan menghormati sepenuhnya hak rakyat dan negara.


SALUT MBS

DAH BERANI

LAWAN TOWKAY

AMIN

TAPI AWAS

CIA & MOSSAD

AKAN ATUR

UNTUK BUAT

KACAU

AMIN

DULU SAPA

BERANI LAWAN

TOWKAY AKAN

DI JATUHKAN

AMIN

KITA LIHAT APA

AKAN JADI 

PADA MBS

KHALAS