Sabtu, 31 Januari 2026

BILA MUSUH MENYERANG ITU PETANDA BAIK


BILA MUSUH

MENYERANG ITU

PETANDA BAIK

AMIN

UM 1974 - UM 2026


Pelajar UM protes dasar hukuman disiplin universiti

Kumpulan pelajar mengadakan protes di Universiti Malaya (UM) hari ini bagi membantah dasar hukuman disiplin universiti, yang mereka sifatkan sebagai "penindasan kuasa yang jelas" dan "keganasan" terhadap pelajar.

Lebih 100 pelajar mengadakan duduk bantah di hadapan pejabat canselor universiti hari ini, menyeru penarikan balik sepenuhnya dasar yang baru diumumkan itu.

Berucap di perhimpunan itu, presiden kumpulan pelajar Newgen, Lennards John Johnson berhujah bahawa peraturan tersebut mencerminkan pemikiran yang melayan pelajar universiti "seperti pelajar sekolah rendah".

“Adakah kami kanak-kanak? Kita pelajar yang bertamadun dan berpengetahuan. Kita tidak sepatutnya dilayan seperti kanak-kanak kecil.

“Ini adalah penindasan; Ini adalah satu kekejaman yang ditutupi oleh pentadbiran UM," katanya, sambil menambah bahawa mereka tidak akan berganjak sehingga naib canselor menerima memorandum mereka sendiri.

Berdasarkan salinan memorandum mereka, para pelajar menggariskan tiga tuntutan utama kepada universiti:

  • Pemansuhan sepenuhnya semua bentuk hukuman tatatertib dalam tempoh tujuh hari selepas penyerahan memorandum

  • Penghentian segera penggunaan kompaun dan penalti kewangan untuk kesalahan tatatertib pelajar

  • Kajian semula menyeluruh terhadap rangka kerja tatatertib pelajar, dengan penglibatan wakil pelajar untuk memastikan prinsip keadilan, ketelusan dan akauntabiliti.

Lennards menekankan bahawa jika tuntutan tersebut tidak ditangani selepas tujuh hari, mereka akan membawa perkara tersebut ke Kementerian Pengajian Tinggi dan mengadakan satu lagi perhimpunan.

Walaupun terdapat gesaan daripada penunjuk perasaan untuk bertemu naib canselor, hanya seorang wakil dari pejabatnya yang datang untuk menerima memorandum tersebut.

Protes yang dianjurkan oleh Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) itu menarik lebih daripada 100 pelajar daripada pelbagai kumpulan pelajar yang berpangkalan di UM, termasuk Neosiswa, NewGen, Demokrat, Umany, SuaraSiswa, Siswa Malaya, dan Liga Mahasiswa.

Ia turut disertai oleh pelajar dari universiti lain seperti Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), serta wakil daripada NGO belia, Mandiri.

Ketika penunjuk perasaan berkumpul di pintu masuk Dewan Canselori, laungan “Hidup Mahasiswa” dan “Mana HEP” bergema di seluruh kawasan.

Lagu-lagu protes memenuhi udara apabila pelajar mengangkat sepanduk yang tertera slogan seperti “Mahasiswa Lawan AUKU” dan “HEP Tirani Zalim”.

Para pelajar turut mempamerkan keranda tiruan yang dihiasi bunga, di samping batu nisan yang tertulis "Student Power 1971" di hadapan pintu masuk - yang jelas merujuk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku).

Kehadiran polis yang ramai dilihat di seluruh kawasan kampus, dengan sekatan jalan raya didirikan di beberapa jalan menuju ke tapak protes.

Ketegangan memuncak semasa protes apabila polis bantuan universiti cuba merampas sepanduk dengan imej naib canselor daripada penunjuk perasaan, mengakibatkan pergaduhan kecil.

Presiden Liga Mahasiswa Malaysia, Alyaah Hani Anuar menyatakan bahawa tindakan itu mengejutkan, dengan menyatakan bahawa rancangan protes telah dimaklumkan kepada naib canselor dan tiada bantahan dibangkitkan dari pejabatnya.

“Apabila pelajar mula berarak, terdapat layanan kasar dan pergaduhan antara polis dan pelajar. Saya jatuh ke tanah, tetapi kami terus berarak selepas itu.

“Kemudian, apabila kami mengangkat sepanduk yang memaparkan imej naib canselor, ia dikoyakkan secara paksa, dan saya jatuh lagi.

“Apa yang kami persoalkan ialah: kami sebelum ini pernah membawa imej (Perdana Menteri) Anwar Ibrahim dan (Timbalan Perdana Menteri) Zahid Hamidi, dan tidak pernah ada isu yang dibangkitkan oleh polis di luar.

“Mengapakah polis bantuan seolah-olah melangkaui batas kebebasan bersuara kami?” katanya, sambil menambah bahawa laporan polis akan dibuat insiden berkenaan.

Minggu lalu, beberapa kumpulan pelajar UM mengecam dasar baru itu, mendakwa bahawa universiti itu telah melakukan langkah tergesa-gesa dalam membuat pengumuman tersebut.

Tindak balas itu susulan siri jerayawara yang diadakan oleh pentadbiran universiti yang menjelaskan dasar baru itu akan dilaksanakan apabila semester seterusnya bermula pada bulan Mac.

Antara kesalahan yang baru diumumkan yang boleh didenda ialah pelanggaran perintah berkurung tengah malam untuk pelajar yang tinggal di kampus, bunyi bising yang berlebihan, dan pelanggaran kod pakaian universiti.

Menurut Lennards, dasar itu diperkenalkan pada akhir 2024 tetapi baru-baru ini diumumkan untuk penguatkuasaan di UM.

Dia menjelaskan bahawa dasar hukuman disiplin langsung adalah perundangan subsidiari di bawah Auku, tetapi keputusan sama ada untuk menguatkuasakannya akhirnya terletak pada universiti itu sendiri.

Semalam, UM mengumumkan bahawa pelaksanaan dasar itu akan ditangguhkan, dengan memetik musim peperiksaan akan datang dan keperluan pelajar untuk terus fokus pada prestasi akademik.

Walau bagaimanapun, Alyaah berkata penangguhan sementara tidak mencukupi dan menggesa pembatalan sepenuhnya dasar tersebut.

“UM berhujah dengan kami bahawa kuasa ini datang daripada Auku. Tetapi apabila beberapa pelajar UM bertanya secara langsung kepada Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Adam Adli sama ada ini wajib, dia hanya menggelengkan kepalanya. Jadi kita melihat ketidakselarasan antara Kementerian Pendidikan Tinggi dan UM,” tambahnya.

Dasar hukuman disiplin langsung telah menerima kritikan daripada pelbagai pihak, termasuk Pemuda MCA dan Pemuda PSM, yang kedua-duanya berpendapat bahawa peraturan yang dicadangkan mencerminkan pendekatan yang berlebihan dan bersifat menghukum terhadap pengurusan pelajar.

Ketua Pemuda PSM Amanda Shweeta Louis menyifatkan dasar itu sebagai satu bentuk kawalan politik yang menjejaskan demokrasi kampus dan menyasarkan kehidupan seharian pelajar secara tidak adil, terutamanya mereka yang datang dari latar belakang berpendapatan rendah.

Kumpulan itu menambah bahawa langkah-langkah itu gagal menangani isu struktur yang lebih mendalam seperti yuran yang tinggi, pengangkutan awam yang lemah dan infrastruktur keselamatan yang tidak mencukupi.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pemuda MCA, Saw Yee Fung, menyokong petisyen pelajar yang menentang dasar tersebut dan mengkritik dasar mengenakan denda kewangan, memberi amaran bahawa hukuman yang semakin meningkat akan membebankan lagi pelajar yang sedia bergelut dengan peningkatan kos sara hidup.

Kumpulan itu menggesa Kementerian Pendidikan Tinggi untuk menyiasat sama ada dasar itu merupakan arahan kebangsaan atau langkah sepihak oleh universiti, dengan memberi amaran bahawa tindakan disiplin yang "menjana keuntungan" berisiko menjadikan universiti awam sebagai institusi yang didorong oleh keuntungan.





UM  1974

DEMO BALING

UM 2026 

DEMO LAWAN 

ATURAN ZALIM

AMIN

LUASKAN DEMO

BAWA KE LUAR

GEMPUR MADAFAKA

AMIN

TAK TURUN

JALAN RAYA

BUKAN TANDA

ANAK MUDA

AMIN

DEMO DEMO

DEMO

JADIKAN BUDAYA

ANAK MUDA

KHALAS

TRUMP GERTAK LAGI


TRUMP HANYA

MENGGERTAK

KAH KAH KAH

AMIN

PANGLIMA - JANGAN RASUAH !!!


Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman dilantik Panglima Angkatan Tentera baharu


KUALA LUMPUR: Leftenan Jeneral  Malek Razak Sulaiman dinaikkan ke pangkat Jeneral dan dilantik Panglima Angkatan Tentera (PAT), berkuat kuasa mulai esok.

Menteri Pertahanan,  Mohamed Khalid Nordin, berkata pelantikan beliau diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Pelantikan itu dibuat selaras dengan syor Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) Siri ke-633 (Khas) yang bersidang pada 29 Januari lalu, dan seterusnya mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong semalam.

"Malek memiliki kelulusan Diploma Strategik dan Keselamatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Master of Arts in Defence Studies dari King's College London serta Sarjana Sains Sosial (Pengajian Pertahanan) dari UKM.

"Perkhidmatan beliau bermula pada tahun 1985 sebagai Pegawai Kadet Luar Negara di Royal Military College, Sandhurst, United Kingdom, dan ditauliahkan pada 11 Disember 1987 dengan pangkat Leftenan Muda.

"Sepanjang hampir 40 tahun perkhidmatan, beliau mempamerkan kebolehan, keupayaan, kecemerlangan serta kepimpinan yang tinggi. Beliau memulakan kerjaya sebagai Ketua Platun di Batalion ke-21 Rejimen Askar Melayu Diraja dan kemudiannya berkhidmat di pelbagai pasukan serta memegang pelbagai jawatan di peringkat pemerintah dan staf," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, jawatan terakhir beliau sebelum pelantikan ini ialah Panglima Medan Barat Tentera Darat.

"Berdasarkan pengalaman luas serta kredibiliti yang dimiliki, Kementerian Pertahanan yakin pelantikan ini akan memperkukuh kepimpinan dan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mendepani cabaran pertahanan negara.

"Di samping memulihkan dan memperkukuh wibawa ATM melalui kepimpinan yang berteraskan integriti dan profesionalisme serta mengekalkan kepercayaan rakyat terhadap institusi pertahanan negara," katanya.


TAHNIAH !!!

AMIN

HANYA SATU

INGATAN

JANGAN RASUAH

KHALAS

ORANG JAHAT BERLAKUN BAIK


ORANG JAHAT

BERLAKUN ALIM

JUJUR WARAK

KAH KAH KAH

AMIN


Unknown commented on
 "STRATEJI PERANG MELAWAN RASUAH"

Betul betul betul, sebaik masuk mahkamah terus pakai kopiah, pakai jubah, pakai kerusi roda, terus masuk hospital, terus sakit macam-macam, pelik juga, semua strategi ini telah digunakan dalam filem Bollywood dahulu sehingga sekarang, siapa minat cerita Bollywood akan faham, plot hampir lebih kurang sama, 

semuanya menggunakan simpati apabila berdepan dengan mahkamah, tetapi semasa enjoy menjoy tidak dibagi tahu kah kah kah, semasa shopping semasa berjalan-jalan sini sana semuanya dialami seorang bersama keluarga, sebaik ada masalah semuanya fitnah, semuanya aniaya politik, aniaya saja setiap masa kah kah kah

BOM BOM TEL AVIV SEKALI LAGI


BOM BOM

TEL AVIV 

SEKALI LAGI

AMIN

Unknown commented on
 "TRUMP BUAT HELAH - TACO -"

iran hancur zionist Israel hancur tapi keluasan iran lebih besar jadi persoalannya ekonomi Amerika bagaimana ,..?? tetap tak tergugat ,.. atau sebaliknya,.. d pihak iran sebelum hancur wajib habiskan kesemua drone, peluru berpandu etc ke pengkalan2 tentera Amerika serta boom boom tel aviv kah kah kah alang2 perang biar sama2 lingkup huhu!!!


PAGI INI


PAGI INI



PAGI INI

30 JANUARI 2026

BERITA BAIK


BERITA BARU MASUK
Di hebohkan bahawa Trump dah beri tahu negara-negara  ARAB sekutu Amerika di sekeliling Iran bahawa Amerika akan serang Iran. Ini berita baik.

Apa strategi Trump kita tak peduli – nak bom stesen nuklear ke  - nak bunuh Ayatollah ke  - tak penting. Yang peting serang kerana dunia nak lihat  Bom Bom Tel Aviv.

Kita semua nak lihat kapal Amerika kena misile Iran. Kita nak tengok mayat askar Amerika dalam beg hitam nak kapal terbang. 

Kita nak tengok Selat Hormuz di tutup dan dunia kapitalis kacau. Kita akan gumbira bila minyak naik 200 dolar satu tong.

Serang sekarang !!!

Panglima Agong Tentera Iran dah beri kenyataan : Kali ini kami akan balas- tidak ada janji diplomasi macam dulu.

HIZBULLAH dah bersedia. HOUTHI dah bersedia. ISLAMIK JIHAD dah bersedia.

TACO
Ini yang puki mak -  TACO mungkin berlaku. Trump akan klim bahawa  Iran mahu berunding. TACO ini ialah perangai Trump. 

PELIK TETAPI BENAR – Pembatalan  serangan  ketika demo berjalan  awal Januari  adalah kerana nasihat dari Setanyahu JANGAN SERANG – kah kah kah – kerana BOM BOM TEL AVIV.

Pengerusi Mao kata : Bila musuh takut -  Buat apa yang musuh tak mahu kita buat.  Amin.

HOKKIEN
Pagi ini cerah matahari dah keluar. Angin sejuk kemarin hujan. Langit berawan putih – tidak biru terbentang. Sinar matahari lembut.

Di Bukit Kiri dan Bukit Kanan – jantan berkokok suara agak jauh. How Wow bersuara kemudian senyap. Di Pintu Masuk dalam hutan belukar Cengkerik bersimponi – bumi basah Cengkerik gumbira.

Belum sampai ke jalan besar gua nampak Siti dan Keluarga menunggu. Laku gua beri  makanan.  Pagi ini ramai yang datang. 

Kemudian gua berjalan ke Wakaf Tiga – gua bersenam – ketika gua bersenam Siti dan Jantan baik datang mengekor.

Semua ikut gua pulang ke Wakaf Pertama. Disini gua tabur Friskies- Pagi ini Tiong tak muncul.

Ketika gua menulis gua dengar suara How Wow dari belakang dapur.

Hari ini akan panas. Jap lagi gua nak ke Chow Kit – rutin mingguan. Gua harap jika hujan petang sampai akan bawa sejuk. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI SABTU

BRO
Hidup ini ialah pembelajaran yang tak ada noktah.

BRO
Lu belajar dari kemarin. Untuk hari ini. Dengan harapan untuk esok.

BRO
Lu jangan buat silap. Hidup ini perjalanan bukan tujuan. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI