Khamis, 22 Januari 2026

FUCKZILINA DI TIBAI LAGI


FUCKZILINA

DI TIBAI  LAGI

AMIN

BERITA BAIK - EROPAH DAN AMERIKA MULA GADUH



Davos jadi medan pertempuran politik susulan ancaman Trump terhadap Greenland

BEIJING: Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, yang secara tradisinya platform utama membincangkan trend dan kerjasama ekonomi global, kini berubah menjadi medan pertempuran politik ketika ketegangan semakin meningkat susulan usaha Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mahu mengambil alih Greenland.

Laporan Xinhua, ketidakhadiran Denmark pada forum tahun ini isyarat jelas ketegangan politik yang sedang berlaku.

Trump mengetuai delegasi AS terbesar dalam sejarah WEF, termasuk Setiausaha Negara Marco Rubio, Setiausaha Perbendaharaan Scott Bessent; Setiausaha Perdagangan, Howard Lutnick dan utusan khasnya, Steve Witkoff sekali gus memberi isyarat pembabitan aktif pentadbiran AS dalam membentuk wacana forum tahun ini.

Forum itu, yang berlangsung dari Isnin hingga esok, diadakan bertemakan "A Spirit of Dialogue".

Pada hujung minggu, Trump mengumumkan tambahan tarif sebanyak 10 peratus bermula 1 Februari ke atas lapan negara Eropah termasuk Denmark, Britain, Perancis dan Jerman, yang kesemuanya menentang pengambilalihan Greenland, sebuah wilayah autonomi Denmark.

Sebagai tindakan lanjut yang dilihat mempersendakan pemimpin Eropah, Trump kelmarin berkongsi imej janaan kecerdasan buatan (AI) di platform Truth Social yang memaparkan beliau, diikuti Naib Presiden JD Vance dan Rubio, memacak bendera AS di Greenland dengan papan tanda bertulis "US territory est. 2026" .

Imej AI kedua menunjukkan Trump di Pejabat Oval bersama pemimpin Eropah, membentangkan peta yang menunjukkan Greenland, Kanada dan Venezuela dilitupi bendera AS.

"Kebuntuan isu Greenland telah mengganggu hari-hari pembukaan forum yang sebelum ini dijangka memfokuskan kepada AI, pertumbuhan ekonomi dan perubahan iklim," lapor majalah TIME, Selasa lalu.

Menjelang ucapan Trump, pemimpin dunia "memulakan minggu di Davos dengan kecaman secara halus terhadap tindakan Trump," menurut majalah itu.

Kelmarin, Perdana Menteri Kanada, Mark Carney memberi amaran mengenai "perpecahan" dalam orde dunia semasa ucapannya di forum berkenaan.

Beliau berkata, dalam era persaingan kuasa besar, "orde berasaskan peraturan semakin pudar" dan "pihak yang kuat melakukan apa yang mereka boleh, manakala yang lemah terpaksa menderita."

Tanpa menamakan Trump, Carney merujuk kepada "hegemoni Amerika."

Beliau berkata: "Baru-baru ini, kuasa besar mula mengguna integrasi ekonomi sebagai senjata.

"Tarif sebagai pengaruh. Infrastruktur kewangan sebagai paksaan. Rangkaian bekalan sebagai kelemahan untuk dieksploitasi."

Sambil menyatakan institusi multilateral seperti Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) "semakin merosot," Carney menyeru kuasa pertengahan seperti Kanada untuk "bertindak bersama kerana jika anda tidak berada di meja perundingan, anda akan menjadi mangsa ."

Beliau turut menyatakan sokongan padu terhadap Greenland dan Denmark serta menentang tarif yang dicadangkan oleh AS.

Nada yang sama disuarakan Presiden Perancis Emmanuel Macron yang berkata: "Ia adalah peralihan ke arah dunia tanpa peraturan. Di mana undang-undang antarabangsa dipijak dan satu-satunya undang-undang yang penting adalah undang-undang rimba, manakala cita-cita imperialis kembali muncul."

Macron berkata, Kesatuan Eropah (EU) "tidak seharusnya teragak-agak" untuk menggunakan mekanisme anti-paksaan sebagai tindak balas terhadap ancaman tarif AS.

"Kami lebih memilih rasa hormat daripada pembuli. Dan kami lebih memilih kedaulatan undang-undang daripada kekerasan," kata Macron.

Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen turut menyatakan sokongan penuh EU terhadap Greenland dan Denmark sambil menegaskan "kedaulatan dan integriti wilayah mereka tidak boleh dirunding."

Tanpa merujuk kepada Trump, beliau menyifatkan cadangan tarif tambahan itu sebagai satu kesilapan, terutamanya antara sekutu lama.

Laporan Risiko Global 2026 oleh WEF, antara penerbitan utama yang dikeluarkan menjelang mesyuarat tahunan itu, menunjukkan risiko geopolitik dan ekonomi meningkat dalam era persaingan baharu.

Laporan itu mengenal pasti konfrontasi geoekonomi sebagai risiko utama bagi 2026, diikuti oleh konflik antara negara, cuaca ekstrem, polarisasi masyarakat serta maklumat salah dan palsu.

INI BERITA 

AMAT BAIK

AMIN

EROPAH MULA

GADUH DENGAN

AMERIKA

AMIN

DAH BERANI

LAWAN TOWKAY

KHALAS

ANGIN DIANTAR DUA TELINGA


ANGIN DIANTARA

DUA TELINGA

KHALAS

Unknown commented on
 "SILA DENGAR APA
 YANG ISHAM JALIL CAKAP"

Orang bijaksana cakap jangan layan orang orang bodoh, jangan bercakap apatah lagi berhujah dengan orang kurang akal, Munke ini dibuktikan kurang akal fikiran, masuk politik kerana bapa punca pengaruh ABIM kah kah kah buang pada pilihanraya akan datang senang habis cerita tak payahlah sibuk melayan orang begini woit

IPONE IALAH PRODUK BUKAN SISTEM EKONOMI

IPONE & LEVIS

PRODUK BUKAN

SISTEM EKONOMI

KHALAS

Unknown commented on
 "SISTEM EKONOMI KAPITALIS"

kalau tak mau sistem kapitalis, jangan guna dolar amerika, iphone, internet, pakai seluar jeans, pandu kereta hatta kereta elektrik. guna kereta lembu dan naik sampan. baca utusan melayu, pakai cawat, duduk atas pokok. kah kah kah!

PAGI INI


PAGI INI





PAGI INI

KHAMIS 22 JANUARI 2026

PARLIMEN


TOLAK  HUKUM HAKAM BAGINDA  QUEEN
Pagi ini gua nak bersama SUARAM  ke Parlimen untuk serah memorandum  : JANGAN JENAYAHKAN KETUM DAN GANJA.

Nak beri kesedaran  pada YB bahawa Ketum dan Ganja bukan musuh. Ganja dan Ketum adalah tanaman asli bumi kita   yang boleh  di jadikan UBAT.

Ketum boleh menjadi PUNCA EKONOMI – Siam kini adalah pengeksport Ketum ke  Amerika dan German.

Kita masih di ikat dengan UNDANG UNDANG DAN HUKUM HAKAM BAGINDA QUEEN – hukum hakam ini adalah Projek Kolonial – untuk  menghapuskan ubat tradisional.  Di burukan ubatan tradisional . Ini untuk diganti  dengan UBAT DARI BIG PHARMA -   MENJENAYAHAKAN  KETUM DAN GANJA IALAH PROJEK KOLONIAL INGGERIS.

Lihat Akta Racun – di lulus tahun 1955 – Akta ini menjenayahkan ubat tradisional yang wujud di Tanam Melayu ribuan tahun.

BEBASKAN KETUM dan GANJA dari lobi syarikat UBAT BARAT. Kapitalis ubat  mahu kita semua beli dari BIG PHARMA.

Amerika dan German kini telah menjadikan KETUM produk harian.  Malah di German telah ada ubat-ubat yang berasakan KETUM.

Kita jangan jadi bodoh !!! FIKIR dan BEBASAKAN FIKRAH dari di jajah oleh Baginda Queen. AMIN

HOKKIEN
Pagi ini kering segar. Langit pucat tak indah. Matahari belum bersinar. KL & KL Sentral berkabus nipis.

How Wow bersuara dari arah Kwantung. Tekukur seperti biasa berlaku tanpa henti dari dalam sawah rumput.

Di kawasan rumput panjang dekat dengan Pokok Ara Cengkerik bersimponi. Ini wilayah Pipit Uban.

Ha ha – Jantan Baik muncul dan ikut gua berjalan ke  Wakaf Tiga.     Jantan Baik  dah berani rapat dengan gua. Boleh gua ambil gambar jarak dekat.

Kemudian dari bukit muncul  3 Puppy termasuk Puppy  Itam. Siti tidak kelihatan. Lalu gua beri makanan depan Wakaf Dua. Tak ramai yang makan pagi ini.

Gua berjalan arah ke Wakaf Tiga – KL kelihatan berkabus – Berjalan pulang gua nampak  ramai Tiong  mencari butir nasi lebihan di  tempat gua letakan makanan.

Di Wakaf Pertama Siti muncul. Disini semua dapat Friskies . Siti dan Tak Tak dapat hati ayam. Kali ini ramai yang datang untuk makan. 

Pagi yang gumbira ialah pagi melihat Warga Hokkien makan. Amin.

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
KHAMIS

BRO
Jadikan buku teman hidup lu. Buku tetap setia dan lu boleh bawa dia ke bilik tidur dan ke dalam jamban. Buku tak marah kentut lu yang busuk.

BRO
Jika lu susah nak tidur sila ambil buku baca – lu pasti tertidur.

BRO
Lu baca buku daki gunung -  lu akan tertarik untuk mendaki. Kalau pun  tidak lu dah rasa nikmat mendaki. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA