Ahad, 25 Januari 2026
MENJADI PELIK LAGI HAIRAN
Wanita Indonesia, lelaki Bangladesh individu pertama kena dakwa di mahkamah kes buang sampah merata
JOHOR BAHRU: Seorang wanita warga Indonesia menjadi Orang Kena Saman (OKS) pertama di Malaysia didenda dan diperintahkan melakukan khidmat masyarakat oleh mahkamah, kerana kesalahan membuang sisa pepejal iaitu puntung rokok dan botol minuman di tempat awam dan bukan di dalam tong sampah yang disediakan.
Anita Lukman, 49, yang mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini dijatuhkan hukuman denda RM500 dan diperintahkan untuk melakukan khidmat masyarakat selama enam jam dengan tempoh dua jam sehari dan perlu dilaksanakan tidak lebih daripada enam bulan.
Hakim Nor Aziati Jaafar memerintahkan OKS dipenjara 15 hari jika gagal membayar denda berkenaan serta denda antara RM2,000 hingga RM10,000 jika gagal melaksanakan perintah khidmat masyarakat itu.
Berdasarkan kertas pertuduhan, OKS didakwa membuang sisa pepejal iaitu puntung rokok dan botol minuman di tempat awam dan bukan di dalam bekas yang diperuntukkan bagi maksud membuang sisa pepejal berkenaan.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Jalan Ibrahim Sultan, Stulang Laut di sini, pada jam 12.41 tengah malam, 1 Januari lalu.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 77A(1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) dan sebagai tambahan boleh dikenakan suatu perintah khidmat masyarakat di bawah subseksyen 77B(1) akta sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda sehingga RM2,000 dan sebagai tambahan suatu perintah khidmat masyarakat maksimum 12 jam, jika sabit kesalahan.
OKS yang tidak diwakili peguam memohon hukuman denda yang ringan kerana sebagai ibu tunggal, dia mempunyai tanggungan dua anak masing-masing berusia lapan dan 15 tahun.
"Saya mengaku memang saya salah dan tidak akan ulangi lagi perbuatan itu. Berilah saya hukuman (khidmat masyarakat), saya buat, tetapi denda saya mohon yang paling ringan kerana saya tidak mampu. Saya datang sini (Malaysia) hanya tolong-tolong kawan sahaja," katanya.
Pegawai Pendakwa dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Siti Adora Rahtimin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman denda yang setimpal sebagai satu bentuk pencegahan dan hukuman khidmat masyarakat sebagai satu bentuk pemulihan.
Dalam prosiding berasingan, seorang pekerja kilang warga Bangladesh, Sultan Md, 28, turut dihadapkan ke mahkamah atas perbuatan yang sama iaitu membuang puntung rokok pada jam 1.27 pagi, di lokasi dan hari yang sama.
Bagaimanapun, pertuduhan terhadapnya akan dibacakan semula pada 28 Januari ini, selepas OKS memohon khidmat jurubahasa Bangladesh.
IRONI
PELIK LAGI HAIRAN
AMIN
BANGLA DAN INDON
BANYAK KERJA
JAGA KEBERSIHAN
MALAYSIA
AMIN
INI SEJARAH
MEREKA BERDUA
KALI PERTAMA
DI BAWA KE MAHKAMAH
KERANA BUANG
SAMPAH
AMIN
KHALAS
PRABOWO BUDAK SETIA AMERIKA
Prabowo sifatkan Lembaga Keamanan langkah positif bagi rakyat Palestin
JAKARTA: Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menyifatkan pemeteraian piagam Lembaga Keamanan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sebagai detik bersejarah, serta menzahirkan harapan agar ia dapat membantu memperbaiki keadaan dan mencapai penyelesaian kekal bagi rakyat Palestin.
Beliau melahirkan keyakinan bahawa lembaga itu akan mewujudkan peluang tulen untuk mencapai keamanan di Gaza.
"Jelas sekali, penderitaan penduduk Gaza telah berkurangan, malah berkurangan dengan ketara. Bantuan kemanusiaan sedang mengalir masuk dengan banyak dan dalam jumlah yang besar.
"Saya amat berharap, dan Indonesia bersedia untuk mengambil bahagian, bagi sesiapa sahaja yang mencari keamanan di sana, sesiapa sahaja yang berhasrat membantu penduduk Gaza dan rakyat Palestin," katanya.
Prabowo berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai beberapa negara lain untuk menandatangani dokumen penubuhan lembaga itu bersama Trump pada Forum Ekonomi Dunia 2026 di Davos, Switzerland pada Khamis. Video kenyataan beliau dikongsi melalui YouTube.
Piagam itu turut ditandatangani oleh Hungary, Bahrain, Maghribi, Argentina, Armenia, Azerbaijan, Bulgaria, Mesir, Jordan, Kazakhstan, Kosovo, Mongolia, Pakistan, Paraguay, Qatar, Arab Saudi, Turkiye, Emiriah Arab Bersatu dan Uzbekistan.
Sementara itu, Menteri Luar, Sugiono berkata penyertaan Indonesia dalam Lembaga Keamanan mewakili langkah strategik, membina dan konkrit dalam menyokong kemerdekaan Palestin serta mencari jalan penyelesaian konflik di Gaza dalam tempoh terdekat.
Beliau berkata Indonesia berharap susulan penubuhan lembaga itu, pintu sempadan Rafah akan dibuka dalam tempoh seminggu bagi membolehkan bantuan kemanusiaan melaluinya, selain penubuhan Pasukan Penstabilan Antarabangsa.
"Ini merupakan sebahagian daripada proses lebih luas yang bertujuan untuk mencapai keamanan di Gaza," katanya dalam satu kenyataan video yang dikongsi kepada media pada Jumaat.
Sugiono turut mengulangi pendirian Indonesia bahawa penyelesaian dua negara yang realistik mesti dilaksanakan.
"Kemerdekaan Palestin dan penghormatan terhadap kedaulatan Palestin adalah prinsip yang kami pegang secara konsisten. Lembaga Keamanan mewakili alternatif konkrit pada masa ini yang kami harap dapat membantu merealisasikan aspirasi itu," katanya. BERNAMA
KENAPA RUPIAH INDONESIA JATUH ?
KENAPA RUPIAH
INDONESIA JATUH ?
AMIN
PERANGAI LAMA
SUHARTO DATANG
KEMBALI
KHALAS
JANGAN BEBASKAN PENERIMA RASUAH
DAKWA
PENJARAKAN
PERASUAH
AMIN
BUKAN BEBASKAN
PENERIMA DAN
PEMBERI RASUAH
KHALAS
Unknown commented on
"RASUAH - DAKWA PEMBERI & PENERIMA"
Bagus kena buat perbincangan, kena ada diskusi, kena pertikaian semua perlakuan jenayah, siapa memberi siapa menerima? Selalunya logiknya mengikut akal fikiran manusia normal ianya perlakuan untuk mendapatkan keuntungan, dalam memberi dan menerima siapa dapat keuntungan? Kedua pihak,siapa rugi? Kerajaan atau rakyat? Terbaik dakwa kedua kah kah kah tetapi mana mungkin rasuah dilaporkan oleh penerima?
Jarang ada orang kita yang begitu? Sekali sekala adalah untuk mencari populariti kah kah kah apapun yang pasti orang yang ada kuasa menerima rasuah bukan yang terbaik, perasuah mendapat perhatian atasan, masa sama menjaga atasan keperluan mereka, sekadar bercakap tidak jadi apa-apa,
kepala buang dahulu kerana 95 peratus orang kita syumul bertopeng agama kah kah kah, sebaik dakwa terus pakai kopiah, berkerusi roda, berjubah kah kah kah
LEPAS MAKAN RASUAH PERGI MEKAH
LEPAS MAKAN
RASUAH PERGI
MEKAH
KAH KAH KAH
KHALAS
Unknown commented on
"KENAPA ISLAM
TIDAK HARAMKAN RASUAH -
MACAM MAKAN BABI"
Paling penting zaman Madani semua ditangkap didakwa semuanya diheret ke mahkamah, samada berjaya atau tidak? Belum dikenalpasti lagi, ramai didakwa ramai didapati bersalah semuanya tidak mengaku bersalah, mohon bicara, bicara bertahun lamanya, akhirnya zaman Madani berakhir, dibebaskan atas diampuni entah juga, semuanya bergantung kepada ketuanan semata-mata, kah kah kah
walaupun diketahui menyapu meminta sedekah tepi jalan masih diteruskan, cuma beza ditangkap atau dibiarkan orang kita membuat duit secara haram, sebabnya kami anak watan berhak kah kah kah orang lain tak boleh kami boleh kerana kami rakyat terkelas utama kah kah kah
SOSOK YANG MENYUSUN RAKYAT KE JALAN RAYA !!!
Saya lebih minat Dr Samsuri terajui PN - Ketua Ulama PAS Perlis
PAS dilihat perlu lebih persediaan sekiranya mahu seorang ulama memimpin negara khususnya sebagai seorang perdana menteri.
Perkara itu diutarakan Ketua Dewan Ulama PAS Perlis, Ahmad Adnan Fadzil yang turut menyatakan sokongan kepada Naib Presiden PAS Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai pengerusi PN.
“Saya secara peribadi lebih berminat dengan Dr Samsuri untuk menerajui PN (mudah-mudahan PM pertama dari PAS).
“Kerana imejnya lebih sederhana, moderat dan teknokrat, serta kurang isu, lebih meyakinkan rakyat.
“Ulama perlukan lebih persediaan untuk memimpin negara. Insya-Allah, masanya akan tiba,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Perbahasan mengenai kekosongan jawatan pengerusi PN itu masih menjadi tanda tanya selepas peletakan jawatan Muhyiddin Yassin susulan krisis kepimpinan PN di Perlis yang menyaksikan berlaku perubahan menteri besarnya pada penghujung tahun lalu.
Nama Ahmad Samsuri yang juga menteri besar Terengganu itu antara yang disebut-sebut sebagai calon berpotensi, namun sesetengah pendapat menggesa supaya pemimpin ulama yang diangkat ke posisi itu.
Terdahulu bekas ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohd Zuhdi Marsuki, berkata parti itu tidak boleh tidak perlu memilih ketetapan itu sekiranya mereka benar-benar mahu melaksanakan resolusi muktamar baru-baru ini.
Katanya, bakal pengerusi PN yang perlu dicalonkan bagi menggantikan Muhyiddin ialah Presiden PAS Abdul Hadi Awang sendiri, atau paling tidak timbalannya, Tuan Ibrahim Tuan Man.
Yang Dipertua PAS Sungai Buloh, Zaharudin Muhammad juga salah seorang pemimpin akar umbi yang mempertahankan betapa perlunya ia diisi oleh seorang ulama.
Malaysiakini hari ini melaporkan PAS mengemukakan tiga nama sebagai calon untuk menerajui PN.
Menurut sumber PAS, tiga tokoh yang dikemukakan ialah Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man; Ahmad Samsuri dan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.
Bagaimanapun, sumber itu menjelaskan keputusan muktamad terletak di tangan PAS Pusat namun Sanusi secara terbuka telah menolak untuk dicalonkan ke jawatan itu.
Semalam, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu kekal menerajui PN bagi menggantikan Muhyiddin.
Menurutnya, resolusi Muktamar PAS sebelum ini meluluskan usul supaya PAS memimpin PN.
SAPA PEMIMPIN
ULUNG?
AMIN
MUDAH SAJA
JAWABNYA
AMIN
SOSOK YG BERANI
BERSUARA
BERANI MELAWAN
BERANI KE JALAN
RAYA
AMIN
SOSOK INI AKAN
DINOBAT OLEH
ORANG RAMAI
SEBAGAI PEMIMPIN
KHALAS
RIBUT SALJI TANDA PEMANASAN DUNIA
15 negeri AS, Washington isytihar darurat menjelang ribut musim sejuk
WASHINGTON: Jutaan penduduk di Amerika Syarikat (AS) menghadapi keadaan darurat ketika sebahagian besar negara itu bersiap sedia menghadapi ribut musim sejuk terbesar pada hujung minggu ini, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Kesan ribut yang berpotensi melakar sejarah itu dijangka dirasai dari barat daya hingga timur laut, bermula hari ini.
Setakat ini, darurat telah diisytiharkan di Alabama, Arkansas, Georgia, Kansas, Kentucky, Louisiana, Maryland, Mississippi, Missouri, New York, Carolina Utara, Carolina Selatan, Tennessee, Texas, Virginia dan ibu negara Washington DC.
Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) menyatakan salji lebat dijangka melanda dari Oklahoma di Midwest hingga selatan Maine di Timur Laut.
"Hujan sejuk beku dan slit yang meluas" turut dijangka berlaku di seluruh wilayah Selatan dan Tenggara negara itu.
"Ribut ini akan menyebabkan pengumpulan ais yang signifikan hingga berpotensi membawa bencana , dengan risiko gangguan bekalan elektrik dalam tempoh lama, kerosakan pokok yang meluas serta keadaan perjalanan yang sangat berbahaya atau tidak dapat dilalui," menurut NWS di platform X.
Stesen penyiaran ABC melaporkan lebih 2,000 penerbangan hari ini di dalam, ke atau keluar negara itu dibatalkan susulan ribut yang bakal melanda.
Di Washington DC, Datuk Bandar Muriel Bowser memberi amaran ibu negara itu dijangka dilanda ribut musim sejuk terbesar dalam sedekad, dengan pengisytiharan darurat beliau dijadual bermula pada tengah hari ini dan kekal berkuat kuasa sehingga Selasa.
Sekurang-kurangnya 23 sentimeter (cm) salji dijangka turun di Washington DC dengan beberapa model ramalan menunjukkan lebih 30 cm.
Pengumpulan salji dijangka bermula Sabtu malam dan berterusan hingga Ahad ketika suhu menjunam.
Presiden AS, Donald Trump memberi amaran "gelombang sejuk terburuk pernah direkodkan" dijangka melanda puluhan negeri AS.
TANDA DUNIA
MAKIN PANAS
AMIN
HUJAN TURUN
BAWA BAJIR
TANAH RUNTUH
AMIN
PANAS SAMPAI
HUTAN TERBAKAR
AMIN
SEJUK SAMPAI
RIBUT TAUFAN
SALJI
KHALAS
NAJIB NAZAK TERSEKSA BERSENDIRIAN
NAJIB NAZAK
TERSEKSA
BERSENDIRIAN
AMIN
Unknown commented on
"KES RASUAH -
TERIMA KASIH CIKGU BARD"
Kita semua faham, negaraku dibahagikan ikut kaum agama perbezaan pasti ada, ada kelas tinggi ada kelas rendah, ada kelas berbagai mengikut ekonomi semasa, terpaling hebat yang kelas memiliki kekayaan, itu kena jelas, tak payah buat terkejut,kena faham kena hadam macam makan pelbagai jenis makanan, halal atau tidak terpulang kepada pelanggan, jadi negaraku memang tidak dapat berlaku adil saksama kepada semua, perlu ada kelas ekonomi dijaga, golongan ini sudah memiliki pingat darjat tertinggi negara bermula dari Dato'.
Ianya juga dijadikan perniagaan dengan pembayaran, nak pangkat bayar, nak pertukaran sila bayar, kalau nak kebebasan boleh juga bayar, masalah sekarang yang mampu bayar tidak kena hukum, yang tidak mampu akan dipenjarakan terus langsung tak buang masa, yang ada kekayaan luar biasa akan diberikan diskaun hukuman diskaun denda diskaun
singgah rumah singgah hotel semuanya boleh jika bayaran menepati kehendak penerima, ini berlaku dahulu kini dan selamanya amin, tak payahlah berlakon adil walhal diketahui umum perangai asal usul kita amin, kalau boleh bagi menilai ketidakseimbangan ini perlu ketawa kah kah kah supaya mental boleh menerima semua ketidaksempurnaan yang berlaku setiap hari kah kah kah
PAGI INI
PAGI INI
PAGI INI
AHAD 25 JANUARI 2026
DAVOS
ARAHAN BARU DUNIA
Persidangan DAVOS di Switzerland dah selesai. Macron dari France Mark Carney dari Canada bersuara menentang Trump. Ini persidangan para GLOBALIS dan PEMODAL DUNIA termasuk TRUMP.
NOTA : Kini WEF – World Economic Forum di ambil alih oleh LAURENCE D FINK – sapa malaon ini ?
FINK ialah CEO BLACKROCK seorang Zionis penyokong tegar Israel – BLACKROCK Pembekal senjata utama untuk Israel. BLACKROCAK pemilik 39 lapangan terbang kita
Di Davos para Globalis sedang merancang untuk mendirikan NEW WORLD ORDER – Arahan Dunia Baru – untuk memastikan sistem ekonomi KAPITALIS terus mengawal dunia.
PBB UNITED NATIONS yang di dirikan pasca Perang Dunia Ke Dua semakin retak dan akan runtuh. Di Davos Trump umumkan organisasi baru. Awalnya menyamar untuk KEAMANAN GAZA kini dah jadi lain.
BOARD OF PEACE atau LEMBAGA KEAMANAN organisasi baru ini. Sebanyak 35 negara dah nak masuk badan ini TERMASUK JENERAL PRABOWO dari Jakarta.
Trump menjadi CEO kepada lembaga ini. Setiap ahli negara yang bersetuju wajib membayar 1 bilion dolar sebagai yuran masuk.
APA TUJUAN – Lembaga Keamanan ini ?
Ini adalah rancangan Trump untuk terus mendominasi dunia. Tiga tahun dari sekarang Trump bukan lagi Presiden tapi dia masih mahu mendominasi dunia ini.
Lembaga ini ini di jadikan seperti SYARIKAT dan Trump menjadi Towkay Besar.
HARI INI Trump telah membawa Amerika untuk meninggalkan 66 BADAN INTERNASIONAL – yang bersangkutan dengan Perjanjian. KELUAR ATAS alasan nak selamat dana Amerika atau organisasi ini tidak mengikut arah kepentingan Amerika.
Amerika telah keluar dari WHO – Lembaga Kesihatan Dunia – PBB.
Kita lihat dan tunggu apa perkembangan seterusnya. Maharaja Trump sedang menghuru harakan dunia. Biarkan. Biarkan.
HOKKIEN
Pagi cerah sejuk berangin. Matahari dah keluar. Cahaya masih muda. Langit biru muda. KL & KL Sentral cerah.
Suara How Wow sayu jauh kedengaran. Terkukur berlagu dari atas bukit. Tuk Tuk Tuk – tak henti- henti – dari dalam hutan belukar.
Belum sampai ke Wakaf Pertama gua nampak Siti adik beradik datang berlari. Jantan Baik pun ada. Gua beri nasi untuk mereka.
Bila gua berjalan ke Wakaf Ke3 Siti ikut sama mengekor Tak Tak. Pagi ini Siti terjumpa lagi sebiji kuih Apam – di gonggong di bawa ke Wakaf Pertama. Bila gua nak beri hati Siti tinggalkan Apam – mungkin dah keras kerana berpanas.
Gua tabur Friskies – gua terlihat dua ekor Tiong datang sama nak merasa Friskies. ( Perhatian gambar dengan teliti akan nampak dua Tiong )
Hari ini akan panas,. Tak Tak dah menjalar di balkoni mandi cahaya. Ketiak gua menulis suara How Wow dari belakang dapur.
Jap lagi gua nak BALIK KAMPONG – gua di beri tahu Rambutan masih ramai – Manggis sedang menghitam dan durian dah gugur. Aduh ! Nasib baik kampong di Jelebu – tak jauh dari KL – tak perlu berkereta berjam-jam. Amin.
BRO
SENYUM
KITA SAMBUT AHAD
DENGAN SENYUMAN
BRO
Alam ini bukan hanya milik kita manusia – alam ini adalah milik untuk semua - yang hidup.
BRO
Lu lihat sungai – lu ikut perangai sungai – mengeluarkan idea tak putus-putus.
BRO
Lu lihat pokok kayu menjalani hidup. Tegak tegar menghadapi semua keadaan cuaca. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI
Langgan:
Ulasan (Atom)









