Isnin, 26 Januari 2026
PN AKAN KALAH PRU?
Pengerusi baharu PN dipilih Khamis ini?
KUALA LUMPUR: Pelantikan pengerusi baharu disenarai sebagai antara tiga agenda Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi (MT) Perikatan Nasional (PN) yang dijadualkan berlangsung Khamis ini.
Perkara itu dimaklumkan menerusi notis dikeluarkan Timbalan Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan, bertarikh 23 Januari lalu.
"Merujuk kepada perkara di atas (notis mesyuarat luar biasa) dan surat berkaitan daripada Presiden GERAKAN merangkap Timbalan Pengerusi PN, Dr Dominic Lau Hoe Chai serta Presiden PAS, Abdul Hadi Awang masing-masing pada 7 dan 10 Januari lalu.
"Berdasarkan peruntukan Fasal 12.2 perlembagaan PN, Mesyuarat Luar Biasa MT boleh diadakan atas permintaan bertulis kepada Setiausaha Agung, sekurang-kurangnya separuh daripada jumlah parti anggota.
"Setiausaha Agung kemudian hendaklah memanggil mesyuarat berkenaan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan permintaan berkenaan," katanya.
Berdasarkan notis sama, PN dijadualkan memilih pengerusi mesyuarat dalam kalangan Timbalan Pengerusi, selaras Fasal 8.3(II)(b) perlembagaan gabungan itu.
Mesyuarat yang dijadual berlangsung pada jam 8.30 malam di Ibu Pejabat GERAKAN di sini itu, akan mengesahkan peletakan jawatan Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, sebelum melantik individu baharu bagi jawatan itu.
Pengesahan peletakan jawatan Muhyiddin dan pelantikan individu baharu ke jawatan berkenaan dibuat mengikut Fasal 8.3 (I)(b) perlembagaan PN.
Baru-baru ini, Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU dan Ahli Parlimen Pagoh, dilapor mengumumkan meletak jawatan Pengerusi PN, berkuat kuasa 1 Januari lalu.
Bekas Perdana Menteri itu melepaskan jawatannya selepas lima tahun menerajui kepimpinan PN sejak gabungan itu didaftarkan secara rasmi, pada 7 Ogos 2020.
Selain BERSATU, parti utama yang berada dalam gabungan PN antaranya PAS dan GERAKAN.
Berikutan itu, timbul pelbagai spekulasi calon akan menerajui PN dengan antara nama disebut ialah Presiden PAS, Hadi Awang dan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Moktar.
Sebelum ini, wujud beberapa desakan daripada PAS termasuk oleh Ketua Pemudanya, Afnan Hamimi Taib Azamudden, yang mahu jawatan Pengerusi PN diberikan kepada PAS.
Perselisihan hubungan antara PAS dan BERSATU semakin ketara selepas pergolakan politik di Perlis yang menyaksikan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang daripada PAS, Mohd Shukri Ramli sebagai Menteri Besar.
TAK KIRA SAPA
DILANTIK JADI
KETUA PN
KHAMIS INI
AMIN
PN AKAN PASTI
KALAH PRU16
JIKA PEMIMPIN
LEMBIK TAK
HASUT RAKYAT
TURUN
KE JALAN RAYA
AMIN
TAK CAYA SILA
TUNGGU
KHALAS
ANWAR BIN IBRAHIM PELEPAS RASUAH
RASUAH MUSUH
NEGARA
AMIN
ANWAR
BIN IBRAHIM
BEBAS PERASUAH
KHALAS
Unknown commented on
"IKAN BUSUK MULA DI KEPALA"
Setuju sangat dengan titah baginda, amin amin amin, yang sudah kaya tidak payah menadah tangan, yang sudah terlalu kaya boleh duduk makan, tetapi siapa golongan yang mengambil rasuah? Siapa siapa siapa? Adakah orang luar yang masuk secara haram, yang tiba pakai sampan yang tidak layak menjadi pemegang jawatan pemegang amanah?
Penyakit rasuah tidak berlaku sekelip mata, menular perlahan-lahan dari mulut ke saluran darah hinggap di otak hati lutut akhirnya sampai kepala bawah kah kah kah, terpaling hebat selepas zaman Mahathir Mohamad terbaik dibiarkan dinaungi untuk senang selesa kah kah kah amin akan berterusan walaupun titah, orang dapat nikmat tidak peduli kerana kiblat RM lebih utama kah kah kah
ANWAR BIN IBRAHIM LEPASKAN ZAHID
MASIH ADAKAH
TAK SEDAR
ANWAR
BIN IBRAHIAM
LEPASKAN ZAHID?
KHALAS
Unknown commented on
"KENAPA ISLAM TIDAK HARAMKAN RASUAH - MACAM MAKAN BABI"
Sah dan disahkan komen ini dari perasuah tegar, pengikut aliran Najib Bossku, pengkhianat negara amin amin amin kah kah kah. Engkau penguasa engkau pentadbir engkau majoriti engkau buat kerja jangan jual tanah rezab usahakan sendiri wait kah kah kah roboh roboh semua yang haram, hapuskan orang-orang haram yang makan rasuah dahulu kah kah kah
PAGI INI
PAGI INI
PAGI INI
SENIN 26 JANUARI 2026
ALAM KITA
HOKKIEN
Pagi ini cerah segar. Langit biru indah. Matahari bersinar panas. KL & KL Sentral cerah. Kemarin tak hujan. Di Jelebu pun tak hujan tapi tak bersinar.
Malam tadi angin kuat – angin sejuk.
Pagi ini Cengkerik bersimponi di pintu masuk. Tekukur berlagu dari atas bukit. Gua dengar suara How Wow jauh. Keng Keng juga menjerit.
Pagi ini Puppy cepat datang . Gua belum sampai ke Wakaf Pertama mereka dah berada di atas jalan. Pagi ini Siti dan Jantan Baik tak kelihatan. Entah kemana mereka merantau. Emak dan 4 Puppy datang makan.
Gua bergerak arah ke Wakaf Tiga – Wow depan Pokok Ara satu kumpulan Pipit berterbangan. Hampir seratus ekor – nampak jelas SERBAN PAK AJI. Ini kawasan rumput masih panjang.
Gua pulang dan berhenti di Wakaf Dua – Semua menunggu lalu gua tabur Friskies – ha ha dua ekor Tiong datang sama untuk menikmati Friskies.
Gua masih bertanya bagaimana Tiong ini tahu ada rezeki ?
Hari ini akan panas. Gua nak mandikan Tak Tak petang ini – kemarin dia BERKUBANG dalam parit di Kampung. Amin.
BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI SENIN
BRO
Lu wajib hormati alam sama seperti lu wajib hormati diri lu sendiri.
BRO
Dalam hutan tebal itu jika lu masuk dan lihat lu akan bertemu dengan keajaiban alam.
BRO
Alam yang indah penuh dengan cerita yang di ceritakan tanpa kata-kata. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT MULA BEKERJA
Langgan:
Ulasan (Atom)






