Selasa, 27 Januari 2026

KES BANGKOK - TERUS SENYAP


APA JADI DENGAN

KES BANGKOK INI ? 

TERUS SENYAP ?

AMIN

RASUAH  INI BERLAKU LEBIH 15 TAHUN DULU
TAPI BULAN LALU ADA PERJUMPAAN
PN & UMNO DI BANGKOK
DIBERITAKAN BEKAS MENTERI INI
YANG MENYUSUN DAN MENGATUR
JENG JENG JENG

PULANG DARI BANGKOK
TERUS ADA AKES
KAH KAH KAH

ADA APA DI BANGKOK ?
ADA PROJEK NAK HUMBANKAN
ANWAR BIN IBRAHIM
KAH KAH KAH
KHALAS

SAMSENG MALAYSIA MENGGANAS DI MUMBAI


3 penjenayah warga Malaysia bertindak ganas di Mumbai selepas diusir dari UK

MUMBAI: Tiga penjenayah warga Malaysia paling dikehendaki yang sebelum ini menjadi buruan polis melalui operasi khas Op Jack Sparrow, bertindak ganas di Mumbai selepas diusir dari United Kingdom (UK).

Mereka terbabit dalam pergaduhan ganas dengan pasukan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Chhatrapati Shivaji Maharaj (CSMIA) di Mumbai selepas diusir dari UK.

Lapor New Delhi Television (NDTV), tiga lelaki terbabit kini ditahan di bawah 'pengawasan keselamatan tahap tinggi' di sebuah bilik khas di lapangan terbang.

Ketibaan mereka mencetuskan kegusaran diplomatik antarabangsa dengan pasukan khas polis elit Malaysia dijangka tiba di Mumbai dalam tempoh 48 jam bagi tujuan penahanan.
ADVERTISEMENT

Ketiga-tiga penjenayah, yang diburu kerana rangkaian kes pembunuhan dan perbuatan khianat menggunakan api, berjaya menyusup keluar dari sempadan Malaysia dan transit melalui Mumbai untuk ke Manchester, England.

Bagaimanapun, larian mereka berakhir di Lapangan Terbang Manchester, di mana pegawai imigresen Britain yang sudah dimaklumkan mengenai status ketiga-tiga individu terbabit sebagai 'penjenayah berprofil tinggi', menolak kemasukan mereka.

Memandangkan mereka tiba melalui penerbangan dari Mumbai, protokol antarabangsa menetapkan penjenayah terbabit dihantar semula ke lokasi berlepas terakhir.

Apabila penerbangan dari Manchester mendarat di Mumbai, ketiga-tiga lelaki itu menyedari mereka terperangkap.

Apa yang berlaku seterusnya digambarkan oleh saksi sebagai 'suasana kacau bilau tidak terkawal'.

Mereka nekad bertindak ganas dan terbabit dalam pergaduhan fizikal dengan anggota Pasukan Keselamatan Perindustrian Pusat (CISF).

Menurut sumber, mereka membuat kekacauan dan cuba melawan pegawai di kawasan transit sebelum akhirnya ditahan pasukan keselamatan.

"Mereka bukan sekadar menentang penahanan, tetapi bertarung seolah-olah tidak bimbang dengan akibatnya.

"Mereka kini diletakkan dalam bilik khas bagi pengawasan 24 jam sehari. Keselamatan telah diperketat bagi memastikan tidak berlaku lagi cubaan melarikan diri," menurut sumber berkenaan.

Kes terbabit menimbulkan persoalan dalam kalangan pihak berkuasa India, terutama bagaimana tiga penjenayah 'paling dikehendaki' itu berjaya memasuki lapangan terbang dan menaiki penerbangan ke Manchester.

Pihak penyiasat kini meneliti sama ada ketiga-tiga lelaki itu menggunakan dokumen palsu atau wujud kecuaian dalam pangkalan data notis merah antarabangsa ketika transit awal.

Pihak berkuasa lapangan terbang Mumbai turut dilaporkan sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa di Malaysia.

Keadaan terdesak yang dihadapi tiga suspek itu didorong tekanan hebat yang menanti mereka di Malaysia.

Mereka dikenal pasti sebagai individu utama yang menjadi sasaran 'Ops Jack Sparrow', operasi besar-besaran yang dilancarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada penghujung 2025.

Operasi berkenaan, yang diketuai Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail, bertujuan melumpuhkan dua kumpulan jenayah terancang yang bertanggungjawab mencetuskan suasana ketakutan dan keganasan.

Rekod jenayah ketiga-tiga mereka termasuk keganasan melampau dikaitkan dengan lebih 80 kes jenayah, termasuk serangan berdarah membawa maut yang tular di Taman Sentosa, Klang.

Dikenali menggunakan senjata api dan parang dalam kegiatan melakukan pembakaran, rompakan berkumpulan serta tembakan terbuka di Brickfields dan Cheras.

Dalam kebanyakan kes, motif mereka adalah perebutan kawasan, pengaruh serta keuntungan haram. Ahli sindiket terbabit secara keseluruhan mempunyai 80 rekod jenayah lampau, termasuk 34 kes berkaitan dadah. - AGENSI


WOW

SAMSENG KITA

DAH MASUK

TARAF DUNIA

KHALAS

BARUAN SETIA KERANA ADA KES SALAH LAKU


BARUA SETIA

KERANA ADA

KES SALAH LAKU

KHALAS


Unknown commented on 
"GUA DAH RAMAL !!!"

di Malaysia selain dari azam baki.. tak ada insan lain yang berani lawan rasuah.. maka bersyukurlah MP PJ.. azam baki ada untuk lawan rasuah..

kah kah kah..

tolong jangan suruh lebai jakim lawan rasuah.. lebai jakim tak ada kuasa lawan rasuah..

kah kah kah


Unknown commented on 
"GUA DAH RAMAL !!!"

x d sambung mudah d siasat balik kes kah kah kah mcm tak dak orang lain yg layak!!!

CUKONG YANG BERKUASA


KUASA DITANGAN

PARA CUKONG

BUKAN DITANGAN

MELAYU

KHALAS





Unknown commented on 
"SEMUA MUDAH SELESAI"

Lu cakap kepada siapa? Kepada kerajaan, kepada orang kita, atau siapa siapa siapa? Lu juga jaga semua, dari sempadan sampai sekolah sampai IC sampai semua sekali,semua awak jaga, orang awak jaga, awak berkuasa awak pegang kuasa awak pegang wang awak pegang semua sekarang lu mahu cakap kepada siapa? Adakah kerana orang kita mula hantar anak mereka ke sekolah Cina? Awak tanya kenapa orang sendiri tidak percaya integriti bangsa agama sendiri? Kah kah kah kalau meludah langit air liur jatuh muka awak juga woit baik diam diam duduk kubur Cina, kalau tak suka jangan masuk kubur Cina, bawa anjing awak masuk kubur Melayu tengok kah kah kah bodoh juga sampai umur nak mampus kah kah kah padan muka ? Le Chateau nama Melayu? Sila keluar segera kah kah kah

PAGI INI


PAGI INI






PAGI INI

SELASA 27 JANUARI 2026

DIBAJAI  KIMIA


RACUN DARI KAPAL TERBANG
Saya ada baca tentang RACUN sedang di tabur diseluruh dunia melalui kapal terbang. Secara senyap-senyap pesawat ini menaburkan racun.  Macam kapal terbang menabur baja untuk ladang yang maha luas.

Saya ada membaca tapi  sepintas lalu : CHEMICAL TRAIL -  apa yang saya lihat tadi ialah taburan kimia dari kapal terbang. Ini projek GLOBALIS untuk kurangkan warga dunia. Nak pastikan kita tak sihat DAN terus BELI UBAT maka SYARIKAT UBAT – BIG PHARMA. Dan da dan.

PAGI INI  dalam Hokkien saya nampak ASAP PUTIH di langit biru. Saya dah beberapa kali ternampak fenomena ini. Beberapa tahun dulu ada saya menulis hal ini – SAYA BERTANYA apa maknanya ini ?

Pagi ini saya ternampak sekali lagi  – jelas dan terang kerana langit biru  MAKA saya WAJIB MEMBACA  dan mendalami  pemahaman tentang fenomena ini.

SAYA SEDAR – ini di cap TEORI KONSPIRASI – tapi  saya sendiri nak tahu – Apa PUKI MAK yang saya lihat dan rakam pagi ini. AMIN

HOKKIEN
Pagi ini cerah segar. Langit biru indah. KL & KL Sentral cerah. Matahari bersinar membakar pipi.  Kemarin panas  tak hujan. Angin sejuk  banyak daun berguguran di kawasan Le Chateau.

Belum sampai ke Wakaf Pertama dua Puppy muncul.  Gua beri Friskies -  yang lain tak kelihatan. Lepas melintas Wakaf Pertama Siti dan Jantan Baik muncul. 

Kali ini Puppy Itam pun ada. Lima Puppy dan Jantan Baik. Makan pagi ini SPESIAL – banyak kaki ayam dan tulang – ini lebihan dari sup  gua.

Terkukur berlagu jauh. Pagi ini gua tak dengar suara How Wow – yang gua dengar bunyi mesin rumput.

Berjalan pulang gua ternampak Siti berehat atas makam – Pasti dah kenyang. Tapi ramai-ramai ikut gua ke Wakaf Pertama untuk  dapat makan lagi.

Ketika gua tabur Friskies – dua ekor Tiong muncul – nampaknya Tiong pun dah tahu program gua.

Indah – indah sungguh pagi ini. Amin.

BRO
SENYUM
SENYUM UNTUK
MENYAMBUT SELASA
SEPERTI BIASA

BRO
Lebih baik lu putus cinta dari tak pernah bercinta

BRO
Akhirnya cinta kasih sayang yang lu dapat sama seperti kasih sayang yang lu lakukan.

BRO
Ketika lu  beromen dan bercinta waktu berjalan cepat. Bila lu menunggu bas di Pudu waktu berjalan amat lambat. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA