Selasa, 20 Januari 2026
PROJEK MOSSAD DAN CIA
Angka korban tunjuk perasaan di Iran melebihi 3,000 mangsa
DUBAI: Angka korban dalam tunjuk perasaan di serata Iran telah melebihi 3,000 orang, menurut kumpulan hak asasi HRANA yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).
Sementara itu, aktiviti Internet dilaporkan 'meningkat sedikit' di dalam negara itu selepas sekatan selama lapan hari.
HRANA berkata mereka dapat mengesahkan sebanyak 3,090 kematian, termasuk 2,885 penunjuk perasaan setakat ini selain lebih 10,000 individu ditahan, ketika bantahan berterusan di ratusan lokasi merentasi semua wilayah negara itu.
Ini menyusuli laporan daripada penduduk bahawa tindakan keras pemerintah berjaya mengurangkan tunjuk perasaan buat masa ini, dengan media pemerintah melaporkan lebih penangkapan dilakukan.
Bandar ibu negara Tehran juga dilaporkan agak tenang selama empat hari ini, kata beberapa penduduk kepada agensi berita Reuters.
Beberapa dron dilaporkan berlegar di udara bandar ibu negara itu, namun tiada tanda-tanda tunjuk perasaan besar kelihatan pada 15 atau 16 Januari, kata penduduk yang meminta nama mereka dirahsiakan bagi alasan keselamatan.
Seorang penduduk di sebuah bandar utara di Laut Kaspia berkata jalan raya di sana juga kelihatan tenang.
Tunjuk perasaan itu tercetus pada 28 Disember menyusuli kesempitan ekonomi, dan berkembang menjadi demonstrasi besar-besaran yang menuntut pengakhiran pemerintahan ulama di Republik Islam itu.
Apa yang membezakan gelombang bantahan kali ini adalah skop dan matlamatnya, di mana slogan yang dilaungkan bukan lagi menuntut perubahan dasar tertentu, sebaliknya menolak keseluruhan sistem autoritarian.
Rakaman yang disahkan media antarabangsa menunjukkan penunjuk perasaan melaungkan, 'Mati diktator' dan 'Rakyat Iran, bangkit tuntut hakmu', mencerminkan kemarahan yang tidak lagi terbatas pada isu ekonomi.
Ia terus meruncing menjadi keganasan besar-besaran pada hujung minggu lalu.
Menurut kumpulan pembangkang dan seorang pegawai Iran, lebih 2,000 orang terbunuh dalam pergolakan dalam negara paling buruk itu yang direkodkan sejak Revolusi Islam Iran pada 1979.
"Kajian menunjukkan peningkatan sangat sedikit dalam sambungan Internet di #Iran pagi ini selepas 200 jam penutupan," menurut kumpulan pemantau Internet NetBlocks yang memuat naik kenyataan itu di X.
Tahap sambungan Internet masih sekitar dua peratus berbanding tahap biasa, kata NetBlocks.
Segelintir rakyat Iran di luar negara turut melaporkan di media sosial bahawa mereka berjaya menghantar mesej kepada pengguna yang berada di dalam Iran pada awal 17 Januari.
Presiden AS, Donald Trump, yang pernah mengugut akan mengambil 'tindakan keras' sekiranya Iran menggantung penunjuk perasaan, berkata pemimpin Tehran telah membatalkan hukuman gantung beramai-ramai.
"Saya amat menghargai bahawa semua hukuman gantung yang dijadualkan, yang sepatutnya dijalankan semalam (lebih 800 orang), telah dibatalkan oleh pimpinan Iran. Terima kasih!" tulis Trump di media sosial.
Namun, Iran belum mengumumkan sebarang rancangan untuk pelaksanaan hukuman tersebut, atau menyatakan ia telah dibatalkan.
Pelajar dan ekspatriat India yang pulang dari Iran berkata pergerakan mereka terbatas dalam penginapan masing-masing semasa berada di negara itu, dan tidak dapat berhubung dengan keluarga di India. - REUTERS
APA BERLAKU
BUKAN TUNJUK
PERASAAN
POLITIK JALAN RAYA
AMIN
AJEN MOSSAD
AJEN CIA
AJEN MI6
YANG BERSENJATA
TELAH MENEMBAK
PARA PENDEMO
DAN POLIS
AMIN
AJEN MOSSAD
TELAH MEMBAKAR
MASJID
BALAI POLIS
HOSPITAL
AMIN
TUJUAN UNTUK
MENIMBULKAN
HURU HARA
DENGAN NIAT
NAK RUNTUHKAN
KERAJAAN
KHALAS
TAK SUKA BAHASA MELAYU
TAK SUKA
BAHASA MELAYU
SILA TINGGALKAN
TANAH MELAYU
AMIN
Unknown commented on
"TAK SUKA BAHASA MELAYU SILA TINGGALKAN TANAH MELAYU"
Bangla belajar bahasa melayu dalam tiga hari, Nepal belajar tujuh hari, Rohingya belajar satu minggu, manakala India Pakistan Myanmar belajar dua hari, kena paksa Melayu bandar bercakap bahasa Melayu, golongan kayangan bercakap bahasa Yunani? Aristokrat bercakap bahasa Mesir tidak guna bahasa melayu? Adakah dikatakan golongan keparat ops koperat bercakap bahasa asing ?
Kah kah kah bercakap tak ada masalah mengurangkan rasuah masalah negara woit, sikap tamak penyakit kanser payudara meraba punggung orang masalah keluarga, menghisap pelir masalah individu kah kah kah banyak masalah lain curi duit rakyat pun masalah juga woit, rakyat susah golongan kayangan makan free berak lancar masalah dunia kah kah kah
PARU HIJAU KUALA LUMPUR
HOKKIEN
DAN KWANTUNG
JADI PARU HIJAU
KUALA LUMPUR
KHALAS
Unknown commented on
"HOKKIEN & KWANTUNG
TAMAN HIJAU UNTUK KUALA LUMPUR"
untuk perhatian hokkien& kwantung d bawah menteri alam sekitar & keterjaminan makanan plus DBKL utk lebih madafaka oops silap madani oops silap bukan2 tapi lebih kelastrian alam utk negara hehehe! menteri kena mantap??
PAGI INI
PAGI INI
PAGI INI
SELASA 20 JANUARI 2026
MAHARAJA TRUMP
EROPAH & NATO
Negara Kesatuan Eropah sedang dalam krisis. Negara anggota NATO dalam krisis. Semua kerana Presiden Trump.
Niat Trump nak jajah Greenland kini menjadi isu besar di Eropah. Trump masih berkeras untuk mengambil Greenland untuk di jadikan tanah jajahan.
Trump umum semua negara Eropah yang tak sokong projek Trump jajah Greenland akan di kena tariff 10%. Tariff bermula 1 Februari - akan dikenakan kepada UK, Denmark, Norway, Jerman, Belanda, Sweden, France dan Finland.
Pada 1 Jun tarif ini akan di naikan kepada 25%.
EROPAH GELABAH – apa nak buat dengan dasar Trump ini ?
Mereka semua dalam NATO. Salah satu fasal perjanjian NATO ialah membantu negara anggota yang diserang musuh. Sweden, Finland, UK, France, Jerman dan Denmark anggota NATO.
Musuh yang menyerang Denmark ialah Amerika – juga anggota NATO. Jeng jeng jeng.
APA AKAN BERLAKU
PERTAMA : Ada kemungkinan Dewan KONGRES akan menolak rancangan Trump. Tapi ini Trump - dia tak ambil pot.
KEDUA : Jika kaum kapitalis merasa Trump mengancam Sistem Ekonomi Kapitalis Dunia maka mereka akan melakukan sesuatu. Trump akan di JIMATKAN.
KETIGA : Semua bergantung dengan apa pandangan DAULAH TERPENDAM – apakah mereka bersetuju untuk menjimatkan Trump?
KE EMPAT : Semua bergantung kepada apa keputusan Zionis dan Israel. Trump amat rapat dengan Israel. Menjimatkan Trump bermakna projek GREATER ISRAEL terganggu.
Kita tunggu dan lihat. Dalam masa yang sama juga kita wajib bersedia kerana Maharaja Trump pasti akan menghuru harakan dunia dala masa terdekat !!! Amin
HOKKIEN
Pagi ini sejuk basah. Kemarin hujan petang. Matahari dah muncul cahaya lemah. Langit biru pucat. KL & KL Sentral berkabus nipis.
Di Pintu Masuk Cengkerik bersimponi. How Wow dah beralih dari atas bukit kini bersuara dekat Pintu Masuk. Tekukur berlagu dalam sawah rumput.
Jalan lengang. Tapi bila gua melintas Wakaf Pertama Jantan Baik dan 3 Puppy muncul. Siti tidak kelihatan.
Gua ternampak satu kumpulan Pipit Uban – mereka masih berkumpul di tempat yang sama. Pagi ini tidak ramai sangat.
Jantan Baik dan 2 Puppy mengikut gua berjalan ke Wakaf Tiga. Kemudian berlari bergurau.
Berjalan pulang Siti muncul dari bukit tepi Wakaf Dua. Yang lain tidak kelihatan.
Kembali ke Wakaf Pertama gua beri makanan. Emak muncul menambah bilangan. Ketika gua tabur Friskies Tak Tak hanya melihat - dia dah mengerti makanan ini bukan untuk dirinya.
Gua yakin panas akan sampai. Tak Tak dah menjalar di balkoni walau pun cahaya belum sampai. Amin
BRO
SENYUM
SAMBUT PAGI SELASA
DENGAN SENYUMAN
BRO
Lu jangan berdendam – nanti lu pikul dendam berat ini ke hulu ke hilir.
BRO
Jika lu sayang pada diri lu - lu tak akan sakiti hati orang lain.
BRO
Beradalah di tempat lu berada. Jika tidak lu akan di tinggalkan kehidupan. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA
Langgan:
Ulasan (Atom)



.jpeg)


