Khamis, 29 Januari 2026
BINTANG K-POP BERNAMA ROSMAH
Bekas Wanita Pertama Korea Selatan dihukum penjara 20 bulan akibat rasuah
SEOUL: Bekas Wanita Pertama Korea Selatan, Kim Keon Hee, dihukum penjara 20 bulan oleh Mahkamah Daerah Pusat Seoul hari ini, selepas didapati bersalah menerima suapan barangan mewah daripada sebuah pertubuhan keagamaan.
Hakim Woo In Sung memutuskan Keon Hee, 53, bersalah atas pertuduhan rasuah selepas menerima barangan mewah termasuk beg tangan Chanel dan rantai Graff daripada pertubuhan itu.
Namun, mahkamah berkenaan membebaskannya daripada pertuduhan manipulasi saham dan pelanggaran undang-undang pembiayaan kempen pilihan raya.
Pendakwa raya sebelum ini menuntut hukuman penjara selama 15 tahun.
Dalam penghakimannya, Hakim In Sung berkata, kedudukan Keon Hee, sebagai isteri presiden ketika itu memberinya pengaruh besar yang disalahgunakan untuk kepentingan peribadi.
"Kedudukan seseorang tidak boleh dijadikan alat untuk mengejar keuntungan peribadi," katanya.
Bagaimanapun, Keon Hee masih berdepan dua lagi perbicaraan berasingan berkaitan rasuah dan pelanggaran Akta Parti Politik, termasuk dakwaan mengatur kemasukan lebih 2,400 pengikut Gereja Penyatuan ke dalam Parti Kuasa Rakyat pimpinan suaminya, Yoon Suk Yeol, ketika itu.
Suk Yeol turut dipenjarakan atas kesalahan berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera pada Disember 2024 yang mencetuskan krisis politik besar di negara itu.
Siasatan terhadap kes Keon Hee turut membawa kepada penahanan pemimpin Gereja Penyatuan, Han Hak Ja, serta hukuman penjara terhadap beberapa individu lain termasuk bekas pegawai gereja dan ahli parlimen pembangkang yang menerima dana haram.
Kontroversi membabitkan Keon Hee sering membayangi pentadbiran Yoon, termasuk skandal penerimaan beg tangan mewah yang menyumbang kepada kekalahan besar parti pemerintah dalam pilihan raya umum 2024. – AFP
DI KOREA
ADA NAJIB
DAH MASUK JIL
AMIN
DI KOREA
ADA ROSMAH
DAH MASUK JIL
AMIN
SEMUA SAMA
MACAM MALAYSIA
TAPI MALAYSIA
TAK ADA K-POP
KAH KAH KAH
KHALAS
YANG BERILMU SEBAR PENCERAHAN
YANG BERILMU
SEBAR
PERCERAHAN
AMIN
Unknown commented on
"SEMUA SEDIA MENUNGGU SEKALI LAGI"
Tak ada kena mengena, meletup kah terbang kah hancur kah selagi aku dapat makan minum selesa senang lenang tiada masalah pun, semuanya sekadar topik perbualan di tepi jalan sambil menikmati kopi o kah kah kah
bangsa yang akan menghancurkan tamadun manusia, dimana sahaja akan wujud kelompok begini, hampir keseluruhan berada di kawasan selatan kah kah kah puak pelampau mencari syurga cara mudah amin kah kah kah
BILA BERILMU
LU BIJAK
LU BERILMU
AJARLAH KAMI
AMIN
Unknown commented on
"KENALI APA ITU ASAP KIMIA"
itulah masalahnya bila tak belajar sains di sekolah! asyik berseloka dan bergurindam. lantak kaulah isham. biarlah duduk dalam kumpulan orang bodoh. kah kah kah!
Unknown commented on
"PAGI INI"
habislah kau isham. brickfield telah "diracun". kau dah tua-tua nie masih bodoh. kau belajar apa di universiti dulu? gua dah tau apa benda tu, gua tak mau cerita. biar lu panik! kah kah k
PAGI INI
PAGI INI
PAGI INI
KHAMIS 29 JANUARI 2026
HAJI DESUS
LEBAI DESAS DAN HAJI DESUS
Dah ada berita disebar oleh Lebai Desas dan Haji Desus : PRU16 – tak lama lagi.
BUKTI ?
Buktinya Madafaka sedang sibuk nak buat reform – nak buat itu dan ini – beri arah pada pegawai kerajaan dalam 1 minggu tak berubah boleh blah – kah kah kah. Masuk akal ?
Madafaka pun dah naikan gaji penjawat awam – ini RASUAH untuk beli undi – kah kah kah – Penjawat awam marah kerana DAP dilihat ambil alih kerajaan – maka Madafaka terpaksa beri rasuah untuk ikat sokongan.
Paling masuk akal ialah parti lawan sedang BERTERABUR – AZMIN berjaya mencucuk Muhyiddin untuk kacau Bersatu ada kacau PN.
Lebai Desas kata : Azmin dah jumpa Boy Fren lama beberapa kali kah kah kah AMIN.
HOKKIEN
Pagi ini langit pucat mendung. Matahari tak kelihatan. KL & KL Sentral berkabus agak tebal – kemarin macam ujan tak jadi.
Di Pintu Masuk gua dengar Jantan berkokok – SUARAN JANTAN DATANG dari arah tempat How Wow – pagi ini How Wow tak bersuara. Cengkerik dalam hutan belukar berdesit kuat.
Baru nak masuk ke jalan besar gua dah nampak dua Puppy menunggu – bila hampir ke Wakaf Pertama yang lain datang. Gua beri makanan disini. Siti muncul.
Ha ah amat menarik – Dua ekor Tiong dah ada menunggu – gua rasa ini pastilah Tiong yang sama – Mereka dah tahu akan ada makan disini.
Pagi ini gua gumbira melihat Siti adik beradik makan bersama Tiong.
Gua yakin hari ini akan panas. Langit masih kelam tapi gua rasa tak lama lagi Tuhan Ra akan muncul. Amin.
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
KHAMIS
BRO
Yang dah berlalu biarkan berlalu – lu buka kitab baru pagi ini.
BRO
Lu tak perlu sesal dalam hidup – hari susah jadi guru. Hari senang bawa bahagia.
BRO
Waktu yang ada pada kita terbatas. Jangan gunakan untuk hidup orang lain. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA
Langgan:
Ulasan (Atom)






