Khamis, 29 Oktober 2020

TER HOTT TER NOW PROJEK MADEY

 


YA ASAL 

BALIK USUL

APA KAH  INI

IDEA AWAL

SEBELUM NAWAR BEWRJAYA

 KELENTONG

MAT SABU

 GUNAG ENG 

I GOT THE NUMBO

AMIN


Dr Mahathir jumpa 

pemimpin parti, 

bincang kerajaan 

perpaduan,

 kata sumber

BEKAS perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mengadakan siri pertemuan dengan beberapa pemimpin parti dan ahli politik merundingkan pembentukan sebuah kerajaan perpaduan, kata sumber.

Dalam masa tiga hari ini, pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu bertemu dengan ahli Parlimen veteran Tengku Razaleigh Hamzah, Presiden Amanah Mohamad Sabu, dan menteri kerajaan Perikatan Nasional Dr Zulkifli Mohamad.

“Ada perbincangan antara mereka untuk bentuk kerajaan perpaduan,” kata sumber kepada The Malaysian Insight.

Sebelum itu, foto pertemuan Dr Mahathir dan tiga pemimpin itu dimuat naik ke laman Facebook kumpulan penyokongnya Kelab Che Det.

Sumber juga berkata Dr Mahathir dijadual mengadakan pertemuan dengan pemimpin pembangkang lain termasuk dari DAP dan Warisan dalam sehari dua ini.

“Mereka akan bertemu untuk membincangkan kemungkinan itu sebelum Parlimen bersidang,” katanya.

Dewan Rakyat akan mula bersidang pada Isnin selama 27 hari, dengan agenda utama pembentangan Belanjawan 2021 pada 6 November.

Tiga foto yang dipaparkan oleh di akaun Facebook Kelab Che Det diiringi tulisan pendek yang menyifatkan kerajaan perpaduan adalah formula terbaik untuk Malaysia, yang pada masa ini sedang diuji penularan Covid-19 dan kesan ekonomi wabak.

“Parti politik perlu diketepikan buat masa sekarang dan sebaliknya hanya kepentingan negara sahaja yang diutamakan,” kata tulisan itu.

Kelab Che Det juga mengaitkan kerajaan perpaduan pada masa ini dengan titah nasihat Yang di-Pertuan Agong supaya semua pihak berhenti berpolitik.

Di tengah kemelut percaturan politik selepas letak jawatan perdana menteri pada hujung Februari lalu, Dr Mahathir pernah mengutarakan idea sebuah kerajaan “tanpa parti politik”.

“Politik, orang politik dan parti politik terlalu utama politik sehingga lupa negara menghadapi masalah ekonomi dan kesihatan yang mengancam negara.

“Saya berpendapat betul atau tidak, politik dan parti politik perlu diketepikan buat masa sekarang. 

“Jika dibenar saya akan cuba adakan pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana parti. Hanya kepentingan negara sahaja yang akan diutamakan,” katanya ketika itu.

Muhyiddin beritahu Dr Mahathir mahu jumpa, kata sumber Bersatu

Sementara itu, The Malaysian Insight difahamkan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu minggu ini membincangkan kemungkinan Muhyiddin Yassin bertemu dengan Dr Mahathir, lapan bulan selepas langkah politik yang memutuskan hubungan antara dua pengasas parti itu, kata sumber Bersatu.

The Malaysian Insight difahamkan mesyuarat majlis tertinggi parti pada Selasa mendengar daripada Muhyiddin tentang adanya “usaha dari Dr Mahathir” untuk mereka berjumpa.

“Presiden minta pandangan kami mengenai perkara itu Ada usaha dari Dr Mahathir untuk berjumpa (dengan Muhyiddin),” kata sumber yang enggan dinamakan yang maklum mengenai perbincangan itu.

Seorang pegawai kepada Dr Mahathir bagaimanapun berkata bekas perdana menteri tidak meminta untuk bertemu dengan Muhyiddin, malah pertemuan seumpamanya tidak ada dalam jadual.

“Kita tentu sekali tak buat (atur untuk pertemuan),” kata pegawai berkenaan.

The Malaysian Insight difahamkan usaha ini digerakkan oleh individu di luar lingkungan politik yang mahu melihat kestabilan politik negara.

Gerakan mempertemukan mereka berdua muncul ketika Muhyiddin dikatakan sudah hilang majoriti di Dewan Rakyat, yang sedang dicabar oleh usul tidak percaya dan undi terhadap cadangan Belanjawan 2021, yang akan dibentang minggu depan.

Seorang lagi sumber ahli MPT Bersatu berkata Muhyiddin meminta pandangan mereka sejauh mana pertemuan itu, sekiranya berlaku, boleh menjejaskan hubung parti dengan Umno yang sedia goyah.

“PM khuatir kalau pertemuan itu diketahui. Ia akan jejaskan rundingan dengan Umno,” kata sumber.

Kedua-dua sumber tidak mendedahkan hasil perbincangan atas perkara yang dimaklumkan kepada mereka oleh Muhyiddin.

Pemimpin Bersatu sebelum ini mendedahkan dalam tempoh lapan bulan lalu Muhyiddin pernah mencuba untuk bertemu dengan Dr Mahathir dengan menulis surat dan mengirim pesan melalui orang tengah tetapi tidak dilayan.

Sementara itu, seorang sumber kerajaan berkata Muhyiddin serius menimbang untuk berbaik semula dengan Dr Mahathir, terutama selepas Umno mengancam menarik balik sokongan terhadap pentadbirannya.

“Beliau (Muhyiddin) mahu menambah sokongannya,” kata sumber.

Dr Mahathir dan kumpulannya yang menubuhkan parti baharu Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mempunyai lima kerusi di Dewan Rakyat. – 29 Oktober, 2020.



DALAM KEADAAN

SEKARANG YANG

WAJIB DITUBUH

KERAJAAN 

PERPADUAN

 BUKAN

KERAJAAN BANDUAN

AMIN



2 ulasan:

hamim berkata...

TT, bincang KERAJAAN PERPADUAN *KP*?? Jika YA... itu yang tersurat, tapi apa yang tersirat??? Pok Jib ada C4 PN ada C5, mungkinkah KP ada C6??

Mansorsa berkata...

KERAJAAN PERPADUAN
Demi Negara yang Tercinta dan Rakyat yang SUSAH. SYABAS SYABAS SYABAS