Selasa, 3 Februari 2026

KAWAN ANWAR BIN IBRAHIM




INTERPOL hantar notis merah kepada 196 negara untuk tahan Riza Chalid


JAKARTA: Polis Antarabangsa (INTERPOL) mengeluarkan notis merah bagi penangkapan salah seorang taikun minyak terbesar negara itu berhubung skandal rasuah bernilai AS$17 bilion (kira-kira RM67 bilion), menurut pihak berkuasa.

Mohammad Riza Chalid, yang digelar taikun minyak, dikehendaki pihak berkuasa di Indonesia kerana didakwa terbabit rasuah di syarikat minyak milik kerajaan, Pertamina, antara 2018 hingga 2023, termasuk pengubahan wang haram dan manipulasi perjanjian pajakan.

Setiausaha Biro Pusat Kebangsaan INTERPOL Indonesia, Widyatmoko berkata notis merah sudah dikeluarkan Interpol pada 23 Januari lalu.

"Kami tidak dapat menyatakan lokasi tepatnya, tetapi kami sudah tahu," katanya.

Notis itu dihantar kepada 196 negara anggota INTERPOL untuk mendapatkan bantuan penguatkuasaan undang-undang di seluruh dunia bagi mengesan dan menahan Riza, 66, secara sementara.

Julai tahun lalu, Riza, anaknya Muhammad Kerry Adrianto Riza dan beberapa pegawai kanan Pertamina dinamakan dalam kes rasuah berkenaan.

Menurut Pejabat Peguam Negara, semua suspek berkenaan didakwa bekerjasama untuk mengimport minyak mentah daripada pembekal luar negara pada harga tinggi berbanding mendapatkan bekalan secara domestik seperti ditetapkan undang-undang Indonesia,

"Dianggarkan nilai rasuah itu sebanyak AS$17 bilion (kira-kira RM67 bilion) dan setakat ini 18 individu sudah dinamakan sebagai suspek dalam kes terbabit.

Pejabat Imigresen Indonesia juga memaklumkan pasport Riza sudah dibatalkan pada Oktober tahun lalu.

Indonesia sudah lama bergelut dengan isu rasuah dan menahan ramai penjawat awam dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Pada 2023, seorang bekas menteri komunikasi dipenjara selama 15 tahun selepas didapati bersalah dalam kes rasuah yang menurut penyiasat merugikan negara lebih AS$530 juta (kira-kira RM2.089 bilion). - AFP

BUKAN KAH

PENJAHAT INDON

INI KAWAN

KEPADA ANWAR

BIN IBRAHIM

AMIN

SAJE TANYA

KERANA MEDIA

INDON DAH

TIMBULKAN

PERKARA INI

KHALAS

JANGAN ANGKUH DENGAN KUASA


JANGAN ANGKUH

DENGAN KUASA

AMIN

Unknown commented on
 "TUHAN TAK BERSUARA"

Kadangkala kita manusia ini sembang macam dunia milik kita, langit milik kita, tanah milik kita, sungai laut milik kita sahaja tetapi hakikatnya tidak? Semuanya pinjaman sementara ingat orang-orang yang berkuasa, yang terdahulu membina segala kemudahan yang kamu nikmati sekarang, sama saja kamu meneroka tanah meneroka sungai sejarah berasal dari tanah kembali ke tanah akhirnya, kah kah kah

agama ciptaan manusia, ayat-ayat ciptaan manusia juga, kepercayaan berbeza-beza bergantung kepada tulisan beribu tahun dahulu, tetapi siapa menulis sejarah? Sejarah ditulis oleh orang-orang yang senada dengan pemerintah ketika itu, 

sebab itulah yang melawan Jepun jadi komunis, yang cium tangan British jadi hero, sejarah berpihak kepada siapa kamu cium kah kah kah kalau tak cukup akal baik belajar lagi amin kah kah kah bodoh majoriti

BEZA HAIWAN DENGAN MANUSIA

 



BEZA HAIWAN

DENGAN MANUSIA

AMIN

MANUSIA BERFIKIIR

BOLEH MENIPU

KHALAS

Unknown commented on

 "LANGKAH BIJAK"

haiwan jenis x cakap tapi baik !!! tolong menolong bukan kemanusiaan saja tapi kat haiwan sama nanti x dak haiwan babi pun x boleh beli & makan kah kah kah


Unknown commented on

 "LANGKAH BIJAK"


jangan pandang haiwan sebelah mata mereka pun ada wilayah keluar cari makan kat diri & keluarga depa x kenai anwar ibrahim & menteri kabinet madani yang bijak pandai cakap kah kah kah haiwan jenis yang bersyukur cuma x habaq kat umum !!!

PAGI INI


PAGI INI





PAGI INI

SELASA 3 FEBRUARI 2026

HARI SURAT BERANAK


HARI INI PADA 74 TAQHUN DULU PADA 3 Februari 1951  -  SURAT BERANAK GUA  di keluarkan oleh  Rumah Pasung Padang Lebar Kuala Pilah. Gua di rakam sebagai lahir pada tarikh ini. 

Sebenarnya salah.  

Yang buat laporan gua  lahir inilah Zaleha Sidek – Emak gua – dia berbasikal dari Sekolah Tapak ke Padang Lebar untuk  laporkan kelahiran gua.

‘ Dah bosar budak ni...agaknyo yo... ‘ 

Ini suara dari Mata-Mata bertugas di Rumah Pasung pada tengah hari itu.  Mata-mata ini  tahu sosok yang melapor itu ialah sosok yang melahirkan anak.

Ini surah yang saya dengar dari Emak gua tentang sejarah kelahiran  gua. . 

Hakikat gua dah lahir awal dari tarikh Emak gua  ke Rumah Pasung.  Hakikatnya  3 Februari 1951 BUKAN hari gua di lahirkan – ini fakta – Gua rasa gua lahir dalam bulan OKTOBER 1950 – bila? Hari mana? Hanya GURU NANAK YANG TAHU. 

Gua lahir di zaman  kolonial.  Rumah Pasung masih ada OCPD Mat Salleh. Bapak gua jadi soljar – jadi bila gua lahir tak da sapa yang pergi lapur – bila Emak gua dah sihat – dah habis pantang -  dia berbasikal ke Padang Lebar. 

Justeru secara resmi gua di lahir pada 3 Februari 1951 – ini tarikh dalam Kad Pengenalan – ini tarikh dalam Pasport – tapi gua tahu ini BUKAN tarikh yang benar.

Gua tak pernah merayakan Hari Lahir. Budaya Melayu kaum keluarga  di kampung gua tidak pernah merayakan Hari Jadi. Justeru sebagai penganut Budaya Melayu gua  ikut sama.    Amin

PENDATANG HARAM
Tiap hari gua baca Pendatang Haram kena tangkap - ada operasi ini dan itu. Mereka diserbu polis dan imigresen.

 Gua tahu mereka  datang nak cari kerja BUKAN nak buka GENG SCAM seperti Pendatang haram dari China Merah. Bangla, Indon, Patani,  Myanmar – semua datang nak cari kerja – Ah Lan Wa Sah Lan – Selamat datng dari Gua.

Kini dah ada KARTEL TERSUSUN DENGAN HUBUNAGN DENGAN POLITIKUS dan penjawat awam. Ini industri  menyeludup masuk pendatang. Dikatakan  industri ini bernilai berbilion ringgit.

Tapi polis  dan imigresen hanya tangkap Sang Pendatang – Datuk dan Datuk Seri  yang mengatur dan menyusun  penyeludupan  ini BEBAS KAYA RAYA.

Pendatang ini bergadai bergolok untuk membayar KARTEL  SELUDUP ini. Pendatang ini banyak yang kena tipu. Malah kerana mereka tidak ada status halal maka MEREKA AKAN TERUS KENA PAU – bayar sana bayar sini..

Bila di tangkap hantar ke kem tahanan. Untuk gua tangkap dan hantar ke kem – cara TIAK BIJAK - Pasti pakai DUIT KERAJAAN – beri makan dan pengawalan  dalam kem.  Justeru  kita wajib kreatif dan memikirkan CARA TERBAIK – untuk mengendalikan Pendatang Haram ini.

Kita perlu tenaga mereka. Mereka bekerja membina negara Malaysia. Gua rasa  berilah mereka status yang halal agar mereka  tidak terus kena tipu da kena pau. 

Mereka cari makan  - tanpa tenaga  warga asing Malaysia tak jadi Malaysia – dan hidup kita akan merosot. AMIN.

HOKKIEN
Pagi ini cerah segar sejuk. Angin kuat. Daun bertaburan di  Le Chateau.  Matahari dah bersinar. Langit biru indah. KL & KL Sentral cerah. Kemarin angin kuat hujan tak jadi. 

Gua masuk gua dengar suara How Wow dari pokok tinggi atas bukit. Pagi ini gua dengar suara Tupai – orang kampung kata – TUPAI MENEGUR – bila Tupai nampak kita masuk ke hutan.

Gua masih menapak di lorong masuk – gua ternampak Emak di jalan – kemudian  4 Puppy muncul tapi Siti dan Jantan Baik tak kelihatan. Gua beri nasi.

Tiga Abang Potong Rumput sedang bekerja – wow – ramai Tiong  loncat meloncat mencari rezeki. Wilayah yang di potong pagi ini adalah  wilayah yang gua nampak ratusan Pipit – kini tempat rezeki Pipit dah  jadi kawasan rumput  pendek.

Tertiba Siti dan Jantan Baik muncul – mereka ikut gua  ke Wakaf Tiga. Bila gua bersenam Siti rehat menunggu.

Kami pulang dan berhenti di Wakaf  Pertama. Ramai sedang menunggu untuk mendapat Friskies.  Pagi ini hanya saekor Tiong muncul – Isteri atau Suami tak kelihatan. 

Hari ini pasti panas. Cahaya dah melimpah di balkoni.   Hari ini masih hari cuti.  Menyambut  Hari Wilayah.   Jika hujan petang malam sejuk enak. Amin

SENYUM
SENYUMLAH
SAMBUT PAGI SELASA

BRO
Lu relak lu tenang lu sabar lu akan  gumbira bahagia.

BRO
Hati lu akan berasa tenang jika lu memiliki prasangka baik.

BRO
Dalam suasana hening lu akan temui ketenangan. Amin.

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI