Rabu, 13 April 2011

CERITA CERITA DARI MIRI




TEMPAT AKU BUAT BERITA



nota:
ini adalah gedung membeli belah pertama
di miri - dulunya cukup hebat - kini
malap dan sakit kerna dipukul oleh
modal antarabangsa - parkson sampai

nanti bila giant/tesco sampai
semua tamu kecil kecil ini akn wafat

tak percaya tunggu dan lihat
buktinya di kota bahru
pasar khadijah hampir wafat

ada bebera sibercafe di tingkat satu
3 ringgit untuk satu jam - disini
aku mengetik - note book aku dibilik
yang bertalian denagn celcom hampeh
macam pakai gambir serawak slow dan kebas kah kah kah


nota:
yang atap merah itu ialah bangunan tamu

UMAI UMAI DARI MIRI

pagi ini tidak hujan seperti dua minggu dua hari dulu.
cuaca indah - nyaman. aku bangun agak awal - terus
melihat akhbar borneo post yang aku ambil dari ruang tamu.
hampeh !

sesudah mandi aku keluar dan menuju ke tamu
nah! tamu ialah pasar - mulanya aku hairan dengan
perkataan ini - rupa-rupanya tamu itu pasar -

petang ini aku nak mencari buku kamus iban/inggeris/iban/ melayu
ini bhasa yang menarik - sayang sekali seharusnya kiat semua disekolah
diajar serba sadikit ilmu pengetahun tentang sabah/sarawak

yang aku tahu tentang sarawak hanya siput sarawak dan nenas sarawak
gamir sarawak pernah dengar ini ubat gigi yang terbaik!


INI PASAR IKAN




DI TAMU

wow - aku mencari dan melihat barang dan sayuran
yang tidak pernah aku lihat - akhirnya aku membeli ikan
terubuk masin, ikan tenggiri jeruk dan tepung sagu
mak cik si penjual tepung ini mencadangkan agar aku membeli
satu kilo untuk isteri - lalu aku katakan isteri aku telah lari
dengan mat taib - kami terbarai ketawa kah kah kah

aku perhatikan buah buahan tempatan amat kurang
buah impot amat mahal - buah tempatan hanya limau
nampak gagalnya dasar pertanian sarawak
tanah yang bagini subur seharusnya penuh dengan
buah buahn tropikal

NGELENCONG

dari tamu sayur aku ngelencong ke tamu ikan
abang dan pak cik jual ikan pelik
tiap hari aku datang melihat dan melihat

untuk aku tidak adalah nikmat yang paling nikmat
adalah melihat ikan iakan segar

memang aku lihat ikan ikan dipasar ini segar
dan menarik sekali - aku sudah merancang
ikan mana yang aku aku bawa pulang - aku lihat
snapper/ikan merah cukup segar - hanya 20 ringgit sekilo
tidak mungkin harga ini kita temui di kuala lumpur

udang laut juga murah
ikan oarang juga murah
dan paling menarik ialah makeral

GERAGAU BUBUK

nah! untuk pembaca tukar tiub yang budiman
adakah kamu tahu bahawa disini
orang dirumah membuat belacan sedndiri
mereka membeli geragau atau bubuk
hanya 6 ringgit satu kilo

kali akhir aku diajar tentang belacan ialah di langkawai
ketika ini aku menulis tentang makanan untuk
off the edge ( arwah ) - menarik -

nota:
aku sedang merancang untuk memask
tetapi masih belum ada jalannya

kalau di tokyo aku boleh memasak
mustahil di miri aku tak boleh !



MINUMAN PAGI

dari tamu ikan aku ngelencong ke warung
aku terlihat warung cendol
aku tekah merasa cendok miri
jawabnya : gagaaaaaaal

aku memblei kueh /kopi kosong ini sarapan aku

aku ternampak anak lelaki - lalu aku panggil
ke meja - dia ini tuan punya kedai cendul - dan disebelahnya
aparatus cendolnya kakak iparnya sedang berniaga minuman

anak muda ini bernama taifik bin khamis
ibunya kedayan dan ayahnya melanau
bila ku tanya dia apa?
'aku melayu'

dia berumur 28 tahun - dia membantu isterinya menjual cendol
waroung ini di sewa 30 rinngit sehari
lalu aku bertanya apakah warong ini dimiliki oleh taib mahmud?
dia tersenyum!

kami bersembang - dia berkata yang dia sebenarnya ingin
mencari kerja ynag tetap - ank telah dua
yang tua empat tahun yang kecil 4 bulan
dulu bersekolah di s.m.k st.colomba
datang dari kampong katong lopeng 30 naik motor dari miri

bila aku tanya hal pilihanraya:
' belum pernah mengundi... ini kali pertama...tak kira sapa
asalkan dapat apa yang diminta.. jalan ke kampong aku perlu dibaiki...'

namoaknya isu jalan ini dimana mana
sayang sekali pemimpin barisan berheli ke hulu ke hilir
mereka tak tahu keadaan sebenarnya.

pelanggan datang dia minta diri dan aku pun beredar.


SURAT SURAT DARI SARAWAK


Saya orang Malaya yang baru pindah dari Sarawak (Miri) ke KL. Semasa menjejaki Sarawak buat kali kedua sekitar 3 tahun lepas, saya macam tidak percaya bahawa Sarawak sudah merdeka bersama Malaysia semenjak 1963 ...tetapi taraf kehidupan di sana tidak seperti disemenanjung. Kemudahan awam amat mengecewakan. Saban hari saya mendengar keluhan rakan sekerja mengenai kehidupan di Bumi Kenyalang. Kenapa Sarawak ketinggalan berbanding negeri - negeri lain di Semenanjung. Itulah soalan yang selalu diajukan bila berbicara. Tahniah kepada Brunei kerana tidak turut serta di dalam penubuhan Malaysia. Saya selalu ker Brunei ....berbeza sungguh antara Brunei dan Sarawak. Semasa menetap di Miri, sempat saya membuat perjalanan dari Miri - Brunei ke Sabah ...memang terdapat perbezaan yang ketara di antara Brunei dengan Sarawak dan Sabah.Sekarang inilah masanya untuk penduduk Bumi Kenyalang membuat perubahan untuk Sarawak. Agi Idup Agi Ngelaban.

Oleh Tanpa Nama pada CERITA CERITA DARI SARAWAK pada 11/04/13


BRO TT..KALAU BOLEH WAR2 KAN BERITA INI..DAPATKAN KERATAN AKHBAR DARI BLOG INI SEKARANG... Taib pernah janji mahu letak jawatan pada tahun 1995 Laporan akhbar Straits Times pada tahun 1995, pernah menyiarkan kenyataan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Pehin Taib Mahmud yang pada masa itu berjanji untuk meletakkan jawatan dalam masa lima tahun. Kalau Taib Mahmud tidak memungkiri janji ini dahulu, hari ini tiada rakyat Sarawak yang menolak Barisan Nasional kerana berang dengan perompak besar ini. Sepatutnya sejak tahun 2000 (11 tahun dulu) lagi Taib Mahmud sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak jika dia memenuhi janjinya. Di sini bukti jelas menunjukkan bahawa pemimpin kebanggaan gerombolan songkok tinggi ini adalah penipu besar. Walau bagaimanapun, pihak Pakatan Rakyat seharusnya berterima kasih dengan penipuan Taib Mahmud ini. Dengan adanya pemimpin Barisan Nasional yang merompak harta rakyat, gila kuasa, kronisme dan nepotisme seperti ini, maka tugas Pakatan Lihat lagi...

Oleh Tanpa Nama pada CERITA CERITA DARI SARAWAK pada 11/04/13

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

uncle TT, kamera dah beli ke?

Tanpa Nama berkata...

pak isham...

hari ni..sempena kedatangan Yb ke rumah panjang,dgn murah hatinya mendermakan RM 5000 untuk menganjurkan 'parti' menyambut beliau.2 ekor kinzir gemok tumbang utk kenduri...dan seekor ayam untuk setiap pintu rumah penduduk di dermakan.bkn main suka penduduk kat sini memotong kinzir seawal pukul 8pagi.aku hanya melihat dari jauh penduduk kat sini digula-gulakan.

oh ya..YB itu seorang muslim.
-hadini

Tanpa Nama berkata...

kah3..susah bila kita ditutup mata dan tidak dibenarkan melihat.. tapi susah lagi bila ada mata, tapi tak mau lihat...
cemya lah perumpamaan rakyat srwak tok...

Tanpa Nama berkata...

TT JGN LUPA MAKAN 'MANUK PANSUH'...

DAGING AYAM YG DISUMBAT KE DLM BULUH BERSAMA SERAI, HALIA, REMPAH RATUS,DAUN PUCUK UBI, BAWANG PUTIH, BAWANG MERAH, LENGKUAS, GARAM + AJINOMOTO.......

DAN DIMASAK, MCM MASAK LEMANG...!

NOTA: JIKA DIBAKAR DGN KAYU ARANG LAGI BAIK..! THEN MAKAN SAMBIL MINUM AIR SAUH! HAHAHA!

Tanpa Nama berkata...

Pembetulan
Bangunan tinggi tersebut adalah Yu Lan Plaza, sempena nama isteri Tee Peck Khing, tak pernah dijadikan pusat peniagaan cuma sekarang disewa untuk Jabatan Imigerisen Miri. Bangunan beratap merah di sebelah kanan adalah Tamu Cina

Anak Miri

stephen berkata...

kalau baca Borneo Post atau utusan sarawak, hari2 muka taib kat depan....

Tanpa Nama berkata...

rasanye imigressen sarawak lg gah dan hebat dr imigressen brunei.. pembetulan k.. dan sy rasa sarawak dah smakin maju compare with another state kat semnanjung sana tu..