Sabtu, 5 Jun 2021

LOGO PLAN B PKR

 

 AMANAH DAP

PAKAI SATU

LOGO  SAJE

AMIN

LOGO PKR

AMIN

TOLAK LOGO

PAKATAN

AMIN

INI NAMANYA 

PLAN B

PKR

KHALAS


Pemuda PKR mahu pecah belah Pakatan, kata Pemuda DAP

PEMUDA PKR hanya mahu memecahbelahkan Pakatan Harapan (PH) apabila mencadangkan semua calon gabungan politik itu menggunakan lambang PKR dalam Pilihan Raya Umum ke-15, kata ketua Pemuda DAP Howard Lee.

Katanya, Pemuda DAP sebulat suara menolak cadangan yang diusulkan oleh Ketua Pemuda PKR Akmal Nasir dalam ucapannya di Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini.

“Logo pilihan Pemuda DAP dalam menghadapi PRU yang akan datang ini adalah tidak lain tidak bukan logo Pakatan Harapan,” katanya dalam satu kenyataan, petang ini.

Jelas Lee, cadangan Akmal itu ada nada mahu mengkhianati penyokong dan parti-parti komponen PH.

“Kami tidak boleh terima retorik ini yang boleh memutuskan silaturahim, mencacatkan persaudaraan, dan membunuh kesepakatan antara pendukung Pakatan Harapan.

“Cadangan ini adalah suatu contoh yang mengundang ke arah pemecahbelahan itu,” tambahnya, yang juga timbalan ketua Pemuda PH.

Lee hairan kenapa PH perlu menggunakan lambang PKR dalam PRU15 nanti sedangkan parti itu bukannya diharamkan sementara tiada pula larangan memakai lambangnya.

PH masih disokong oleh penyokong dan rakyat, katanya.

“Mengapa barisan calon Pakatan Harapan beriya sangat hendak menggunakan logo PKR sedangkan logo Pakatan Harapan masih ada? 

“Apa gunanya kekal nama dan wadah Pakatan Harapan itu sekiranya lambang PKR pula yang diguna ganti?” tanyanya.

Lee juga berpendapat isu seperti ini lebih molek dibincangkan di peringkat Majlis Presiden PH, yang juga dianggotai oleh Akmal.

Katanya, mesyuarat Majlis Presiden PH selama ini sepakat tentang penggunaan “lambang bersama” dengan kecenderungan tinggi ke arah penggunaan lambang PH.

“Satu-satunya lambang yang boleh dan akan menggembleng kekuatan dan mengembalikan keyakinan rakyat, bukanlah logo DAP, bukanlah logo Amanah, bukanlah logo PKR, tetapi logo Pakatan Harapan,” tambahnya.

PH menggunakan lambang PKR dalam Pilihan Raya Umum ke-14 kerana pendaftaran parti itu belum diluluskan oleh kerajaan Barisan Nasional pada masa itu.

PH hanya diluluskan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan pada 16 Mei 2018, seminggu selepas kerajaan BN tumbang.

Logo PH kemudian dipakai buat pertama kali dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia dan Balakong pada Ogos 2018.  – 5 Jun, 2021.

 

AMANAH DAP

SEMUA AKAN

DIPAKSA PAKAI

LOGO PKR

AMIN

APA MAKNA

PLAN B INI?

AMIN

MAKNANYA

ANWAR IBRAHIM

AKAN KLIM

PKR PARTI

TERBESAR 

KAH KAH KAH

UNTUK

 RUNDING

DENGAN TIM

BANDUAN

AMIN 

MAKA ANWAR KLIM

 PKR PARTI TERBESAR

MAKA DIA JADI PM 

KAH KAH KAH 

PUKRAK MUKRAK

KAH KAH KAH



Tiada ulasan: