KUIL HARAM
Perkara Kuil Haram ini selalu timbul. Gua bukan tak suka Orang Beragama – gua bukan anti-mana mana agama TAPI !!!
TAPI dari apa yang gua alami sendiri -dari apa yang gua lihat nampaknya masyarakat India yang beragama Hindu ini wajib melakukan sesuatu.
Sepulang gua dari berkelana 20 tahun gua dah duduki wilayah BUKIT ROBSON – tak jauh dari BANGUNAN MCOBA. Ada satu tanah lapang sebelah RESTORAN MAKAN LAUT ROBSON –DAN BANGUNAN MCOBA – TANAH INI DI teroka dan di dirikan KUIL HINDU. Ini kuil haram.
Gua YAKIN kerana beberapa tahun lalu DBKL telah merobohkan KUIL INI – tapi di bina kembali. Kini hutan bukit di belakang kuil ini di pasang tangga – INI PENAMBAHAN CURI TANAH – tahun demi tahun KUIL HARAM ini bertambah besar.
Pernah satu ketika 3 tahun dulu ada PERCUBAAN NAK DIRI KUIL HARAM DALAM ROUND ABOUT YANG BANYAK POKOK di sebelah Bukit Robson - Bijak DBKL – pokok yang nak di puja itu di TEBANG – Khalas.
Sembahyang – beragama bukan JENAYAH – apa yang dicap jenayah ialah mendirikan bangunan di tapak di tanah yang bukan milik. INI JENAYAH.
LIHAT CONTOH TERPAMPANG – MID VALLEY – lihat di belakang pasar raya ini ada Kuil Hindu – kenapa? Kerana kuil ini telah didirikan secara haram ke atas tanah milik Mid Valley – maka untuk elak gaduh huru hara dan cilaka pemilik MID VALLEY telah membenarkan kuil ini terus bertapak.
SEBENARNYA di India budaya ini wujud. Ianya di panggil ENCROACHMENT. Budaya ini diamalkan dan merebak di INDIA. Budaya ini menjadi masalah besar di Benua India.
Banyak Majlis Tempatan kota -kota seperti Mumbai, New Delhi - semua menghadap masalah ENCROACHMENT – sikit demi sikit TUAN HARAM ini membina BUKAN KUIL - tapi membesarkan rumah, kedai atau bangunan milik mereka.
Di India jadi masalah – di Malaysia jadi masalah. Hentikan BUDAYA ENCRACHAMENT INI. Amin.
HOKKIEN
Pagi ini basah cerah segar. Matahari dah keluar indah. Cahaya hangat membakar pipi. KL & KL Sentral berkabus nipis kemarin hujan. Langit biru sedikit awan putih.
Cengkerik bersimponi – How Wow di bukit bersuara kuat.
Pagi ini gua masih menapak di lorong masuk – Siti dan keluarga dah sampai menunggu makan. Pagi ini ada tiga Warga Luar datang. Tak Tak mengejar mereka – salak menyalak berlaku. Tak Tak dah jadikan keluarga Siti sebagai keluarga sendiri.
Bila pulang dan singgah di Wakaf Pertama – Tiong Suami Isteri dah menunggu. Di sini semua dapat Friskies.
Jap lagi gua nak ke Chow Kit. Hari ini akan panas – Gua suka panas macam ini – Cahaya Tuhan Ra mengeluar Vitamin D untuk kulit – baik untuk badan. Amin
BRO
SENYUM
SAMBUT PAGI SABTU
DENGAN SENYUMAN
BRO
Lu jangan putus asa bila kekasih lu tinggalkan lu – di Sumatera ada beribu menunggu.
BRO
Setiap hari yang kita lalui pasti ada negatif dan positif. Kembangkan yang positif.
BRO
Jika lu bosan – lu ambil kail dan pergi pancing ikan di Sungai Klang. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI