Ahad, 25 Mei 2025

JAHTUHKAN KERAJAAN MADANI



Pemuda Bersatu soal Azam: Tujuh bulan tak cukup siasat skandal Sabah?
Ketua Pemuda Bersatu (Armad) Sabah, Mohammad Hisyam Hazaril mempersoalkan kelewatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyelesaikan siasatan berhubung skandal rasuah membabitkan lesen penerokaan mineral di negeri itu.

Hisyam berkata, walaupun lebih tujuh bulan telah berlalu sejak skandal itu didedahkan kepada umum, SPRM masih belum membawa sebarang pertuduhan terhadap mana-mana pihak yang terlibat.

"Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, baru-baru ini memaklumkan bahawa siasatan semula masih berjalan. Katanya, siasatan terhadap 10 video telah selesai, namun kertas siasatan hanya akan disiapkan dalam masa satu setengah bulan lagi. Persoalannya, mengapa masih perlu masa tambahan?” soal Hisyam dalam satu kenyataan hari ini.

Hisyam turut mempersoalkan keperluan melanjutkan masa sedangkan, menurut Azam, puluhan saksi telah dipanggil dan rakaman percakapan telah dibuat.

"Adakah tujuh bulan belum cukup untuk menyempurnakan siasatan? Apakah yang menghalang SPRM daripada membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan?" soalnya.

Hisyam turut mengingatkan bahawa Ahli Parlimen Beluran, Ronald Kiandee sebelum ini pernah menyuarakan kegusaran di Parlimen apabila menyifatkan siasatan terhadap pemimpin pembangkang dijalankan pada kadar “supersonik”, berbanding kes yang melibatkan pemimpin kerajaan yang dilihat seolah-olah tergantung tanpa kesudahan.

"Ini menimbulkan persoalan serius terhadap keadilan yang seharusnya bersifat adil dan saksama,” tambahnya.

Menurutnya lagi, pemberi maklumat utama dalam kes itu telah beberapa kali tampil secara terbuka mengaku memberi rasuah berjuta-juta ringgit kepada beberapa Adun-Adun Sabah. Malah, individu tersebut menyerahkan pelbagai bukti kepada SPRM termasuk video, rekod kewangan, tangkap layar komunikasi WhatsApp dan dokumen sokongan lain.

"Namun sehingga kini, tiada sebarang pertuduhan dibuat. Mengapa? Tan Sri Azam juga sudah mengesahkan bahawa puluhan saksi telah dipanggil dan dirakam keterangannya. Maka apa lagi yang mahu disiasat?"soalnya.

Lebih meragukan, kata Hisyam, tempoh siasatan yang dijangka berakhir pada Julai ini secara kebetulan juga merupakan masa yang disebut-sebut sebagai waktu sesuai untuk pembubaran DUN Sabah

"Kebetulan atau perancangan rapi?

"Rakyat Sabah kini sedang memerhati dengan penuh curiga. Adakah Adun-Adun terlibat akan tunduk demi kelangsungan politik masing-masing?

"Apakah prinsip dan perjuangan akan digadaikan demi menyelamatkan diri? Begitu juga rakyat tertanya adakah kelewatan ini disebabkan ada pengaruh politik? Ada usaha untuk ia dijadikan sebagai umpan untuk mencorak gabungan politik baru di Sabah?" soalnya.

Tegasnya, rakyat menuntut keadilan yang tuntas, bukan sekadar “sandiwara” politik semata-mata.

Pada 3 Disember tahun lalu, pemberi maklumat itu telah mendedahkan rakaman video penuh yang mengaitkan beberapa ADUN Sabah.

Pemberi maklumat itu mendakwa video berkenaan memaparkan perbincangan tentang pemulangan wang sogokan yang diberikan kepada ahli politik terbabit sebagai balasan untuk menyokong permohonan lesen penerokaan lombong.

Sehari kemudian, Hajiji menolak dakwaan rasuah tersebut dengan menyifatkannya sebagai usaha untuk menggugat kestabilan kerajaan negeri serta mencemarkan reputasinya.

SEMUA KES

DIBUKA KEMBALI

AMIN

CARA AMAT

SENANG SAJA

AMIN

JATUHKAN 

KERAJAAN

MADANI 

BLACKROCK

AMIN

KES ZAHID 

KES AZAM BAKI

TEOK BENG HOCK

SEMUA AKAN

DIBUKA KEMBALI

OLEH KERAJAAN

BARU

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mereka takut siapa lawan Boss akan diheret ke mahkamah atas rasuah, ketua SPRM pun ada kes rasuah, dahulu ada kes sondol bini orang kah kah jadi betullah cakap TT, orang yang ada kes senang ditarik batang hidung kah kah kah pemimpin ketua nak orang macam ini lah kah kah kah