Ahad, 25 Mei 2025

KUCING DITAHAN KERANA MENYERANG POLIS

 




Kucing 'ditahan' selepas serang polis


BANGKOK: Seekor kucing tular di media sosial selepas 'ditahan' polis dipercayai menyerang beberapa anggota polis yang cuba menyelamatkan haiwan itu, lapor portal berita South China Morning Post, semalam.

Kejadian berlaku pada 9 Mei lalu apabila seorang anggota polis dikenali sebagai Da Parinda Pakeesuk berkongsi kisah seekor kucing baka 'American Shorthair' yang sesat, dibawa masuk oleh seorang penduduk.

Difahamkan, Pakeesuk menyambut mesra kucing berkenaan dan menjaganya di balai polis tempatnya bertugas.

Kucing berkenaan yang memakai rantai leher warna merah jambu itu kemudiannya bertindak agresif, mencakar dan menggigit beberapa polis yang sedang bertugas.

Kes pengusaha spa disimbah asid: Pekerja kilang direman 5 hari
Pakeesuk dalam satu hantaran di media sosial berkata, kucing berkenaan didakwa menyerang pegawai polis dan akan ditahan.

"Tolong kongsi hantaran ini supaya pemiliknya boleh datang menjaminnya," katanya.

Pada hari sama, Pakeesuk membawa kucing berkenaan pulang ke rumah dan memuat naik gambar kucing berkenaan duduk di dalam keretanya.

Sementara itu, seorang pengguna media sosial berseloroh dalam ruang komentar berkata kucing itu nampak macam sedang merajuk.

"Langsung tidak nampak bersyukur diselamatkan.

"Hei kucing, tanpa polis itu kamu mungkin masih merempat!," kata seorang lagi pengguna.

Pakeesuk memaklumkan beliau sudah menyediakan tempat tidur yang selesa lengkap dengan makanan, pasir kucing dan mainan untuk 'tetamu tidak dijangka' itu.

"Dia hidup mewah sekarang, sementara kami polis yang jadi mangsa sebenar," katanya.

Dalam pada itu, kebanyakan netizen menyuarakan hasrat untuk mengambil kucing itu sebagai haiwan peliharaan, namun Pakeesuk menegaskan keutamaannya adalah mencari pemilik asal kucing terbabit.

"Kalau anda benar-benar sayangkan kucing, silalah ambil salah satu kucing jalanan yang saya selamatkan di rumah atau dari pusat perlindungan haiwan," kata Pakeesuk.

Terdahulu, Pakeesuk yang dikenali sebagai pencinta haiwan, dilaporkan sudah menyelamatkan 20 ekor kucing jalanan dan enam ekor anjing setakat ini.

Sehari kemudian, pemilik asal kucing berkenaan tampil menghubungi balai polis untuk mengambil semula kucing berkenaan.

Menurut portal berita Thailand, Khaosod English, nama kucing berkenaan ialah Nub Tang, yang membawa maksud 'kira duit'.

Sebagai sambutan atas kepulangannya, pemiliknya menghiasi Nub Tang dengan baju berkolar renda yang comel ketika berada di balai polis. – AGENSI

BERITA LUCU

BERITA SEDIH

BERITA GUMBIRA

KAH KAH KAH

LUCU POLIS

DISERANG KUCING

KAH KAH KAH

SEDIH KUCING

INI TAK BERTUAN

AMIN

GUMBIRA BILA

TUAN DITEMUI

KEMBALI

KHALAS

Tiada ulasan: