Ahad, 25 Mei 2025

KERAJAAN MAMA DADY NURUL IZAH JADI HURU HARA



Kerajaan `huru-hara’ kerana tersalah kendali isu titah adendum – Peguam

KUALA LUMPUR – Seorang peguam berpendirian yang kerajaan tersalah kendali isu berkaitan titah adendum walhal ia telah disahkan wujud bagi membolehkan  Najib Razak menjalani baki tempoh pemenjaraan sebagai tahanan rumah.

Hasnal Rezua Merican bersetuju kegagalan itu menimbulkan `huru-hara’ meskipun dikri tersebut telah disahkan oleh Majlis Kesultanan Pahang dan sepatutnya dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk dilaksanakan.

Bagaimanapun, menurut beliau, perkara itu didiamkan oleh Peguam Negara sehinggalah kerajaan `dimalukan’ oleh Mahkamah Rayuan apabila mengembalikan semakan kehakiman bekas Perdana Menteri untuk didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

“Kerajaan tiada pilihan sebaliknya perlu memutuskan yang mana silap dan yang mana betul, bukan bermain dengan bayang-bayang.

“Ya, memang benar bahawa kerajaan tersalah kendali (isu titah adendum),” ujarnya pada sesi Town Rakyat Mencari Kebenaran : Perundangan dan Hak Asasi Manusia di sini hari ini.

Hasnal Rezua yang juga ahli panel menyatakan demikian ketika menjawab soalan seorang peserta sama ada kerajaan berada dalam `huru-hara’ kerana bermain dengan `bayang-bayang’ berkaitan titah adendum.

Ahli panel lain ialah ⁠dua peguam,  Rajan Navaratnam dan  Abu Bakar Isa Ramat serta Ketua Pemuda MCA Pahang, ⁠Wong Siew Mun manakala moderator ialah Kamarudin Ahmad.

Sementara itu, Kamarudin mencelah Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim sepatutnya memohon maaf selepas disahkan bahawa titah adendum wujud dan selanjutnya meminta Peguam Negara menarik balik rayuannya di Mahkamah Persekutuan.

Rajan Navaratnam turut bersetuju semua pihak tidak perlu membawa perkara tersebut ke mahkamah sebaliknya hanya menunggu masa untuk melaksanakan titah berkenaan.

“Tidak perlu lagi berhujah sama ada ia wujud atau tidak kerana ia telah disahkan oleh pihak-pihak yang berkenaan,” ujarnya.

Menjawab soalan moderator sama ada wajar atau tidak ia dirayu di Mahkamah Persekutuan, peguam Abu Bakar pula berpendirian, Peguam Negara mempunyai hak berbuat demikian namun beliau berpandangan ia tidak perlu dirayu.

Kamarudin turut memberi pendapat suasana `gelap’ akan berlaku jika Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan Peguam Negara.

Bagaimanapun Rajan Navaratnam berpandangan, isu yang dibangkitkan di Mahkamah Persekutuan tiada kena mengena dengan semakan kehakiman yang difailkan Najib di Mahkamah Tinggi.

Ujarnya, jika sekali pun Peguam Negara berjaya dalam rayuannya kelak, keputusan itu bergantung kepada Mahkamah Persekutuan dan Najib masih mempunyai satu peluang untuk menyemak keputusan itu.

Dalam pada itu, Siew Mun turut meluahkan kekecewaannya apabila titah adendum itu disembunyikan walhal Majlis Kesultanan Pahang sudah mengesahkan kewujudannya.

Selaku anak kelahiran Pahang, beliau mempersoalkan mengapa titah itu `disorokkan’ pada peringkat awal.

“Siapa yang buat keputusan sorok titah ini? Kalau hari ini, `suara’ raja pun berani dipinggirkan, apatah lagi suara rakyat.

“Kalau kes berprofil tinggi begini `disenyapkan’ apatah lagi kes-kes yang lain? Jika insan itu bukan Najib, adakah dia terus berdepan dengan kekangan?” soal beliau. – 


WOIT

KERAJAAN

ANAK BERANAK

DAH JADI

 HURU HARA

KAH KAH KAH

PEGUAM DAH

HIRUK PIRUK

KAH KAH KAH

SULATAN & RAJA

DAH JADI

ASAM JERUK

KAH KAH KAH

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dengan ini diisthiyarkan bossku ada duit semak sapa pasai pa titah d perlakukan sedemikian sebegini & awat dok main sembunyi2 !!! O la la la O gluk gluk gluk.

Tanpa Nama berkata...

gunung jerai!!