Isnin, 30 Jun 2025

ANTARA PERASUH DENGAN YANG JUJUR




Nasib Ketua Hakim Ditangan Kuasa Politik


Malaysia kini sedang berdepan detik penting dalam sejarah institusi perundangan. Ketua Hakim Negara,  Tengku Maimun Tuan Mat. seorang tokoh yang tegas mempertahankan kebebasan kehakiman kini bakal menamatkan perkhidmatannya pada 1 Julai 2025.

Namun setakat catatan ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan rasmi mengenai status samada beliau akan dilanjutkan tempoh perkhidmatan atau tidak, meskipun Perlembagaan memperuntukkan kemungkinan lanjutan enam bulan.

Dalam suasana ketidaktentuan ini, rakyat sedang menyaksikan satu perbandingan yang menjengkelkan bilamana Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, telah menerima tiga kali lanjutan perkhidmatan walaupun beliau pernah menjadi tumpuan kontroversi apabila integritinya dipersoalkan secara terbuka.

Perbandingan ini membuka persoalan fundamental tentang prinsip keadilan, pemisahan kuasa, dan hala tuju institusi negara.

 Tengku Maimun seorang ketua hakim yang dilihat berani menyentuh isu akar sistem termasuk mencadangkan agar kuasa Perdana Menteri dalam pelantikan hakim dikurangkan.

Beliau juga konsisten menolak sebarang tekanan atau campurtangan politik terhadap proses mahkamah. Beliau menzahirkan kesungguhan untuk melindungi maruah institusi kehakiman daripada tohmahan, manipulasi dan ketirisan integriti.

Namun kini, diamnya kerajaan dalam isu status jawatan beliau seakan menghantar mesej senyap iaitu keberanian itu ada harga, dan harga itu mungkin menyebabkan seseorang itu tiada tempat dalam regim ini.

Pada masa yang sama, Azam Baki walaupun berdepan dengan pelbagai kritikan dan tuntutan awam, bukan sahaja dikekalkan, malah diberi lanjutan demi lanjutan dengan mudah.

Kita perlu ingat, ini tidak berlaku dalam ruang kosong. Ia berlaku di bawah pentadbiran yang katanya juara reformasi institusi.

Balik semula ke pangkal jalan isu ini. Masalah sebenar bukan tentang individu A atau B. Tetapi ia tentang mesej yang dihantar kepada seluruh sistem perkhidmatan awam iaitu jangan terlalu lantang, jangan terlalu berani. 

Ketika kerajaan menyeru kepercayaan rakyat dan menjanjikan reformasi, rakyat pula sedang menyaksikan satu demi satu contoh dwi-standard yang menambah sinisme.

Jika seorang Ketua Hakim Negara yang berprinsip pun tidak pasti kedudukannya, apa jaminan terhadap penjawat awam lain yang mahu menegakkan integriti?

Dan jika individu dengan rekod integriti yang tercalar boleh terus memegang jawatan utama dalam penguatkuasaan, bagaimana rakyat mahu mempercayai sistem?

Perbezaan layanan antara Ketua Hakim Negara dan Ketua SPRM adalah cerminan yang sangat jelas bagaimana sistem boleh dimanipulasi menerusi kuasa politik. @analitiko

KALAU LU

JAHAT

LU TIPU

LU RASUAH

KERJA LU AKAN

DI SAMBUNG

AMIN

KERANA LU

MUDAH JADI BARUA

AMIN

JIKA LU JUJUR

LU BAIK KERJA

LU TELUS

KERJA LU

TAK DISAMBUNG

KERANA LU BAHAYA

UNTUK  MADANI

KHALAS

Tiada ulasan: