Sabtu, 5 Julai 2025

BERITA BAIK - GENCATAN SENJATA


Hamas sambut baik cadangan pelan gencatan senjata baharu

MOSCOW: Pergerakan Hamas menyambut baik cadangan pelan perjanjian gencatan senjata baharu dengan Israel yang turut merangkumi perjanjian pembebasan tawanan, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik portal Ynet dan sumber yang mengetahui perkara itu.

Rabu lalu, Hamas memaklumkan sedang mengadakan rundingan bagi membincangkan cadangan daripada pihak perantara yang bertujuan mencapai perjanjian gencatan senjata di Semenanjung Gaza.

Pergerakan itu menyatakan pihak perantara sedang berusaha untuk mencapai "perjanjian kerangka dan memulakan rundingan serius."

Menurut laporan Ynet pada Khamis malam, Hamas memberikan maklum balas positif kepada Qatar mengenai pelan baharu itu yang pada peringkat awal merangkumi gencatan senjata selama 60 hari dengan pembebasan 10 tawanan hidup dan 18 tawanan yang telah meninggal dunia. Bagaimanapun, kenyataan rasmi belum dikeluarkan.

Pada 18 Mac lalu, Israel menyambung semula serangan ke atas Semenanjung Gaza dengan alasan Hamas menolak rancangan Amerika Syarikat (AS) untuk melanjutkan gencatan senjata yang tamat pada 1 Mac.

Pada 30 Jun, Menteri Luar Mesir Badr Abdelatty berkata bahawa Kaherah bersama pihak perantara lain sedang berusaha untuk memeterai gencatan senjata selama 60 hari di Semenanjung Gaza dan pembebasan beberapa tebusan Israel.

Selasa lalu, Presiden AS Donald Trump memaklumkan bahawa Israel bersetuju dengan syarat gencatan senjata itu.


INI BERITA BAIK

PROJEK NAK

HAPUSKAN

HAMAS  GAGAL

AMIN

TEL AVIV DAH

RUNTUH

AMIN

EKONOMI ISRAEL

DAH RAHAI

AMIN

YAHUDI BANYAK

LARI TINGGALKAN

ISRAEL

AMIN

PALESTIN PASTI

MERDEKA

KHALAS

Tiada ulasan: