Isnin, 6 Julai 2009

CERITA CERITA ORANG BIASA



CERITA SATU


Selalunya kalau aku telah bosan menulis atau membaca maka aku akan masuk ke kubur. Tidak adalah nikmat yang paling indah dalam hidup di kota ini melainkan masuk ke kubur. Sebenarnya – aku tidak pernah memilih kubur ini – kubur ini telah sedia wujud sebelum aku diwujudkan. Dari apa yang aku diberitahu umur kubur ini telah melintasi lebih 200 tahun. Bayangkan berapa ramai warga kota kita ini sedang berehat disitu.

Aku yang hidup pun selalu datang meleser untuk sama beristirihat dengan yang sedang mati.

Pernah satu ketika dahulu – ketika aku di sekolah menengah – pada masa itu ada kematian di kampung – aku sudah lupa siapa yang mangkat. Aku – anak lelaki - telah ditugas pergi ke perkuburan – membawa air teh panas dan biskut tawar untuk si penggali kubur.

Bila aku sampai si penggali - Pak Ali dan anaknya telah selesai menggali. Lubang bumi, enam kaki dalam – enam kaki panjang dan tiga kaki luas - tersiap. Tanah liat merah bertimbun. Inilah harta akhir milik manusia seluruh alam sesudah berkubang berhempas pulas menimbun tambah harta hidup. Aku perhatikan, liang lahat telah juga dibuat oleh Pak Ali – satu dudut menghadap kiblat tanda makam penganut agama Islam.

Sambil mengulung rokok daun dan minum tea manis dengan biskut tawar kami bersembang. Lalu aku meminta kebenaran untuk masuk ke dalam liang lahat. Aku di benarkan. Itu kali pertama aku memasuki liang lahat. Pak Ali kini telah arwah dan anaknya telah mendewasa, berkeluarga dan berpindah ke kampong lain yang tidak jauh dari kampong aku. Tugas menggali kubur telah diwarisi oleh anaknya. Hingga ke hari ini bila aku bertemu dengan anak Pak Ali maka dia akan bercerita tentang kesah aku masuk ke liang lahat.

Banyangkan pula - dipinggir kota kita ini ada rahsia tersurok - bumi seluas 300 hektar sedang dihuni oleh batu-batu nesan – pokok-pokok liar, pohon kelapa, pohon sawit, pokok pisang dan kemboja merah, puteh dan kuning. Jalan-jalan kecil yang menyambung satu wilayah dengan yang lain melintasi lembah dan bukit, anak-anak sungai , ikan-ikan liar, kolam ikan, kuil, kandang kambing, anjing-anjing liar – burung dan rumput rampai.

Setiap kali aku ke kubur ini aku akan mendengar heboh sorak sorai nyanyian burung melagukan kegembiraan dan merayakan mayat-mayat yang sedang berehat. Musik burung yang tidak pernah teratur. Ini mengingatkan aku kepada Fredrico Fellini dengan filem Orchestra Rehearsal - sebuah okestera yang telah kehilangan konduktornya.

Satu petang – agak lama dahulu aku berjalan di kubur lalu aku bertemu dengan Dia seorang lelaki yang sedang duduk di gigi kubur. Motosikalnya tercacak tidak jauh dari tempat dia duduk. Di bontot motosikalnya tergantung kopi susu dalam bungkusan plastik. Alat penyedut air terpelecok diikat sama di dalam bungkusan kopi.

Lalu aku mencangkong sama. Kami bersembang. Dia – lelaki ini - peminat suara nyanyian burung terkukur. Bukan peminat suara Jack Brel atau Edith Piaf. Dia memintai suara burung terkukur.

Tidak jauh dari tempat kami duduk ada saekor merbuk terikat di bumi. Burung ini kepunyaan Dia. Burung ini sedang dididik untuk berbunyi, berlagu, menjerit dan bersiul. Sekolah ilmunya di padang rumput kubur ini. Gurunya adalah burung-burung terkukur liar yang berterbangan di kawasan padang kubur. Sambil terbang sambil berbunyi. Suara di udara ini ini hendaknya akan disahut oleh si terkukur yang terikat di bumi. Maka mereka berlagu. Mungkin jatuh cinta. Mungkin jatuh berahi dengan suara. Mungkin datang anggkuh untuk menyerang. Jika anggkuh menyerang maka yang bebas terbang ini terperangkap.

Nah ! Pelbagai makna hidup kita ini.

Lalu Dia bercerita tentang sejarah dan salasilah terkukur dan balam. Dia berkuliah panjang. Terkukur dari Johor bunyinya lebih merdu dari yang lahir di Negeri Sembilan. Terkukur di Pahang amat susah untuk di perangkap. Di Kedah banyak tetapi terlalu jauh untuk dijerati. Awas! Yang terjual di kedai mungkin bukan terkukur liar – mereka mungkin terkukur industri.

Nah ! Aku mendengar kyusuk seperti seorang anak muda sedang mendengar surah tentang rebah bangun lelaki dan betina pada malam pertama sesudah berkahwin.

Oh ! Bagitu indah sekali bumi ini. Bagitu banyak rempah rampai - bermacam-macam jenis manusia atas bumi ini. Rencah dan pelbagai bentuk minat manusia. Si Dia meminati bunyi terkukur.

Lalu aku pun memasang telinga untuk belajar menikmati bunyi si burung. Demi Zeus aku katakan – aku begitu pekak – tidak dapat melihat nikmat syahwat laungan terkukur. Dimana berahinya tidak dapat aku temui. Siulan si Murai boleh aku nikmati. Dendang Kelicap menyedut bunga dapat aku nikmati. Belatok menukul pohon kelapa senang hati aku mendengari. Tetapi terkukur – demi Zeus – entah dimana indahnya.

Tapi dalam hidup ini – tidak semua akan dapat kita fahami – tidak sewajibnya kita memahami semua – tidak mungkin – mustahil - ini lah tanda bahawa kita manusia. Inilah sifat kita - tanda bahawa kita tidak mungkin memahami semua yang wujud. Inilah keindahan alam – terpencar-pencar – terpisah-pisah – tetapi kita terkumpul dalam satu sangkar yang kita namakan kehidupan.

Dia bercerita lagi – rumah keluarganya di Segambut. Selalu datang ke kubur ini kerana inilah kawasan luas – dalam kota - yang berumput rampai. Kawasan ini adalah tarikan utama untuk terkukur liar. Dulu Dia- ketika muda dan ranggi - memiliki warong ikan di pasar Chow Kit. Kini anaknya yang berjualan ikan. Umurnya – entah berapa – akulah lelaki akhir yang tidak dapat memberika ukuran umur nafas manusia.

Dia bercerita - minatnya terhadap terkukur muncul hampir lima tahun dahulu. Setelah bosan dengan ikan dan ketam kini dia beralih dengan terkukur. Dia memiliki empat ekor terkukur- bersangkar di rumah. Yang aku lihat terikat di bumi ialah sang burung yang baru di temui. Kini sang burung seperti anak kecil sedang dididik dan diajar untuk berlagu dan berdendang. Satu hari nanti Dia berharapkan suara sang burung ini akan menghentikan air sungai – akan mematikan gerak awan dan akan dinobat semesta alam.

Sesudah kuliah selesai aku meminta diri untuk terus berjalan ke dalam kubur. Lalu aku terfikir – ada orang mendapat nikmat dari melihat kepala keretapi – ada yang dapat nikmat melihat kapal terbang – ada yang dapat nikmat melihat kapal laut – ada yang mengumpul stem, kad talipon, kotal manchis, barang lama dan seribu satu macam hobi.

Ketika aku membesar aku mengumpul getahmaiann, kotak rokok, tutup botol – tapi semuanya aku tinggalkan bila aku bertemu buku. Dalam perjalanan hidup ini tidak ada yang perlu dihairankan – semua ini kita lakukan agar kita dapat merayakan kehidupan.

Aku mendaki bukit lalu aku melihat seluruh Kuala Lumpur. Demi Zeus – kota ini bagitu indah dilihat dari puncak bukit.

Di atas bukit yang paling tinggi aku tegak berdiri. Telinga aku mendengar deru angin. Kepala aku memandang arah ke kiri - lalu terlihat bangunan talikom. Perlahan-lahan kepala aku begerak – Bukit Pantai, Stesen Lrt Bangsar, Dua Hotel di KL Sentral, Kubah Masjid, Hotel Altantuya, Menara MayBank, Bangunan Petronas, Times Square, wilayah Pudu, Sungai Besi, lebuh besar Terowong Bodoh, lapangan terbang – dan kereta begerak-gerak seperti kotak manchis – bila aku menoleh ke bawah yang aku lihat ialah taburan makam yang berbatu dan bersimen.

Nah – di puncaknya ini – jika Yap Ah Loy dan Tengku Abdulah bangun dari kubur - dan melihat Kuala Lumpur – mereka akan terperanjat dan mati sekali lagi. Atau mungkin Yap Ah Loy dan Tengku Kudin akan menjadi Dia untuk sama-sama meminati suara merdu terkukur dan balam. TT



29 ulasan:

bukit teluk sera berkata...

salam. dah lama tak baca tulisan bermetafora dan bersimili sebegini. best.

Tokei Kedai Dangdut berkata...

tu lah...
kan aku dah cakap suruh kau pindah shj rumah ditanah...
ini tidak dudok menebeng tepi kubur cina...
tengku kudin tanam di kubur cina tepi rumah kau ke isham?
kau dah tangkap anak musang dlm hutan depan rumah kau?

Tanpa Nama berkata...

Nasib baik dunia ini memberi sedikit nikmat kepada warganya yang sentiasa bersua dengan alam kebosanan. lantara bosan manusia mencari jalan memenuhi hidupnya agar tidak lagi bosan. Manusi tetap akan menyoal apakah tujuan hidup ini, dari lahir dan bergelut dengan kehidupan yang tak habis-habis dipenuhi dengan kebosanan sehingga mencari nikmat burung berkukur, mencari harta, mencari puncak seks, mencari kerohaniah tulen, mencari kuasa, memperkasakan ego dan banyak yang luar biasa lagi, semua itu mencari kenikmatan kewujudan yang sentiasa bersifat misteri itu. Kubur kata MARI!Rumah kata PERGI!

mike-L berkata...

ini cool..terbaek

uncle abu berkata...

"Demi Zeus,..."
?????

Tanpa Nama berkata...

Demi Zeus?
kahh..kah..kah...
Demi Zeus..kahh...kah..kah...

Putra IJ80 berkata...

Berkongsi crite bole?

Baru ni aku sesat jalan menghala ke Baling waktu hampir senja.

Nak bertanya tak de org.keliling hutan getah kelapa sawit.

Tiba ternampak sesaorang mencagkong di tepi belukar.

Aku gunakan peluang itu utk bertanya ., aku bagi salam ,tak menjawap pula dia.,tapi aku yakin dia manusia.

Bila aku hampir dgn nya.,aku dengar dia merengek rengek saolah olah orang dalam kesakitan.

Lantas aku menghampiri dan memerhatikan geligat nya.

Orang gila atau tiga suku agaknya bercakap bersendirian sambil meragut ragut daun yg.aku tak pasti apa.

Pendekan cerita., org itu tidak gila siuman macam kita.

Bila aku tanya mengapa dia merengek saolah olah dlm kesakitan.

Selamba dia jawab,nanti bila aku sakit terlantar,aku pasti menyebut nama Allah.,Allah,Allah.

Jadi sekarang aku masih sihat,aku sebut dalam nada yang sakit,tapi penoh kesyukuran kerana sihat.

Jadi aku tak malu merengek menyebut nama Allah bila aku dalam susah,sakit atau nazak kata nya.

Aku kagum dan pening dgn penjelasannya.

Mcm mcm perangai manusia.

Tapi aku berterima kasih sampai hajat menuju ketempat yg.di cari.

Balik Pajero Atok yg.aku pinjam penoh durian.,puas cover dgn kayu arang bagi menghilangkan bau nya.

He!he!jgn maree.

Wellness, The Next Big Thing berkata...

dari hasil penulisan saudara, ini bukannya "Cerita Cerita Orang Biasa" tetapi hasil nukilan "Orang Luar Biasa". Bahasanya cukup menarik .....

AnakSemuaBangsa berkata...

indah,sederhana,santai dan mendamaikan article ni..
cerita orang biasa..sifat tak sekata, buat yang terleka kerna kehidupan sementara,hati-hati dengan taman kubur boleh menjadi taman syurga atau taman neraka. akhirnya setiap yang beryawa akan keliang kubur yang sejuk lagi nyaman kool dengan senyuman jika penuh keimanan.

Tanpa Nama berkata...

TT eden toko yo....ni kat jirat Cino Jalan Bellamy kan? boto ko? eden pun tak tau, den orang Kodah

kakimakan berkata...

Jiran belakang umah..ada bela burung ni. Suka berbunyi waktu pagi. Kalau dia tengah galak berbunyi.. aku selalu gak balas balik bunyi dia..Walaupun tone suara tak serupa,yang pastinya tekukur tu akan tercari dan lompat2macam galak sikit. Barangkali dia syok ada teman menyahut. Tapi apahal pun..dia tekukur tu dah kenal aku ni manusia..(hehe..nak menyakat/usik org, org asyik report repot polis..sakat binatang ja la..)

Terima kasih pada cerita yg jarang2sekali diadakan.

kakimakan berkata...

Jiran belakang umah..ada bela burung ni. Suka berbunyi waktu pagi. Kalau dia tengah galak berbunyi.. aku selalu gak balas balik bunyi dia..Walaupun tone suara tak serupa,yang pastinya tekukur tu akan tercari dan lompat2macam galak sikit. Barangkali dia syok ada teman menyahut. Tapi apahal pun..dia tekukur tu dah kenal aku ni manusia..(hehe..nak menyakat/usik org, org asyik report repot polis..sakat binatang ja la..)

Terima kasih pada cerita yg jarang2sekali diadakan.

Tanpa Nama berkata...

BRO, I was educated during the english system in education and was the last batch- MCE- I PRESUME YOU ARE also from that era, reading from your short story in Malay, which I understood pretty well considering, I have lived overseas for 2decades- with a working stay in Malaysia for the 9 years but now back overseas> Your LANGUAGE SKILLS ARE FANTASTIC, YOU MADE MUSIC HERE> THE OLD SCHOOL WAY- without big and complicated words, no putar belit, DOLLAH -DALIH> trying to make yourself sound....LIKE A PROFESSORI SINTOK > LIKE WE HAVE IN Malaysia, You kept your words simple but told your tale- beautiful!, Thats the problem in Malaysia- too many people talking about language- without over complicating things- using big and grand soundings words- (leaving the people confused) but not understanding the meaning in the first place, I also noticed you used no bastardised words from english- but pure understandable Malay. SIR YOU ARE THE BOMB! LOVE YOUR BLOG AND READ IT EVERYDAY. Btw you keep me laughing because you remind me of the days when everything and nothing was sacred and could be discussed and ketuk by me and my multi racial Malaysian friends- without offense. Now you can't even say anything before it becomes "SENSITIVE", since when have Malaysian become so sensititive? We came from a era where A SPADE WAS CALLED A SPADE, WOE AND BEhold be READY TO COVER YOUR BUTT- IF YOU MADE A STUPID STATEMENT- terkena ketuk habis, hahahhahahaahhah. You remind me of the JONGELUER OF OLD- STORY TELLERS WHO MADE A LIVING BY THE GIFT OF THE GAP. CARRY ON THE GOOD WORK.
artic turban.

fatah85 berkata...

khayal aku baca. kenapa demi zeus?

Tanpa Nama berkata...

TEROWONG BODOH.... HOTEL ALTANTUYA...
KAH KAH KAH...
DALM ADA MAKNA TU...

Tanpa Nama berkata...

sham..
pernah dengar bunyi ayam katek?
pergi manek urai.
salaam

Tanpa Nama berkata...

AKU ORANG BIASA!!!!

Enche' Eyezoodean berkata...

sebuah cerita luar biasa dikarang oleh orang orang biasa...
BRAVO!

ady buyong D.K berkata...

Isham...kalau ikut view yang diberikan tu..ni mesti Jirat Cina belakang TUDM/Istana..masuk ikut Alice Smith School atau Seputeh..kawasan tu memang bagus dan permandangan pun indah..aku ingat nak sambar satu kondo sebelah kubur tu..apa nama tah kondo tu..yang usang dan seram tu..

sham bodo berkata...

tipu la cerita nie...

tak de pun cerita kau lari pergi menyorok kat London...

Demi Zeus.... kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah

hanya anak haram je yang ngaku zeus nie... kah akah kah kah kah...

Tanpa Nama berkata...

Cantek.

Dalam.

Terasa;)

Teringat: cuma botol & telor je yg buleh dipegang jua

Itu ada manyak butul

hakimi mahmud berkata...

IKEA merupakan sebuah syarikat pemodal antarabangsa..erm..hairan..bagaimana iklan IKEA buleh terkeluar di TukarTiub

Johan berkata...

gua nk cr tmpat ni!sesuai tuk lepak brsendirian,lyn fkiran sdiri..wooo

Tanpa Nama berkata...

aku orang biasa,
tak mungkin mangkat dijulang.

-merpati sejoli,butterfingers-

aziz satay berkata...

mula-mula aku baca terasa macam bukan isham yg tulis....gaya penulisan yang sikit bebeza....gaya bahasa yg belum tercemar seperti zaman 50/60-an....biasanya artikel yang menjurus politik dan sosial gaya bahasa agak lain...kali ni seperti dapat membca sesuatu yang baru dari isham...cool...

kau patut buat filem lagi la isham...lepak kubur tu mesti dapat banyak idea...

Tanpa Nama berkata...

terbaik bro!!!
mmg champion tulisan nih.. akan den adaptasikan teknik ni kt penulisan den nanti.. timo kasih yoo..

-budak ex-Jolobu..
eghegege..

mimoxx berkata...

demi zeus?? kapir laknat ke ape ko ni???

Tanpa Nama berkata...

Aku setuju dgn Mimoxx... cerita ajer lebih psl kubur la, tapi tulisan menggambarkan kesyirikan... ingatlah mati tuh.... mudah2an sempat bertaubat sebelum menemui ajal & alam akhirat...

bongok berkata...

zeus - ko ni Islam ke tak???