Selasa, 12 Januari 2016

BERSEDIA EKONOMI AKAN MELEDAK





AWAS!

EKONOMI

AKAN MELEDAK

TANDA SUDAH

SAMPAI

MALAYSIA TERUS DIANCAM TURUN PENARAFAN (“DOWNGRADING OF RATING”) WALAUPUN NAJIB LAKSANAKAN DASAR MENEKAN RAKYAT

Hari ini, agensi penarafan kewangan dunia Moody’s telah menurunkan prospek ekonomi Malaysia dari “positif” kepada “stabil”. Lazimnya sebarang penurunan taraf prospek ekonomi sesebuah negara oleh agensi penarafan dilihat sebagai ancaman kepada penarafan kewangan negara tersebut.

Sejak menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dalam tahun 2009,  Najib  telah menjadikan pengurangan defisit dan penghapusan subsidi sebagai jihad ekonomi beliau demi memastikan penarafan kewangan Malaysia (“sovereign rating of Malaysia”) tidak diturunkan oleh agensi-agensi penarafan seperti Moody’s. Ini berikutan kebergantungan pentadbiran beliau kepada hutang akibat keborosan kerana sebarang penurunan penarafan akan menyebabkan kadar faedah hutang Kerajaan Persekutuan menjadi lebih tinggi, lalu menyukarkan pentadbiran beliau untuk terus berhutang.

Beliau tunduk kepada tekanan agensi-agensi antarabangsa untuk melaksanakan dasar-dasar ekonomi yang anti-rakyat seperti pelaksanaan GST dan penghapusan subsidi. Demi memastikan nasihat agensi-agensi antarabangsa ini diikuti, Najib  tidak mengendahkan kepayahan yang ditanggung oleh rakyat akibat dasar-dasar yang anti-rakyat.

Hari ini, GST telah dilaksanakan selama lebih 9 bulan dan lebih RM30 bilion telah dikutip dari rakyat. Hampir keseluruhan dari subsidi yang sebelum ini dinikmati rakyat telah dihapuskan semuanya termasuklah subsidi petrol dan diesel. Beliau juga memotong peruntukan-peruntukan penting untuk pendidikan dan biasiswa di dalam belanjawan 2016 yang dibentangkan Oktober 2015 lalu.

Malangnya, kesemua dasar-dasar anti rakyat ini yang menyebabkan beban sara hidup rakyat naik berganda, mahasiswa terpaksa mengikat perut, rakyat melakukan lebih dari satu kerja untuk menampung kenaikan harga dan lain-lain kepayahan – tidak pun berjaya menghalang Moody’s dari menurunkan prospek ekonomi Malaysia dari positif kepada stabil.

Ini bermakna keputusan Najib yang mempertaruhkan kebajikan rakyat demi memastikan agensi penarafan antarabangsa tidak memberikan isyarat yang negatif mengenai penarafan kewangan Malaysia adalah sia-sia. Rakyat menanggung beban dan prospek ekonomi Malaysia tetap diturunkan oleh Moody’s.

Sebab itu, pendekatan ekonomi konvensional yang diambil oleh Najib akan terus menjadi sia-sia dan tidak berkesan selagi ia tidak menangani barah utama ekonomi negara iaitu rasuah, tatakelola yang lemah dan tiadanya amanah.

 
Ekonomi Malaysia akan kembali mampan bila mana dasar-dasar ekonomi pro-rakyat dilaksanakan selari dengan perang besar-besaran membanteras rasuah, menguatkan tatakelola dan membina amanah di dalam pentadbiran negara.
  
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN






-----------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rakyat elok lah tanam kangkong dalam pasu , tanam taugeh dalam rumah , ternak ikan keli tilapia dalam bilik air....

Mat Bahalol tetap lahap macam biasa

Rakyat yang jadi papa kedana

Melayu Melayu BODOH saja