Khamis, 12 Februari 2026
PRESIDEN PALESTIN HANYA RABA TELO
AGEN ZIONIS
MAHMUD ABBAS
PRESIDEN PALESTIN
HANYA RABA TELO
AMIN
TAK BERANI
ANGKAT SENJATA
LAWAN ZIONIS
KHALAS
Peneroka haram Israel musnah 15 rumah penduduk Palestin di Tebing Barat
JERICHO: Sekumpulan peneroka haram Israel meruntuhkan kira-kira 15 kediaman milik penduduk Palestin serta kandang ternakan di sebuah kampung berhampiran Jericho, Tebing Barat.
Struktur bangunan itu yang kebanyakannya bangsal zink, diruntuhkan di Al Duyuk Al Tahta kelmarin, ketika keganasan peneroka haram meningkat sehingga memaksa keluarga Palestin melarikan diri.
Keganasan terbaharu itu berlaku beberapa hari selepas Kabinet keselamatan Israel meluluskan langkah untuk memperketatkan kawalan ke atas Tebing Barat, sekali gus membuka jalan kepada peluasan penempatan haram yang lebih luas.
"Kira-kira 50 peneroka haram tiba, memaksa semua orang keluar dari rumah dan mula meruntuhkan bangunan.
"Mereka kemudian merampas segala-galanya termasuk ayam juga diambil," kata penduduk kampung, Mustafa Kaabneh, yang telah menetap di kawasan itu selama hampir dua dekad, kepada AFP.
Beliau berkata sebahagian besar peneroka haram terbabit bersenjata serta bertopeng dan diiringi kenderaan tentera Israel sebelum kembali semula dengan membawa jentolak.
Tentera Israel bagaimanapun tidak segera memberikan maklum balas terhadap permintaan komen daripada AFP.
Seorang lagi penduduk, Bassem Kaabneh, 23, berkata peneroka haram turut memukul wanita serta kanak-kanak, menghalau keluarga dari rumah mereka dan merampas barangan peribadi.
"Mereka memberitahu saya: 'Cukup, kamu tidak mempunyai rumah di sini lagi'."
Abu Audi Al-Rajabi, yang memiliki salah satu rumah yang dimusnahkan itu, berkata tiada sebarang perintah merobohkan dikeluarkan sebelum ini.
"Rumah itu dibina 13 tahun lalu dan telah didiami sejak itu," katanya.
Rajabi, yang menetap di Baitulmaqdis, berkata beliau tidak dapat sampai ke kawasan berkenaan kerana ia telah dikepung.
Aktivis tempatan, Jihad Mahaless berkata, rumah yang dimusnahkan itu terletak di Kawasan C, iaitu sebahagian daripada Tebing Barat yang di bawah Perjanjian Oslo 1990-an, jatuh di bawah kawalan penuh Israel.
Beliau berkata lima daripada struktur itu diperbuat daripada batu, manakala selebihnya adalah rumah zink dan tempat perlindungan haiwan.
"Kami kini tinggal di bawah pokok," kata Bassem Kaabneh.
Pada Ahad, Kabinet keselamatan Israel meluluskan siri langkah yang membolehkan Israel meluaskan kawalannya di kawasan yang ditadbir oleh Pihak Berkuasa Palestin di bawah perjanjian Oslo.
Rancangan itu, yang mencetuskan kemarahan antarabangsa, juga membolehkan warga Israel membeli tanah di Tebing Barat secara langsung dan membenarkan pihak berkuasa Israel mentadbir tapak agama tertentu walaupun ia terletak di kawasan bawah kawalan Pihak Berkuasa Palestin.
Israel telah menduduki Tebing Barat sejak 1967, tidak termasuk Baitulmaqdis Timur yang diilhakkan Israel.
Lebih 500,000 warga Israel tinggal di penempatan dan pos luar di seluruh Tebing Barat, yang dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa, bersama kira-kira tiga juta rakyat Palestin yang menetap di wilayah sama.
Keganasan dan gangguan peneroka haram Israel di Tebing Barat yang diduduki menyebabkan hampir 700 rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal pada Januari, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu lalu, kadar tertinggi sejak perang Gaza meletus pada Oktober 2023.
Rakyat Palestin di Tebing Barat juga kehilangan tempat tinggal apabila tentera Israel memusnahkan struktur dan kediaman yang didakwa dibina tanpa permit. - AFP
BEBASKAN RAKYAT DARI KEZALIMAN MADAFAKA
BEBASKAN
RAKYAT DARI
KEZALIMAN
MADAFAKA
KHALAS
Unknown commented on
"BEBASKAN NEGARA DARI KUIL HARAM"
Bebaskan negara dahulu daripada perasuah, pencuri, perompak, penyondol, penyamun duit negara, terpaling penting bebaskan daripada orang politik yang guna kaum agama sebagai agenda mengkaya diri keluarga sanak saudara, bebaskan rakyat daripada menerima penjawat awam yang bodoh tahyul dan rasuah, berikan rakyat perkhidmatan awam yang cemerlang,
bebaskan kami dari undang-undang lapuk pro kapitalis, pro kerajaan yang menekankan membebankan rakyat, bebaskan kami daripada cukai yang mengkedarah nyawa, tolong kami melantik manusia yang layak bukan kerana bangsa agama ketuanan tetapi yang mempunyai pemikiran kelayakan minda tinggi,
bebaskan kami daripada skandal seks skandal curi pembangunan yang sekata adil saksama amin amin amin, kalau penguatkuasaan dipegang oleh kaum yang dikenali sebagai perasuah maka segala kemungkaran boleh dielakkan, roboh awal roboh terus semua kedai gerai kuil tokong haram sepanjang jalan amin
roboh sekali peniaga yang letak meja kerusi atas jalanraya, angkut sekali semua pendatang haram yang membuka koloni di tanah kami, bebaskan kami daripada dominasi kaum yang tidak seberapa produktif dan memalaskan diri dan orang lain amin amin syukur alhamdulillah amin kah kah kah
KUIL HARAM AGEDAN PRU16
KUIL HARAM
AGENDA PRU16
KHALAS
Unknown commented on
"BEBASKAN NEGARA
DARI KUIL HARAM"
hard rock cafe tak haram? air ribena ke yang diminum? kilang carlsberg, guinness anchor tak haram ke? tanya je! kah kah kah!
PAGI INI
PAGI INI
PAGI INI
KHAMIS 12 FEBUARI 2026
BABI DAN KUIL
KUIL HARAM BABI PUN HARAM
KAH KAH KAH
Isu KUIL HARAM ini akan terus hangat. Ini kerana Bani Melayu dah lama sabar tentang hal kuil haram ini – lama sangat tak selesai selesai – MAKA DAH SAMPAI MASANYA PERKARA KUIL HARAM INI DI SELESAIKAN.
Cara selesai amat senang – JIKA TANAH ITU MILIK OORANG LAIN BUKAN MILIK KUIL – sila tutup kedai. Adalah salah duduk di tanah orang BERSELINDUNG ATAS NAMA AGAMA.
Dalam masa yang sama RUNDINGAN juga wajib di jalankan. Berbincang cari jalan terbaik – tak perlu gaduh – TAPI HAKIKATNYA JIKA KAMU DUDUK DI TEMPAT YANG BUKAN MILIK KAMU – maka kamu wajib CELAH .
Tanah DIA PUNYA – geran nama dia BUKAN NAMA KAMU – bila kamu duduk disana kamu jadi setinggan. KAMU TETAP SALAH.
MUSTAHIL lu boleh masuk Rumah Rosmah dan kemudian duduk disana buat macam rumah lu. Tambah katil – beli meja baru dan ajak geng datang lepak - Rosmah pasti marah kah kah kah.
TAPI AWAS ! Isu KUIL HARAM ini akan dijadikan agenda PRU16 – Gua tak tahu sapa yang akan untung. BINCANG BAIK BAIK .
HOKKIEN
Pagi ini sejuk berangin kuat. Matahari tidak bercahaya. Langit kelam pucat – kemarin hujan lebat. KL & KL SENTRAL berkabus nipis.
Di Bukit How Wow bersuara. Dalam sawah rumput Cengkerik bersimponi. Jauh gua dengar suara Tekukur.
Dari lorong masuk gua nampak Siti dan Keluarga datang berlari. Gua beri makan. Tertiba ada saekor Pendatang Baru agak agresif – nak BERSAMA makan tapi marah dengan yang lain - Tak Tak marah lalu menghambat Pendatang ini.
Gua sedar Tak Tak kini dah anggap Keluarga Siti anak beranak sebagai keluarga sendiri.
Di Wakaf Pertama bila gua tabur Friskies Tiong suami Isteri datang makan sama. Gua terfikir : mungkin ada makanan yang sesuai untuk Tiong di Hokkien.
Hari ini akan panas – matahari dah bersinar – jika petang hujan malam sejuk santai. Amin.
BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI KHAMIS
BRO
Kawan paling setia untuk lu bila berjalan ialah buku.
BRO
Kalau lu sunyi lu boleh baca buku – pilih apa saja – buku jenaka atau buku untuk berancuk – semua ada.
BRO
Bila lu baca buku maka lu tahu ada pelbagai perkara yang lu belum buat dan rasa nikmatnya. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA
Langgan:
Ulasan (Atom)





