Isnin, 16 Februari 2026

SUSUN ATUR DEMO SEKALI LAGI


SUSUN ATUR

DEMO SEKALI

LAGI

AMIN

GASAK 

AZAM BIN BAKI

HUMBAN ANWAR

BIN IBRAHIM

KHALAS


Guan Eng, Amira Aisya gesa Azam Baki digantung tugas


KUALA LUMPUR: Penasihat DAP, Lim Guan Eng, dan Pemangku Presiden MUDA, Amira Aisya Abd Aziz, hari ini tampil dengan kenyataan berasingan bagi menggesa  Azam Baki digantung tugas supaya siasatan berkait Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu dapat dilaksanakan secara telus serta bebas.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan, menegaskan dirinya tetap berpegang kepada kenyataan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang dikeluarkan pada 12 Januari 2022 ketika beliau memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung DAP.

Katanya, Majlis Presiden PH ketika itu telah menggesa supaya Azam dan dua individu lain digantung tugas berhubung skandal pegangan saham bagi memberi laluan kepada siasatan bebas.

Beliau berkata, Azam kini sekali lagi terbabit kontroversi berkait pegangan saham susulan laporan berdasarkan rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

"Sebagaimana dicadangkan oleh Majlis Presiden PH pada 2022, saya juga bersetuju isu ini wajar dibahaskan sebagai satu usul khusus di Parlimen sebelum sidang semasa berakhir pada 3 Mac 2026," katanya.

Sementara itu, Amira Aisya turut mendesak Azam digantung tugas serta-merta supaya siasatan dakwaan berkait dengannya dapat dilaksanakan secara telus.

Amira Aisya mendakwa ia susulan kredibiliti Azam sudah dipersoalkan sejak 2021, terutama berkaitan isu pemilikan saham.

"Macam mana kita nak percaya kepada SPRM apabila Ketua Pesuruhjayanya sendiri (didakwa) sudah hilang kredibiliti dan tidak lagi dipercayai orang ramai?

"Sejak 2021, kredibiliti Azam (didakwa) dipersoalkan, khususnya berkaitan isu pemilikan saham.

"Ketika itu, ramai yang turun ke jalan raya menuntut beliau berundur. Pihak pembangkang dan PH turut bersama dalam tuntutan berkenaan," katanya dalam satu hantaran melalui media sosial.

Bagaimanapun, beliau berkata, situasi kini adalah sebaliknya apabila kontrak perkhidmatan Azam diperbaharui berulang kali.

"Sampai bila sokongan ini akan berterusan?

"Kenapa sukar sangat untuk menggantung (tugas) Azam sementara siasatan dijalankan, supaya proses siasatan dapat dilakukan secara telus?

"Rakyat bukan bodoh. Rakyat melihat, rakyat membaca dan rakyat tidak akan berdiam diri. Sampai bila mahu mempertahankan Azam?" katanya.

Dalam pada itu, Amira Aisya turut mengajak orang ramai menyertai perhimpunan 'Tangkap Azam Baki' dijadualkan berlangsung pada petang ini.

Agensi berita antarabangsa, Bloomberg, dalam laporannya baru-baru ini mendakwa Azam memegang jutaan saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan, berdasarkan pemfailan korporat.

Bagaimanapun, Azam menegaskan saham yang dirujuk dalam laporan itu telah dilupuskan sebelum penerbitan artikel terbabit, dan sebarang pelaburan dilakukan telah dibiayai dengan pendapatan sah mengikut undang-undang serta faedah persaraan yang diperoleh sepanjang tempoh hampir empat dekad dalam perkhidmatan awam.

Malah, Azam dilapor sudah mengeluarkan surat tuntutan (LOD) kepada Bloomberg susulan laporan itu yang disifatkan beliau sebagai berunsur fitnah.

Semalam, media melaporkan Peguam Negara, Mohd Dusuki Mokhtar, mengesahkan Jawatankuasa Khas Siasatan yang diketuainya, sudah memulakan siasatan berhubung isu pemilikan saham oleh Azam.

POLITIKUS PENJAWAT AWAM SAMA RASUAH


POLITIKUS

PENJAWAT AWAM

SAMA RASUAH

KHALAS


Unknown commented on
 "HUMBANKAN MADANI"

Kah kah kah kalau lu kawan wa cover, kalau lu lawan wa tibai lu, ini bukan sains roket pergi ke bulan, ini cara ini dasar ini polisi ketuanan kita selama ini, semua diangkut masuk bukan kerana kelayakan tetapi kepatuhan, kalau lu patuh lu cium tangan, lu siap cium mulut terus angkat naik ke langit, 

kalau lu soal lu banyak bercakap, lu sembang kencang ribut lu kena buang kena dakwa dakwi kena soal siasat kena masuk balai masuk pejabat SPRM, pun terbaik lah kerana ramai juga ahli-ahli syurga kita terbongkar sekarang, 

ingatkan orang politik laju korek korek korek tetapi penjawat awam JUSA pun sama juga ikut langkah ketam, berjalan ke sisi mencari rezeki cepat mudah pantas kah kah kah

EKTREMIS PAS BUKAN MUSUH


JIKA MUSUH

UTAMA EKTREMIS

PAS IALAH

ANWAR

BIN IBRAHIM

MAKA KITA WAJIB

BEKERJASAMA

HUMBANKAN

MUSUH YANG SAMA

AMIN


Ajis commented on
 "MUSUH UTAMA KITA 
ANWAR BIN IBRAHIM"

Musuh utama kitaadalah extremist PAS

PAGI INI


PAGI INI


PAGI INI

SENIN 16 FEBUARI 2026

CUTI


ESOK CUTI 
HARI RAYA CHINA ESOK  – hari ini  semua kita dalam suasana berpesta – Dari apa yang di lapor jalan dan lebuh raya  sesak – Semua BALIK KAMPUNG – ini budaya kita.

Lepas RAYA CHINA -  yang Islam  BERPUASA – ini juga PESTA MAKAN -  gua terbaca di iklan harga BUFFET RAMADAN di Hotel – Aduh – harga satu kepala  macam bajet gua seminggu ke Chow Kit.

MALAYSIA NEGARA CUTI
Jangan risau – dari pengalaman gua Malaysia adalah negara yang PALING BANYAK CUTI DALAM DUNIA  INI. Hari Raya Melayu, Hari Raya India, Hari Raya China – Hari Gawai – Thaipusam – Maulud Nabi  DAN DAN DAN dan Hari Jadi Raja – Wow... enjoi de menjoi.

Di London gua ingat lagi – Hanya ada Krismas dan Tahun Baru – dan sehari MONDAY  BANK HOLIDAY – dimana Notinghill Festival  di rayakan. Hari ISA NAIK KE LANGIT juga ada cuti. Gua tak ingat hari jadi Minah Elizebeth  ada cuti atau tidak ? Kah kah kah.

Di Belgium pun sama – negara Katolik Beraja – Hari Isa naik ke langit di rayakan.  RAJA BELGIUM – masa gua belajar di disana adalah Canselor Uni Gua – tapi takda sapa ambil pot bila dia lahir

TETAPI DI EROPAH  pada 11 November tiap tahun BERCUTI – hari memperingati TAMAT PERANG  DUNIA PERTAMA – ARMISTICE DAY. 

Untuk gua ini bersejarah – malah pada 11 November 1985 – kampus tutup gua naik bas dari WAVRE nak enjoi  ke BRUSSELS . Bas kami melintas di satu pekan kecil – gua ternampak PAK CIK PAK CIK BELGIUM – para  veteran berarak membawa bendera – Mereka ini VETERAN PERANG DUNIA KE DUA.

Ingat tak Dulu Hari ini di panggil Hari Poppy – Tongkat juga ada menulis sajak BUNGA POPI. Amin

HOKKIEN
Pagi ini sejuk – basah segar – awal gua masuk matahari belum muncul tapi cerah. Tak lama kemudian sinar sampai – enak membakar pipi. Langit biru indah berawan putih yang nipis. KL & KL Sentral berkabus  kerana hujan lebat kemarin.

Awalnya gua tak nampak Siti dan Keluarga – Kemudian Emak muncul – ha ha dari celah-celah makam semua keluar. Lalu gua beri makan. Puppy Itam pun ada. Ini rare.

Terkukur berlagu dari atas bukit. Yang lain gua tak dengar. Berjalan pulang nak sampai ke Wakaf Pertama gua dengar suara Tiong –  Burung ini  sudah tahu Friskies akan ditabur.  Apakah Tiong yang datang  ini - Suami Isteri Tiong yang sama ?

Ketika gua menulis suara How Wow terdengar dari belakang  dapur.  

Gua yakin hari ini akan panas. Ini  watak Tahun Baru China – panas dan berangin. Di Tanah Besar China minggu  ini mereka mengeringkan itik di luar rumah – bukan panggang tapi itik kering. Bersedia untuk makan  besar. Amin.

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI SENIN

BRO
Ketika lu berpesta lu riang gumbira  - kawan ramai – lagi ramai lagi seronok.

BRO
Ketika lu enak berpesta – lu tak akan sedar masa berjalan.

BRO
Pasca pesta lu akan hadapi kembali apa yang lu tinggalkan dulu. Amin.

BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA