Ahad, 8 Disember 2019

JELAS DASAR ANTI RASUAH







SATU LAGI

KEJAYAAN 

PAKATAN

ANTI RASUAH

BUKAN CAKAP

SPRM sedia tempatkan pegawai di pejabat MB, ketua menteri

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia menempatkan pegawai di semua pejabat menteri besar dan ketua menteri bagi membantu memperkasakan integriti serta memastikan perkara berkaitan rasuah dan salah guna kuasa dapat dibendung di peringkat kerajaan negeri, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Shamshun Baharin Mohd Jamil.

Beliau berkata usaha untuk menempatkan pegawai SPRM di semua pejabat menteri besar dan ketua menteri merupakan inisiatif yang digerakkan oleh Ketua Pesuruhjaya Latheefa Koya, namun ia masih bergantung kepada permohonan dari pejabat menteri besar dan ketua menteri.

“Sebelum ini ada beberapa negeri memohon secara rasmi termasuk Johor dan Perak, cuma dari segi proses itu perlu melibatkan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Walkabout Perdana sempena Hari Anti Rasuah Antarabangsa (HARA) 2019 di pasar awam Presint 8, di Putrajaya hari ini.

Turut hadir Presiden Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM), Zakaria Jaafar.

Shamsun berkata ketika ini kerajaan bersetuju untuk memberi tambahan 100 orang setiap tahun, dan beliau berharap jumlah anggota SPRM dapat mencapai angka 5,000 pegawai, supaya segala fungsi di bawah akta suruhanjaya itu dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Mengenai HARA 2019, Shamshun berkata majlis yang diadakan serentak di seluruh negara hari ini bertujuan melibatkan semua pihak dalam usaha mencegah kegiatan rasuah serta mewujudkan satu budaya di kalangan masyarakat untuk menyatakan tidak dalam apa jua keadaan berhubung pemberian dan penerimaan rasuah.

Beliau berkata tahun ini golongan peniaga kecil dan penjaja menjadi fokus, supaya mereka bersedia dengan pelaksanaan undang-undang liabiliti korporat yang akan mula berkuatkuasa Jun 2020.

Shamshun berkata SPRM akan menggunakan segala platform untuk menyebarkan mesej pencegahan rasuah supaya harapan Malaysia dikenali kerana integriti dan bukannya rasuah, dapat dicapai.

“Di SPRM, fokus kita masih pada penjawat awam kerana bilangan yang ditangkap pada tahun-tahun lepas majoritinya adalah di kalangan penjawat awam. Di bawah Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023, antara langkah diambil kerajaan adalah memperkasakan dan mempertingkatkan integriti di kalangan penjawat awam,” katanya. – Bernama, 7 Disember, 2019.


MAKIN BERAT

MAKIN SUSAH

TOWKAY BALAK

TOWKAY LENDIR

TOWKAY JUDI

NAK REMBAT

PROJEK
------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sapa rasuah buang kerja, masuk tv masuk akhbar habis cerita, masuk tv pun senyum kambing pakai kot mewah alasan fitnah belaka kah kah kah